Sunday, June 12, 2011

Nasib Baik Mediafire Tak Masuk List

website   Nasib Baik Mediafire Tak Masuk List

Kalau aku masih seorang pendownload tegar mungkin aku agak kecewa dengan aktiviti-aktiviti kerajaan memblock website-website file sharing yang bagi aku semua pendownload tegar kenal. Tapi sekarang dah malas nak download barang. Kalau ada benda yang betul-betul penting jer baru download. Tu pon suruh orang lain yang downloadkan… hehe

Kalau nak baca surat rasmi SKMM pasal benda ni bolehlah singgah ke blog Amanz.My, antara blog feveret harian aku (dan mungkin akan jadi blog feveret anda juga!).

10 site yang kena block:

  1. http://www.warez-bb.org
  2. http://thepiratebay.org
  3. http://www.movie2k.to
  4. http://www.megavideo.com
  5. http://www.putlocker.com
  6. http://www.depositfiles.com
  7. http://www.duckload.com
  8. http://www.fileserve.com
  9. http://www.filestube.com
  10. http://www.megaupload.com

Agak mengecewakan sebab filestube.com masuk list. Situ tempat favorite aku kot time nak sedut pape. Apa-apa pon yang penting mediafire.com masih selamat. Lagipun, mediafire.com tak ramai yang target sebab mostly site kat atas ni dorang buat duit.

Sape yang download pakai link dorang, dorang akan dapat point so sebab tu ramai yang pakai. Mediafire.com aku buat backup file jer. Moga-moga la SKMM ni jangan masukkan mediafire.com dalam list. Beratus-ratus Gig kot barang-barang kesayangan aku dalam tu.

Reaksi Anda:

0 Komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...