Saturday, September 13, 2014

Bersihkan hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana  hendak mencuci hati oleh Pakar Motivasi Prof Dato’ Fadhilah Kamsah..

Motivasi Prof Dato' Fadhilah Kamsah..

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki,orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri
sendiri,merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya CUBALAH!!

8) Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Tuesday, September 9, 2014

Hipokrit

Lama dah CM  x menulis ni. Kali ini rasa nak menulis lak. Tgk tajuk tu macam x puas hati jer kn hahahaha. Memang pun CM mmg tak puas hati dengan orang yanh bersikap hipokrit.  Rasa menyampah, nak muntah dan sebagainya. Benci betul rasa orang macam ni. Contohnya depan kita berlakon baik tapi di belakang pandai la nak membohongnya. Orang yang macam ni la CM rasa nak bagi pelempang bag tercabut rahang gigi. Tak payah la nak hipokrit sangat.  Kalau x suka cakap jer tak sukakan. Kat depan kononnya semua suka la kan tapi belakang... huhu... ada jugak manusia jenis macam ini. Hipokrit yang tak boleh blah. Jadilah diri sendiri dan taka payah nak hipokrit sangatttt. Geram betul rasa... grrrr. Tu jelah luahan kali ini tentang orang hipokrit.  Menyampah!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...