Wednesday, October 8, 2014

Hari keusahawanan kokurikulum

Bulan yang sibuk. Itulah gambaran yang boleh CM katakan untuk mengambarkan kesibukan CM selaku ajk hari usahawan kokurikulum sekolah 2014. CM dilantik menjadi ajk kupon dengan beberapa orang guru lain. Jadi memang orang penting la jgk ni kena siapkan kupon yang berjumlah Rm50 ribu ni. Huhu. Hampir dua mgu jgk nak siap kupon tu. Nasib baik la dapat ajk yang sangat2 komited dengan tugasan yang diberikan. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun mendapat tekanan dari pentadbir nak kena siapkan cepat sebab nak jual awal. Lepas siap kupon timbul la tugasan baru bahagian promosi. Walaupun dah ada cikgu yang buat banner, tapi GB bagi kepercayaan untuk CM buat banner, bunting dan flyers untuk dihebahkan sebagai mempromosikan hari keusahawanan kokurikulum tu. Alhamdulillah GB sangat berpuas hati hasil kerja CM. Hehehe... tu jelah... nak kongsikan. Jadi bagi sape2 nak datang hari keusahawanan tu nanti datang la yer. Semua maklumat ada kat banner bawah ni...

Ni flyers Yang akan diedarkan di kawasan sekolah berdekatan

Ni banner yang CM buat 5 x 10

ni bunting 2 x 4 nak gantung kat pokok nanti

ni banner yang kawan CM buat dah lama dah gantung kat pagar sekolah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...