Friday, November 14, 2014

Pertandingan DIkir Barat Kebangsaan RTM 2014 - suku akhir

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kumpulan Sunang Detaga iaitu sebuah kumpulan dikir barat yang CM sertai yang berpengkalan di Lembah Klang layak ke peringkat akhir pertandingan dikir barat kebangsaan 2014 anjuran RTM. Macam tak caya lak rasa dapat melangkah ke final. Tarikh dijangka pertandingan akhir itu ialah bulan 2 2015. Lambat Lagi tarikhnya jadi sempat la membuat persedian untuk ke final. Pertandingan peringkat suku akhir berlangsung di Kelantan iaitu di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Lubok Jong Pasir Mas. Sebanyak 10 pasukan yang berentap di peringkat suku akhir untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. Akhirnya 4 buah kumpulan berjaya ke peringkat akhir iaitu Kump. Sunang Detaga, KL, Kumpulan Sri Kemayan Bachok, Kel. Kumpulan Suara Proton, Shah Alam, Sel dan Kump Lubalang Hasil, LHDN Kota Bharu, Kel. 4 buah kump ini akan merebut hadiah tempat pertam iaitu RM40 ribu. Semoga Kumpulan Detaga beroleh kejayaan nanti. Nanti jangan lupa saksikan pertandingan peringkat akhir bulan 2 2015 di TV1 secara langsung yer... kalau nak tengok streaming peringkat suku akhir hari tuboleh tengok kat sini : http://new.livestream.com/accounts/10837684/events/3567693

Sempena kumpulan Sunang Detaga melayakkan diri ke peringkat suku akhir, CM telah design baju t shirt Sunang Detaga yang bercopkan lambang sayap Gold yang sangat ekslusif. Khas untuk suku akhir. Untuk final akan CM design yang lain. Kalau sape nak tempah masih ada lagi. what's up CM 017-9080175.


Tuesday, November 4, 2014

Photo Booth Ranggi creation

Alhamdulillah berakhir sudah perjalanan Hari Keusahawanan Kokurikulum 2014. Program yang berlangsung dengan begitu meriahnya akhirnya sudah menutup tirainya. Nak tau CM bertugas sebagai apa hari keusahawanan tu? CM bertugas mengambil gambar Photo Booth. Kitaorang buka photo booth bertemakan warung yang sangat unik ccetusan idea kawan CM. So CM pun designlah Backdrop 8 X 8 bertemakan warung. Rasa nak pecah kepala fikir camne nak buat. akhirnya mendapat idea dan idea itu telah diterjemahkan ke atas backdrop. hehehe. Memang tak menang tangan la jawabnya mengambil gambar pada hari keusahawan tu. Yang menarik Ambik gambar terus print dengan harganya RM3 sahaja. Murahkan. kalau siapa2 nak buak photo booth sempena hari perkahwinan, keusahawanan ker, hari graduasi ker atau hari kanak-kanak ker atau apa2 majlis lah senang boleh la contact CM dengan emailkan CM di suaramuda@gmail.com atau layari Facebook www.facebook.com/ranggicreation . Insyaallah mesti hari anda akan lebih meriah. Bergantung kepada anda nak pakej macam mana, Nak jemput kami sewa tapak ker atau nak sewa ker atau apa2 jelah boleh emailkan saya yer. CM. Ni antara gambar yang sempat CM Save kat laptop. Menarikkan?