Monday, February 29, 2016

Koleksi Buku Teks sekolah versi PDF percuma

Ni koleksi buku teks yang diupload oleh blog sape entah, jadi CM sharelah untuk kemudahan cikgu2 atau ibubapa nak download senang. lepas ni x payah bawa buku teks dah, bawa tablet jer..hehehe. Tapi tak semua buku teks ada, so jangan cal CM nape takde yer, sebab CM share jer ni. Untuk download tekan link di bawah. tq

https://onedrive.live.com/?authkey=!AOuJ_Fz1twXhGSw&id=13DB292CDD7CBE8B!26578&cid=13DB292CDD7CBE8B



Tuesday, February 23, 2016

Tempahan banner



Mulalah menyibukkan diri dengan menyahut seruan kerajaan buat dua kerja :) bvanyak tempahan banner yang cm terima. terutamanya dari sekolah CM dan jugak sekolah wife. malam ni menyiapkan banner linus 2.0 dan juga linus bilik spbt boss. tapi banner bilik spbt tu penyelaras tak berkenan lak. so tgh ubah lg design lain lak. huhu dah 3 design dah kena reject. sabo jelah hahaha... dan yang bawah sekali tu projek wt banner gambar cikgu2 lak. kerja pertama ambil gambar dulu. harap2 dapat berjalan dengan lancar. insyallah

Nitro Pro 9 percuma






Nitro Pro 9.5.3.8 adalah sebuah software yang dapat digunakan untuk mengedit PDF, membuat dan menggabungkan file PDF, software ini juga digunakan untuk menukar PDF ke Word, Excel, Power Point dan juga dapat mengubah file Word, Excel, Power Point ke PDF. Pengoperasian software ini juga sangat mudah kerana dilengkapi dengan toolbar-toolbar yang sangat simple.

Download Link 
Cara Install
  • Install Nitro 9.x Enterprice / Pro
  • Setelah Install  Nitro 9.x klik (Already Purchased Button)
  • Isi detail yang diperlukan kemudian isi serial dengan NP9D6A6944155477777
  • Sekarang nikmati Nitro 9.x Full Version

Sunday, February 14, 2016

Bendera dan Jata negeri

Kali ni CM designkan poster dan bunting jata negara dan negeri untuk diletakkan di galeri sejarah sekolah CM. dah lama terbengkalai so CM nekad tahun ni akan siapkan dengan menampal bahan2 sejarah di galeri tersebut. So kita kayuh perlahan-lahan. go CM go!

Design AGM PPC





Kali ni CM dapat job daripada Kelab PPC selangor untuk design banner, baju dan poster sempena agm diorang nanti. So CM buatlah apa yang termampu. Bila dah siap CM tunjuk kat presiden diorang dan diorang setuju dengan design CM ni. Alhamdulillah kejap jer design walaupun simple tapi ok la kan. :)

Kisah Adieb pergi taska 1 minggu sahaja

Ni gambar adieb baru balik dari taska. Nak dijadikan ceritalah, seminggu sebelum nak pergi taska bulan main lagi excited nak pergi school katanya. Lepas tu CM carilah taska berdekatan dengan rumah. So dapatlah taska dan CM pun gi lah buat pendaftaran kat tadka tersebut. Minggu pertama saja excited nak pergi. Tapi bila masuk minggu kedua macam2 alasan dah bagi sebab tak nak pergi taska. Lepas saja bulan 1, CM tak hantar dah taska sebab dalam sebulan 1 mgu jer pergi. Puas pujuk dan paksa dah. Tapi senelum tu, cikgu dia kat taska cakap dia gaduh dengan kawan kat taska tu. Tu dia tak pergi dah tu taska. Lagipun adieb baru umur 4 tahun, belum bersedia lagi nak masuk alam persekolahan. CM hantar pun sebab nak bagi dia jumpa kawan main sama2. Tapi lain lak jadinya. Sabar jelah.

Laksa ikan sekor

CM ni memang suka makan laksa. Tengok laksa terus berair mulut. Hahaha. Hari tu Cm gi shah alam kat ss7. Ada orang jual laksa. So CM beli la bungkus bawak balik makan kat rumah. Pahtu kebetulan mak mertua rebus ikan sardin. So CM ambik la ikan rebus tu letak dalam laksa. So jadilah laksa ikan sekor yang popular kat langkawi nuh. Laksa ni boleh tahan sedapnya dengan kuah pekat. Pahtu nak dijadikan cerita cm pos la kat group wasap geng sekolah. Bukan main terliur lagi nampak laksa ikan sekor (bubuh sendiri). Hahaha. Pakat nak kirim la laksa tu. So CM beli la laksa tu tapi diorang pelik sebab xde ikan. Hahaha.. padahal dah diberitahu ikan bubuh sendiri tapi tak faham rupanya.. hahahaha. Best2 laksa ni. Jom try kt ss7 shah alam, orang jual dengan lori kecik tepi giant tu.

Design kelas pemulihan

Banyak sebenarnya yang CM meneruma tempahan untuk kelas ni. Tapi ada yang CM tak buat, sebab malas nak design hahaha. Ni antaranya design yang CM dah buat. Ada lagi banyak, tapi ni jer ada dalam memori hp. Ni design  untuk kelas pemulihan. Kata cikgu pemulihan tu dia nak ubah 360° kelas itu. So CM tolong la apa yang patut. 

Telatah Cinta hati papa

Tengokla telatah cinta hati CM ni. Dua orang hero nilah pengubat segala masalah di sekolah. Tak jumpa sehari dengan diorang tak blh nak duduk. Ada jer hal yang diorang buat. Yang selalu diorang buat ialah panjat atas meja komputer CM. Marah la macam mana pun, diorang tetap panjat. Kadang2 naik stress, tapi kejap jer... sebab tu hiburan diorang. Adriey kalau CM marah mula la buat muka comel, sengih macam kerang busuk. Hahahaha. Pahtu tak jadi nak marah. Abang adrie lak, langsung tak boleh nak tinggi suara, manja sangat. Mula la nangi dan berdrama peluk CM. Huhu. Tulah penghibur dikala duka dan ubat segala masalah.syukur diatas kurniaan amanah Allah ini. Semoga anak2 syurga ini menjadi anak2 yang soleh dan taat pada ibubapa. Amiin.

Gelandangan

Pengalaman berharga apabila dapat memberi sedikit khidmat masyarakat untuk gelandangan. CM dan team dikir barat arjunasukma dijemput bersama-sama untuk mengagihkan makanan kepada gelandangan di masjid Jamek, KL. So CM bawak la wife dan adieb untuk merasai pengalaman berharga itu. Adriey CM tgl dgn neneknya di rumah. Sampai di sana CM terus membantu apa yang patut, ingat nak ambil gambar buat kenangan tapi kami tidak dibenarkan untuk merakam gambar. So ni jelah gambar yang sempat dirakam. Tu setelah gelandangan dah pulang ke tempat tidur masing2. Pengajaran yang CM perolehi ialah, walau kita rasa kita susah rupanya ada lagi orang yang susah. Syukur diatas nikmat yang diberi oleh Allah. Alhamdulillah.

Silat olahraga sekolah

Perancangan tahun lepas nak tubuhkan persatuan silat olahraga di sekolah. Alhamdulillah, tahun 2016 permulaan yang baik apabila perancangan menjadi kenyataan. CM hanya menolong sahaja apabila cikgu sekolah bagi cadangan nak tubuhkan silat. Selepas itu, cadangan itu dibawa ke mesyuarat kokurikulum sekolah dan mendapat persetujuan daripada guru besar. So latihan pertama berjaya diadakan pada 6.2.2016 iaitu setiap hari sabtu. Jom sape2 nak belajar silat!.

Saturday, February 13, 2016

Mesyuarat Agung PIBG

Malam ni kena siapkan banner Mesyuarat Agung PIBG. Sambil layan lagu exist, siap jugak 1 banner yang di tempah oleh sekolah. Terbuai-buai pulak layan lagu exist ni yer hahaha... ok kerja dah siap, jam dah pukul 1.20 pagi, masa untuk tido dah. Good Nite Friend.

Sunday, February 7, 2016

Backdrop dewan dan surau







Ni antara hasil design CM untuk menaiktaraf dewan sekolah dan juga surau sekolah. semua saiz besar2. jadi alhamdulillah perancangan telah dapat dibuat, hasilnya sangat memuaskan hati semua pihak. surau lupa lak nak ambi gambar, nanti kalau ada masa CM snap gambar surau. Projek seterusnya ialah menaiktaraf bilik sukan. tunggu hasilnya nnati yer...dalam proses design backdrop baru

2015 Yang Cemerlang
















Penutup tahun 2015 yang cemerlang. Begitulah kesimpulan yang boleh CM simpulkan. Disebabkan lama dah tak menulis, jadi malam ini terdetik dihati untuk menulis sikit tentang pencapaian yang cemerlang tahun 2015. Baru-baru ini berlangsung pertandingan Dikir Barat Kebangsaan 2015 anjuran RTM. Pertandingan itu diadakan di Kuantan Pahang. CM pun terlibat sama dalam pertandingan tersebut mewakili kumpulan Sunang Detaga, KL. Sebanyak 4 kumpulan yang berentak pada hari itu untuk merebut hadiah RM40000 (hadiah terbesar dalam sejarah penganjuran dikir barat). Dipendekkan cerita, kumpulan CM telah berjaya menyapu bersih semua hadiah pada pertandingan tersebut. Alhamdulillah rezeki dari Allah. Antara hadiah yang kumpulan CM menang ialah, Jogho terbaik (RM5000), Tukang Karut Terbaik (RM5000). Persembahan Terbaik,(RM5000) dan juara keseluruhan (RM40,000). Alhamdulillah syukur kehdarat ilahi atas rezeki yang dikurniakan. Walaubagaimanapun, dah lebih 2 bulan dah pertandingan tersebut, tapi tak dapat merasai lagi hadiah kemenangan tersebut.Tapi tak mengapalah, tak kan lari gunung dikejar. hehehe. Dapat hadiah nanti, kumpula CM dah rancang dah nak buat kenduri kesyukuran dengan menumbangkan seekor lembu. semoga hadiah itu cepat2 dapat dan perancangan pun dapat dijalakan nanti, insyaalah.