Wednesday, March 9, 2016

Syukur rezeki dari Allah






minggu ni merupakan minggu yang paling sibuk. Jadi banyak benda nak kena settle sebelum sekolah ditutup. Alhamdulillah, bila sesuatu perkara yang kita buat tu berjaya diselesaikan, itulah nikmat yang paling bernilai. syukur dengan anugerah yang diberi dan rezeki yang tak dijangka2. alhamdulillah. Ni antara beberapa design bunting, poster yang berjaya disiapkan dalam minggu ni.



Friday, March 4, 2016

Buletin Sekolah

Kali ni confirm jadi. Setelah projek majalah sekolah terbengkalai, jadi tahun ni CM nekad akan terbitkan buletin ini buat kali pertamanya di sekolah. Persetujuan telahpun dicapai dengan guru besar dan penaja2 pun guru besar dag listkan dah, jadi awal april akan terbitlah buletin ini nanti. Tapi yang menjadi masalah sekarang ialah kos percetakan. Kalau mahal cetak macam mana nak jual. Pening jugak. Walau bagaimanapun buletin ini akan tetap diterbitkan walaupun mahal tp akan cuba kurangkan bilangan buletin. Tunggu......

Thursday, March 3, 2016

Gambar Kelas 2016


Baru-baru ini Kawan CM post iklan hadiah keceriaan kelas yang agak lumayan iaitu berupa 2 buah air cond. Jadi semua tertanya2 mana dapat duit beli hadiah semua tu. Ni bukti sebahagian dana yang berjaya kami kutip untuk membeli air cond. Hasil jualan gambar nilah kitaorang wt beli air cond. Jadi terjawab sudahlah duit itu dari mana. Xde pun orang sudi nak sponser so kena pandai2 cari sendiri hadiah sebab dh janji nk bag air cond so redah jelah cri duit. 

Niat solat dan doa

Malam ni CM siapkan tempahan yang dibuat oleh KP Pendidikan Islam. 2 baru siap dan masih ada lagi 2 doa lg belum buat. Apa2 pun ayukur alhamdulilah rezeki dari Allah.