Saturday, October 22, 2011

Aksi-aksi Guru Terlampau!!

Inilah aksi-aksi yang pelik tapi menarik untuk dilihat. Pelbagai ragam cikgu yang berlaku di sekolah di luar negara. Syukur guru-guru di Malaysia ni sangat berdisplin

Gambar Rumah Nabi Muhammad S.A.W

Salam hari, penghulu sekalian hari JUMAAT~ hari nie saya nak tunjukkan kepada anda semua yang pasti belum pernah melihat gambar-gambar rumah nabi, bilik nabi dan Siti Khadijah,Mihrab Nabi, Kuburan ahli bait Nabi dan foto masjid Al Imam Ali Al-Oraidhi.

Okay hari nie anda bakal dapat menyaksikanya di Blog ini.

Photobucket

Ini adalah Gambar Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah as, dimana tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

Saksikan lagi gambar di bawah ini...

Photobucket

Di atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah as yang dilihat lebih dekat.

Photobucket

Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah as

Photobucket

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah as, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.


Photobucket

Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah as.

Photobucket

Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Photobucket

Gambar di atas ini adalah Mihrab Rasullah SAW. asalnya terletak di sebelah selatan Qubbah tempat turunnya wahyu


Photobucket

Gambar di atas ini adalah Bak air yang di gunakan Rasullalah SAW untuk berwudhu yang terdapat di rumah beliau

Photobucket

Gambar di atas ini adalah Masjid Imam Ali Al Uraidhi di Madinah yang telah di bongkar

Photobucket

Gambar di atas ini adalah Mihrab Rasullah SAW. asalnya terletak di sebelah selatan Qubbah tempat turunnya wahyu

Photobucket

Gambar di atas ini adalah tempat pemakaman keluarga Nabi SAW.

Photobucket

Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah as (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut.

Tao pon tak penah tengok jadi la tengok gambar jer...cukup sekadar kita mengingati Rasulullah kita dengan bersalawat keatasnya~



SUMBER | KACBOOK.blogspot.com

Saturday, October 15, 2011

10 perkara yang merosakan otak

kerosakan otak
Perkara yang merosakan otak
ok. untuk artikel kali nei, aku nk kongsi dengan korang tentang 10 perkara yang merosakan otak kita yang mana merupakan satu bahagian yang paling bernilai dalam merancang kehidupan seharian kita. Mereka yang merosakan otak ibarat samalah dengan mereka yang merosakan kehidupan mereka. Jadi, sayangilah otak korang tu. Antara perkara yang merosakan otak kita adalah seperti
1) Tidak mengambil sarapan pagi

seperti yang kita sedia maklum, otak merupakan salah satu bahagian badan yang paling banyak menggunakan tenaga iaitu sehingga 25% daripada jumlah keseluruhan tenaga. Kesilapan yang sering dilakukan oleh masyarakat kita pada masa ini ialah alas untuk mengambil sarapan pagi yang mana akan mengurangkan kandungan gula dalam darah dan sekaligus akan mengurangkan bekalan nutrisi kepada otak dan menyebabkan banyak sel-sel otak yang akan mati dan membuatkan otak tidak berfungsi dengan baik pada hari tersebut.
2)Terlebih makan
Apabila terlebih makan juga akan membuatkan otak kita menjadi lemah. hal ini adalah kerana lebih banyak darah dialirkan ke perut dan usus untuk tujuan pencernaan. Oleh itu, otak tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi dan menyebabkan kita hilang tumpuan, mengantuk serta hilang tumpuan.
3) Merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana ia mampu membunuh sel sel otak
4)Mengambil gula berlebihan
Gula yang diambil secara berlebihan mampu menganggu penyerapan nutrisi oleh otak. Selain itu, pengambilan gula secara berlebihan ini juga menyebkan otak menjadi tidak sihat
5) Menghidu udara yang tercemar
Otak merupakan anggota badan yang mengambil oksigen pada kadar yang paling tinggi dalam badan. Apabila menyedut udara yang tercemar, ia sekaligus akan mencemarkan otak dan merosakan sistem yang dikawal otak kita.

6)Tidur berlebihan
Tidur merupakan satu keperluan untuk setiap manusia. Namun, tahukah korang tidur yang berlebihan juga menyebabkan otal kita menjadi semakin lemah dan kemampuan berfikir juga akan berkurang.
7)Tidur dengan menutup muka
Apabila kita tidur meniarap atau tidur dengan menutup muka dengan bantal atau tangan akan menyebabkan otak kita kekurangan oksigen kerana karbon dioksida akan terperangkan dan kita akan menyedut semula gas karbon dioksida yang dilepaskan tersebut. Hal ini akan menyebabkan otak kita kekurangan oksigen dan menjadi semakin lemah
8)Kurang berimaginasi
Berfikir adalah salah satu untuk mengasah kemampuan otak kita. Kurang berimaginasi akan menyebabkan tahap kecerdasan otak kita menurun.
9)Jarang berfikir
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lemah dan tidak aktif.Maka dengan amalan berfikir ini mampu untuk melatih otak kita dan meningkatkan kecerdasan otak.
10) Tidak membaca Al-Quran

Al-Quran adalah kalimah Allah S.W.T . Membacanya akan memberikan banyak manfaat kepada otak kita.Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal
Perkara yang merosakan otak