Gambar atas : Aku, Farid dan Lie di Langkawi
Gambar 1 : Farid dengan hasil pancingnya ikan selat :)
Gambar 2 : Aku dengan hasil pancing ikan keli...
Semasa tinggal di Kuala Ketil, banyak kenangan manis kami bersama di sana. Antaranya pergi memancing, menonton DVD dalam bilik aku dan yang paling best sekali ialah makan MYFC setiap kali elaun masuk..seronok...macam2 cerita dvd yang farid ambik dekat sekolah dia dan yang kami share duit beli kat pasar malam.Sebut pasal pasar malam, mesti tiap malam isnin kami akan pergi cari makanan kt Pekan Kuala Ketil. Pernah juga lie belanja satey RM10, terima kasih lie. sampai tak habis makan satey. Pada bulan puasa pula, tiap2 hari kami pergi ke bazar cari lauk jer sebab nasi kami beli sendiri. lauk yang kerap dibeli ialah ikan keli bakar. hari2 ikan keli bakar sampai naik muak pulak makan.
Kalau nak diceritakan disini memang tak habis kenangan kami di Kuala Ketil, tapi cukuplah setakat disini, mungkin dilain hari ada masa boleh diceritakan lagi. semasa praktikum Rasyid tinggal bersama kami, selepas habis praktikum Rasyid telah memohon tinggal diasrama kerana dekat dan senang nak jumpa buah hati :)





