Showing posts with label Rencana. Show all posts
Showing posts with label Rencana. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

Sanggup jual diri, mahu hidup mewah

7 Mac 2013
Sanggup jual diri, mahu hidup mewah
Sanggup berbogel depan kamera untuk raih keuntungan.
KULIM - Hanya mahu hidup mewah dengan pendapatan lumayan setiap hari, golongan remaja hari ini rela menjual diri mereka menerusi laman web.

Pengerusi Persatuan Penguna Kulim, Mohd Zailan Hashim berkata, apa yang mengejutkan kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar perempuan di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Menurutnya, pelanggan yang melayari laman web itu boleh berinteraksi bersama pelajar berkenaan dan meminta mereka melakukan apa sahaja aksi diingini.

"Sekiranya pelanggan mahu melihat pelajar itu membuka pakaian dan beraksi panas, mereka diarahkan untuk masuk ke ruangan peribadi dan membayar diantara 0.79 hingga 0.99 dollar bagi tempoh seminit," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati ada dalam kalangan mereka juga masih bersekolah.

Tambah Mohd Zailan, permasalahan ini mesti ditangani segera sebelum ia menjadi ikutan untuk memperoleh pendapatan sambilan yang tidak bermoral.

"Mereka yang terlibat boleh disiasat di bawah akta komunikasi. Pihak berkuasa seharusnya lebih peka terhadap permasalahan ini dan tidak mengambil sikap lepas tangan.

"Saya sangat berharap kementerian terlibat dapat menangani masalah keruntuhan akhlak golongan remaja ini dengan sewajarnya," katanya.

Friday, March 1, 2013

Wanita tertua di dunia

28 Februari 2013
Misao Okawa
Misao Okawa
MISAO Okawa, 114, diiktiraf Rekod Dunia Guinness sebagai wanita tertua di dunia dalam satu majlis khas di Osaka, semalam.
Menurut Institut Penyelidikan Gerontologi yang berfungsi mengesahkan maklumat mengenai umur untuk Guinness, Misao dilahirkan pada 5 Mac 1898 dan beliau bakal menyambut ulang tahun kelahirannya ke-115, minggu depan.

Pada masa ini, Jepun mempunyai lebih 51,000 penduduk berumur sekurang-kurangnya 100 tahun dan 87 peratus daripadanya ialah wanita.  - AP

Monday, January 28, 2013

Pekan Mundok, Thailand destinasi Pilihan


       Kepada semua rakyat Kelantan ataupun rakyat luar Kelantan yang mahu bercuti di Kelantan. Cikgu Moka cadangkan anda luangkan masa separuh hari untuk singgah ke Pekan Mundok 15 minit dari Rantau Panjang,. Pekan Munduk ini adalah disebelah Thailand, namun anda tidak perlu risau kerana disini tidak perlu passport untuk menyeberangi Sungai Golok.

      Dengan hanya tambang perahu RM1 sehala, anda boleh ke Pekan Munduk dengan bebas. Disana bermacam barangan dijual dengan harga murah dan hampir tidak masuk akal sekiranya anda selalu membeli belah di kota Kuala Lumpur. Bantal kekabu hanya RM10 untuk 2 biji, di kota KL mungkin harga mencecah RM 40 untuk sebiji bantal. Baju blouse untuk wanita cuma RM8 di kota KL mungkin mencecah RM49 . Toto Narita cuma RM28 , di kota KL mungkin mencecah RM80 untuk sebidang toto. Jika anda minat haiwan peliharaan, disinilah tempatnya dengan pelbagai haiwan peliharaan menarik dijual seperti arnab , burung candik, dan beberap spesis eksotik contohnya anak landak.   
       Kat sini juga, vcd cetak rompak banyak dijual terutama vcd dikir barat yang dijual dengan harga serendah RM 4 sekeping, kalau beli tiga keping dapat la RM 10. Bagi yang nak merasa mee celup, pulut ayam, nasi komok, lokcing, air minuman dalam bekas pasu, madu lebah dan macam- macam lagi lah boleh la beli kat sini kerana ia banyak dijual. Pasti anda akan datang lagi kalau datang sekali.

          Jadi untuk percutian pada sesi Perayaan Tahun Baru Cina ini, anda semua dijemput untuk singgah ke Pekan Munduk untuk sebuah percutian yang yang singkat tetapi menarik. Untuk makluman, pada hari Isnin dan Jumaat digelar 'Hari Nat' oleh penduduk Thailand. Tapi pada masa sekarang, kerajaan Thailand tak mebenarkan segala aktiviti pada hari jumaat kerana kebimbangan akan serangan pihak pengganas yang meberi amaran akan memotong telinga bagi sesiapa yang berniaga atau melakukan aktiviti pada hari jumaat. Motifnya cikgu Moka sendiri pun tak tahu. Jadi hari 'Nat' di tukar pada hari sabtu. Jangan risau, belum terjadi benda-benda pelik lagi setakat ini di sana. Cikgu Moka tinggal dekat jer dengan Pekan Mundok tu, lebih kurang 5 KM sahaja dari rumah. Jadi pada hari tersebut, seakan-akan pasar pagi yang dibuka dari jam 8pagi sehingga lewat petang dengan pelbagai pilihan seperti buah-buahan yang sememangnya amat murah. Jom Shopping!!!!

Sunday, January 27, 2013

Jurugambar perkahwinan berbaloi atau tidak?


Nikon lancar D800

kamera

      Setiap pasangan pengantin pastinya mengimpikan sebuah majlis perkahwinan terbaik dalam hidup mereka untuk dikenang sepanjang hayat. Bukan sahaja dari segi persiapan mental fizikal sahaja dititikberatkan tetapi juga pelaksanaan majlis dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk pakej pelamin, gambar, ketering makanan dan sebagainya.

Berbanding dulu permintaan terhadap pakej gambar perkahwinan sekarang seakan sudah menjadi trend bagi pasangan pengantin yang mahukan kesempurnaan dalam merakam detik terindah dalam hidup mereka sehingga sanggup berbelanja melebihi kemampuan.
Tinjauan Sinar Harian di laman sosial mendapati ramai yang bersetuju pilihan untuk mengambil pakej gambar perkahwinan atau tidak bergantung kepada kemampuan pasangan pengantin itu sendiri.

Beberapa orang meluahkan pendapat lebih baik mengupah adik-beradik, saudara-mara atau kawan untuk mengambil gambar perkahwinan kerana selain dapat menjimatkan kos serta tidak kekok untuk ‘berposing’.

Menurut mereka dengan kemudahan teknologi masa kini banyak perisian tertentu boleh dimuat turun untuk mengedit gambar supaya lebih cantik serta setanding hasil dengan jurugambar profesional sekiranya kreatif.

Sementara itu, ada yang turut berkongsi pengalaman majlis perkahwinan mereka dulu sekitar tahun 2007 hanya mengambil upah gambar kahwin dengan bajet RM300 sahaja berbanding harga sekarang.

Namun ada juga sempat berkongsi kisah lucu sewaktu mengambil gambar kahwin mereka dulu tiba-tiba filem dalam kamera habis sewaktu tengah sakan ‘berposing’ terpaksa mengambil masa untuk membeli filem baru.

Pokok pangkalnya pasangan pengantin itu perlu bijak memilih pakej yang jimat, hasil berkualiti dan mampu memberi kepuasan kepada semua pihak untuk disimpan sebagai tatapan generasi akan datang.

Lihat bajet pengantin
Bagi Nurul Akma Mohd Nasir, 28, pekerja swasta berkata, dia meletakkan bajet sekitar RM800 untuk pakej gambar perkahwinan bersama pasangannya sewaktu hari bersejarah mereka nanti selepas mengikat tali pertunangan pada Disember lalu.

Menurutnya, pasangan pengantin perlu membuat tinjauan terlebih dahulu untuk memilih pakej gambar perkahwinan yang sesuai dengan kemampuan kerana ada juga pakej mahal namun kualiti gambar kurang memuaskan.

“Pada saya pengantin itu perlu pandai berjimat dengan mengurangkan kos perbelanjaan serta tidak perlu membazir sewaktu merancang hari bahagia mereka,” katanya.

Dapat hadiah gambar kahwin percuma dari rakan-rakan

Bagi Shaharol Niza Omar, 41, dia dan isterinya, Norlela Ahmad Jamil, 36, amat beruntung kerana tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja untuk mengabadikan gambar kenangan mereka sewaktu melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun 2000.

Menurutnya, bukan sahaja rakan-rakan secara sukarela mengambil gambar mereka secara percuma tetapi juga turut menghadiahkan gambar yang siap dicuci sebagai hadiah perkahwinan kepada mereka.

“Pengurusan majlis perkahwinan dulu mudah, pelamin sendiri, jurufoto sendiri, semua bergotong-royong membuatnya tanpa perlu mengambil pakej mahal.

“Lagipun upah mengambil gambar dulu murah kerana lebih ramai menggunakan kamera kompak dengan filem berbanding sekarang lebih ramai memilih DSLR,” katanya.

Sementara itu, juru gambar bebas Ismarizal Ismail berkata, kebaikan menggunakan kamera DSLR memberikan hasil lebih menarik berbanding kamera kompak kerana nampak gambar lebih ‘hidup’ namun jika pakej yang ditawarkan sekitar RM1,500 sahaja untuk gambar tidak berbaloi.

“Tetapi kalau dalam pakej berkenaan disertakan bersama album khas, pendrive dan mini album memang berbaloi,” katanya.


Cikgu Moka : Jika sesiapa nak buat gambar out door atau gambar perkahwinan dengan kos rendah boleh la hubungi cikgu moka dengan kos hanya RM300 sahaja (pandai cakap dapat free. hehehe). Kat bawah ni contoh gambar yang di ambil semasa kawan cikgu moka kahwin, free jer ambik gambar mereka.
Perkahwinan Faiz dan Niza

Asteroid mendekati bumi pada Februari 2013

27 Januari 2013
Asteroid
Lakaran asteroid yang bakal merentasi bumi.
Sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi pada pertengahan Februari ini.

Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini.

Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km.

Asteroid 2012 DA14 mendekat pada jarak 35,000 km dari bumi. Perhitungan astronomi dari orbit asteroid dapat dipercayai berdasarkan rekod kejayaan puluhan tahun ketika Neil Amstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan 20 Julai 1969.

Tetapi apa yang akan berlaku ketika 2012DA14 mendekati bumi? Jawapannya adalah ‘mungkin tidak terjadi apa-apa’.

Kebanyakan orang tidak akan melihat atau menyedarinya kerana kehadiran asteroid tersebut tidak mengubah pusingan pasang surut air laut, ia juga  tidak menyebabkan gunung berapi.

Ketika kehadiran asteroid itu, pakar astrologi akan mengukur jarak tepat kedudukan bintang dan bulan dengan teleskop mikro.
Andainya asteroid  itu bersaiz 46 meter dan memintas bumi, ia masih tidak boleh menghancurkan bumi, tetapi kejadian itu akan meninggalkan kesan seperti kawah di kawasan ia mendarat.

Peristiwa itu pernah terjadi pada 1908 di daerah terpencil di Rusia, di mana satu ledakan asteroid telah meratakan sebuah kawasan di situ hingga membentuk sebuah kawah dan melenyapkan pokok dan haiwan yang terdapat di situ.

Mungkin sekiranya 2012 DA14 mendarat ke bumi kejadian sama dijangka berlaku. Ahli astrologi juga mengharapkan asteroid itu mendarat di laut dan bukannya di kawasan pembangunan kerana dikhuatiri binaan akan musnah sama seperti pokok dan haiwan yang lenyap
ketika kejadian di Rusia.

Ahli astronomi di Observatorio Astronomico de La Sagra di Spanyol menemui 2012 DA14 pada awal 2012. Ia menyerupai bumi dan pusingan orbitnya juga menyamai pergerakan bumi iaitu mengelilingi matahari.

Pastinya, Asteroid 2012 DA14 akan menghampiri bumi pada 15 Februari 2013. perkara ini bakal mendapat perhatian orang ramai. - Earthsky.org

Apa itu asteroid?

Asteroid ialah planet minor atau planetoid. Ia berukuran lebih kecil daripada planet, tetapi lebih besar daripada meteoroid dan selalu berada dalam orbit planet Neptunus. Asteroid berbeza dengan komet dari struktur visualnya. Komet mempunyai 'ekor' sementara asteroid hanya berbentuk seperti ketulan batu.

Wednesday, January 23, 2013

Di sebalik diri Tun M

21 Januari 2013
Mahathir bin Mohamad
Tun Dr Mahathir bin Mohamad
PERDANA Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin yang paling lama memegang jawatan ketua kerajaan Malaysia, iaitu 22 tahun, dari 1981 hingga 2003.

Sepanjang tempoh itu, Dr Mahathir melalui pelbagai cabaran pahit manis dalam memajukan negara. Dari polisi Pandang ke Timur, Boikot Buy British last dan Wawasan
2020, Dr Mahathir dihormati kawan, digeruni lawan.

Dalam tempoh pentadbirannya, Dr Mahathir sentiasa melakukan perkara yang tidak pernah difikirkan pemimpin sebelumnya, lantas Dr Mahathir membina Malaysia dari sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara berasaskan perindustrian dalam ‘sekelip mata’.

Ikuti wawancara khas wartawan Sinar Harian, MOHAMMAD FAIRUZ JUMAIN menyingkap peribadi Dr Mahathir yang mungkin tidak diketahui ramai.

Bagaimana dengan kesihatan Tun sekarang?

Kesihatan saya ada sedikit sebanyak terganggu, sekejap sihat, sekejap tidak berapa sihat. Ya lah kerana umur saya yang lebih. Saya sudah tidak boleh berjalan dengan laju, melompat. Tapi secara keseluruhan, saya bersyukur kerana kesihatan saya masih ok.

Makanan kegemaran Tun sekarang, kenapa?

Dulu saya makan semua, tapi sekarang saya kurang makan nasi, saya makan lauk sahaja. Lauk yang saya makan adalah sayur-sayuran. Kegemaran saya sekarang salad. Jadi boleh kata saya vegetarian sekarang.

Dulu Tun dikatakan tidak suka gunting rambut dan potong kuku kerana mengganggu tugas, adakah Tun masih tidak suka dua perkara tersebut?

Ya, saya masih tidak suka dua perkara tersebut, kerana saya tidak boleh buat apa-apa, lumpuh sepenuhnya. Saya benar-benar tidak suka keadaan itu, tapi sampai satu tahap kita perlu juga gunting rambut dan potong kuku.
Jika tidak kita nampak tidak terurus.

Apakah hobi Tun sekarang?

Hobi saya sekarang tidak banyak, saya lebih gemar membaca, menulis dan menghabiskan masa lapang bersama keluarga.

Bagaimana dengan bahasa Perancis Tun sekarang?

(Ketawa), Bahasa Perancis saya tidak berapa bagus, saya cuma menguasai 10 peratus bahasa Perancis. Saya boleh tulis dan membaca dalam bahasa Perancis, tapi saya tidak boleh bercakap.

Berapa kuat cermin mata Tun?

Sebenarnya cermin mata saya tidak kuat, saya masih boleh membaca walaupun tidak menggunakan cermin mata. Mata saya masih kuat (ketawa).

Tun adalah seorang yang penuh dengan idea. Bagaimana Tun mendapat idea, adakah dengan berbincang atau ada cara lain?

Kebanyakan idea yang datang adalah dari membaca pelbagai bahan bacaan, tidak kiralah buku biografi, buku cerita, buku politik, buku agama dan pelbagai genre lagi.

Kebanyakan buku yang saya baca buku bahasa Inggeris. Tapi saya tidak lupakan juga buku bahasa Melayu. Apa yang penting, nasihat saya, idea yang hebat datang dari pembacaan dan pengalaman kita

Perkara paling Tun ingati?

Perkara yang paling saya ingat sampai bila-bila adalah hari di mana saya membuat keputusan menceburkan diri dalam bidang politik pada1945. Ingatan itu masih segar dalam diri saya.

Apakah perkara paling Tun tidak sukai?

Tidak banyak perkara yang saya tidak suka.

Tempat kegemaran dilawati Tun?

Saya suka melawat Jepun. Kenapa saya suka? kerana bangsa Jepun adalah bangsa Asia pertama yang dapat menewaskan kekuatan ketenteraan Barat. Lawan dengan Rusia, Jepun boleh menang.

Walaupun saya tidak suka cara Jepun memerintah Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, tetapi bangsa Melayu kena meniru bangsa Jepun kerana mereka mempunyai jati diri amat kuat walaupun dalam dunia moden hari ini.

Adakah Wawasan 2020 masih boleh dicapai?

Boleh dicapai, tetapi dengan beberapa perubahan dan pendekatan tertentu. Saya yakin Wawasan 2020 masih boleh menjadi kenyataan.

Tun pakai telefon bimbit jenis apa?

Saya pakai iPhone.

Artis kegemaran Tun?

Saya minat Siti Nurhaliza.

Pasukan bola yang diminati?

Saya tidak begitu minat dengan bola, tetapi saya kecewa sebenarnya apabila Harimau Malaya sekarang merosot teruk, berbanding waktu negara mencapai kemerdekaan. Ketika itu pasukan bola Malaysia terkenal sebagai yang terbaik di Asia.

Permainan yang Tun sukai?

Saya hanya main kuda sahaja

Apa pendapat Tun mengenai Sinar Harian?

Sinar Harian bagi saya adalah akhbar yang mengikut peredaran zaman. Kerana pada hari ini, rakyat kita sudah boleh menilai berita. Terdapat banyak sumber lain jika masih tidak berpuas hati dengan akhbar. Dalam hal ini, Sinar Harian paling ke hadapan.