Showing posts with label KPLI. Show all posts
Showing posts with label KPLI. Show all posts

Monday, December 13, 2010

KPLI MENGUNDANG KEBIMBANGAN



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Sin Chew Daily (ME9) bertarikh 13 Oktober 2010 – KPLI mengundang kebimbangan.
Jawatankuasa Keperluan Unjuran yang dipengerusikan oleh Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM telah mengunjurkan bahawa tiada keperluan bagi bidang pengkhususan Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ambilan Januari 2011. Walau bagaimanapun, masih terdapat keperluan bagi pengkhususan Bahasa Cina di Sekolah Kebangsaan (SK). Seramai 100 orang calon guru akan diambil bagi bidang pengkhususan tersebut. Sebelum pihak BPPDP, KPM mengeluarkan unjuran keperluan calon guru, mereka telah membuat kajian dan penyelidikan yang terperinci berdasarkan data yang diterima daripada Bahagian berkaitan di KPM dan Jabatan Pelajaran Negeri.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Moka WRite :
Patut la KPLI ambilan JAN 2011 untuk guru sekolah cina dan tamil



Friday, December 10, 2010

Isu pendidikan dalam Temuduga KPLI 2011

Selepas anda dapat memasuki temuduga KPLI nanti ada beberapa isu yang saya fikir perlu anda ambil perhatian. Kemungkinan isu isu ini di tanya dalam temuduga adalah amat besar.

Kebarangkalian itu amat tinggi. Isu mengenai PIPP rasanya sudah tidak relevan lagi kerana pelan ini berakhir pada tahun ini. Namun anda jangan lupa untuk membaca PIPP juga kerana ada kemungkinan pencapaian PIPP ini pula akan di tanya.

Isu pendidikan yang mungkin akan menjadi perhatian penemuduga ialah tentang salah satu bidang NKRA iaitu mengenai akses pendidikan kepada rakyat dan mengurangkan keciciran murid di pedalaman.

Slogan Satu Malaysia Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan juga akan menjadi topik yang amat popular kerana ia adalah dasar kerajaan sekarang. Soalan mengenai dasar penghapusan PMR di sekolah dan School Based Assesment menggantikan PMR amat sesuai untuk di fahami dengan sebaiknya.

Begitu juga dengan KSSR dan transformasi pendidikan yang saling berkait pun perlu di ambil perhatian.KSSR atau kependekannya Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan bermula pada tahun hadapan untuk menggantikan KBSR. Ini paling penting untuk anda ambil tahu.

Pada masa saya di temuduga dahulu, soalan yang di tanya kepada saya ialah mengenai Tahun Melawat Malaysia 2007 dan apakah peranan saya sebagai guru untuk mempromosikannya kepada murid di sekolah. Terkebil kebil jugalah saya menjawabnya kerana tidak bersedia pada topik itu.

Hanya yang di jawab oleh saya ialah melalui aktiviti P&P dan menganjurkan murid supaya menegur pelancong asing yang mereka jumpa kat mana mana dan menganjurkan hari kantin.

Saya pun dah lupa apa yang saya jawab tentang hari kantin ni.. Hahaha. Jadi kesimpulannya , penemuduga mungkin akan cenderung bertanya aras soalan sebegini. Contohnya , “apakah peranan anda sebagai guru untuk membantu kerajaan membentuk perpaduan rakyat di negara ini?. Apakah yang anda akan jawab?. Ok fikirlah sebaiknya dan kaitkanlah dengan Slogan Satu Malaysia.

Walau apapun tahniah jika anda berjaya layak ke temuduga, Apabila layak nanti jadi la guru yang ikhlas dan jujur dalam pekerjaannya. Biarlah apa orang ramai nak kata tentang KPLI ni.

Mereka ni hanya nak pukul rata semua guru KPLI tak berkebolehan. Sedangkanpada hakikatnya semua guru sama sahaja. Ada yang cemerlang dan ada yang tidak ia tak mengenal dari cabang mana dia berasal.


Monday, December 6, 2010

Calon mohon KPLI kini perlu ada ijazah pengkhususan

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Sharuddin.

Beliau berkata, syarat itu yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar berkualiti dan guru pakar telah dilaksana sejak pengambilan tahun lepas.

"Kalau dahulu kita tak tekankan pada bidang pengkhususan pelajar semasa mereka di universiti kerana bagi kita memadai sekiranya mereka ada ijazah pertama. Tetapi sekarang mereka perlu ada ijazah dalam sesuatu subjek yang ingin diajar.

"Contohnya kalau mereka ingin mengajar subjek Matematik, mereka perlu ada ijazah dalam subjek itu bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI pengambilan Januari 2010, di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas di sini, hari ini.

Mengenai jumlah pengambilan pelajar pada tahun ini, beliau berkata, seramai 1,473 orang daripada 60,000 pemohon dipilih untuk mengikuti 17 bidang pengajian di 27 buah kampus institut pendidikan guru yang pendaftarannya bermula semalam. - Bernama

Friday, December 3, 2010

Tamatnya kursus KPLI ambilan Januari 2010 :(

Setelah hampir setahun aku masuk kpli, akhirnya sudah tamat pengajian di sana. Rasa macam sekejap sahaja berada disana. Banyak kenangan manis yang dilalui disana sepanjang tempoh aku belajar. Macam-macam karenah kawan yang aku jumpa. Yang bestnya semua baik-baik n sporting-sporting. Jadi tidak kekok untuk aku bergurau senda dengan kawan-kawan berlainan kursus di sana.


Kini aku hanya menunggu masa untuk dipostingkan pertengahan bulan 12 nanti, tak tahulah disekolah dan dinegeri mana akan dipostingkan. Harap-harap dapat la negeri selangor dekat sikit dengan wife aku. kalau negeri lain pun, aku tak kisah kerana masa temuduga dulu pun aku dah berjanji untuk dipostingkan dimana-mana tempat. Cuma kalau boleh biarlah di semenanjung, senang sikit nak balik kampung.

Gambar atas : Geng-geng kajian sosial Kpli Jan 2010 IPG KSAH

untuk mengisi masa lapang sementara menunggu keputusan posting, aku hanya habiskan masa tidur, makan, internet dan bersama wife sahaja. memang happy la rasanya, tapi yang tak happynya bila poket dah kering, susah nak buat sesuatu benda. lambatnya nak posting..........