Showing posts with label jutawan. Show all posts
Showing posts with label jutawan. Show all posts

Thursday, July 2, 2020

Jadi Jutawan Sekelip Mata Pada Tahun 1991, Setelah 26 Tahun Berlalu Ini Yang Terjadi Padanya

Jika anda sudah wujud di dunia ini pada tahun 1991 pasti anda masih ingat dengan rancangan televisyen yang bersiaran di RTM iaitu Kuiz More Jutaria.

Di dalam pertandingan kuiz itu, pemenang ditawarkan hadiah berupa sebuah kereta Ferrari model 328 GTS bernilai lebih RM1 juta.

Ahmad Samerin Dzulkifli ketika itu menang kuiz yang dianjurkan oleh RTM pada usianya 23 tahun.
Pada asalnya dia dihadiahkan kereta Ferrari model 328 GTS tetapi menolak hadiah itu kerana tidak tahu memandu dan dia mahu ditukarkan kepada wang RM1 juta.

Dimanakah Ahmad Samerin Dzulkifli Sekarang?
“Sekarang ini orang pun dah tak tahu(lupa). Saya pergi mana pun bebas dan ini semua demi keselamatan keluarga,” kata Ahmad Samerin Dzulkifli, 49.

Bagi yang masih ingat, lelaki dari Bandar Pusat Jengka, Pahang ini pernah menggemparkan negara 26 tahun lalu apabila menjadi jutawan sekelip mata selepas membawa pulang wang tunai RM1 juta menerusi Kuiz More Jutaria pada 8 September 1991.

Ketika memenangi soalan terakhir kuiz siaran langsung anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dia baru berusia 23 tahun.

Dia ketika dihubungi dia mengakui sengaja ‘menyembunyikan’ diri kerana tidak mahu lagi menonjol di khalayak di sebalik kisahnya yang pernah bergelar jutawan sebelum ini.

“Memang ramai hendak tahu (kisah) saya tetapi sengaja saya tidak mahu keluarkan balik cerita kemenangan dahulu atas pelbagai sebab.

Bermula dengan kedai basikal ketika berusia 23 tahun, Ahmad Samerin Dzulkifli tiba-tiba bergelar jutawan apabila memenangi “Kuiz More Jutaria” di RTM.

Dengan hadiah RM1 juta, lelaki dari Jengka Pahang itu tenggelam daripada tumpuan masyarakat dengan alasan “menyembunyikan diri” demi keselamatan diri dan keluarga.

Buat Apa Dengan Duit RM1 juta?
Kedai basikalnya sebelum ini diserahkan kepada adiknya untuk diuruskan. Hasil wang lumayan itu, beliau dengan gaya hidup sederhana menguruskan kedai elektrik di Bandar Baru Jengka.

Selebihnya wang itu, yang dimenangi daripada acara TV paling popular pada 1991, dilaburkan dalam perniagaan.

Thursday, June 25, 2020

Pelombong jadi jutawan selepas jumpa tanzanite terbesar


Seorang pelombong kecil di Tanzania bergelar jutawan selepas menemui dua biji batu permata tanzanite terbesar di negara itu dan menjualnya kepada kerajaan.

Saniniu Kuryan Laizer, 52, menjumpai batu berkenaan, masing-masing seberat 9.27 kilogram (kg) dan 5.1 kg di utara Bukit Mirerani, sebuah kawasan yang dipagar oleh Presiden John Magufuli pada 2018 bagi menghentikan penyeludupan permata.

Beliau menjual batu berwarna ungu kebiruan itu kepada kerajaan pada harga $3.3 juta (RM14.1 juta).
Tanzanite pertama kali ditemui di kaki bukit Kalimanjaro pada 1967 serta wilayah utara Tanzania, Manyara, dan dipercayai tidak wujud di mana-mana tempat lain di dunia, sekali gus menjadi dambaan untuk dijadikan perhiasan.

Dalam satu majlis meraikan penemuan itu di Manyara, Menteri Perlombangan, Dotto Biteko, berkata ia batu paling besar pernah ditemui di negara itu.
"Laizer kini seorang jutawan dan kita akan pastikan beliau selamat.
"Kita sekarang ini beralih dari keadaan di mana pelombong kecil yang sebelum ini menyeludup tanzanite, kini mengikuti prosedur dan membayar cukai kerajaan serta royalti," katanya.
Menurut Laizer, beliau akan memanfaatkan wang yang diperoleh bagi membangunkan masyarakat setempat.

"Saya bercadang untuk membina sebuah pusat membeli-belah di Arusha dan sebuah sekolah berdekatan rumah saya.

"Saya berterima kasih kepada tuhan atas apa yang saya kecapi kerana ini kali pertama mendapat saiz sebegini besar.

"Apabila menjumpainya, saya memaklumkan kepada pegawai kerajaan yang menilai batu berkenaan dan hari ini mereka panggil saya untuk bayaran," katanya.

Berdasarkan kenyataan yang dimuat naik di akaun Twitter kerajaan, batu berkenaan akan diletakkan di muzium negara itu. - AFP