Thursday, December 13, 2018

Tahun 2019

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baharu 2019. Banyak kenangan manis dan pahit telah kita lalui. Insyallah tahun 2019 CM akan cuba baiki diri kearah lebih baik. Anak2 dah besar umur makin tua, banyak dosa2 yang telah kita lakukan tanpa sedar dan sedar. Semoga Allah merahmati hidup CM sekeluarga dan sahabat2 diluar sana. Jom bersihkan diri dari dosa2 sebelum kita dijemput Ilahi. Semoga impian dan harapan untuk tahun 2019 akan tercapai nanti. Semoga dimurahkan rezeki utk kita semua... aminnnn

Friday, August 3, 2018

MEMUPUK SEMANGAT MEMBACA DI KALANGAN KANAK-KANAK

Terpanggil untuk menyahut seruan Tun Dr Mahathir Bin Mohamed supaya memupuk semangat membaca dikalangan generasi muda, kami telah melancarkan sebuah platform atas talian yang dikenali sebagai myeBookclub. Platform ini dibina bagi memupuk semangat membaca dikalangan kanak-kanak seawal usia 3 tahun. Apakah yang membezakan platform ini dengan platform atas talian lain yang berada dipasaran?
Di platform kami, kanak-kanak bebas mengakses buku-buku cerita dari dalam dan luar negara tanpa sebarang had. Untuk memudahkan sebarang pencarian buku, buku-buku ini akan dikategorikan mengikut beberapa kriteria antaranya, umur, genre buku, pengarang, bahasa dan lain-lain. Kanak-kanak dengan lebih mudah dapat membaca buku dimana sahaja mereka berada. Ini kerana, dengan menggunakan telefon pintar atau tablet yang disambungkan dengan talian internet, mereka dengan mudah dapat mengakses plaform buku kami.
Selain itu, kami menyediakan 2 kategori bahasa sebagai pilihan buat mereka. Mereka yang berminat boleh memilih untuk membaca buku-buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kami juga telah memastikan buku-buku kami adalah mesra kanak-kanak. Pilihan buku-buku di platform kami amat sesuai dibaca oleh semua golongan umur, dari seawall 3 tahun sehinggalah ke 12 tahun.
Bagi ibu bapa yang telah mendaftar di platform kami, ibu bapa bebas untuk berhenti melanggan pada bila-bila masa yang mereka kehendaki. Ini kerana, tujuan asal kami adalah untuk membantu ibu bapa mendorong anak-anak mereka untuk mencintai buku, selain memupuk minat mereka untuk membaca. Kami juga tidak mengenakan cas langganan yang tinggi malah cas langganan kami adalah yang terendah di dalam pasaran. Dengan hanya membayar sejumlah RM5.00 sebulan, ibu bapa dan kanak-kanak dapat membaca buku-buku menarik di platform kami tanpa sebarang sekatan. Ini juga secara tidak langsung dapat membantu ibu bapa merancang perbelanjaan bulanan mereka tanpa menjejaskan minat anak-anak mereka untuk membaca.
Di platform buku kami juga, ibu bapa atau kanak-kanak dibenarkan untuk memuat turun buku-buku yang mereka minati. Namun mereka hanya dibenarkan untuk memuat turun 5 buah buku cerita sahaja dalam masa sebulan. Ini bertujuan untuk melindungi hak pengarang buku serta syarikat penerbitan buku yang telah bekerjasama dengan kami.
Berita baik buat ibu bapa dan kanak-kanak yang berminat! Sebagai promosi diatas pra-pelancaran platform buku terbaru kami, pihak kami ingin memberikan akses percuma selama sebulan buat anda semua. Kami mahu anda membaca dan menikmati seleksi buku-buku di platform kami terlebih dahulu. Kami juga mengalu-alukan sebarang maklum balas anda mengenai platform kami. Maklum balas anda amat penting buat kami supaya kami dapat meningkatkan mutu tahap perkhidmatan kami kelak. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
“Generasi Membaca, Generasi Berjaya.”
Webiste : myebookclub.my











Sunday, June 10, 2018

Jadilah sahabat yang baik

Tk nak tulis apa ni. Tapi bila baca ayat dlm gbr tu CM rasa perlu ada kejujuran dalam setiap perkara. Bila kita menaruh kepercayaan kepada seseorang sahabat atau kawan perlulah dibalas dengan kejujuran dan keikhlasan. Kadang2 banyak perkara yang membuatkan kita berkecil hati dengan apa yang mereka lakukan. Tapi apakan daya kita hanya sahabat atau kawan. Perlu kita fahami lebih lanjut apa beza sahabat dengan kawan. Bila kita sudah fahami baru kita mengerti sahabat yang baik itu sentiasa menjaga hati kita dan sahabat yang berpura2 baik itu sebaliknya. Alhamdulillah CM dikurniakan sahabat yang baik dan sentiasa menjaga hati 😉

Friday, June 1, 2018

Jangan Jadi Bodoh

Bila kita rasa tiba-tiba macam bodoh tak bermakna kita bodoh betul tak. Cuma CM nak ingatkan diri CM jer kadang2 ada benda yang kita buat tu rasa mcm bodoh tapi hakikatnya tidak. Ok mcm ni cthnya, kita tanam bunga, tiba2 ada org dtg sruh tanam buah sedangkan bunga tu dah hidup subur. alasannya buah boleh dapat hasil. Kita pun cabut la pokok bunga tu tanam dengan pokok buah. tak lama kemudian kita rasa tak sesuai tanam pokok buah depan rumah lalu cabut tanam pokok bunga semula. Rasa cam bodoh lak kn. tu cth bukan CM yang buat benda tu. hehehe. CM ingin kongsikan kalau nak buat sesuatu perkara tu kena fikir dulu kesan baik atau buruk. Kalau buat sesuatu perkara tak pakai otak tu maknanya anda adalah sebahagian daripada kebodohan itu. Bukan kata anda bodoh cuma kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. Jangan jadi bodoh jer.... Ada kawan CM bagi ayat ni, Biar nampak bodoh asalkan cerdik, daripada nampak cerdik tapi hakikatnya bodoh. Ok tu jer nak kongsikan dengan kawan2 semua. Yang penting kita jangan jadi bodoh! dan jangan bodohkan orang lain yer!

Thursday, May 17, 2018

Sambut birthday Qayl Adriey ke 4 tahun

Tanggal 16 Mei setiap tahun mesti orang akan ingat hari gurukan. CM istimewa sikit sebab pada tarikh keramat 16 Mei 2014 lahir seorang putera yang diberi nama Muhammad Qayl Adriey. Kelahirannya merupakan hadiah paling bermakna untuk CM sebagai hadiah untuk hari guru. Alhamdulillah sekarang tahun 2018 dah genap 4 tahun dah usia anak kedua kesayangan papa ni. Syukur Ya Allah diberi amanah untuk menjaga anak2 ini. Ya Allah berikanlah kekuatan untuk kami untuk mendidik anak2 kami ke jalan yang diredhai oleh Mu Ya Allah. Semoga hari kelahiran yang ke 4 tahun ni, Qayl Adriey sentiasa dilindungi, dirahmati Allah selalu. Semoga anak2 papa termasuk Abg Adieb dan Nur Qayla Adra berjaya didunia dan akhirat. Sesungguhnya papa dan mama amat menyayangi kamu semua. I love u anak2 papa.

Monday, April 2, 2018

Nak cepat last2 senyap

8Ni kisah seorang customer nak tempah design photo booth. Ada satu hari tu, ada sorang hamba Allah ni msg CM nak tenpah design. Dia siap bg cth nak mcm tu. Macam biasa la CM kadang2 tak ambil deposit sebelum siapkan kerja. Entahlah tak reti n segan nak mitak deposit sebab bukan pekerjaan utama buat design n banner ni. Ok berbalik kepada cerita tadi, CM bg masa dalam 3 hari untuk siapkan. Cukup 3 hari Hamba Allah tu msg semula tanya macam mana dah siap ker belum. Tak sabar katanya nak tenhok. CM lupa lak nak buat n CM cakap la nanti malam2 CM hantar design. CM pun berhempas pulas siapkan dalam masa 3 jam siap. Dah siap buat, CM pun hantar la kt wasap Hamba Allah ni. Dia balas wah cun nanti nk bincng dengan member dia. CM balas okay. Tunggu punya tunggu sampai sekarang tak wasap2 dah tanya pasal design tu. Mana hilang tah. Ok fine bukan rezeki CM. Tapi tu la, tak patut la kan buat mcm tu. Masa kos eletrik semua tu CM tangggung. Kalau tak jadi pun bgtau la sepatahkan. Ni tiba2 nak tanya member padahal dia yang punya. CM doakan Hamba Allah tu dirahmati selalu hendaknya. Ni la design yang CM buat tu... sia2 buat kerja. Kerja lain sampai tertangguh disebabkan nak buat design dia. Tq Hadel Liena.

Wednesday, March 28, 2018

Sudut PPDa

Perkongsian Bahan Pameran untuk Sudut Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
- Misi & Visi
- Dadah
- Alkohol
- Rokok
- Inhalan
- HIV/AIDS
*sumber ticer collection

Sunday, January 21, 2018

parking lot

ni antara parking-parking lot yang CM ada, kalau berminat boleh PM CM yer.

bunting pintu kelas


ni antara sebahagian koleksi pintu kelas yang CM ada. Kalu cikgu2 berminat nak menempah bunting pintu kelas boleh pm CM yer 017-9080175




Saturday, January 13, 2018

adab-adab menuntut ilmu

ni bunting pintu adab-adab menuntut ilmu. kalau ada cikgu berminat nak tempah bunting pintu PM la yer Cikgu Moka

Telefon Rosak, Maafkan Cikgu Moka

Bulan ni CM banyak terima tempahan banner. so bunyi mesej masuk  tu boleh katakan 23 jam sehari tanya pasal banner. Alhamdulillah terima kasih cikgu2 yang yang tempah banner dengan CM. nak jadikan cerita ada mesej yang CM tak sempat nak buat lagi tapi dah janji nak buat. Bila nak buat, telefon lak rosak, dan CM hantar la kedai. ingat boleh cover balik mesej2 wasap, tetapi malangnya semua hilang sebab hp format baru. CM mintak maaf sangat2 kepada cikgu2 yang order banner pada bulan ni yang CM tak buat. bukan tak nak buat, tetapi CM tunggu wasap dari cikgu semula sebab no tel x savekan. aduhhh.. mohon maaf yer semua cikgu2. Mana2 cikgu yang mesej CM tapi x dapat2 order sampai sekarang ni PM semula yer CM. CM tak boleh nak wasap balik sebab xde no dah.

Sunday, January 7, 2018

Alahai Ustazah....

Malam ni CM nak cerita tentang seorang cikgu ni dari selayang baru kalau x silap. Ada satu ketika tu, dia nak order la bunting pintu untuk kelas J Qaf dia. So CM buat la termasuk jadual bertugas. Semua ni design baru la kan. JAdi bila dh siap dia nk order lg 2 design. total 4 design untuk 4 daun pintu dan jadual waktu sekali yang dia tunjuk contoh buat seperti yang dia bg. CM tanya la nak design macam mana yer cikgu 2 lagi tu. dia ckap ikut yang sesuai dgn bilik j qaf. berhempas pulas la design lg 2 tu. x keluar2 idea. tunjuk la design yang sedia ada  untuk 2 design. dia x nak pulak request nak yang baru. CM tanya dan mtk contoh tapi dia cakap terpulang kat CM la.. bg yg dah ada tak nak pulak... pening la camtu. CM cakap la ambik dulu 2 bunting yang dh siap design khas untuk sekolah dia CM design. Lpeas tu dia cakap kalau macam tu xpelah, x jadi orderlah.. termenung CM sekejap. 2 3 hari design untuk dia tanpa mtk deposit 1 sen pun, bila dh siap n tunjuk design yang full  ni xde cop2 nama cikgumoka.blogspot pun kat gbr tu. Boleh dia cakap tiba2 tak jadi order. Gitulah lumrahnya bila kita dah buat apa yang org nak tapi bila dh siap x jadi order. Kos elektrik berjalan. So CM doakan kepada ustazah dari Selayang baru tu, semoga senntiasa diberkati oleh Allah selalu dan dimurahkan rezeki hendaknya. Masa CM terbuang begitu saja selama 3 hari buat design dia, nak tls dalam jawi la macam2 mtk. last2 x jadi order bila dh siap. CM harap sgt design yg CM bagi tu jangan print tempat lain yer. semoga kita sebagai guru hidup sentiasa diberkati selalu. Kat bawah ni bunting pintu dan juga jadual bertugas yang CM design untuk Ustazah itu. sape nak ambiklh yer.