Thursday, February 27, 2014

Xde mood dah...

Bermulalah part xde mood nak wt keje dah... mcm mana nak cari balik mood kerja yang telah hilang ni. Dah la keje banyak lagi menanti di depan ni. Baru bulan 3 jer dah  xde mood dah. Cerita lama berulang kembali dah. Hmmm. Bila la nak kembali balik mood ni. Makan masa jgk la rasanya ni... apa2 jelah untuk hari ini...

Tuesday, February 25, 2014

Kerja yang tak sudah

Mencabar pulak rasa tahun ni jadi cikgu. Apa yang mencabarnya. Orang cakap senang jadi cikgu tapi hakikatnya kena kerja 24 jam. Huhu... rasa nak pitam pun ada sekejap memikirkan kerja yang tak habis2 ni... macam2 sistem kena isi online kat sekolah. Rasa dah macam robot dah buat kerja tanpa henti. Ada jer keje nak kena buat. Key in data hari2 rasa kena buat. Lps satu satu sistem kena isi data murid. Dulu2 cikgu hanya tumpu pengajaran dalam kelas jer tapi sekarang kerja isi data lagi banyak kena buat dari mengajar. Sehingga terpaksa buat kerja di dalam kelas. Itu antara faktor menyebabkan cikgu2 jadi murung dalam kelaskan.  Macam mana tak murung kalau terpaksa berjaga sampai 3 4 pagi dok isi data murid. Huhuhu... mesti orang cakap dulu nak sangat jadi cikgu tapi kena sekarang baru nak merungut... bukan merungut tapi luahan hati yang terpaksa menghabiskan masa 24 jam kerja... yang lain malas nak hurai panjang2... nanti lain lak jadinya... oklah tido dulu... sambil letak tangan kat atas dahi fikir kerja yang masih belum2 siap... stressnya. ..

Sunday, February 23, 2014

Siapa Admin Page Murtads in Pantai Timur?

Masyaallah,  apabila orang islam yang dah murtad buat page dengan menghina agama islam, menghina Allah, menghina nabi.. mengucap panjang CM dibuatnya.  Mengapa ini boleh terjadi? tambah2 orang yang murtad ini orang kelantan. Ya Allah jauhkan kami keluarga kami dari perkara seperti ini.
Yang paling mengejutkan CM ialah orang yang dikatakan buat page ini merupakan kakak kepada kawan CM. Mula2 CM tak percaya, tetapi apabila ada satu group wasap geng2 CM tunjukkan bukti2 kukuh barulah CM percaya itu ialah kakak dia. Kawan CM tu tak perlulah CM nak bagitahu siapa cuma agak terkejut dengan berita ini. Dugaan besar kawan CM tu sekarang. Ye lahkan kakak dia yg  telah murtad mestilah keluarganya akan terkena tempias kt kampung tu. Dengar cerita kakaknya ni lama dah tinggal kt luar negara dan jadi murtad disebabkan oleh peristiwa hitam yang ditempuhinya dulu. Semoga kakak kawan CM tu sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan sebelum Allah mencabut nyawanya...

Friday, February 21, 2014

Majalah Sekolah

Tahun ni merupakan tahun yang mencabar bagi CM. Sebab apa mencabar sebabnya CM telah menjadi penyelaras untuk projek majalah sekolah yang pertama. Langsung tak tahu apa2 tentang penerbitan majalah, CM cabar diri CM untuk melakukannya.  Orang lain semua tak sanggup buat tetapi CM berani mencuba benda yang baru. Dengan sokongan dari guru besar dan guru2 lain CM telah membuat tinjauan kat Internet mencari maklumat tentang penerbitan majalah. Akhirnya CM buat kertas kerja dan disubmit kepada guru besar. Guru besar terima dan memberi sokongan penuh kepada CM untuk menjalankan projek yang agak besar ni. CM telah melantik beberapa orang ajk yang boleh dipercayai dan boleh bekerjasama dan telah selesai menjalankan mesyuarat yang pertama. Walaupun banyak halangan namun dengan sokongan dan semangat dari sahabat, CM berjaya menjalankan meeting pertama. Maka bermulalah episod kesibukan yang CM akan tanggung nanti... semoga projek ini berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang masalah nanti. Semoga CM sentiasa kuat dan bersemangat untuk menjayakan projek sulung penerbitan majalah sekolah ini nanti.
Yeahhhhh

Thursday, February 20, 2014

Dikir Warriors @ Fiesta Klate

Malam ni CM design poster untuk persembahan dikir warrior sempena pelancaran jersi TRW untuk Piala AFC. Setelah beberapa jam mengdesign poster ni,  akhirnya siap untuk hebahan di Facebook.. Tu jelah cerita malam ni. :)

Wednesday, February 19, 2014

Adam dan Hawa

Sehari dua ni kan, ramai pulak yang bertanyakan cerita tentang Adam dan Hawa. CM ada la download cerita ni dulu sebagai koleksi. Tu pun sebab wife yang nak tengok. Nak langgan Mustika HD rasanya macam membazir jer. So CM download la kat satu web site ni. sekarang dah xde dah link untuk download cerita ni. Jadi kalau siapa2 yang minat sangat nak tengok cerita Adam dan Hawa boleh la email CM yer. CM ambik kos upah burn dalam DVD jer. Cerita ni dalam format avi, bukan dalam bentuk video. Kalau nak buat video rasanya 15 keping DVD tak cukup rasanya. Jadi CM convert ke format avi dan masukkan ke dalam DVD. 4 keping DVD semuanya yang bersaiz 14.9 GB. Saiz besar kualiti pun cantik. Boleh pasang kat DVD player jugak. Kalau ada orang nak dalam bentuk pendrive pun boleh jugak. Senang sikit cocok kat tv yang ada USB tu kan. Kalau nak boleh email CM suaramuda@gmail.com atau klik gambar sebelah kanan yang ada gambar Adam dan Hawa tu. :)

Monday, February 17, 2014

Tips menghalang kecurian

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

Saturday, February 15, 2014

Majlis makan Malam dan Logo PERINTIS

Alhamdulillah, logo seterusnya yang telah CM design untuk Persatuan PERINTIS, (Persatuan Cinta Seni Kuala Lumpur). Setelah berhempas pulas menyiapkan logo ini, akhirnya telah selesai dan diterima untuk digunakan oleh persatuan PERINTIS. Logo ini telah dilancarkan secara santai pada majlis makan malam PERINTIS di Samudera, Gombak. Pelancaran telah dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kuala Lumpur, En Raizuli. Rasa bangga sekejap bila hasil kerja kita diterimakan. hehehe. Pada malam tu CM rasa bertuah kerana telah mendapat hamper hasil cabutan bertuah. hehehe. Dengan jamuan seekor kambing malam tu, majlis makan malam itu agak meriah dan sangat menyeronokkan. Itu jelah yang CM nak kongsikan. 






Monday, February 10, 2014

Keseronokan Mengedit dan mengdesign

Baru selesai bab mengedit logo akademi, poster peraduan dan t shirt untuk guru pj kat sekolah. 3 benda yang CM buat malam dan telah berjaya disiapkan dengan baik. Cewahhh. CM ni nak kata pandai tak la sangat. Tak pernah belajar secara formal pun sebelum ni. Tapi dah berminat dengan benda2 gini, jadi CM belajar melalui you tube. Boleh la cari makan sikit2 hahaha. CM seronok la kalau orang suruh buat. Sedikit bakat yang dikurniakan oleh-Nya kepada CM, CM dapat menabur bakti kepada mereka2 yang memerlukan pertolongan CM. CM tak mengharapkan bayaran pun cuma sedikit penghargaan dengan ucapan terima kasih pun dah rasa seronok dah. Bila hasil kerja kita dihargai, itulah saat yang paling seronok sekali rasa dan terasa sangat puas.  Esok ada lagi lak kerja nak kena buat nak tlg kawan CM design apa benda entah, CM tak faham lagi konsepnya. Esok akan diterangkan katanya. Hehehe. Oklah dulu hal malam ini, semoga anda semua sentiasa puas dan seronok dengan apa yang anda lakukan yer.
 













Wednesday, February 5, 2014

Baju korporat

Tahun ni CM dilantik menjadi ajk BKGK. Satu amanah yang perlu dipikul walaupun tak de semangat nak jd ajk tahun ni disebabkan kehebatan bkgk sesi yang lepas yang sangat mengagumkan. Jadi tahun ni CM dilantik jadi ajk, bukan main seronok lagi diorang angkat tangan sokong CM. Kalau lantik jadi pengerusi tu ok la jgk ni jadi ajk hahaha. Gurau jer tuh.
Ok untuk tahun ni CM diamanahkan untuk menguruskan jualan baju korporat. Sebenarnya idea baju korporat ni datang dari sahabat CM yang mencadangkannya. Dalam kepala dia banyak sangat idea best2. Patut la dia boleh berjaya kalau wat bisnes apa2 pun. Sampai CM boleh tumpang sekaki. Seronok buat kerja dengan sahabat CM tuh. Ok lepas tu kan, sebelum nak  buat baju ni, CM minta tolong sahabt CM tu survey harga kat kedai yang boleh bagi harga murah tapi kain berkualiti. Last2 jumpa kat Klang atas cadangan sorang cikgu lagi. Kedai tu memang menepati citarasa kami dengan design kami. Lagipun harganya murah dan dekat pulak tuh.
Walaupun pihak pentadbir cakap x blh pakai baju korporat sebab dah ada pekeliling, CM pergi jumpa sendiri dengan GB dan bercakap dengannya.  GB setuju sebab design yg menarik.  Jadi CM pun buatlah poster untuk diiklankan. Macam dah boleh dijangka dah bukan mudah nak memuaskan hati semua pihak. Ada Sorang cikgu  ni cakap BKGK nak kaut untung banyak dan dia blh dptkan harga lagi murah. Macam2 lagilah kalau orang dah tak sukakan, macam2 alasan bagi. Menyampah betul rasa. Nak atau tak nak itu kau punya pasal, CM dah buat yang terbaik dah untuk kelab BKGK. Untung pun bukan untuk orang lain untuk staf situ jugak. Berkira sangat. Rasa nak lempang jer orang macam nih. Yang CM pilih ni kain berkualiti dan lembut serta sedap dipakai. Harganya mahal sikit dan BKGK hanya dapat untung rm5 jer sepasang. Bukan banyak pun.  Nak yang murah ada jer tapi kain macam pengelap kaki. Boleh jer dapat rm40. Ni hal kalau nak. Tapi komplen tu pandai, kalau suruh buat hampeh. Menyampah betul orang macam ni kan. Apa2 alasan mereka pun CM tetap akan teruskan walau hanya 5 orang sahaja nak tempah. Tu jelah kisahnya tentang baju korporat.
Susah jugak jadi ajk BKGK ni yer hahaha.

Saturday, February 1, 2014

Kenapa ?

Sebelum tido CM nak cerita tentang kenapa?. Kata kunci dia kenapa ia berlaku atau terjadi. Kononnya CM nak buat kajian la nih sesuatu perkara tu boleh berlaku. Hahaha.
Kita ambik satu contoh sayang. Bila kita dah sayang kat seseorang kan macam2 kita janji. Janji akan syg sampai bila2 dan macam2 lagi la janji manis yang diucapkan untuk menyatakan sayangnya kat seseorang itu. Tetapi bila dah timbul rasa benci mulalah ucap benda yang tak sepatutnya disebut. Lupa segala janji manis semasa sayang dulu. Masa benci semua dah tak ingat dah. Xde dah rasa sayang tu sampai bila2.  Kenapa ia berlaku? Kenapa? . Itulah Persoalannya yang CM nak cuba bagi pendapat. Kemungkinan besar keikhlasan menyayangi seseorang itu xde. Sayang itu ada cuma sayang itu tiada keikhlasan dan mempunyai niat tertentu sahaja. Sebab tu lah bila dah benci, soal kasih sayang dah xde dah. Kalau nak tahu seseorang itu ikhlas atau tidak, masa benci tulah jawapannya.  Tengok apa yang dia akan buat. Sepatutnya kasih sayang itu kerana Allah barulah xde perasaan benci betul tak?  Buang jauh2 perasaan benci itu dalam diri barulah hidup kita sentiasa bahagia. Mesti akan seronokkan? Sayanglah seseorang itu sepenuh hati, tak rugi sayang kat seseorang kerana kasih sayang itulah yang akan mengeratkan hubungan sesama kita. Tak semestinya kasih sayang itu untuk suami atau isteri sahaja tetapi kasih sayang ith perlulah kepada semuanya iaitu ibu bapa, adik beradik, saudara mara, sahabat dan semuanyalah. Barulah perasaan benci itu xde dan kita akan hidup bahagia selamanya. Orang pun akan suka akan kitakan. Betul tak? CM kalau sayang kat seseorang CM akan cakap jer terus, tak perlu nak segan2 untuk cakap yang kita sayang kat seseorang. Itu jelah malam ini. CM sayang anda semua.. :)

Friday, January 31, 2014

Ikhlas atau tidak?

Kali ini CM nak bercakap tentang keikhlasan.  Ikhlas atau tidak sebenarnya bergantung pada niat seseorang. Sebagai contohnya kita menolong seseorang itu adakah ikhlas atau tidak bergantung pada niat kita. Sebagai contoh si A kita ikhlas sangat tolong manakala si B kita tolong jugak tetapi tidak ikhlas. Macam mana benda ni boleh terjadi? Apakah sebabnya perkara ni boleh berlaku. Yang CM perhatikan selama ini  ialah kita akan ikhlas tolong seseorang itu bila kita suka akan seseorang itu. Suka itu bukan bermaksud jatuh cinta atau apa cuma suka dari segi perwatakan tutur kata dan cara dialah. Jadi bila dia mintak tolong kita akan ikhlas menolongnya. Tetapi bila orang yang kita tak suka kita akan tolong jugak cuma tak berapa ikhlas. Tu la maksud CM.
CM pernah mintak tolong seseorangkan, orang tu tolong jer cuma CM dapat rasakan pertolongannya itu tidak ikhlas dan hanya untuk ambik hati kita saja. Sebabnya kita boleh lihat cara dia tolong kita tu. Tetapi CM tak ambik hati pun tapi Kadang2 terasa la jugakkan. Kalau orang lain mintak tolong beria jer buat tapi bila kita mtk tolong macam acuh tak acuh jer buat. Sebab tu la apa2 perkara CM suka lakukan sendiri, tak suka menyusahkan orang. Sebab bukan semua orang ikhlas menolong kita. Tetapi bila orang mintak tolong CM akan sentiasa membantu tak kira siapa pun dia. Tapi ada jugak yang CM tolong dengan tak ikhlas hahaha. Yang tu CM akui dan akan cuba perbaiki sikap tu yang tak sepatutnya ada dalam diri CM. Untuk sahabat baik CM semua yang CM lakukan selama ini memang CM ikhlas jangan risau. Takde niat apa2 pun. Cuma kawan yang kurang baik jer yang tak brp ikhlas tolong nih. Hehehe.. tetap buat cuma tak brp ikhlas jer hahaha...ok itu jelah tentang ikhlas atau tidak. Jangan tolong orang kalau kita tidak ikhlas dan jangan tolong seseorang jika hanya untuk mengambil hatinya sahaja. :) ikhlaskanlah diri kita utk lakukan sesuatu perkara yer..

Kenapa perempuan suka merajuk?

Perempuan bila disakiti dia tak marah tapi dia sedih dan masuk bilik menangis time macam ni dia akan cari someone untuk luahkan perasaan. Selalunya yang dicari sahabat baiknya dan lelaki. Lelaki perlu memahami keadaan ini. Melayan kerenah perempuan seperti melayan kerenah baby, manja, kadang-kadang gedik, mengada, kuat nangis dan kuat merajuk, tetapi itu comel sebenarnya.

Kenapa perempuan suka merajuk sebab utamanya dia perlu perhatian lelaki agar pujuk mereka. Perempuan sentiasa inginkan perhatian daripada lelaki agar sentiasa amik berat tentang mereka. Perempuan nak lelaki sentiasa ada dengan dia sebab tu bila lelaki tak text perempuan. dia akan merajuk dan inginkan lelaki pujuk supaya tahu yang mereka sedang tertunggu-tunggu.

Kenapa perempuan suka merajuk. sebab hati perempuan ini lembut mudah terasa , sebab tu bila tersalah cakap sikit jea kadang-kadang perempuan akan terasa hati dan merajuk dan tugas lelaki nak pujuknya balik agar tidak merajuk. Sebab itu nak cakap dengan perempuan jangan tinggikan suara, nanti dia merajuk, jangan cakap bahasa yang kesat nanti dia merajuk. Cakap kata-kata yang manis itu membuat dia lebih suka.

Kenapa perempuan suka merajuk. sebab dia nak uji lelaki boleh tahan lama denggannya. Perempuan bila merajuk lelaki tak pujuk dia akan marah. Bila lelaki dah pujuk dia akan lagi merajuk. Lelaki kena anggap itu comel bukan beban. Kadang-kadang dia bukan nak uji lelaki tetapi dah itu sifatnya.

kenapa perempuan suka merajuk sebab nak manja-manja dengan lelakinya. Lelaki perlu memahami dan jangan terlalu amik sensitif tentang hal ini. Layan la dia dengan kesempatan yang ada itu dapat merapatkan lagi hubungan. Cara perempuan nak manja dengan lelaki dengan merajuknya.

Kenapa perempuan merajuk sebab dia jealous. Kadang perempuan taknak lelaki terlalu rapat dengan perempuan atau kawan perempuan lain itu boleh buat dia cemburu dan marah tiba-tiba merajuk. dan merajuk ini berpanjangan.

Kenapa perempuan suka merajuk sebab nak tunjuk kecomelannya. Perempuan memang teserlah kecomelannya time ni. dia hanya akan tunjuk kepada lelaki dia jea bukan kepada orang lain. untunglah lelaki kerana dapat tengok kecomelannya time merajuk. Pernah tengok perempuan merajuk dengan orang yang dia tak kenal. tdak pernah sesekali. Perempuan akan merajuk first reaksi mukanya lain jarang lelaki dapat tengok dan mulutnya akan muncung, selepas itu masuk bilik berguling atas katil sambil peluk bantal dan nangis. kadang-kadang menangis sampai keluar hingus. itu adalah comel, Indahnya an jika seorang lelaki dapat bergelar suami kepada isterinya.

Bukan senang nak jaga hati seorang perempuan kejap-kejap dia marah tapi dia marah tak seperti marah tapi meluahkan perasaan, kejap-kejap dia manja dan tiba-tiba dia boleh merajuk. itulah perempuan.

Anjing tersepit

Cerita kali ini tentang anjing. Hahaha. Apa pelik punya ceritalah. Bukanlah nak cerita pasal anjing pun cuma nak wat perbandingan jer. Kita pernah dengar ibarat melepaskan anjing yang tersepit. Masa tersepit bukan main melalak mintak tolong untuk dilepaskan. Bila dah dilepaskan dia akan gigit kaki orang yang melepaskan itu. Tak ke naya kalau jadi macam tu?  Tu kalau anjing. Ada jugak manusia ni perangai macam anjing. Time mintak tolong bukan main lagi merayu-rayu. Bila dah ditolong kita pulak yang dikenakan lepas tu. Macam ni la contohnya lebih kurang, masa nak pinjam duit macam2 kata manis di lontarkan. Pelbagai pujuk rayu  dengan kita masa nak pinjam tu. Bila dah bagi, hilang entah kemana dan bila dihubungi macam2 alasan bagi. Tak ke bangang macam tu. Ada satu lagi contoh, masa mintak tolong manis jer cakap.  Bila dah ditolong mengutuk lak belakang kita. Ni bukan cerita CM la, ni contoh jer perbandingan cerita anjing tadi. Banyak berlaku kes macam  ni. Jangan jadi perangai macam anjing tu. Jadilah manusia yang mempunyai nilai pekerti yang tinggi. :) Lepas ni CM nak cerita pasal keikhlasan.  Ada orang yang tolong kita dengan ikhlas dan ada yang tidak ikhlas tolong kita cuma nak ambik hati jer. Tunggu tajuk seterusnya macam menarik jerkan...

Thursday, January 30, 2014

Semangat kelaut

Semangat nak kurus  dah kelaut dah. Entah macam mana blh jd sampai mcm ni. Berat dah naik balik dah. Hangat2 tahi ayam jer rasa usaha selama ni. Mana hilangnya semangat nih. Kalau diikutkan memang la jogging ptg2 tapi pemakanan skng ni agak merisaukan. Semua main belasah jer. Habis la kali ni kalau tak kawal dari sekarang ni. Macam mana ni? Asyik tido jer ptg2 kalau hari minggu nih. Kenapa la xde semangat sehari dua nih. Dah la sehari dua ni mood xde jer rasa dan rasa nyampah jer kat seseorang nih.  Ok CM akan cuba buang sikap negatif ni perlahan-lahan. Lepas ni akan cuba kawal pemakanan dan akan tingkatkan lagi semangat nak turunkan berat badan nih. Oh semangat datanglah kembali!

Wednesday, January 29, 2014

Alahai nasib cikgu

Wah bukan main lagi akhbar sehari dua ni kan.  Bila timbul kes sorang cikgu suruh murid makan rumput terus menghukum semua cikgu.  Korek semua berita tentang kesalahan cikgukan. Semua kebaikan cikgu yang buat selama ni xde dah. Bagus la paper mcm ni terus hasut masyarakat untuk membenci cikgu kat Malaysia nih. Kalau anda nak tahu bukan semua cikgu perangai macam tu. Xde sorang pun cikgu kat dunia ni nak anak murid dia jadi lembu. Yang kes kat perak tu adalah kes terpencil sahaja. Jangan terus menghukum cikgu2 lain kat dunia ni. Dari penganggur sampailah ke Pak Menteri suruh pecat cikgu. Sorang pun xde yang membela cikgu. Kesiankan nasib cikgu nih. Bukanlah CM nak bela cikgu yang buat begitu kat anak murid, tapi kena la siasat dulu kenapa cikgu tu buat macam tu. Kenapa hanya dengar cakap budak itu sahaja? Kenapa dengar sebelah pihak sahaja. Semua terus menghentam cikgu tu. Memang la cikgu tu salah cara dia buat begitu kat anak murid, tapi sekurang2nya dengar la penjelasan guru tu sedikit. Ni langsung xde dalam beritakan. Budak tu pulak bukan main lantang lagi bercakap dalam tv tentang apa yang cikgu tu buat. Baru darjah 4 jer.

Sekarang ni kan, cikgu tak boleh nak buat apa dah kat anak murid. Suruh buat kerja tapi xnak buat. Bila suruh jadi lembu marah pulak. Sentuh pun tak boleh dah. Apa nak jadi dah murid2 sekolah sekarang ni kan. CM ingat dulu masa jadi murid2 zaman sekolah rendah. Kena buka baju dijemur tengah panas. Itu perkara biasa jer. Kena rotan tu adalah perkara yang selalu terjadi kalau tak siap kerja sekolah. Xde la sampai masuk paper mengadu. Mengadu kat ayah lak siap kena pukul lagi.  Hormatnya orang dulu2 kat cikgu ni. Sebab mereka tahu apa yang terbaik cikgu tu buat untuk anak mereka. Sekarang ni mak bapak lebih percaya akan anak dia walaupun baru darjah 4. Nasib la anak2 sekarang ni terlampau dimanjakan sangat. Bukan CM nak sokong cikgu pukul anak murid, tapi cuba tanya diri kita tu kenapa cikgu buat macam tu kat anak kita. Kenapa anak orang lain cikgu tak pukul? Renung2kan yer para ibu bapa...

Tuesday, January 28, 2014

Sejuknya kat kampung

Awal 2 hari sebelum cuti raya cina CM balik kampung disebabkan ada perkara yang terpaksa CM ambik cuti. Bila ingat balik perkara tu rasa nak menitis air mata mengenangkannya. Alhamdulillah akhirnya hari ni semuanya dah selesai walau pahit kisahnya. Tapi bukan itu yang CM nak cerita. Cerita tu dah tutup buku dah. Ceritanya tentang fenomena sejuk di pantai timur nih. Memang sejuk betul la kat kg walau kesejukan dah berkurang dah dari sebelumnya.  Tambah2 baru lepas hujan rasa nyaman jer udara di kampung. Yang paling stress sekali ialah bila nak mandi. Rumah CM ni airnya disimpan dalam kolah. Sejuknya macam air yang disimpan kat dalam peti tu. Bila mandikan rasa kebas satu badan hahaha. Sejuk giler. Rasa malas mandi jer tapi tetap kena mandi jugak kalau  tak jadi kambing kalau tak mandi. Yang tak bestnya kat kampung ialah suasana malam yang agak sunyi sepi macam kampung ni xde penghuni jer. Rindunya rasa bila kenang kisah dulu2 yang sangat meriah.  Sekarang semuanya dah berubah..ok itu jelah cerita malam ini.. sejuknya kat kampung tapi bestttt.

Monday, January 27, 2014

Betul Ke bohong?


Apabila kita berfikir tentang seseorang, sebenarnya gelombang fikiran kita sedang menuju pada orang tersebut. Dan sekirnya gelombang fikiran adalah sama maka pada ketika itu dia juga akan ingatkan kita...bila kita teringatkan seseorang, pasti dalam masa yang sama orang itu akan teringatkan kita....itulah yang dinamakan hukum alam kuasa minda.

Bukan itu saja, keadaan ini turut berlaku jika kita bencikan seseorang. Dalam masa yang sama, orang itu pun turut merasa macam ada perasaan yang tak kena dengan kita.
Oleh itu, elakkan rasa benci kepada orang, kerana perasaan itu turut menarik benda yang sama berlaku kepada diri kita.

Hal ini berlaku kerana manusia akan mengeluarkan getaran frekuansi ke alam semesta. Hukum frekuansi, akan menarik frekuansi yang sama untuk mendekati pemancarnya (diri kita sendiri).... sebagai contoh..

Masa kita sedang bekerja tiba-tiba kita teringatkan pada masakan mak kita..kalaulah mak masak asam pedas mesti best punya,balik-balik tengok dah siap pun...

Kadang kala melalui gelombang fikiran juga membolehkan kita membuat serangan mental... sebagai contoh...

cerita pertama :
diceritakan mengenai seorang petani miskin yang baru pulang dari memancing.  Seronok rasa hatinya sebab peani tersebut mendapat seekor ikan yang besar. Malang baginya apabila ikan tersebut telah dirampas oleh oleh seorang raja yang pada ketika itu berselisih dalam perjalanan dengan petani miskin tersebut....Mahu tak mahu dia terpaksa menyerahkan ikan tersebut  sambil memendam perasaan marah dan kesal yang mendalam....

sebaik sahaja sampai di istana raja tersebut menjerit kerana  tangannya terkena sengat ikan tersebut sehingga bengkak.... Tangan yang terkena sengat terasa sakit sekali. Beberapa tabib didatangkan namun sakitnya tidak mahu hilang. Dari hari kehari sakitnya bertambah parah .....dari hari ke hari raja tersebut mengerang kesakitan... sehinggalah ke suatu malam raja tersebut bermimpi yang dia terpaksa meminta maaf pada petani tersebut jika dia ingin sembuh.... Raja tersebut memanggil pengawal minta agar mendapatkan petani miskin itu padanya. Raja minta ma’af pada petani miskin itu dan bersedia membayar ganti rugi atas ikan yang telah dirampas hingga berlipat ganda. Beberpa hari kemudian ternyata penyakitnya sembuh dengan sendirinya. Raja tersebut tersangat hairan lalu dia bertanya..... pada petani miskin itu apa yang telah dilakukan terhadap dirinya...... Petani miskin mengatakan bahwa ia hanya mengadu pada Allah : “ Ya Allah Raja telah memperlihatkan kekuasaanya dihadapanku, perlihatkanlah pula kekuasaanMu dihadapannya” . Raja telah mendapat serangan mental dari petani miskin yang teraniaya.

Contoh kedua.
Si A ada rasa tidak puas hati dengan rakan sekerjanya... Dia tak berani nak meluahkan secara berhadapan sebaliknya dia meluahkan dengan cara memukul dan mencekik bantal guling serta membayangkan bantal guling tersebut adalah rakan sekerjanya. Keesokan harinya temannya itu tidak masuk kerja.... Didapati temannya itu sakit, lehernya kaku tidak boleh digerakan kekiri atau kekanan. Si A ingat mungkin ini ada kaitan dengan tindakannya memukul bantal guling sambil membayangkan wajah temannya itu beberapa hari yang lalu. setelah saling bermaafan dengan temannya keesokan harinya kesihatan temannya mulai pulih hingga sembuh sama sekali.

Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...



12: Kamu bercakap dengan dia hingga lewat malam dan bila kamu tidur, kamu masih teringat padanya.


11: Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.


10: Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.

9: Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.

8: Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...

6: Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.

5: Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.


4: Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.

3: Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.

2: Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.

1: Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.

Sunday, January 26, 2014

Logo Baru CM

Malam ni memang takde keje. hahaha. Tipu la xde kejekan, cuma nak wat keje lain tu xde mood lagi. Tengah update blog dapat idea nak tukar logo blog CM yang baru lak. Boring dah yang lama nih. tukar sikit jer, tema tetap merah. Nak bagi nampak meriah sikit blog CM ni kan. ni la antaranya yang CM design malam ni. hahahaha.... Cantik tak?



Makhluk Pelik Di Taman Tasik Shah Alam


Hari minggu sempat luang masa dgn family. kesian mereka asyik terperap jer kat rumah. Jarang2 bawak adieb keluar pergi taman. macam biasa taman Tasik Shah Alam jadi pilihan. Bukan main seronok lagi adieb dapat keluar dari rumah pergi main kat taman. sampai tak nak balik tu. Nampak orang jual pistol buble tu dia pun sibuk la nak main jugak. CM beli la satu harganya RM10, tak sampai 10 minit jahanam dah pistol buble tuh. Tu la keje adieb tak boleh nak main elok2. Masa kat sana CM bawak la kamera DSLR tu, snap punya snap terjumpa la makhluk pelik nih. hahaha. CM sempat snap 2 keping. Tengok la gambar dibawah ni, macam mana tak pelik rambut macam buah nenas. kalau lelaki xpe, ni perempuan. rosak akhlak mereka. Yang pakai tudung tu kawan dia lak, seluar ketat. macam2 dunia sekarang ni. Anda semua jangan tiru yer aksi dibawah nih. rosak akhlak anda nanti. huhu


Tukar IC baru

Ni pun nak ceritakan.  Mesti ramai orang menyampahkan sebab CM ada upload dalam FB. Biarla nak nyampah pun asal hati kita senangkan hahaha.  Kebetulan hari jumaat hari tu ada kejohanan merentas desa sebelah pagi. Jadi sebelah petang ada masa la nak gi mana2.  Ic ni dah lama buat dah cuma nakngi ambik jer. Jadi ajak la wife pergi dgn mak mertua sekali.  Orang tak ramai kat sana jadi kejap jer la proses. Wife pun ambik kesempatan tukar ic gak. Dah 2 kali pergi tapi masih tak ingat jalan bila sampai Putrajaya. Pusing2 jugak la dulu sebelum jumpa JPNM tu. Masa nak ambik ic tu jumpa la Fizo omar dgn isteri dia tukar ic sekali. Xde la CM tegur cuma tgk dari jauh jer la. Sempat gak snap sekeping gbr diorang jauh2 untuk share kat group wasap hahaha. Sambil dok tgu wife tukar ic CM dok ambik la gbr2 dgn adieb hahaha..poyo je lebihkan. Sekarang CM dah ada ic baru dah. Dengar kata penjawat awam kena tukar ic baru lak. Ok kita tukar lagi no hal punya hahaha..anda dah tukar ker?
Sementara nak balik bergambar dulu dgn adieb. Mama dia tukang ambik jer hahaha
 
Cantik tak baju? pemberian oleh kawan CM yang pergi Medan minggu lepas. TQVM
 
Sementara menunggu mama adieb buat ic. selfie dulu dgn adieb hahaha
 
Ini la dia hasilnya. IC dah siap
 
Fizo Omar dan isteri dia tukar IC jugak