Thursday, December 30, 2010

NKRA pendidikan

Nkra
Penting kepada para guru dan juga yang bakal ditemuduga untuk lantikan spp atau yang berkaitan dengan perguruan. Nota di bawah ni boleh dijadikan sebagai panduan untuk menjadi seorang guru yang berkesan bukan hanya untuk lulus temuduga sahaja. semoga info ini membantu kita kelak.

Tuesday, December 28, 2010

Panduan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Cara penyampaian/berkomunikasi:
Seseorang calon temuduga perlu mempunyai kemampuan untuk menyampaikan buah fikiran dan maksud dengan rasional, lojik, jelas, tepat dan padat. Selain itu, calon juga hendaklah fasih dan cekap dalam penggunaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

Perlu mengetahui pengetahuan semasa/am:
Seseorang calon temuduga perlu mempunyai kepekaan, keprihatinan dan daya ingin tahu terhadap alam persekitaran hidup dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik dan dapat berbincang secara asas mengenainya dari pelbagai sudut pandangan dan perspektif.

SKOP TOPIK TEMUDUGA SPP:

TERAS PENDIDIKAN NEGARA
- Rukun Negara
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
- Wawasan 2020
- Islam Hadhari

KEMENTERIAN
- Kementerian Pelajaran Malaysia
- Kementerian Pengajian Tinggi

SEJARAH PERKEMBANGAN PELAJARAN MALAYSIA
- Perkembangan Dasar & Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan
- Perkembangan Pelajaran Masa Kini

SISTEM PELAJARAN MASA KINI
- Pendidikan Pra Sekolah
- Pendidikan Rendah
-Pendidikan Menengah
- Pendidikan Khas
- Program Pendidikan Khas
- Sekolah Sukan
- Sekolah Seni
- Pembestarian Sekolah
- Pendidikan Pasca Menengah & Institusi Pengajian Tinggi
- Pendidikan Swasta
- Pelan Induk Pendidikan

KURIKULUM
- Teori Pendidikan
- Kurikulum Prasekolah
- Kurikulum Baru Sekolah Rendah
- Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
- Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
- Pengurusan Kurikulum
- Program JQAF
- Kia2M

PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID
- Asrama
- Skim Pinjaman Buku Teks
- Biasiswa dan Pinjaman
- Program Bersepadu Sekolah Sihat
- Program Pemakanan Sekolah
- Bimbingan dan Kaunseling
- Malaysia Teacher Standard
- PIBG
- Skim Baucer Tuisyen

PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
- Gerak Kerja Kokurikulum
- Sekolah Harapan Negara
- Hari Guru
- Projek Nilam
- Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
- Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran
- Malaysian Teacher Standard MTS

URUSAN PERKHIDMATAN
- Perintah-Perintah Am
- Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 1993
- Arahan Perbendaharaan
- Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor
- Arahan Perkhidmatan
- Akta Acara Kewangan
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam

Guru kedua tumpu tugas sampingan

Cadangan ringan tugas pendidik, jamin keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

KUALA LUMPUR: Cadangan menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah mampu mengurangkan beban tugas guru, sekali gus dapat keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Peng, berkata antara lain guru pembantu boleh menumpukan kepada tugas sampingan lain seperti perkeranian serta pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi.

Katanya, guru pembantu juga boleh berperanan membantu murid yang menghadapi masalah seperti sakit atau demam ketika berada dalam kelas.

“Guru pembantu adalah cadangan yang baik, tetapi tidak boleh mengambil peranan sepenuhnya sebagai guru.

“Guru pembantu boleh membantu guru di bilik darjah, tetapi tugas mereka tidak boleh bertindih, contohnya jika lebih tertumpu kepada tugas perkeranian dan pengurusan program teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

Beliau mengulas cadangan itu, antara 28 perakuan dikemuka Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.

Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang peningkatan beban tugas guru, termasuk terlalu banyak penyertaan dalam kokurikulum dan sukan sehingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.

Yim Peng turut mencadangkan Kementerian Pelajaran supaya melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak ke jawatan tetap selepas mereka berkhidmat dalam tempoh tertentu.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata pelaksanaan dua guru satu kelas dapat memberi faedah kepada murid kerana mudah untuk mengawasi mereka.

Katanya, guru boleh memberi tumpuan terhadap proses P&P, manakala guru pembantu berperanan memastikan proses berkenaan berjalan lancar di dalam bilik darjah.

“Justeru, guru pembantu perlu memiliki kelayakan Kursus Khas Perguruan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pendidikan atau mengambil mereka kalangan guru sandaran tak terlatih (GSTT) bagi memenuhi keperluan terbabit,” katanya.

60,000 guru ijazah 2015

40,000 dijangka ikuti program pensiswazahan mulai Mac tahun depan

KEMENTERIAN Pelajaran mempergiat usaha meningkatkan tahap kelulusan akademik pendidik pada Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) menerusi memperuntukkan RM1.4 bilion bagi Program Pensiswazahan Guru (PPG).

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Mohd Ghazali Ab Rahman, berkata program bertujuan mencapai sasaran 60,000 guru sekolah rendah dan menengah memiliki ijazah menjelang 2015.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 40,000 guru dijangka mengikuti PPG di institut pendidikan guru dan institusi pengajian tinggi seluruh negara mulai Mac. Mereka akan mengikuti pelbagai mata pelajaran dalam tempoh tiga setengah hingga empat tahun pengajian.

Guru yang mengikuti PPG katanya, diberi biasiswa kerajaan dengan kontrak perkhidmatan bagi mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) supaya mereka kekal berkhidmat pada sesi persekolahan.

“PPG yang dilaksana pada RMKe-10 adalah penerus kepada dasar latihan keguruan yang dirancang sebelum ini bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang dipelajari untuk dilaksanakan pada sesi pengajaran.

“Program ini sejajar hasrat kerajaan meningkatkan jumlah guru berijazah di sekolah menengah daripada 89 peratus kini kepada 90 peratus menjelang 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar semasa 28 peratus ditingkatkan kepada 60 peratus bagi tempoh sama.

“PPG diiklankan sejak 21 November lalu dan sambutan menggalakkan. Setakat ini, kira-kira 20,000 permohonan diterima sepanjang tempoh sebulan,” katanya kepada Berita Harian di Putrajaya, baru-baru ini.

Mohd Ghazali berkata, lima syarat utama ditetapkan iaitu pemegang status warganegara, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah yang disahkan dalam jawatan.

Katanya, kakitangan dalam perkhidmatan di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), sekolah rendah, sekolah menengah serta sekolah bantuan kerajaan kelolaan kementerian, juga layak memohon.

Umur pemohon tidak melebihi 45 tahun pada 1 Mac tahun depan selain memiliki Diploma Pendidikan/Perguruan atau Sijil Perguruan. Pemohon juga tidak berdaftar dengan mana-mana universiti sebagai pelajar sepenuh masa atau sambilan menerusi tajaan Kementerian Pelajaran.

Katanya, permohonan PPG secara dalam talian menerusi laman web www.moe.gov.my dan menggunakan e-perkhidmatan Kementerian Pelajaran.

Bagi guru di kawasan pedalaman, kementerian memberi kelonggaran dengan membenarkan mereka mereka mendaftar secara manual menerusi JPN atau PPD berhampiran.

“Permohonan secara dalam talian masih dibuka hingga hari ini (22 Disember ini). Urusan sokongan Pengetua/Guru Besar pada 25 Disember hingga 7 Januari depan dan pengesahan daripada JPN pada 8 Januari hingga 14 Januari depan.

“Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pada 15 Februari sebelum mendaftar pada 12 Mac,” katanya.

PENDIDIKAN SEKS DI SEKOLAH





Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “JOGOK656:BHA27332; Engku Muzahadin, UPM & Zahiruddin Zabidi, Wangsa Maju dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 1, 2 & 4 Disember 2010 – Pendidikan Seks di sekolah.
KPM telah melaksanakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) sejak 1989 di sekolah menengah dan sejak 1994 di sekolah rendah, khususnya melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan dan secara merentas kurikulum mata pelajaran lain seperti bahasa, Sains, Biologi, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Istilah “Pendidikan Seks” tidak digunakan sama sekali dalam konteks pendidikan di Malaysia kerana ia memberi konotasi yang negatif dalam kalangan masyarakat kita. Istilah “Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial” digunakan susulan daripada kelulusan Kabinet pada 20 Disember 2006 untuk menggantikan nama “Pendidikan Kesihatan Keluarga” (1989 – 2002) dan “Pendidikan Seksualiti” (2003 – 2005) yang digunakan sebelum ini.
Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada elemen PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Kandungan PEERS dalam Pendidikan Kesihatan digubal berdasarkan kepada tahap perkembangan kognitif dan kesesuaian peringkat umur kumpulan sasaran. Setiap individu perlu dilengkapi dengan kemahiran membuat keputusan konstruktif, bijak dan bertanggungjawab dalam menangani situasi berisiko.
PEERS merangkumi :
· Kesihatan diri dan reproduktif
- aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif.
· Penyalahgunaan bahan
- kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK.
· Kemahiran pengurusan mental dan emosi
- kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
· Kekeluargaan
- kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga.
· Perhubungan
- kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan.
· Pencegahan penyakit
- pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental.
· Keselamatan
- langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk kemahiran keselamatan diri iaitu mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan.
PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil berat tentang kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.
Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran Pendidikan Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan sentiasa disemak dan ditambah baik dari semasa ke semasa. Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai satu mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain. Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan diajar sebagai mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Pendidikan Kesihatan diberi peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2011.
PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan dan tidak hanya berfokus kepada isu seksual. Contohnya, skop PEERS dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan pada Tahap Satu sekolah rendah merangkumi topik perbezaan aspek fizikal lelaki dan perempuan, tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kemahiran berkata TIDAK kepada sentuhan tidak selamat, kepentingan memelihara kehormatan diri serta pengurusan perasaan.
Adalah menjadi hasrat KPM untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dan seterusnya merealisasikan kejayaan PEERS. Kejayaan ini memerlukan penggemblengan usaha dan kerjasama berterusan daripada semua pihak terutamanya ibu bapa dalam mendidik anak dengan maklumat dan pengetahuan PEERS yang sempurna. Justeru, KPM ingin menjelaskan bahawa dalam konteks pendidikan di Malaysia, kita menggunakan istilah Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang mana singkatannya ialah PEERS. PEERS dilaksanakan secara komprehensif dan kohesif dari sekolah rendah hingga sekolah menengah untuk meningkatkan kesedaran dan membantu murid memperoleh kemahiran membuat keputusan yang bijak serta bertanggungjawab pada masa kini dan masa depan.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Isu Guru - Berunding selesai masalah

Jika dulu guru dinobat golongan paling dihormati, kini semakin diperlekehkan dengan pelbagai isu remeh dan kurang menyenangkan.

Imej semakin tercalar apabila masyarakat kian berani mencabar, sekali gus mempertikaikan kewibawaan guru hingga pergeseran semakin parah.

Pelajar menjadi sasaran yang sering dipersalahkan sementara sekolah berada dalam dilema. Masing-masing cuba menegakkan kebenaran hingga mewujudkan suasana kurang harmoni dan mengganggu proses pembelajaran.

Ini gus mengundang persoalan, begitu mudahkah masyarakat memperkotak-katikkan institusi pendidikan negara? Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya UM), Profesor Dr Saedah Siraj berkata guru tonggak utama merencanakan proses pencarian ilmu manakala pelajar dan masyarakat mekanisme terpenting menyokong proses itu.

Menurutnya, proses pendidikan berjalan lancar seandainya kedua-dua pihak saling menyokong dan memudahkan matlamat melahirkan generasi cemerlang peribadi dan akademik.

"Perbalahan menyebabkan proses pendidikan terganggu selain merencatkan perancangan apatah lagi menimba ilmu perlu berlangsung secara harmoni dan tenang.

"Campur tangan tentunya memburukkan lagi keadaan dan merugikan semua pihak kerana ada yang tidak bersalah menjadi mangsa hingga mengundang tanggapan negatif pihak luar.

"Berbincang dan bersikap profesional agar semua pihak mendapat manfaat," katanya.

Mengakui bukan sukar mencari mekanisme 'mendamaikan' kedua-dua pihak, beliau menyarankan sikap berkecuali dan fokus pada tanggungjawab sebenar.

"Guru wajar diberi kepercayaan menjalankan tanggungjawabnya, masyarakat pula perlu percaya pada kemampuan guru. Jangan asyik mempertikaikan keputusan atau bersikap menyalahkan orang lain.

"Sukar melaksanakan tugasan jika sentiasa ditekan, justeru, bersikap adil dengan memberi ruang mencorakkan tanggungjawab masing-masing.

"Jika tidak puas hati, buat teguran, tetapi gunakan saluran betul bukan emosi. Ramai mudah melenting hingga tiada sikap profesional antara satu sama lain," katanya.

Dr Saedah berkata ibu bapa juga berhak menyuarakan rasa tidak puas hati.

Bagaimanapun, tindakan atau komunikasi terburu-buru boleh mewujudkan suasana keruh apatah lagi sekolah atau guru enggan bekerjasama.

"Ada yang bersikap prejudis hingga mencabar kesabaran ibu bapa. Berkomunikasi dengan baik, bina kerjasama untuk menjernihkan suasana. Penyelesaian perlu berpaksi pada kewarasan," katanya.

Perunding motivasi sebuah institusi pendidikan, Lukman Moidin pula berkata masyarakat perlu akur semua pihak berisiko terdedah kepada konflik.

Katanya, masyarakat perlu adil dalam mempersoalkan kredibiliti guru dan jangan menghentam sesuka hati hanya berdasarkan cerita sebelah pihak.

"Sesiapa saja boleh berdepan konflik, justeru, jangan bertindak melulu. Setiap institusi tentu ada saluran tertentu untuk menyelesaikan masalah.

"Rasa marah boleh menjatuhkan maruah dan pelajar menjadi mangsa kerana terpaksa berdepan sikap tidak profesionalisme orang dewasa.

"Ada ibu bapa suka memenangkan anak walaupun melanggar peraturan hingga 'naik lemak' dan besar kepala. Guru pula tercabar.

"Memburukkan lagi keadaan apabila kedua-duanya saling berbalah. Apabila dua pihak bertelingkah, apa terjadi pada institusi sekolah? "Sudah tentu matlamat mewujudkan generasi cemerlang akhlak dan peribadi gagal. Semaikan semula sikap saling menghormati, barulah harmoni hubungan," katanya yang turut menyarankan guru agar sentiasa bermuhasabah diri.

"Setiap pekerjaan ada tekanan, tapi jangan jadikannya punca persengketaan. Pelajar juga jangan ambil kesempatan mengeruhkan situasi," kata Lukman.

- HARIAN METRO

Hanya guru berkelayakan ajar BM

PUTRAJAYA 25 Dis. – Kementerian Pelajaran mengarahkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) menempatkan guru yang mempunyai kelayakan sahaja untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia mulai tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud (gambar) berkata, langkah tersebut bertujuan memastikan ia selari dengan kehendak pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

“Guru yang mengajar Bahasa Malaysia untuk Tahun Satu dan Dua di SJKC dan SJKT hendaklah terdiri daripada mereka yang boleh bertutur dalam dwibahasa dan perlu mempunyai kredit dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Bagi Tahun Tiga hingga Enam, guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah mereka yang memiliki opsyen ikhtisas Pengajian Melayu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu pekeliling yang dipetik daripada laman web rasmi Kementerian Pelajaran, di sini hari ini.

Abdul Ghafar berkata, bagi SJKC dan SJKT dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah dipilih di kalangan guru berpengalaman dan boleh bertutur dwibahasa serta mempunyai kredit Bahasa Malaysia dalam SPM.

Sehubungan itu, katanya, Jabatan Pelajaran Negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya semasa pelaksanaan proses penempatan, pertukaran dan penempatan semula guru di SJKC dan SJKT.

- UTUSAN

PTPTN: LHDN jangka laksana skim potongan gaji mulai 2012

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka dapat melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari, 2012.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Hasmah Abdullah berkata, pihaknya sedang membuat draf undang-undang, sistem dan operasi dengan PTPTN bagi membolehkannya mengutip pinjaman dengan lebih berkesan.

"Draf yang sedang dikemas kini akan dibawa ke Parlimen selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun depan,” katanya pada majlis penutupan Projek Sistem Perakaunan Hasil Berelektronik (eRAS) LHDN di sini hari ini.

Hasmah berkata, undang-undang ini penting bagi membolehkan LHDN mengambil tindakan sekiranya peminjam tidak membuat bayaran.

Buat masa ini, katanya peminjam masih boleh terus membuat bayaran secara sukarela di LHDN kerana pihaknya adalah salah satu daripada saluran untuk membayar balik pinjaman. – Bernama

Monday, December 27, 2010

Dilema penempatan guru

Masalah penempatan guru memang rumit untuk diselesaikan. Ia menjadi bertambah sulit apabila terdapat segelintir daripada 400,000 guru yang masih dalam perkhidmatan memohon bertukar sekolah dengan alasan yang kurang wajar.

Rata-rata mahu mengajar di sekolah yang dekat dengan rumah. Lalu mereka cenderung menjadikan alasan rumah sedia ada atau rumah yang baru dibeli berhampiran sekolah sebagai sebab untuk bertukar tempat mengajar.

Sememangnya semua orang dalam apa jua profesion pun menginginkan jarak tempat tinggal yang berhampiran dengan tempat kerja. Jimat masa dan jimat kos.

Namun, kita juga perlu profesional kerana penempatan guru adalah berdasarkan keperluan perkhidmatan. Bukannya mengikut kesesuaian tempat tinggal.

Faktor ini penting demi meminimakan masalah kekurangan guru di kawasan luar bandar dan pedalaman tetapi terlebih guru di sekolah tertentu di kawasan bandar.

Misalnya, satu sekolah hanya memerlukan tiga guru Matematik tetapi terdapat lima guru di situ. Jika opsyen kedua semua guru ini berbeza, maka mereka boleh mengajar subjek yang lain. Tiada masalah.

Sebaliknya, masalah akan timbul jika ada pertindihan opsyen. Ia membabitkan guru terbabit, pengurusan sekolah dan Kementerian Pelajaran. Akhirnya pelajar menjadi mangsa keadaan, diajar oleh guru yang tidak terlatih dalam subjek berkenaan.

Justeru, bertukarlah dengan alasan yang konkrit seperti disebabkan isu keselamatan atau faktor kesihatan.

Contoh isu keselamatan ialah hal yang berbangkit akibat keganasan rumah tangga. Misalnya seorang guru wanita menerima ugutan dan ancaman daripada bekas suami. Bila ini berlaku memang wajar dan ada keperluan untuk beliau berpindah ke sekolah lain.

Manakala dalam masalah kesihatan pula mestilah yang melibatkan sakit kronik dan memerlukan rawatan rapi. Kemudahan perubatan mungkin hanya terdapat di hospital di kawasan bandar sahaja.

Bagaimanapun, ia terhad kepada guru itu sendiri dan ahli keluarga terdekatnya iaitu anak, suami atau isterinya sahaja.

Ibu bapa tidak termasuk dalam kategori ini. Rasionalnya, tanggungjawab menjaga ibu bapa yang uzur perlu dipikul bersama dan bukannya diletakkan kepada guru berkenaan sahaja.

Selain itu, alasan mengikut suami perlu diberi keutamaan agar tumpuan guru terbabit tidak terjejas. Ia juga bagi memastikan guru itu dapat memberikan prestasi yang tinggi dan terbaik untuk para pelajarnya.

Jelas di sini, Kementerian Pelajaran menitikberatkan tahap kemanusiaan yang tinggi dalam penempatan para guru supaya kebajikan mereka terbela.

Hal ini secara tidak langsung akan memotivasikan guru untuk komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Dalam pada itu, pertukaran guru juga dilakukan secara pentadbiran. Sebagai contoh, jika Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mendapati ada lebihan seorang guru Bahasa Inggeris di sekolah A dan sekolah B memerlukannya. Maka guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah B walaupun beliau tidak membuat sebarang permohonan pertukaran tempat mengajar.

Bagi guru yang memohon pertukaran secara atas talian, keputusan telah pun diumumkan. Kepada yang berjaya, selamat mencurah bakti di sekolah yang baru. Kepada yang kurang bernasib baik, bersabar dan jika perlu, buatlah rayuan.

Bila membuat rayuan pastikan mengikut etika dan tatacara urusan rasmi. Jangan dibawa bayi atau anak kecil ke pejabat. Apatah lagi ibu atau bapa yang uzur. Ia boleh mengganggu ketenteraman dan menjejaskan urusan pihak lain. Malah ia mungkin menjejaskan tugasan lain pegawai terbabit.

Memadai dengan menyediakan dokumen sokongan untuk rujukan pihak yang berkenaan. Bukti itu sudah mencukupi tanpa perlu ditambah dengan elemen emosi dan simpati.

Koleksi HSP & RPT BM (SK)


Kadang-kadang susah betul nak cari HSP untuk subjek BM ni termasuk HSP PKJR (Pendidikan Keselamatan Jalan Raya). Bersama artikel kali ini, saya sertakan beberapa koleksi HSP yang saya ada untuk dikongsi.

    1. Sukatan Pelajaran BM (SK) : Download
    2. Huraian Sukatan Pelajaran BM (SK) – Tahun 1 : Download
    3. Huraian Sukatan Pelajaran BM (SK) – Tahun 2 : Download
    4. Huraian Sukatan Pelajaran BM (SK) – Tahun 3 : Download
    5. Huraian Sukatan Pelajaran BM (SK) – Tahun 4 : Download
    6. Huraian Sukatan Pelajaran BM (SK) – Tahun 5 : Download
    7. Huraian Sukatan Pelajaran BM (SK) – Tahun 6 : Download
    8. Huraian Sukatan Pelajaran PKJR : Download

Ini pula koleksi RPT BM (SK) yang saya ada. Sesiapa yang nak ambil, dipersilakan. Edit la sendiri mengikut kesesuaian anda.

  1. Rancangan Pengajaran Tahunan BM (SK) – Tahun 1 : Download
  2. Rancangan Pengajaran Tahunan BM (SK) – Tahun 2 : Download
  3. Rancangan Pengajaran Tahunan BM (SK) – Tahun 3 : Download
  4. Rancangan Pengajaran Tahunan BM (SK) – Tahun 4 : Download
  5. Rancangan Pengajaran Tahunan BM (SK) – Tahun 5 : Download
  6. Rancangan Pengajaran Tahunan BM (SK) – Tahun 6 : Download



Wednesday, December 22, 2010

Menambah nilai dikir barat


KETUA Kumpulan Dikir Barat Tok Sangkut, Zulplay Mat Junus (tengah, pegang piala) bersama anggota kumpulannya yang muncul juara dalam pertandingan dikir barat pada Majlis Merakyatkan Seni Budaya Dikir Barat 1Malaysia di Pasir Mas, baru-baru ini.


PASIR MAS 16 Jun - Dikir barat yang merupakan satu bentuk hiburan tradisional masyarakat Kelantan terus subur kerana keupayaannya disesuai dan dikembangkan mengikut peredaran zaman.

Lazimnya pada masa silam, ia dinyanyikan secara berkumpulan oleh beberapa anak muda berbaju putih dengan lilitan kain sarung di pinggang dan batik lepas di kepala.

Di atas bangsal, tok juara dan tukang karut berlagu di tengah-tengah bulatan para pemain dan liriknya adalah apa sahaja yang terlintas di kepala mereka di tengah ban.

Selain sumber hiburan bagi meriahkan suasana dalam sesuatu majlis dan memenuhi slot di stesen radio tempatan, peranannya juga kini dipelbagaikan termasuk bagi mempromosikan produk perniagaan di samping menyampaikan maklumat.

Kumpulan-kumpulan dikir barat juga kini muncul dengan pelbagai kostum warna warni malah dipersembahkan dengan pelbagai gaya dan bahasa bagi menarik perhatian penonton.

Bagi Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, seni persembahan itu harus diperluaskan lagi sebagai landasan yang boleh memupuk perpaduan.

Beliau yakin ia boleh diterima oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini kerana ia mudah disesuaikan dengan keadaan masyarakat setempat melalui pemilihan lagu dan irama.

Malah katanya, melalui lirik-lirik spontan ia boleh membawa pelbagai mesej yang ingin disampaikan oleh kerajaan termasuk gagasan 1Malaysia.

"Melalui dikir barat kita bukan sahaja dapat melihat seni dan budaya lama itu digarap dan dijadikan sebagai panduan dalam kehidupan tetapi sekali gus membawa semangat kekitaan.

"Kalau kita buat perbandingan, persembahan seni lain yang berbentuk solo tidak dapat menandingi dikir barat dalam menyampaikan mesej melalui kumpulan suara, gerak badan dan tepuk sorak yang dipersembahkan," katanya.

Rais menggambarkan harapannya itu ketika berucap merasmikan Majlis Merakyatkan Seni Budaya Dikir Barat 1Malaysia bersama kira-kira 5,000 pengunjung di Kampung Repek, Pasir Mas baru-baru ini.

Majlis tersebut yang diserikan dengan Pesta Dikir Barat berkonsepkan 1Malaysia dibuat sebagai menggilap bakat-bakat muda yang ada di seluruh Pasir Mas dalam mempersembahkan dikir barat yang sememangnya terkenal di negeri ini.

Sebanyak 18 kumpulan dikir barat yang dianggotai kira-kira 20 ahli bagi setiap kumpulan bertanding dalam pesta itu yang dianjurkan bersama oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (JKK) Kelantan dan Penggiat Seni Budaya Rantau Panjang.

Pesta yang mendapat sambutan mengagumkan daripada penduduk tempatan itu menampilkan persembahan dua kumpulan dikir barat iaitu Dikir Barat Kampung Tok Sangkut (KTS) dan Dikir Barat Kampung Senor (KS) yang bertembung di pentas akhir.

KTS dipilih menjadi juara dan menerima hadiah wang tunai RM2,000 manakala KS membawa pulang wang tunai RM1,500.

Mohd. Haniff Nasir dari KS pula dipilih sebagai Tok Jogho (Juara) manakala Tukang Karut KTS, Aidil Osman Abdullah turut memenangi gelaran terbaik dan kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM200.

Rais berkata, selaras dengan usaha kementerian memperkenalkan budaya tempatan ke seluruh negara, kedua-dua kumpulan ini akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk merakamkan persembahan mereka bagi siaran televisyen.

"Negeri Kelantan harus diberi penghargaan atas contohnya menampilkan seni tradisi lama ini tetapi sayang sekali olahan seni budaya ini tidak menyeluruh suatu ketika dulu.

"Tetapi dengan bimbingan JKK kita akan memberi ruang yang lebih kepada dikir barat sekali gus mencipta ketokohan berpantun, berseloka di samping penggunaan bahasa-bahasa indah dalam persembahan mereka," ujarnya.

Mengulas mengenai trend semasa masyarakat di bandar-bandar besar yang lebih menggemari hiburan semasa berbanding yang bersifat tradisional, Rais berkata, kementeriannya akan membawa seni dikir barat untuk dijadikan sebagai salah satu hiburan.

Jelasnya, kawasan perumahan di Lembah Kelang mempunyai masyarakat yang pelbagai kaum dan dikir barat amat sesuai untuk mendekati mereka bagi menjadikan seni itu milik bersama.

"Ia seharusnya dilakukan dengan cara kita memberi hadiah dan galakan kepada mereka, malah kebolehan tukang karut itu harus diiktiraf bakat mereka.

"Saya berminat membawa perkara ini kerana dikir barat mempunyai tarikan tersendiri dan juga ciri-ciri yang tidak ada pada kumpulan lain yang saya yakin kita boleh mencungkil bakat dan memperkenalkan bibit baru seni budaya itu," jelasnya.

Tuesday, December 21, 2010

Nasi Kerabu Hijau


MEHTONG sedang menyediakan ramuan untuk sajian nasi kerabu hijau di Kampung Terbak, Tumpat semalam.


NASI kerabu cukup sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang. Namun, satu perkara yang mungkin tidak ramai mengetahuinya adalah hidangan yang menjadi simbol negeri Kelantan itu sebenarnya berasal dari negara jiran, Thailand. Masyarakat Melayu Kelantan menghasilkan variasi nasi kerabu. Daripada nasi yang berwarna kuning, biru dan hitam sehinggalah jenis nasi kerabu yang menggunakan kuah tumis berasaskan santan.

Nasi kerabu atau dalam bahasa Siamnya khao jam merupakan salah satu juadah istimewa masyarakat Siam Kelantan yang berasal dari Thailand. Suatu ketika dahulu, nasi kerabu lazimnya disediakan oleh penduduk kampung pada hari-hari keraian secara gotong-royong.

Khao dalam bahasa Thai yang membawa maksud nasi manakala jam pula bermaksud campuran.

"Perbezaan ketara antara nasi kerabu Siam dengan nasi kerabu Kelantan ialah ia tidak ada kuah tumis santan yang dimasak bersama budu seperti kaum Melayu Kelantan.

"Bahkan ramuan yang digunakannya untuk menghasilkan nasi kerabu Siam menggunakan bahan-bahan asli untuk memberi warna kepada nasi kerabu," kata Pengerusi Persatuan Masyarakat Siam Kelantan, Eh Chot Cha Chan ketika ditemui baru-baru ini.


VIPHADA (dua dari kiri) menghidangkan nasi kerabu hijau kepada pelanggan.


Menurut beliau, dalam pembuatan nasi kerabu Siam juga tiada bahan atau unsur haram cuma cara penyediaannya saja dilakukan oleh orang bukan Islam.

Pati air hijau

Pengusaha nasi kerabu asli berketurunan Siam, Mek Mas Ehtit, 71, misalnya, mula menjual nasi kerabu hijau dan bubur nasi seawal pukul 7 pagi hingga 6 petang setiap hari. Perniagaan tersebut dijalankan di pekarangan kompleks Wat Phikulthong Vararam, Kampung Terbak, Tumpat, kira-kira 20 kilometer (km) dari pusat bandar Kota Bharu. Mek Mas atau lebih mesra dengan panggilan Mehtong yang dibantu oleh anak dan cucunya mula memasak seawal pukul 6 pagi di rumahnya di Kampung Gelam Kechik di Tumpat.

"Nasi kerabu ini berwarna hijau kerana saya menggunakan perahan air dedaun hijau yang dikisar bersama serai. Ini termasuklah sejenis tumbuhan herba dipanggil kenchai atau temu lawak. "Bagi mendapatkan nasi yang sedap, saya menggunakan beras bermutu tinggi," katanya.

Antara bahan yang dikisar untuk mendapat pati air hijau tersebut termasuklah daun mengkudu, daun lagundi, daun kesum, daun serai kayu, daun cekur manis, daun pandan dan kunyit.

Menurut Mehtong, nasi kerabu hijau itu dihidangkan bersama bahan-bahan seperti bawang besar, bunga kantan, serai, daun kesum dan kacang panjang yang dihiris halus. "Selain itu, bahan wajib iaitu kelapa parut yang digoreng tanpa minyak dan ikan selayang bakar yang dikisar, budu, sambal cili padi dan kisaran lada hitam," katanya yang mempunyai pelanggan pelbagai kaum termasuklah masyarakat Melayu. Mehtong berkata, nasi kerabunya yang dijual pada harga RM1 sepinggan tanpa ayam atau daging bakar.


NASI kerabu hijau Mek Mas yang menyelerakan.


Salah seorang pelanggan tetapnya, Lee Leng Leng, 31, peniaga dari Kota Bharu berkata, nasi kerabu Mehtong cukup istimewa dan tidak dijual di tempat lain.

"Rasa nasi kerabunya sangat berbeza kerana aromanya, saya akan singgah di sini setiap kali ada urusan di Tumpat dan menempah beberapa bungkus untuk dibawa pulang," katanya. - ASMA HANIM MAHMOOD

Thursday, December 16, 2010

Senarai blog moka

1.Terkenang zaman masa belajar kat um dulu. Masa tu tahun 2006 jam 1 pagi kalau x silap la. Saja suka-suka buat blog, maklumla baru nak belajar buat blog..buat la sampai jam 7 pagi. nama blognya koyie homepage. tapi yang jadi masalahnya dah lupa apa paswordnya..huhu..jadi x boleh la nak edit blog tu dan hanya tinggal macam tu la..so kalau nak tgk g la blog saya ni :

http://www.freewebs.com/koyie/index.htm


2. Ada lagi satu blog dari wordpres yang dibuat pada tahun 2009. Masa ni aktif merakam video2 dan buat vcd gak la.pahtu terbitla blog khusus. lama-kelamaan dah tak diendahkan dah. sebab xde masa nak jaga dah...huhu

http://mokaproduction.wordpress.com/

3. Ni satu lagi blog yang dibuat khusus untuk menghimpunkan lagu-lagu dikir barat dalam format mp3. asalnya ni blog untuk suaramuda iaitu kumpulan dikir barat um dulu-dulu. setelah suaramuda dah berkubur dan saya pun telah habis belajar kat um, saya tukar jadi nama gerbang download lagu dikir barat. minat dikir barat jom la gi kat :

http://suaramuda.blogspot.com/


4. Satu lagi blog suka-suka yang saya buat sampai dah lupa pasword dah..tujuan blog ni dibuat untuk menunjukkan dan mempromosikan tempat tinggal saya iaitu rantau panjang. tetapi sekejap jer baut lepas tu xde masa dah nak jaga..jadi terbengkalai dah. lepas2 ni kalau rajin nak hidupkan balik blog2 ni.

http://sempadan.wordpress.com/



Tuesday, December 14, 2010

Dua Guru 1 Kelas

Syor dikemukakan jawatankuasa khas tangani peningkatan beban tugas pendidik

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran merancang menempatkan guru pembantu dalam kelas melebihi 35 murid di sekolah rendah dan 40 murid di sekolah menengah serta melantik jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak bagi mengurangkan beban tugas guru.
Cadangan itu adalah antara 28 perakuan yang dikemukakan Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2010 yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom.
Dalam laporannya, jawatankuasa itu mengenal pasti 14 faktor yang menyumbang kepada peningkatan beban tugas guru, termasuk penyertaan dalam terlalu banyak kegiatan kokurikulum dan sukan hingga menjejaskan prestasi pengajaran murid serta amalan profesional keguruan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata satu pelan operasi latihan juga sedang dibangunkan untuk dilaksanakan tahun depan bagi mengurangkan kekerapan guru meninggalkan kelas untuk berkursus.

Malah, katanya, antara perakuan yang sudah diambil tindakan ialah memohon agensi Pusat menempatkan 100 jawatan pembantu tadbir N17 melalui urusan pindah butiran perjawatan di 50 sekolah gred A yang mempunyai enrolmen melebihi 1,500 murid untuk mengurangkan tugas perkeranian yang terpaksa dilakukan guru.

Beliau berkata, semua perakuan itu dikemukakan selepas isu beban tugas guru dibangkitkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.
Katanya, jawatankuasa itu dalam laporannya turut mendedahkan ada guru memegang dan melaksanakan sehingga 30 tugasan di sekolah serta peringkat daerah dan negeri.

Sehubungan itu, katanya, satu jawatankuasa pelaksanaan ditubuhkan dan akan bermesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk menyemak status pelaksanaan semua perakuan yang kemukakan jawatankuasa berkenaan.

Mengenai aduan aktiviti sekolah pada Sabtu, Mohd Puad berkata, pekeliling sudah dikeluarkan dengan membenarkan hanya dua Sabtu dalam sebulan dibenarkan aktiviti sekolah dan kegagalan mematuhinya perlu dilaporkan kepada kementerian.

Sementara itu, Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata jawatankuasa berkenaan turut memaklumkan kepada pihaknya berhubung kajian yang dilakukan di beberapa sekolah di Johor dan Melaka, termasuk cadangan mengurangkan peperiksaan dan ujian yang diganti dengan penilaian.

“NUTP difahamkan mulai Januari depan, penilaian itu akan diamalkan setiap bulan yang menjurus kepada ujian pendek dengan soalan disediakan guru.

“Ini bermakna beban guru semakin bertambah lagi dan tiada pengurangan, kita berharap kerajaan akan mengkaji semula perkara ini,” katanya.


INFO: Antara beban tugas guru
  • Kekerapan guru keluar berkursus
  • Kokurikulum/sukan
  • Tugas hujung minggu
  • Tugas rencam
  • Tugas tidak jelas
  • Penempatan guru
  • Rantaian arahan (chain of command)
  • Ujian/peperiksaan
  • Silap padanan (mismatch)
  • Saiz kelas
  • Sebaran kurikulum.

    INFO: Antara perakuan tangani isu beban tugas guru
  • Menambah staf sokongan untuk tugas perkeranian
  • Pengwujudan jawatan pembantu bengkel di semua sekolah menengah
  • Menambah jawatan Pembantu Perpustakaan N17
  • Gabungan jawatankuasa pada peringkat sekolah tidak melebihi 10 jawatankuasa
  • Pelan Operasi Latihan Tahunan
  • Aktiviti Sabtu berjadual tidak melebihi 2 kali sebulan
  • Jurulatih kokurikulum atau sukan bertauliah secara kontrak
  • Mewujudkan jawatan Jurulatih Utama Kurikulum
  • Pengenalan kurikulum secara atas talian
  • Penganjuran kursus yang berasaskan sekolah diperluas
  • Guru pembantu bagi kelas melebihi 35 murid untuk sekolah rendah dan 40 pelajar di sekolah menengah
  • Kajian semula bilangan enrolmen pelajar di sesebuah kelas supaya lebih kondusif
  • Pembinaan lebih banyak sekolah di kawasan padat untuk tujuan sekolah satu sesi
  • Pengurangan ‘mismatch’ melalui pelabelan guru serta iktiraf guru melalui latihan.
  • Lebih ramai guru lelaki di kawasan pedalaman dan bandar raya
  • Tempoh perkhidmatan di pedalaman ditetapkan lima tahun
  • Pasangan suami isteri bertugas di pedalaman ditempatkan di sekolah sama atau berhampiran
  • Kemudahan dan persekitaran kerja kondusif
  • Perlindungan insurans takaful semasa menjalankan tugas rasmi di luar sekolah
  • Penyediaan khidmat guaman kepada guru bagi kes berkaitan tugas rasmi.

  • Monday, December 13, 2010

    GRADUAN UNISEL TERKILAN GAGAL MOHON GURU



    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Lulusan UNISEL Kecewa, Kedah, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 1 Oktober 2010 – Graduan UNISEL terkilan gagal mohon guru.
    Dimaklumkan bahawa penawaran pelantikan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) buat masa ini adalah terhad kepada graduan keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja memandangkan pengambilan mereka bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan atau Diploma Pendidikan di IPTA dan IPG adalah berdasarkan unjuran keperluan guru yang telah ditetapkan oleh KPM.
    UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Moka Write :
    Ijazah pendidikan ipts x laku dah....




    KPLI MENGUNDANG KEBIMBANGAN



    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Sin Chew Daily (ME9) bertarikh 13 Oktober 2010 – KPLI mengundang kebimbangan.
    Jawatankuasa Keperluan Unjuran yang dipengerusikan oleh Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM telah mengunjurkan bahawa tiada keperluan bagi bidang pengkhususan Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ambilan Januari 2011. Walau bagaimanapun, masih terdapat keperluan bagi pengkhususan Bahasa Cina di Sekolah Kebangsaan (SK). Seramai 100 orang calon guru akan diambil bagi bidang pengkhususan tersebut. Sebelum pihak BPPDP, KPM mengeluarkan unjuran keperluan calon guru, mereka telah membuat kajian dan penyelidikan yang terperinci berdasarkan data yang diterima daripada Bahagian berkaitan di KPM dan Jabatan Pelajaran Negeri.
    UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


    Moka WRite :
    Patut la KPLI ambilan JAN 2011 untuk guru sekolah cina dan tamil



    Saturday, December 11, 2010

    Calon lulus kursus perguruan terus dilantik guru tetap

    http://www.thissit.com/Images/News/muhyiddin.jpg

    2010/06/22

    PUTRAJAYA: Calon yang telah lulus kursus perguruan akan terus dilantik sebagai guru tetap dan bukan lagi sebagai Guru Sandaran Terlatih, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu akan dilaksanakan dalam pengambilan yang akan datang, yang bukan sahaja akan menjimatkan kos dan masa, tetapi memberikan status perjawatan yang lebih baik kepada guru terlatih itu.
    "Kita tidak perlu ada guru sandaran terlatih lagi dan kalau ada jawatan yang kita perlukan, penempatan boleh dibuat secara langsung ke mana-mana sekolah yang sesuai.
    "Apa yang penting, kita mahukan guru yang cukup baik dan terpilih, diberikan jawatan yang tetap selepas proses tapisan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Perkhidmatan Pendidikan 2010 di sini hari ini.

    Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi; dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Datuk Kusaini Hasbullah.

    Terdahulu, i dalam ucapannya, Muhyiddin berkata dalam melaksanakan tindakan itu, perkongsian maklumat dari segi data pelatih antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan SPP dapat diperkemaskan.

    Katanya, langkah itu bagi membolehkan proses pelantikan ke jawatan tetap itu dapat dilaksanakan dengan cekap, pantas dan berkesan.
    "Buat masa ini, pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan dikendalikan Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran dan Unit Pusat Universiti, Kementerian Pengajian Tinggi.

    "Mereka yang telah lulus latihan kemudiannya akan dilantik sebagai guru oleh SPP," katanya.

    Sementara itu, beliau berkata kerajaan sedang melaksanakan lima syor yang dihasilkan oleh makmal khas yang ditubuhkan bagi membincang kaedah dan cara untuk meningkatkan kualiti guru.

    "Lima syor itu adalah mengadakan kempen merekrut calon guru terbaik untuk mengikuti kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam; memastikan guru menumpukan sepenuhnya kepada tugas mengajar dan bukannya tugas perkeranian.

    "Selain itu, meningkatkan akauntabiliti IPG melalui pengenalan sistem penarafan berdasarkan tahap kecemerlangan masing-masing; merekrut guru berkualiti dalam bidang kritikal dan menambahbaik laluan kerjaya guru," katanya.

    Friday, December 10, 2010

    8 MISTERI DUNIA... kekuasaan Allah

    1. Petir Abadi di Venezuela

    Petir Catatumbo yang misterius adalah sebuah fenomena alam yang unik di dunia.. Terletak di muara sungai Catatumbo di Danau Maracaibo. Fenomena ini berupa awan petir yang membentuk sebuah “garis” kilat sepanjang 5 kilometer, setiap 140 - 160 malam dalam setahun, selama 10 jam tiap malam, dan lebih dari 280 kali dalam 1 jam itu. Ini hampir bisa disebut ‘badai permanen’. Petir ini mempunyai intensitas 400.000 ampere dan terlihat hingga 400 km jauhnya. Menurut penelitian, petir ini terjadi karena tumbukan angin yang berasal dari Pegunungan Andes. Petir ini juga dijadikan sebagai navigasi oleh para pelaut.

    Petir Abadi di Venezuela
    Petir Abadi di Venezuela

    2. Hujan Ikan di Honduras

    The Rain of Fishes (Hujan ikan) ada diceritakan dalam Cerita Rakyat Honduras. Namun, juga terjadi secara nyata di Departamento de Yoro, antara bulan Mei dan Juli. Saksi mengatakan bahwa fenomena ini dimulai dengan awan gelap di langit, diikuti dengan kilat, guntur, angin kencang dan hujan lebat selama 2 - 3 jam. Setelah hujan berhenti, ratusan ikan ditemukan hidup di tanah.. Orang mengambil ikan - ikan ini dan memasaknya. Sejak 1998, Festival Hujan Ikan dirayakan setiap tahun di kota Yoro.

    Hujan Ikan di Honduras

    3. Kambing yang Memanjat di Maroko

    Kambing yang memanjat pohon, hanya dapat ditemukan di Maroko. Kambing ini memanjat pohon karena ingin memakan buah dari Pohon Argan, yang mirip dengan Buah Zaitun. (sori tak ada keterangan lebih lanjut)

    Kambing yang Memanjat di Maroko

    4. Hujan Merah di Kerala

    Dari 25 Juli sampai 23 September 2001, hujan merah turun di selatan India, Propinsi Kerala. Tidak hanya merah, hujan warna kuning, hijau dan hitam juga dilaporkan terjadi. Pemerintah India menemukan bahwa hujan ini telah “diwarnai” oleh spora dari alga, yang tersebar di udara. Kemudian, awal tahun 2006, Kerala pun menjadi perhatian dunia.

    Hujan Merah di Kerala

    5. Ombak Terpanjang di Brazil

    Dua kali dalam setahun, antara Februari dan Maret, air Samudera Atlantik bertumpuk di Sungai Amazon, menciptakan gelombang ombak terpanjang di dunia. Fenomena ini disebabkan oleh arus Samudera Atantik yang memenuhi muara sungai, sehingga menghasilkan ombak setinggi 12 kaki yang dapat berlangsung hingga lebih dari setengah jam.

    Ombak Terpanjang di Brazil

    6. Matahari Hitam di Denmark

    Selama musim semi di Denmark, sekitar satu setengah jam sebelum senja, lebih dari 1 juta Sturnus Vulgaris (sejenis burung) berkumpul dari seluruh pelosok untuk bergabung dan membentuk suatu kumpulan yang luar biasa besar di udara. Hinnga membuat langit menjadi terasa gelap. Fenomena ini disebut Black Sun, dan dapat disaksikan di awal musim semi di barat Denmark.

    Matahari Hitam di Denmark

    7. Pelangi Api di Idaho

    Femonena atmosfer yang dikenal dengan circumhorizon arc atau Fire Rainbow (pelangi api), akan muncul ketika matahari berada tinggi (lebih dari 58 derajat diatas horizon). Cahaya matahari menembus lurus dan menyinari awan cirrus, sehingga menghasilkan semacam lempengan kristal segi enam dan membentuk efek prisma. Sehingga terlihat pelangi yang berbentuk seperti api.

    Pelangi Api di Idaho

    8. Misteri Crop Circle

    Crop circle adalah suatu bentuk lingkaran dan bentuk bentuk lain seperti geometri (dan kebayakan berukuran besar/luas ), bahkan ada juga yang yang biasa ditemui membentuk citra mahkluk hidup seperti kalajengking,bunga matahari,Lebah,dll.diladang pertanian khususunya gandum. Di Inggris, Canada, Amerika, Australia dan Jepang, banyak ditemukan fenomena crop circle. Fenomena ini biasanya muncul di musim panas saat ladang pertanian ditumbuhi dengan tanaman..

    Bentuk geometri itu kadang berupa lingkaran-lingkaran atau bisa juga berbentuk rangkaian gambar yang unik, yang menunjukkan bahwa pembuatnya adalam makhluk yang cerdas. Tapi, crop circle ini bukan dibuat oleh manusia berdasarkan berbagai bukti yang telah diselidiki oleh para ilmuwan. Lantas mahkluk apa seperti yang kurang kerjaan membuat semua ini??? Crop circle banyak dijumpai di Inggris selatan.

    Misteri Crop Circle
    Misteri Crop Circle
    Misteri Crop Circle






    Memartabatkan profesion guru bukan dengan penyerapan GSTT

    2010/12/10

    SAYA ingin merujuk kepada aduan oleh ‘GSTT’ dan ‘cikgu lama’ dalam ruangan ini kelmarin.

    Berdasarkan pandangan itu, saya mengakui berlaku sedikit kecelaruan dalam sistem perjawatan perguruan.
    Bagaimanapun, kita tidak boleh nafikan pandangan dan peringatan sesetengah pihak yang sedia menyedari hakikat profesion perguruan di Malaysia.
    Saya suka mengemukakan satu persoalan. Adakah profesion perguruan di Malaysia sudah dianggap satu kerjaya profesional? Mungkin ada kalangan kita termasuk saudara sendiri mengatakan 'ya' tetapi bagi saya 'tidak'.

    Antara faktornya kerana kehadiran GSTT. Jika kita teliti profesion lain yang dianggap popular dan bertaraf profesional seperti perubatan, guaman dan akauntan, adakah akan wujud jawatan bertaraf 'sandaran tidak terlatih’?

    Pernahkah kita mendengar 'akauntan sandaran tidak terlatih' atau 'doktor sandaran tidak terlatih'? Jawapannya ada pada saudara.

    Menyedari realiti pada masa kini keperluan terhadap sistem pendidikan amat tinggi dan kritikal maka usaha dilakukan untuk menambahbaikan terhadap profesion dengan perguruan.
    Selaras dengan itu jugalah Kementerian Pelajaran menyediakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan satu daripada terasnya ialah 'Memartabatkan Profesion Perguruan' dan mengikut teras ini jugalah satu daripada pengisiannya 'sifar GSTT'.

    Saya mengakui GSTT banyak membantu dari segi perjalanan operasi sekolah, tetapi untuk diserap ke jawatan tetap bukan sesuatu yang wajar kerana masih ramai mereka yang berkelayakan yang boleh memenuhi jawatan berkenaan.

    Mungkin dengan menyerap GSTT masih ramai bakal guru sukar mendapat tempat di mana-mana sekolah selepas tamat kursus kelak. Apapun, saya sendiri tidak mahu menyebelahi mana-mana pihak.

    Saya menyedari kecelaruan yang berlaku disebabkan tuntutan semasa dan kehendak sesetengah pihak yang kurang sedar akan tanggungjawab mereka memartabatkan profesion perguruan yang hakikatnya semakin hari semakin mencabar.

    Janganlah sampai suatu ketika masyarakat mempersoalkan kelayakan seseorang guru untuk mengajar.

    Harus diingat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Dalam Cuti (KDC) mahupun kursus lain yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukanlah untuk menindas mana-mana pihak.

    Semua kursus itu adalah suatu usaha ke arah memartabatkan profesion perguruan.

    Kalau saudara ingin memandu kereta haruslah dapatkan lesen memandu terlebih dulu, begitu juga pengamal perubatan, peguam dan tidak terkecuali sebagai seorang guru.

    PENDIDIK,
    Pulau Pinang.

    petikan dari
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MemartabatkanprofesiongurubukandenganpenyerapanGSTT/Article/index_html


    Guru Tuisyen Sambilan

    Geledah punya geledah kat internet jumpa la jawatan kosong ni bagi yang berminat sangat nak jadi guru . Untuk pengalaman awal, bolehla mohon guru tuisyen ni dulu sebagai persiapan untuk mohon KPLI atau DPLI nanti. Yang dah jadi cikgu pun rasanya boleh memohon asal kerja kita disekolah tak terabai. Ngajar sambilan jer pada hujung minggu boleh tambah pendapatan..

    P/S : seronoknya kalau boleh ngajar Kelantan

    Guru Tuisyen secara sambilan pada hari Jumaat & Sabtu diperlukan untuk pelajar sekolah rendah & menengah bagi subjek :

    1) Sains
    2) Matematik
    3) Bahasa Inggeris

    * Wanita
    * Tinggal di kawasan Pasir Pekan / Wakaf Bharu / Tumpat
    * Lepasan graduan digalakkan memohon

    Sila hubungi

    013-373 7292 / 017-903 3981

    http://www.mudah.my/Guru+Tuisyen+Sambilan-7930045.htm


    dan satu lagi iklan nih :

    Assalamualaikum wbt, sesiapa yang berminat untuk mengajar tuisyen individu,
    sila emailkan maklumat diri ke alamat : tuisyen_individu@yahoo.com,Sila sertakan Butiran Berikut:
    -Nama penuh,
    -Kelulusan,
    -Pekerjaan Sekarang,
    -Subjek yang boleh di ajar dan level UPSR@PMR@SPM,
    -Alamat tinggal Sekarang,
    -pengalaman mengajar
    -No telefon dan Email)
    -mempunyai kenderaan sendiri.

    -Jawatan ini terbuka kepada Graduan yang masih menggangur dan yang sudah bekerja....Jangan Lepaskan peluang untuk membantu anak bangsa kita untuk terus maju kehadapan...Anda mampu untuk lakukannya...

    -Kita Sedang mencari guru tuisyen yang berada di sekitar kawasan(Pasir Mas,Tanah Merah,Tumpat,Wakaf Bharu, Bachok,Tendong,Kubang Kerian,Peringat,Melor dan sebagainya)sekiranya anda berada di kawasan tersebut dan sekitar dengannya serta berminat untuk mengajar tuisyen,jangan lepaskan peluang keemasan tersebut.

    Sila Hubungi : 019-933 2331(En.Mohd),019-914 4534(En.Hariff)
    emailkan kepada : tuisyen_individu@yahoo.com
    facebook :tuisyen individu

    http://www.mudah.my/Jawatan+Kosong+Mengajar+Tuisyen-7867686.htm#xtor=AD-32-[7867686]

    Isu Cikgu suka bermain Facebook di sekolah

    Dalam isu cikgu-cikgu bermain facebook di sekolah, rasanya ramai yang ada pandangan yang berbeza. Seperti yang kita tahu, memang kebanyakkan sekolah sekarang samada sekolah rendah ataupun sekolah menengah memang mempunyai talian internet. Kena pula talian internet itu menggunakan Streamyx dan kita semua maklum talian itu memang sangat laju. Jadi, mari kita bincang bagus ke tak ada internet kat sekolah ni..

    1. Dengan adanya kemudahan internet, cikgu boleh membayar bil-bil yang tertunggak seperti bil elektrik, bil telefon, bil kad kredit dan bil-bil yang boleh kita bayar secara online. Malah, ini bukan sahaja menjimatkan masa, ianya juga membantu cikgu-cikgu merancang kehidupan mereka dengan lebih lancar. Jangan anda tidak tahu, ramai cikgu-cikgu ni kebiasaannya akan keluar sekejap dalam jam 11-1 petang hanya untuk membayar bil-bil tersebut. Itu hal dulu. Kini, dengan kemudahan internet, semuanya boleh dilakukan dengan beberapa minit sahaja. Jadi, cikgu-cikgu ni tak perlulah buang masa keluar pergi bank atau pejabat pos untuk bayar bil. Sekaligus mengekang cikgu-cikgu ni dari melepak di luar sekolah dengan lebih lama. Bukankah itu lebih bagus? Cikgu masih ada disekolah dan tidak diluar sekolah? Yang mana satu anda mahu?

    2. Ramai cikgu-cikgu yang menggunakan internet untuk mencari bahan bantu mengajar. Ini tidak dinafikan. Tapi tidak dinafikan juga ada yang menggunakannya untuk hal-hal peribadi termasuklah buang masa yang begitu lama di Facebook. Mungkin terjumpa kawan lama, itulah agaknya sampai berborak 2-3 jam sampai tak masuk kelas. Tapi rasanya takdelah yang borak sampai begitu lama bukan?

    3. Tidak kurang ada yang membayar hutang PTPTN melalui online dan aku salah seorang daripadanya. Sejak 3 tahun lepas, tidak pernah miss untuk bayar dan mungkin pada tahun ini aku akan berjaya melangsaikan hutang itu. Itu hasil yang bagus bukan?

    4. Bertukar-tukar pendapat dengan cikgu sekolah lain. Jangan tak tahu, ramai cikgu terutamanya cikgu-cikgu muda yang mahir menggunakan internet menggunakan internet untuk bertukar pendapat. Malah, ada yang menghantar data atau file menggunakan internet. Wujudnya skype, Yahoo Mesengger dan MSN Mesengger sangat membantu untuk bertukar pendapat dan menghantar file berbentuk pdf atau word. Fail-fail itu sangat ringan dan mengambil masa beberapa minit untuk didownload. Jadi, ini satu lagi point yang baik untuk menggunakan internet. Malah, ada yang berkenalan dengan cikgu dari negeri yang berbeza dengan menggunakan Facebook. Ini yang bagus. Cuma mungkin ada yang menggunakan Facebook untuk tujuan yang kurang sesuai seperti skodeng gambar-gambar perempuan yang comel atau lelaki yang kacak. Jangan tak tahu, ramai guru-guru perempuan yang comel dan manis. Tak kurang juga banyak guru-guru lelaki yang kacak dan berbadan sasa. Itu agaknya yang dok lama lepak kat Facebook.

    5. Kebiasaannya cikgu-cikgu bermain di Facebook pada waktu mereka tidak mengajar. Adakah ianya tidak wajar dilakukan? Apakah perbezaan berborak kosong di kantin dan berborak di Facebook? Sama sahaja bukan?

    6. Bagaimana pula cikgu-cikgu yang bergosip sana sini dan menyebarkan fitnah serta yang mempromosi barangan samada tupperware atau kuih raya ataupun menjual tudung dan baju kurung? Ni biasanya cikgu perempuan lah. Adakah ini lebih teruk berbanding bermain di Facebook dalam setengah jam ketika waktu lapang?

    7. Ada kes cikgu masuk lambat kerana bermain Facebook terlalu lama. Tapi itu rasanya kes terpencil. Cuma dibesar-besarkan sahaja. Cuba plak fikir bila ada cikgu yang lambat masuk kelas kerana pergi makan tengah hari atau breakfast di luar sekolah? Apa pula dengan cikgu yang masuk kelas kerana melepak di kantin sampai terlupa waktu kelas masing-masing? Teruk sangat ke bermain facebook?

    8. Biasanya golongan guru muda dikatakan kuat bermain facebook sehingga mengabaikan sesi pembelajaran dan tugas-tugas guru yang lain? Tapi tahukah anda, lebih ramai guru-guru yang veteran yang sangat malas untuk buat kerja berbanding guru-guru muda?Adakah anda tahu tidak ramai guru-guru lama yang tidak tahu menggunakan internet dan microsoft office? Masa itulah nanti guru-guru muda dicari untuk meminta pertolongan..

    9. Tahukah anda guru-guru yang bermain di Facebook itu mempunyai daya imaginasi yang lebih luas berbanding guru-guru yang tidak bermain di Facebook? Tak percaya? Anda boleh lihat sendiri dari segi pengetahuan, teknologi dan keadaan semasa.

    10. Tahukah anda berapa ramai pengetua atau GPK sekolah yang mempunyai akaun Facebook untuk berinteraksi dengan guru-guru lain ataupun para pelajar? Ini sekaligus mampu memantau kegiatan guru dan pelajar yang bermain facebook.

    11. Bermain facebook mungkin salah satu cara untuk guru-guru melepaskan tekanan atau mencari sedikit hiburan selepas berpenat-lelah mengajar pelajar dan menguruskan perkara yang berkaitan dengan sekolah. Ini lebih bagus daripada guru-guru tersebut memendam rasa, bermuram durja, sakit hati, melepak diluar sekolah atau berhenti kerja.

    12. Tahukah anda pekerjaan guru merupakan salah satu pekerjaan yang sangat stress dan memenatkan selepas perdana menteri dan doktor?

    Dan ada banyak point lagi. Kita tahu, bila isu facebook ini dipanaskan sekaligus ianya akan merujuk kepada cikgu-cikgu muda. Kenapa? Tak ramai cikgu-cikgu lama yang tahu menggunakan facebook dan mungkin ada yang tidak tahu apa itu facebook. Tapi kita tak boleh nak kata mutu guru itu tidak bagus atau disiplin itu tidak bagus. Setiap orang ada caranya dan jika guru masuk kelas, mengajar dengan baik, budak faham apa yang diajar serta tidak menimbulkan masalah, aku tidak rasa menggunakan facebook itu satu kesalahan besar. Ini juga salah satu bentuk pembelajaran. Jika kita tahu menggunakan facebook untuk kebaikan, kita akan dapat banyak perkara yang lebih bagus dan boleh dikongsikan bersama. Cuma bab isu facebook ini bukanlah masalah besar tapi ianya tetap perlu diberikan perhatian.



    Jenis dan Kategori Guru yang anda mungkin Tak Tahu

    Ok. Di sini, ada kategori bagi setiap guru yang anda mungkin tak tahu. Walaupun secara luarannya, nampak sama sahaja. Tapi ada perbezaan yang ketara antara guru-guru tersebut. Antaranya..

    1. Guru Tetap. Ini antara yang paling biasa dan ramai orang boleh kenal pasti yang diorang ni guru tetap atau tak. Lagipun, majoriti masyarakat menganggap semua guru adalah guru tetap. Tak ramai yang tahu tentang kategori atau jenis guru yang sepatutnya diorang tahu. Guru tetap ni kerjanya selain menjadi guru disiplin tak rasmi, mereka juga perlu mengajar dan juga menguruskan kerja-kerja pengkeranian seperti menulis buku rekod, mengambil kehadiran pelajar, mengutip yuran sekolah, merangkap kepada mentor kepada para pelajar dan juga tak mustahil menjadi idol kepada para pelajar. Pendek cerita, tugas guru ni memang banyak. Mungkin kita aje yang nampak macam sikit aje..

    2. Guru kontrak. Guru jenis ini memang berbeza. Dari segi tugas, sama sahaja dengan guru tetap yang lain. Tapi mungkin guru ini akan diberi tugas tertentu berdasarkan apa yang ditugaskan oleh pengetua sekolah. Biasanya guru ini akan mengajar atau mengisi kekosongan jawatan bagi subjek tertentu dan juga agak kritikal seperti subjek bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, bahasa cina dan lain-lain lagi. Dan tempoh mereka bertugas berdasarkan kontrak. Biasanya adalah 6 bulan. Jika pihak sekolah rasa nak sambung lagi, diorang akan sambung 6 bulan lagi. Tempohnya mesti 6 bulan. Aku tak tahu kenapa. Tapi itulah yang aku faham berdasarkan apa yang aku lihat dan apa yang aku diberitahu. Kat sekolah aku ni, tak jumpa lagi guru kontrak. Sekolah lama dulu adalah sorang. Perempuan. Tapi sampai hari ini, aku tak tahu nama cikgu tu. Teruk kan cikgu macam ni?

    3. Guru Sandaran. Nama penuhnya adalah GSTT atau Guru Sandaran Tak Terlatih. Tempohnya lebih lama dari guru kontrak iaitu 1 tahun. Selepas itu, jika mereka tidak diberhentikan, mereka berpeluang cerah untuk sambung tugas mereka pada tahun hadapan. Mungkin disekolah sama, mungkin juga tidak. Biasanya, 90% akan dapat sekolah yang berbeza tetapi masih dalam satu daerah. Tapi guru sandaran ini boleh diberhentikan pada bila-bila masa jika ada guru posting baru pada tahun tersebut. Jadi, guru sandaran ini semacam ON-CALL pada setiap masa. Tugas guru sandaran lebih kurang aje dengan guru tetap. Kadang-kadang ada yang jadi guru kelas dan sampai ada yang diberi tugas untuk menjadi guru pengiring bagi sesebuah aktiviti luar sekolah seperti lawatan atau kem perkhemahan. Biasalah tu. Bagi guru lelaki, memang tak ada masalah sangat. Tapi bagi guru perempuan, ada yang tak suka, ada yang suka. Tapi banyak pada yang tak suka lah..

    4. Guru Ganti. Haa, jenis guru macam ni pun ada. Ini jawatan tak rasmi sebenarnya dan guru ini tetap mengajar macam biasa. Buat kerja guru-guru tetap macam biasa. Jawatan ini wujud apabila ada guru tetap yang tidak dapat hadir ke sekolah pada satu tempoh yang lama. Contohnya seperti kes menunaikan haji atau umrah, cikgu perempuan yang cuti selepas bersalin, cikgu yang ambil cuti tanpa gaji bagi satu tempoh yang lama dan cikgu-cikgu yang sakit dan kritikal pada satu tempoh yang agak lama. Jadi, keadaan-keadaan seperti ini memberikan peluang pekerjaan sementara kepada mereka yang berminat nak jadi guru ganti. Biasanya ditawarkan kepada rakan-rakan atau saudara-mara Guru-guru yang tinggal berdekatan. Biasalah tu. Takkan nak cari yang jauh-jauh pula..

    5. Guru Praktikal. Ada yang panggil Cikgu Ros. Mereka semua datang dari universiti yang berbeza dan biasanya ramai yang datang dari UPSI. Ada yang buat praktikal selama 3 bulan, ada juga yang 6 bulan. Ada yang 10 minggu. Ini semua bergantung dari universiti atau maktab mana yang mereka belajar. Setiap guru ros ni ada mentornya dan ada yang akan monitor kerja diorang. Inilah yang akan dilakukan oleh semua guru tetap sebelum mereka mendapat jawatan tetap. Pergi praktikal dan tunggu posting. Dah dapat penempatan, kena tunggu pula interview untuk pengesahan jawatan tetap pula. Memang ambil masa. Tapi inilah proses-proses yang perlu dilalui oleh semua guru. Guru praktikal ini tak ada elaun atau gaji. Semuanya bergantung pada duit PTPTN, duit biasiswa atau duit belanja mak abah diorang. So, sabar ajelah..memang macam tu dari dulu hingga sekarang..

    Emm..ok. Itu sahajalah jenis atau kategori guru-guru yang ada dikebanyakkan sekolah. Ini yang aku dapat kelaskan mengikut pemerhatian aku. Terima kasih kepada semua guru yang menjalanakn kewajiban setiap hari walaupun kadang-kadang sakit hati dengan perangai pelajar-pelajar nakal yang tidak makan saman tu. Inilah pekerjaan kami dan inilah keadaan guru-guru yang sepatutnya anda patut tahu. Mungkin ada antara anda semua rasa peranan setiap guru adalah sama. Ya, pada asasnya adalah sama. Tapi kami ada memainkan peranan yang berbeza dan sikap saling membantu dan toleransi yang menyatukan semua guru-guru yang mempuyai perangai dan peel yang berbeza. Ianya tidak mudah, tetapi sekurangnya kita berusaha ke arah itu.



    Syarat untuk Serap GSTT ke Jawatan Tetap

    Yahh, ini satu lagi isu GSTT(Guru Sandaran Tak Terlatih) yang makin hangat dalam tahun ini. Kalau tak silap aku, dah ada dekat 4-5 kali cerita GSTT msuk berita dan banyak kali juga dalam surat khabar dipaparkan. Kiranya, macam cerita panas gak dalam bidang perguruan ini. Ramai dikalangan GSTT yang mahu diserapkan ke jawatan tetap walaupun mereka semua tahu yang mereka cukup sukar untuk mendapat jawatan tetap tersebut.

    Untuk yang masih belum tahu, GSTT yang dilantik hanya untuk menampung kekosongan jawatan dan kekurangan guru pada suatu masa dan biasanya memang setiap tahun akan ada kekosongan untuk diisi. Biaanya perkhidmatan mereka akan ditamakan jika ada guru tetap yang posting ke sekolah ditempat mereka mengajar. Jika telah mengajar baru 3 bulan dan ada guru tetap masuk, nak tak nak mereka akan diberhentikan atau ditukarkan ke sekolah lain yang masih memerlukan guru sandaran ini untuk mengisi kekosongan.

    Namun, tahukah anda SYARAT untuk dilantik ke jawatan tetap Gred DG41 bagi golongan guru sandaran tak terlatih ini? Antaranya ialah..

    1. Warganegara. Ini sudah pasti. Jarang ada warga asing yang jadi guru sandaran.

    2. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan. Biasanya iklan akan dibuka pada hujung tahun untuk ambilan pada tahun berikutnya.

    3. mempunyai ijazah sarjana muda pendidikan yang diiktiraf kerajaan dari universiti tempatan atau institusi pengajian tinggi.

    4. mempunyai ijazah sarjana muda yang diiktiraf Kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan yang setaraf dengannya dan

    5. kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan SERTA lulus temuduga yang dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

    Itu yang diberitahu melalui Harian Metro, 11 Oktober 2010, muka surat 18A oleh Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia yang membalas surat pembaca pada 4 Oktober lalu oleh “Bekas GSTT Shah Alam”

    Pendek cerita, jika GSTT ada semua ini, adalah tidak mustahil untuk korang semua diserapkan ke jawatan tetap. Jadi, jangan pening kepala dan jangan marah-marah. Memang begini cara dan karenahnya. Jika ada peluang, sambar kerana bukan senang hendak jadi guru tetap sekarang. Susah dan sangat berbeza berbanding 10-20 tahun dahulu.

    Ps: Peluang untuk GSTT untuk menjawat jawatan tetap masih terbuka dengan adanya KPLI-SR dan KPLI JQAF atau DPLI yang biasanya ditawarkan setiap hujung tahun. Selalu-selalulah beli dan baca surat khabar atau melayari website KPM untuk perkembangan semasa.

    Permohonan GSTT tahun 2011 masih lagi dibuka

    Malam tadi, bila aku godek-godek kat laman web KPM dan geledah Google. Aku terjumpa satu website yang berkaitan dengan Guru Sandaran Tak Terlatih dan bila aku teliti, memang ada borang untuk kita memohon GSTT untuk tahun depan. Ini bermaksud, borang permohonan telah dibuka dan sesiapa yang berminat nak jadi GSTT, bolehlah apply dan isi borang tersebut. Di sini, aku letakkan juga maklumat Am tentang cara nak apply atau permohonan guru sandaran tak terlatih ini.

    Boleh terus ke website ini untuk memohon: Nak jadi GSTT 2011

    Bagi yang berminat, jangan segan dan silu untuk memohon. Isi semua yang diperlukan dan apa yang perlu korang lakukan, jawab soalan-soalan temuduga dengan yakin. Insya-Allah, kalau kita perform bagus. Boleh dapat punya jawatan ini. Biarpun cumalah kontrak untuk setahun, tapi ianya lebih baik daripada kita duduk main facebook aje kat rumah bukan? Apply aje, dapat atau tak. Itu lain cerita. Haa, kalau korang tak yakin dengan sesi temuduga nanti, boleh dapatkan tips-tips temuduga dan cara untuk menghadapi temuduga di website ni. Mana tahu, akan lebih membantu ketika korang dalam temuduga nanti.

    12 ribu GSTT TIDAK akan diberhentikan

    Beberapa hari lepas, aku dengar berita yang agak panas. Dengarnya, Kementerian Pelajaran tidak akan memberhentikan sebahagian daripada 12,000 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) di seluruh negara yang bakal tamat kontrak tahun ini. Wahh, ini satu berita baik. Nak dengar berita lagi baik?

    Tarik nafas dalam-dalam. Ok, ini dia. GSTT Bakal diserap ke jawatan tetap secara berperingkat jika mengajar lebih 3 tahun. Tu dia!! Tak kesahlah secara berperingkat ke secara pairing ke atau melintang dan menegak, janji diserap ke jawatan tetap. Aku yakin ini yang ditunggu oleh kawan-kawan GSTT aku yang lain. Mesti gembira sakan bila baca paper 3 Disember yang lepas. Sekali lagi, hanya yang mengajar lebih 3 tahun. Maksudnya yang setahun dan dua tahun, lom cukup layak lagi rasanya..

    Selain itu, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia bagi memastikan kekurangan tenaga pengajar di sekolah dapat diatasi dan pendidikan pelajar juga tidak akan terganggu. Bagi guru GSTT tamat tempoh perkhidmatan tahun ini mereka tidak diberhentikan, malah bagi mereka yang sudah menerima surat diberhentikan perkhidmatan, ia akan ditarik balik. Kita mempunyai guru GSTT yang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah. Semua guru direkrut Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), katanya di sini, semalam. Bagaimanapun katanya, kementerian sudah membuat keputusan tidak membenarkan JPN melatih guru GSTT, sebaliknya akan diselaraskan dengan lebih sistematik. Sumber: Berita Harian 3 Disember 2010

    Haha, makin ramailah GSTT yang gembira. Dan yang paling best, kalau korang dah ditamatkan tak kiralah pada bulan Oktober ke November ke Disember ke, ianya akan ditarik balik. Cuma aku nak tanya, tarik balik tu serta-merta ke? Kalau bacaan dalam paper tu, kira macam serta-merta.

    Jadi, bonus RM500 tu, kawan-kawan GSTT ni dapat ke tak? Ke kena pulangkan balik? Bagi aku, bagi ajelah GSTT duit RM500 tu. Kira macam hadiah untuk mereka sebab dah penat kerja dekat 10 bulan jadi guru. Bukan senang nak jadi guru sandaran tu..

    Ps: Tahniah buat 12 ribu GSTT tersebut. HOho..