Monday, December 6, 2010

Calon mohon KPLI kini perlu ada ijazah pengkhususan

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Sharuddin.

Beliau berkata, syarat itu yang bertujuan menghasilkan tenaga pengajar berkualiti dan guru pakar telah dilaksana sejak pengambilan tahun lepas.

"Kalau dahulu kita tak tekankan pada bidang pengkhususan pelajar semasa mereka di universiti kerana bagi kita memadai sekiranya mereka ada ijazah pertama. Tetapi sekarang mereka perlu ada ijazah dalam sesuatu subjek yang ingin diajar.

"Contohnya kalau mereka ingin mengajar subjek Matematik, mereka perlu ada ijazah dalam subjek itu bagi membolehkan mereka diterima mengikuti kursus ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Pengurusan Pelajar Baru KPLI pengambilan Januari 2010, di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ilmu Khas di sini, hari ini.

Mengenai jumlah pengambilan pelajar pada tahun ini, beliau berkata, seramai 1,473 orang daripada 60,000 pemohon dipilih untuk mengikuti 17 bidang pengajian di 27 buah kampus institut pendidikan guru yang pendaftarannya bermula semalam. - Bernama

Related Posts:

  • Calon mohon KPLI kini perlu ada ijazah pengkhususanKUALA LUMPUR 19 Jan. – Syarat Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) kini diperketatkan termasuk mewajibkan calon memiliki ijazah dalam subjek yang ingin diajar, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Asariah Meor Shar… Read More
  • KPLI MENGUNDANG KEBIMBANGAN Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Laporan Akhbar Sin Chew Daily (ME9) bertarikh 13 Oktober 2010 – KPLI mengundang kebimbangan. Jawa… Read More
  • Tamatnya kursus KPLI ambilan Januari 2010 :(Setelah hampir setahun aku masuk kpli, akhirnya sudah tamat pengajian di sana. Rasa macam sekejap sahaja berada disana. Banyak kenangan manis yang dilalui disana sepanjang tempoh aku belajar. Macam-macam karenah kawan yang ak… Read More
  • Isu pendidikan dalam Temuduga KPLI 2011 Selepas anda dapat memasuki temuduga KPLI nanti ada beberapa isu yang saya fikir perlu anda ambil perhatian. Kemungkinan isu isu ini di tanya dalam temuduga adalah amat besar. Kebarangkalian itu amat tinggi. Isu mengenai … Read More

0 Komen: