Friday, January 31, 2014
Ikhlas atau tidak?
Kenapa perempuan suka merajuk?
Perempuan bila disakiti dia tak marah tapi dia sedih dan masuk bilik menangis time macam ni dia akan cari someone untuk luahkan perasaan. Selalunya yang dicari sahabat baiknya dan lelaki. Lelaki perlu memahami keadaan ini. Melayan kerenah perempuan seperti melayan kerenah baby, manja, kadang-kadang gedik, mengada, kuat nangis dan kuat merajuk, tetapi itu comel sebenarnya.
Kenapa perempuan suka merajuk sebab utamanya dia perlu perhatian lelaki agar pujuk mereka. Perempuan sentiasa inginkan perhatian daripada lelaki agar sentiasa amik berat tentang mereka. Perempuan nak lelaki sentiasa ada dengan dia sebab tu bila lelaki tak text perempuan. dia akan merajuk dan inginkan lelaki pujuk supaya tahu yang mereka sedang tertunggu-tunggu.
Kenapa perempuan suka merajuk. sebab hati perempuan ini lembut mudah terasa , sebab tu bila tersalah cakap sikit jea kadang-kadang perempuan akan terasa hati dan merajuk dan tugas lelaki nak pujuknya balik agar tidak merajuk. Sebab itu nak cakap dengan perempuan jangan tinggikan suara, nanti dia merajuk, jangan cakap bahasa yang kesat nanti dia merajuk. Cakap kata-kata yang manis itu membuat dia lebih suka.
Kenapa perempuan suka merajuk. sebab dia nak uji lelaki boleh tahan lama denggannya. Perempuan bila merajuk lelaki tak pujuk dia akan marah. Bila lelaki dah pujuk dia akan lagi merajuk. Lelaki kena anggap itu comel bukan beban. Kadang-kadang dia bukan nak uji lelaki tetapi dah itu sifatnya.
kenapa perempuan suka merajuk sebab nak manja-manja dengan lelakinya. Lelaki perlu memahami dan jangan terlalu amik sensitif tentang hal ini. Layan la dia dengan kesempatan yang ada itu dapat merapatkan lagi hubungan. Cara perempuan nak manja dengan lelaki dengan merajuknya.
Kenapa perempuan merajuk sebab dia jealous. Kadang perempuan taknak lelaki terlalu rapat dengan perempuan atau kawan perempuan lain itu boleh buat dia cemburu dan marah tiba-tiba merajuk. dan merajuk ini berpanjangan.
Kenapa perempuan suka merajuk sebab nak tunjuk kecomelannya. Perempuan memang teserlah kecomelannya time ni. dia hanya akan tunjuk kepada lelaki dia jea bukan kepada orang lain. untunglah lelaki kerana dapat tengok kecomelannya time merajuk. Pernah tengok perempuan merajuk dengan orang yang dia tak kenal. tdak pernah sesekali. Perempuan akan merajuk first reaksi mukanya lain jarang lelaki dapat tengok dan mulutnya akan muncung, selepas itu masuk bilik berguling atas katil sambil peluk bantal dan nangis. kadang-kadang menangis sampai keluar hingus. itu adalah comel, Indahnya an jika seorang lelaki dapat bergelar suami kepada isterinya.
Bukan senang nak jaga hati seorang perempuan kejap-kejap dia marah tapi dia marah tak seperti marah tapi meluahkan perasaan, kejap-kejap dia manja dan tiba-tiba dia boleh merajuk. itulah perempuan.
Anjing tersepit
Cerita kali ini tentang anjing. Hahaha. Apa pelik punya ceritalah. Bukanlah nak cerita pasal anjing pun cuma nak wat perbandingan jer. Kita pernah dengar ibarat melepaskan anjing yang tersepit. Masa tersepit bukan main melalak mintak tolong untuk dilepaskan. Bila dah dilepaskan dia akan gigit kaki orang yang melepaskan itu. Tak ke naya kalau jadi macam tu? Tu kalau anjing. Ada jugak manusia ni perangai macam anjing. Time mintak tolong bukan main lagi merayu-rayu. Bila dah ditolong kita pulak yang dikenakan lepas tu. Macam ni la contohnya lebih kurang, masa nak pinjam duit macam2 kata manis di lontarkan. Pelbagai pujuk rayu dengan kita masa nak pinjam tu. Bila dah bagi, hilang entah kemana dan bila dihubungi macam2 alasan bagi. Tak ke bangang macam tu. Ada satu lagi contoh, masa mintak tolong manis jer cakap. Bila dah ditolong mengutuk lak belakang kita. Ni bukan cerita CM la, ni contoh jer perbandingan cerita anjing tadi. Banyak berlaku kes macam ni. Jangan jadi perangai macam anjing tu. Jadilah manusia yang mempunyai nilai pekerti yang tinggi. :) Lepas ni CM nak cerita pasal keikhlasan. Ada orang yang tolong kita dengan ikhlas dan ada yang tidak ikhlas tolong kita cuma nak ambik hati jer. Tunggu tajuk seterusnya macam menarik jerkan...
Thursday, January 30, 2014
Semangat kelaut
Semangat nak kurus dah kelaut dah. Entah macam mana blh jd sampai mcm ni. Berat dah naik balik dah. Hangat2 tahi ayam jer rasa usaha selama ni. Mana hilangnya semangat nih. Kalau diikutkan memang la jogging ptg2 tapi pemakanan skng ni agak merisaukan. Semua main belasah jer. Habis la kali ni kalau tak kawal dari sekarang ni. Macam mana ni? Asyik tido jer ptg2 kalau hari minggu nih. Kenapa la xde semangat sehari dua nih. Dah la sehari dua ni mood xde jer rasa dan rasa nyampah jer kat seseorang nih. Ok CM akan cuba buang sikap negatif ni perlahan-lahan. Lepas ni akan cuba kawal pemakanan dan akan tingkatkan lagi semangat nak turunkan berat badan nih. Oh semangat datanglah kembali!
Wednesday, January 29, 2014
Alahai nasib cikgu
Wah bukan main lagi akhbar sehari dua ni kan. Bila timbul kes sorang cikgu suruh murid makan rumput terus menghukum semua cikgu. Korek semua berita tentang kesalahan cikgukan. Semua kebaikan cikgu yang buat selama ni xde dah. Bagus la paper mcm ni terus hasut masyarakat untuk membenci cikgu kat Malaysia nih. Kalau anda nak tahu bukan semua cikgu perangai macam tu. Xde sorang pun cikgu kat dunia ni nak anak murid dia jadi lembu. Yang kes kat perak tu adalah kes terpencil sahaja. Jangan terus menghukum cikgu2 lain kat dunia ni. Dari penganggur sampailah ke Pak Menteri suruh pecat cikgu. Sorang pun xde yang membela cikgu. Kesiankan nasib cikgu nih. Bukanlah CM nak bela cikgu yang buat begitu kat anak murid, tapi kena la siasat dulu kenapa cikgu tu buat macam tu. Kenapa hanya dengar cakap budak itu sahaja? Kenapa dengar sebelah pihak sahaja. Semua terus menghentam cikgu tu. Memang la cikgu tu salah cara dia buat begitu kat anak murid, tapi sekurang2nya dengar la penjelasan guru tu sedikit. Ni langsung xde dalam beritakan. Budak tu pulak bukan main lantang lagi bercakap dalam tv tentang apa yang cikgu tu buat. Baru darjah 4 jer.
Sekarang ni kan, cikgu tak boleh nak buat apa dah kat anak murid. Suruh buat kerja tapi xnak buat. Bila suruh jadi lembu marah pulak. Sentuh pun tak boleh dah. Apa nak jadi dah murid2 sekolah sekarang ni kan. CM ingat dulu masa jadi murid2 zaman sekolah rendah. Kena buka baju dijemur tengah panas. Itu perkara biasa jer. Kena rotan tu adalah perkara yang selalu terjadi kalau tak siap kerja sekolah. Xde la sampai masuk paper mengadu. Mengadu kat ayah lak siap kena pukul lagi. Hormatnya orang dulu2 kat cikgu ni. Sebab mereka tahu apa yang terbaik cikgu tu buat untuk anak mereka. Sekarang ni mak bapak lebih percaya akan anak dia walaupun baru darjah 4. Nasib la anak2 sekarang ni terlampau dimanjakan sangat. Bukan CM nak sokong cikgu pukul anak murid, tapi cuba tanya diri kita tu kenapa cikgu buat macam tu kat anak kita. Kenapa anak orang lain cikgu tak pukul? Renung2kan yer para ibu bapa...
Tuesday, January 28, 2014
Sejuknya kat kampung
Awal 2 hari sebelum cuti raya cina CM balik kampung disebabkan ada perkara yang terpaksa CM ambik cuti. Bila ingat balik perkara tu rasa nak menitis air mata mengenangkannya. Alhamdulillah akhirnya hari ni semuanya dah selesai walau pahit kisahnya. Tapi bukan itu yang CM nak cerita. Cerita tu dah tutup buku dah. Ceritanya tentang fenomena sejuk di pantai timur nih. Memang sejuk betul la kat kg walau kesejukan dah berkurang dah dari sebelumnya. Tambah2 baru lepas hujan rasa nyaman jer udara di kampung. Yang paling stress sekali ialah bila nak mandi. Rumah CM ni airnya disimpan dalam kolah. Sejuknya macam air yang disimpan kat dalam peti tu. Bila mandikan rasa kebas satu badan hahaha. Sejuk giler. Rasa malas mandi jer tapi tetap kena mandi jugak kalau tak jadi kambing kalau tak mandi. Yang tak bestnya kat kampung ialah suasana malam yang agak sunyi sepi macam kampung ni xde penghuni jer. Rindunya rasa bila kenang kisah dulu2 yang sangat meriah. Sekarang semuanya dah berubah..ok itu jelah cerita malam ini.. sejuknya kat kampung tapi bestttt.
Monday, January 27, 2014
Betul Ke bohong?
Bukan itu saja, keadaan ini turut berlaku jika kita bencikan seseorang. Dalam masa yang sama, orang itu pun turut merasa macam ada perasaan yang tak kena dengan kita.
Oleh itu, elakkan rasa benci kepada orang, kerana perasaan itu turut menarik benda yang sama berlaku kepada diri kita.
Hal ini berlaku kerana manusia akan mengeluarkan getaran frekuansi ke alam semesta. Hukum frekuansi, akan menarik frekuansi yang sama untuk mendekati pemancarnya (diri kita sendiri).... sebagai contoh..
Masa kita sedang bekerja tiba-tiba kita teringatkan pada masakan mak kita..kalaulah mak masak asam pedas mesti best punya,balik-balik tengok dah siap pun...
Kadang kala melalui gelombang fikiran juga membolehkan kita membuat serangan mental... sebagai contoh...
cerita pertama :
diceritakan mengenai seorang petani miskin yang baru pulang dari memancing. Seronok rasa hatinya sebab peani tersebut mendapat seekor ikan yang besar. Malang baginya apabila ikan tersebut telah dirampas oleh oleh seorang raja yang pada ketika itu berselisih dalam perjalanan dengan petani miskin tersebut....Mahu tak mahu dia terpaksa menyerahkan ikan tersebut sambil memendam perasaan marah dan kesal yang mendalam....
sebaik sahaja sampai di istana raja tersebut menjerit kerana tangannya terkena sengat ikan tersebut sehingga bengkak.... Tangan yang terkena sengat terasa sakit sekali. Beberapa tabib didatangkan namun sakitnya tidak mahu hilang. Dari hari kehari sakitnya bertambah parah .....dari hari ke hari raja tersebut mengerang kesakitan... sehinggalah ke suatu malam raja tersebut bermimpi yang dia terpaksa meminta maaf pada petani tersebut jika dia ingin sembuh.... Raja tersebut memanggil pengawal minta agar mendapatkan petani miskin itu padanya. Raja minta ma’af pada petani miskin itu dan bersedia membayar ganti rugi atas ikan yang telah dirampas hingga berlipat ganda. Beberpa hari kemudian ternyata penyakitnya sembuh dengan sendirinya. Raja tersebut tersangat hairan lalu dia bertanya..... pada petani miskin itu apa yang telah dilakukan terhadap dirinya...... Petani miskin mengatakan bahwa ia hanya mengadu pada Allah : “ Ya Allah Raja telah memperlihatkan kekuasaanya dihadapanku, perlihatkanlah pula kekuasaanMu dihadapannya” . Raja telah mendapat serangan mental dari petani miskin yang teraniaya.
Contoh kedua.
Si A ada rasa tidak puas hati dengan rakan sekerjanya... Dia tak berani nak meluahkan secara berhadapan sebaliknya dia meluahkan dengan cara memukul dan mencekik bantal guling serta membayangkan bantal guling tersebut adalah rakan sekerjanya. Keesokan harinya temannya itu tidak masuk kerja.... Didapati temannya itu sakit, lehernya kaku tidak boleh digerakan kekiri atau kekanan. Si A ingat mungkin ini ada kaitan dengan tindakannya memukul bantal guling sambil membayangkan wajah temannya itu beberapa hari yang lalu. setelah saling bermaafan dengan temannya keesokan harinya kesihatan temannya mulai pulih hingga sembuh sama sekali.
Cara Untuk Mengetahui Kamu Mencintai Seseorang...
11: Kamu berjalan dengan perlahan sekali bila bersama dengannya.
10: Kamu rasa serba tak kena bila berjauhan dengannya.
9: Kamu akan tersenyum bila kamu mendengar suaranya.
8: Bila kamu memandangnya, kamu tidak nampak orang lain di sekeliling. Kamu hanya nampak dia...
6: Dia adalah segalanya yang kamu ingin fikirkan.
5: Kamu perasan kamu sentisa senyum apabila kamu memandangnya.
4: Kamu akan melakukan apa sahaja untuk membolehkan kamu berjumpa dengannya.
3: Semasa kamu sedang membaca ini, dalam fikiran kamu terbayang wajah dia sahaja.
2: Kamu begitu asyik memikirkan tentang dirinya sehingga kamu tidak perasan bahawa nombor tujuh hilang/tiada.
1: Kamu akan balik ke atas untuk memastikan adalah betul tiada no 7 dan kamu akan tergelak sendiri.
Sunday, January 26, 2014
Logo Baru CM
Makhluk Pelik Di Taman Tasik Shah Alam
Tukar IC baru
Saturday, January 25, 2014
Kejohanan Merentas Desa dan Larian Ria 2014
Friday, January 24, 2014
Akhirnya Baju telah siap
Monday, January 20, 2014
Cuba Teka
Matamu lembut bagai bayu
Juga awan biru di langitku
Senyum mu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi
Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?
Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..
Matamu redup bagai bayu
Juga awak biru di langitku
Senyummu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi
Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?
Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Cuba cuba
Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertaktha dalam jiwa
Adakah kau rasa?
Sayang ku selalu ada waktu tuk menyanyangimu menjagamu
Seluruh hidupku..
Caramu mempersona kalbu
Sesungguhnya aku tahu kamu terbaik untuk diriku
Permata (Untuk Isteri Ku)
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku
Sunday, January 19, 2014
Jadual bertugas kelas
Pistol Tembak Cicak?
Bertindak atas maklumat awam, pada jam 1.30 petang, sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, menahan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva, dinaiki lelaki terbabit di hadapan sebuah kedai runcit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Supritendan Idris Ab Rafar berkata, hasil pemeriksaan ke dalam kenderaan tersebut, pihaknya menjumpai sebungkus plastik berwarna hitam yang mengandungi tujuh kotak kecil.
“Dalam setiap kotak mengandungi sepucuk pistol dan tindakan lelaki itu menyorokkan pistol terbabit berjaya dikesan.
“Kesemua pistol tiruan berkenaan bertulis G.29 ‘Airsoft Gun’ itu turut ditemui bersama kelopak warna hitam. Suspek yang dipercayai bertugas sebagai guru swasta ditahan bersama barang rampasan untuk tindakan lanjut,” katanya kepada sidang media di sini.
Beliau berkata, hasil temu bual yang dijalankan ke atas suspek, dia mengaku membeli barang kes tersebut di Golok, Thailand dan menyatakan harga sepucuk pistol tiruan dibeli dengan harga RM60.
“Lelaki itu tidak pasti tempat pembelian pistol berkenaan, kerana dibawa oleh seorang warga Thailand untuk ke sana.
“Suspek pertama kali ke Golok dan menurut suspek, dia membeli barangan tersebut untuk dijual kepada pelanggan-pelanggan melalui laman sosial facebook," katanya.
Idris berkata, kebanyakan pelanggannya berada di Kuala Lumpur dan pistol berkenaan digunakan untuk menembak cicak dan tujuan permainan sahaja.
“Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dan dilaporkan tiada rekod jenayah.
"Suspek direman empat hari bermula semalam. Kes disiasat di bawah seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 untuk siasatan lanjut,” katanya
CM - Kalau sape2 ada pistol cicak ni hati2 la yer.. kadang2 niat kita tu hanya untuk tembak cicak jer.. tapi bila disalah guna tu yang jadi salah. Ramai yang guna pistol ni untuk merompak dan melakukan kegiatan jenayah. Kat Golok bebas jual benda nih... huhu... Jangan beli yer kalau pegi kat Thailand tu, sebab siapa2 yang kena tangkap mempunyai pistol ini boleh di kenakan penjara... takutttt :)
Saturday, January 18, 2014
Kalau Aku Kaya
Malam ni sebelum tido nak berangan jap. Kalau aku kaya... emmmm seronokkan kalau kita kaya. Apa yang nak semua dapat. Nak gi melancong mana2 pun xde masalah...bestnya. .. dapat pakai kereta besar, rumah besar. .. semuanya dapat... xpyh dah nak fikir pasal hutang2 nih... hutang bank berlambak2..adoiii... rumah hutang, kereta hutang...pening kepala dibuatnya... tapi apa pun CM tetap bersyukur kerana walau x kaya tapi bahagia dan cukup dah segalanya. Semua dah ada dan dah dpt....saja nak berangan jadi kaya..... tak salah nak berangan..x guna modal pun hahaha.... kalau aku kaya.... ok kita layan lirik lagu kalau aku kaya kat bawah nih...hehehe...
Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku
Wednesday, January 15, 2014
Rahsia untuk disayangi dan disukai semua orang
Ok sebelum tido CM nak kongsikan satu cerita ni. Ada sorang kawan CM ni semua orang sayang kat dia. CM pernah tanya dia macam mana semua orang sayang kat dia ni? Apa rahsianya? Walaupun dia bagi jawapan yang dia tak tahu sebab apa tapi CM tetap x puas hati jugak macam mana semua orang sayang kat dia. :) Jadi CM godek2 kat internet terjumpa la cara2 nak suruh kawan2 suka dengan kita. Sangat bagus untuk kita praktikkan dalam diri kita supaya disenangi dan disayangi oleh semua orang. .ooo baru tahu rahsianya... :)
Adalah penting untuk mempunyai ramai kenalan kerana ia boleh membantu melancarkan perjalanan karier anda. Anda akan mudah mendapatkan kerjasama yang diperlukan dalam apa jua hal. Ini secara tidak langsung bukan sahaja memudahkan kerja anda tetapi juga menghasilkan banyak peluang untuk anda mempertingkatkan diri dalam kerjaya.
Apakah petua untuk rakan-rakan menyukai kita..?
1. Jangan sombong. Baik dari segi pergerakan badan, pandangan mata ataupun pertuturan. Anda tidak akan rugi apa-apa jika bersikap rendah diri.
2. Tunjukkan keikhlasan anda. Anda perlu ingat bahawa semua orang ingin dihargai dan merasa diperlukan. Jangan senyum atau menegur orang hanya ketika anda tidak mempunyai kawan. Setelah mendapat kawan, janganlah pula lupa bertegur sapa dengan orang lain.
3. Percaya akan diri sendiri. Kebanyakan orang senang bergaul dan berkawan dengan mereka yang mempunyai rasa percaya terhadap diri sendiri.
4. Mempunyai perdirian teguh. Secara umumnya, ramai orang lebih menghargai mereka yang berani mengutarakan pendapat. Namun demikian, anda perlu pandai membawa diri, jangan berani secara membuta tuli.
5. Bersikap terbuka. Walaupun mempunyai pendapat sendiri, anda mestilah mendengar pendapat orang lain juga. Sebelum menegur kesilapan orang lain, selidik dahulu keperibadiannya. Dia mungkin adalah seorang yang tidak dapat menerima teguran.
6. Meminta pendapat atau buah fikiran adalah lebih baik daripada meminta bantuan terus. Cara begini akan lebih menimbulkan rasa simpati dan keinginan orang lain untuk membantu anda. Jangan suka memotong percakapan orang lain kecuali betul-betul tidak mempunyai pilihan lain. Pastikan anda melakukannya secara halus dan berdiplomasi.
7. Berikan imej yang baik. Jangan bercakap terlalu lama supaya orang lain juga berpeluang untuk bersuara. Ketika anda berada di kalangan ramai, berusahalah agar kehadiran anda dirasai oleh mereka.
8. Jangan sesekali meminta pertolongan orang lain terutamanya pertolongan yang melibatkan hal peribadi sebelum benar-benar mengenali mereka. Ini adalah kerana sesetengah orang kurang senang dengan orang yang gemar meminta pertolongan.
9. Jaga cara berkomunikasi anda terutamanya dengan mereka yang sering memberi informasi yang berguna. Gunakanlah bahasa yang bersesuaian dan nada yang terkawal. Balaslah panggilan telefon orang lain dengan sopan. Cara ini akan membuatkan mereka rasa senang hati untuk menjawab panggilan anda pada masa depan.
Oleh hal yang demikian, mulai sekarang, anda perlulah berkenalan dengan seramai orang yang mungkin. Mendapatkan kenalan baru ataupun mengekalkan perhubungan tersebut. Namun bukan semua orang mudah mendapatkan kenalan baru ataupun mengekalkan perhubungan tersebut.
10. Hubungi kenalan anda secara rutin. Bukannya apa, sekadar bertanya khabar atau say hello. Ini penting agar mereka tidak melupakan anda. Sentiasa menjaga perhubungan dengan menghantar kad perayaan atau tahun baru.
11. Sentiasa menjaga penampilan anda. Ini adalah kerana sesetengah orang suka menilai orang dari segi luaran. Tetapi jangan anda turut berbuat sedemikian ketika berurusan dengan pelanggan. Anda juga perlu mengenakan pakaian mengikut situasi agar dapat diterima dalam apa jua keadaan dan golongan orang.
12. Mempunyai cita-cita dan selalu bergerak aktif. Orang yang mempunyai matlamat dan giat berusaha memang sentiasa disenangi. Jangan menunggu sesuatu untuk berlaku sebaliknya berusalah agar sesuatu itu terjadi.
13. Berikan penghargaan kepada mereka yang telah menghulurkan bantuan walaupun bantuan itu kecil. Setakat mengucapkan terima kasih sudah memadai bagi menjaga perhubungan.
14. Elakkan diri daripada bergosip. Jika anda tidak dapat mengelakkan, adalah lebih baik bagi anda menjadi pendengar saja dan bukannya penyebar. Orang yang suka bergosip tentang orang lain akan dipandang serong.
15. Walaupun anda tidak suka bersosial, namun apa salahnya anda sesekali memenuhi undangan. Jangan sampai anda dicap sebagai anti sosial.
16. Jangan cepat rasa bangga diri apabila dipuji. Ini adalah kerana kadang-kadang pujian itu tidak ikhlas dan hanya untuk mengambil hati.
17. Jangan cepat melenting apabila dikritik. Sentiasalah berfikiran positif & Sentiasa berfikiran matang. Jangan senang putus asa, sebaliknya selalu tampil optimis.
18. Banyak membaca terutamanya surat khabar. Selain sebagai pengetahuan am, ia juga membantu anda memahami topik perbualan orang lain sekali gus mendorong orang lebih menghormati anda.
Semoga dengan perkongsian diatas banyak membantu dalam usaha anda mencari kawan. "A friend in need is a friend indeed". Jadilah seorang kawan yang sentiasa ada bukan sahaja ketika senang, malah ketika kita diperlukan =) Sekian..
Design t-shirt Akademi Arjunasukma
Tuesday, January 14, 2014
Cara Mengenali sikap orang
Siapa yang tidak dibelenggu masalah apabila berhadapan dengan orang yang suka menipu atau memutarbelitkan setiap kenyataan.
Sikap sebegini juga membuatkan kita turut berhadapan masalah membabitkan kepercayaan dan kejujuran.
Memperkatakan soal kejujuran dan kepercayaan, ia sememangnya berkait dengan pelbagai hal dalam rutin kehidupan biarpun sewaktu bertemu orang tidak dikenali apatah lagi tatkala mahu mencari pekerjaan.
Justeru, analisis perlakuan sangat berguna dalam mengharungi kehidupan seharian, malah boleh dipelajari dengan mudah.
Menurut Pakar Terapi Warna dan Pembentukan Personaliti Master Yourself Revamp Your Life (MYRYL), Shuhada Alauddin, analisis perlakuan adalah satu kemahiran yang sangat penting untuk mengenali sikap orang di sekeliling dengan hanya melihat riak wajah, pertuturan dan gerak bahasa badan.
“Ada manusia yang suka menipu kerana ia sudah menjadi tabiat hingga terbawa-bawa apabila meningkat dewasa. Justeru, ilmu mengenai analisis perlakuan sangat berguna bagi melindungi diri kita daripada manusia yang suka menipu.
“Selain melindungi diri daripada penipu, ia juga berguna bagi meningkatkan keyakinan diri dan mengubah perlakuan ke arah positif untuk mengelak daripada kesilapan menghantar isyarat hingga menimbulkan persepsi negatif pada orang lain yang melihat,” katanya.
Tambahnya, terdapat beberapa kategori dalam analisis perlakuan iaitu riak wajah, pertuturan dan gerak badan manakala perlakuan profil (menonjolkan diri) dapat dilihat menerusi kata-kata serta gerak mata.
Pentingnya setengah saat
Perlakuan seseorang boleh dilihat menerusi riak pada bahagian mata, hidung, mulut, dahi dan hujung mata. Namun, sebelum menilai perlakuan individu itu, kita perlu tahu kebiasaan sikap dan perangai mereka.
“Riak wajah boleh dilihat dengan jelas untuk mengetahui emosi seseorang yang berada di depan kita sama ada mereka bersikap yakin, menipu atau bimbang.
“Misalnya apabila bertugas di bahagian jualan, kita boleh tahu sama ada pelanggan sedang mendengar atau bosan apabila mereka kerap memegang telinga dan hidung atau memberi tumpuan sepenuhnya.
“Jika riak wajah pelanggan atau rakan di depan kita menunjukkan tanda kebosanan, berhenti bercakap mengenai topik sama dan tukar kepada perkara lebih menarik atau disukai,” katanya.
Tambahnya, kita perlu bijak dan pantas melihat reaksi wajah seseorang yang ditemui kerana ia hanya berlaku dalam tempoh 0.5 saat. Tempoh singkat itu penting bagi kita untuk memastikan sama ada berjaya menguasai perhatian dan kepercayaan mereka atau sebaliknya.
Selain itu, kita harus lebih berhati-hati jika orang yang sedang mendengar bicara menggosok belakang badan atau menunjukkan muka marah kerana mungkin ada fakta dan perkataan yang silap dituturkan pada mereka.
Bukan itu saja, mengenali riak wajah juga boleh digunakan untuk melihat reaksi majikan terutama ketika mesyuarat misalnya mengenal pasti sama ada majikan berminat dengan idea dicadangkan atau sebaliknya.
Mata
Jika kebiasaan seseorang itu gemar bercakap dengan melihat terus pada mata pendengar, itu tidak menjadi masalah. Namun, kita boleh lihat perbezaan sama ada dia bercakap benar atau tidak jika perangainya tampak berbeza seperti tidak tentu arah dan mata melilau ke arah lain.
Hidung
Kita boleh mengetahui pendengar bosan atau suka mendengar percakapan apabila mereka membuat reaksi yang menjengkelkan seperti menyengetkan hidung sebagai tanda menyampah atau meluat.
Selain itu, perlakuan yang jarang dilakukan seperti menggosok hidung turut memberi makna si pendengar atau yang bercakap berasa bimbang atau sedang menipu.
Mulut
Apabila bercakap dengan orang yang lebih berpengalaman daripada kita, cuba gunakan perkataan yang baik bagi mengelakkan mereka berasa seperti tidak dihormati.
Jika kita lihat ada antara rakan yang menyengetkan sedikit mulut mereka, pasti ada sesuatu yang tidak menyenangkan hati sama ada menerusi perkataan diucapkan atau menganggap kita sedang merendah-rendahkan diri mereka.
Untuk mengambil hati mereka kembali, cuba babitkan individu berkenaan dalam perbincangan seperti meminta pandangan jika dia memiliki idea bernas.
Dahi
Keikhlasan seseorang mungkin dapat dilihat menerusi dahinya. Caranya dengan melihat bahagian dahi seperti ketika senyum. Keikhlasan mereka dapat dilihat ketika melontarkan senyuman tanpa menimbulkan garis halus di dahi. Berbanding mereka yang senyum sekadar mahu mengambil hati, kerutan di dahi tampak sangat jelas.
Hujung mata
Apabila kita terkejut, kedua-dua mata akan memberi reaksi seiring dengan dahi seperti mata membulat dan dahi ternaik. Berbanding mereka yang takut, hanya mata saja yang menunjukkan reaksi seolah-olah terkejut.
Pertuturan
Cara pertuturan bukan saja dapat mengungkap sikap seseorang, malah ia juga dapat memberi tahu kita mungkin ada sesuatu perkara yang cuba disembunyikan.
Misalnya, mereka yang berbohong akan mengulangi perkataan sama atau persoalan yang diajukan kepada mereka ketika memberi jawapan berbanding kebiasaannya yang lancar menjawab setiap pertanyaan tanpa berselindung.
“Selain itu, ada juga yang cuba mahu menutup kesalahan dengan tidak membabitkan diri dalam penceritaan misalnya menjadi orang ketiga yang terbabit dalam kemalangan.
“Biasanya, mereka akan menceritakan mengenai keseluruhan situasi kemalangan tanpa membabitkan diri dalam kisah yang dikongsi bersama orang lain bagi menutup kesalahan,” katanya.
Tambahnya, ada juga yang mahu menutup kesalahan dengan hanya menceritakan kisah positif yang berlaku berbanding kesan negatif hasil daripada kesalahan.
Bukan itu saja, malah menerusi pertuturan kita boleh melihat perbezaan perlakuan seseorang sama ada mereka menjawab soalan diajukan dengan betul atau sebaliknya.
Gerak badan
Selain penampilan kemas, imej keyakinan diri seseorang itu juga dapat dilihat ketika mereka berdiri atau duduk. Berdiri tegak dengan kaki terbuka sedikit dan tangan tidak dimasukkan ke dalam poket menunjukkan ciri-ciri keyakinan seseorang.
Duduk dengan betul seperti badan tegak dan tangan di atas meja sambil digenggam juga boleh menonjolkan keyakinan diri. Jika suka melakukan gerak badan yang menonjolkan keadaan diri yang tidak yakin, ia boleh diubah dengan mengamalkan cara betul bagi mengelakkan persepsi negatif daripada majikan terutama ketika menghadiri sesi temu duga.
“Ketika menghadiri temu duga, cuba duduk tegak, menyengetkan sedikit kerusi dan duduk dengan posisi badan menegak sambil muka memandang tepat ke depan atau ke arah penemu duga.
“Posisi badan tegak dan memandang ke arah penemu duga menunjukkan tanda hormat dan seolah-olah memberitahu majikan kita boleh menerima sebarang arahan diberikan dengan baik.
“Sebaiknya, tangan di atas meja dan bukan di bawah kerana ia menunjukkan kita seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu perkara benar mengenai diri sendiri,” katanya.
Elak daripada bersandar sepenuhnya di kerusi dengan kaki bersilang ke belakang ketika duduk. Ia menunjukkan kita dalam keadaan gemuruh atau tidak mempunyai keyakinan tinggi.
Selain mempersiapkan diri dengan posisi yakin, kita juga dapat melihat sama ada majikan berminat dengan kita atau tidak menerusi reaksi penemu duga yang meletakkan tangan di muka bagi menunjukkan mereka memberi sepenuh perhatian ketika kita memperkenalkan diri.
Selain itu, sesi temu duga juga akan berlangsung dalam tempoh lebih panjang berbanding orang lain kerana majikan berminat dengan potensi yang ada dalam diri kita.
Bukan hanya untuk sesi temu duga, bahasa gerak badan boleh menentukan betapa seriusnya hubungan dengan pasangan yang baru dikenali.
Perlakuan profil
Analisa perlakuan profil yang bertujuan menonjolkan kehebatan diri boleh diperbaiki menerusi ayat dan gerak mata untuk menarik minat orang lain ketika menyampaikan sesuatu penceritaan atau produk dengan cara yang lebih difahami serta berkesan.
Terdapat beberapa cara memahami pendengar menerusi cara mereka melihat tatkala mendengar. Antaranya:
- Visual
Mereka yang lebih gemar melihat ke atas adalah orang yang sukakan teknik visual. Mereka lebih suka jika kita menggunakan cara visual seperti menunjukkan carta bagi menarik perhatian dan minat mereka mendengar.
- Audio
Mata mendatar ke kiri atau ke kanan. Mereka lebih suka jika kita menggunakan audio dalam bentuk bunyian seperti video dan lagu ketika menyampaikan sebarang maklumat.
- Kaedah kinestatik
Individu ini suka menggerakkan mata ke kanan bawah yang bermaksud mereka lebih selesa jika diterangkan menggunakan contoh barang atau perlu merasa terlebih dulu produk diterangkan sebelum bersetuju untuk mendengar dan membeli.
- Audio digital
Ketika mendengar atau bercerita, individu ini suka menggerakkan mata mereka ke kiri bawah yang menunjukkan mereka menyukai fakta. Justeru, kita perlu bijak mencari maklumat dan fakta bagi menguatkan kepercayaannya terhadap perkara yang dibincangkan.
Tambahnya, sesiapa saja yang bekerja atau perlu berkomunikasi dengan orang lain harus mempunyai ilmu mengenai perlakuan manusia bagi memudahkan diri melakukan sebarang bentuk urusan.
Tidak kira apa sekalipun kerjaya, ilmu mengenai analisis perlakuan sangat penting bagi mengelakkan diri berisiko ditipu atau tiada sefahaman dengan orang lain.
Monday, January 13, 2014
Sekadar Perkongsian
Tanpa kita sedari facebook berjaya meninggalkn kesan negatif dlm diri kita kian hari..
Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan..nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu..kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur..betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain..
Tapi kini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi..
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..
Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..
Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu..
Jadikan fb medan perkongsian ilmu..
Jadikan fb medan tazkirah..
Jadikan fb medan maklumat..
Jadikan fb medan yang boleh memajukan ummah..
Kalendar Malaysia 2014
Kalendar Kuda 2014 Download - Malaysian Calendar 2014
Ni Kalendar Malaysia yang CM jumpa kat internet. Jadi boleh la kalau anda nak print nanti. kalau nak dapat kalendar free kat kedai kena beli barang dulukan. :). Yang ni x payah beli barang dah. Boleh download dalam format pdf atau png jugak. link dia kat bawah sekali. Selamat merancang cuti la yer.
Anda boleh download dan cetak Kalendar Kuda 2014 secara percuma di sini. Sila tekan link download di bawah. Terima kasih~ :)
Kalendar Kuda 2014 (.pdf) (Google Drive)
Mirror (Skydrive)
Mirror 2 (Eatz.Me)
atau download kalendar tersebut dalam bentuk gambar berformat .png di album picasa ini:
Kalendar Kuda 2014 (.png format)
p/s: Sebarang perubahan, kesilapan dan kerugian disebabkan penggunaan kalendar ini adalah diluar tanggungan kami.
credit : fadzioriqmedia