Ok sebelum tido CM nak kongsikan satu cerita ni. Ada sorang kawan CM ni semua orang sayang kat dia. CM pernah tanya dia macam mana semua orang sayang kat dia ni? Apa rahsianya? Walaupun dia bagi jawapan yang dia tak tahu sebab apa tapi CM tetap x puas hati jugak macam mana semua orang sayang kat dia. :) Jadi CM godek2 kat internet terjumpa la cara2 nak suruh kawan2 suka dengan kita. Sangat bagus untuk kita praktikkan dalam diri kita supaya disenangi dan disayangi oleh semua orang. .ooo baru tahu rahsianya... :)
Adalah penting untuk mempunyai ramai kenalan kerana ia boleh membantu melancarkan perjalanan karier anda. Anda akan mudah mendapatkan kerjasama yang diperlukan dalam apa jua hal. Ini secara tidak langsung bukan sahaja memudahkan kerja anda tetapi juga menghasilkan banyak peluang untuk anda mempertingkatkan diri dalam kerjaya.
Apakah petua untuk rakan-rakan menyukai kita..?
1. Jangan sombong. Baik dari segi pergerakan badan, pandangan mata ataupun pertuturan. Anda tidak akan rugi apa-apa jika bersikap rendah diri.
2. Tunjukkan keikhlasan anda. Anda perlu ingat bahawa semua orang ingin dihargai dan merasa diperlukan. Jangan senyum atau menegur orang hanya ketika anda tidak mempunyai kawan. Setelah mendapat kawan, janganlah pula lupa bertegur sapa dengan orang lain.
3. Percaya akan diri sendiri. Kebanyakan orang senang bergaul dan berkawan dengan mereka yang mempunyai rasa percaya terhadap diri sendiri.
4. Mempunyai perdirian teguh. Secara umumnya, ramai orang lebih menghargai mereka yang berani mengutarakan pendapat. Namun demikian, anda perlu pandai membawa diri, jangan berani secara membuta tuli.
5. Bersikap terbuka. Walaupun mempunyai pendapat sendiri, anda mestilah mendengar pendapat orang lain juga. Sebelum menegur kesilapan orang lain, selidik dahulu keperibadiannya. Dia mungkin adalah seorang yang tidak dapat menerima teguran.
6. Meminta pendapat atau buah fikiran adalah lebih baik daripada meminta bantuan terus. Cara begini akan lebih menimbulkan rasa simpati dan keinginan orang lain untuk membantu anda. Jangan suka memotong percakapan orang lain kecuali betul-betul tidak mempunyai pilihan lain. Pastikan anda melakukannya secara halus dan berdiplomasi.
7. Berikan imej yang baik. Jangan bercakap terlalu lama supaya orang lain juga berpeluang untuk bersuara. Ketika anda berada di kalangan ramai, berusahalah agar kehadiran anda dirasai oleh mereka.
8. Jangan sesekali meminta pertolongan orang lain terutamanya pertolongan yang melibatkan hal peribadi sebelum benar-benar mengenali mereka. Ini adalah kerana sesetengah orang kurang senang dengan orang yang gemar meminta pertolongan.
9. Jaga cara berkomunikasi anda terutamanya dengan mereka yang sering memberi informasi yang berguna. Gunakanlah bahasa yang bersesuaian dan nada yang terkawal. Balaslah panggilan telefon orang lain dengan sopan. Cara ini akan membuatkan mereka rasa senang hati untuk menjawab panggilan anda pada masa depan.
Oleh hal yang demikian, mulai sekarang, anda perlulah berkenalan dengan seramai orang yang mungkin. Mendapatkan kenalan baru ataupun mengekalkan perhubungan tersebut. Namun bukan semua orang mudah mendapatkan kenalan baru ataupun mengekalkan perhubungan tersebut.
10. Hubungi kenalan anda secara rutin. Bukannya apa, sekadar bertanya khabar atau say hello. Ini penting agar mereka tidak melupakan anda. Sentiasa menjaga perhubungan dengan menghantar kad perayaan atau tahun baru.
11. Sentiasa menjaga penampilan anda. Ini adalah kerana sesetengah orang suka menilai orang dari segi luaran. Tetapi jangan anda turut berbuat sedemikian ketika berurusan dengan pelanggan. Anda juga perlu mengenakan pakaian mengikut situasi agar dapat diterima dalam apa jua keadaan dan golongan orang.
12. Mempunyai cita-cita dan selalu bergerak aktif. Orang yang mempunyai matlamat dan giat berusaha memang sentiasa disenangi. Jangan menunggu sesuatu untuk berlaku sebaliknya berusalah agar sesuatu itu terjadi.
13. Berikan penghargaan kepada mereka yang telah menghulurkan bantuan walaupun bantuan itu kecil. Setakat mengucapkan terima kasih sudah memadai bagi menjaga perhubungan.
14. Elakkan diri daripada bergosip. Jika anda tidak dapat mengelakkan, adalah lebih baik bagi anda menjadi pendengar saja dan bukannya penyebar. Orang yang suka bergosip tentang orang lain akan dipandang serong.
15. Walaupun anda tidak suka bersosial, namun apa salahnya anda sesekali memenuhi undangan. Jangan sampai anda dicap sebagai anti sosial.
16. Jangan cepat rasa bangga diri apabila dipuji. Ini adalah kerana kadang-kadang pujian itu tidak ikhlas dan hanya untuk mengambil hati.
17. Jangan cepat melenting apabila dikritik. Sentiasalah berfikiran positif & Sentiasa berfikiran matang. Jangan senang putus asa, sebaliknya selalu tampil optimis.
18. Banyak membaca terutamanya surat khabar. Selain sebagai pengetahuan am, ia juga membantu anda memahami topik perbualan orang lain sekali gus mendorong orang lebih menghormati anda.
Semoga dengan perkongsian diatas banyak membantu dalam usaha anda mencari kawan. "A friend in need is a friend indeed". Jadilah seorang kawan yang sentiasa ada bukan sahaja ketika senang, malah ketika kita diperlukan =) Sekian..
13 Komen:
Terima kasih. Entri ini sangat membantu
thanks
Ooo ini nasihat positif sume orang dah tahu
Oo ni nasihat positif...ni dh biasa dh
Tips yg positif...👍
trima kasih entry yang sangat membantu
Thanks alot..
Aku ni kat tmpt kerja memang anti sosial kaw kaw punya..saya lebih suka tak rapat dengan satu kelompok dlm management tu..lepas tu saya lebih suka berkawan rapat dgn org luar hahahaha..sampai aku kena anti dohh
Saya tak sombong pon tapi kenapa orang sombong dengan saya :'(
Okay tq,ia amat membantu. Ayat yang menarik dan mudah difahami. Syabas👍
😄😄😄
Wow,ayat yang baik dan mudah difahami untuk dibaca.😊
Tq... Sy suka
Post a Comment