Thursday, January 31, 2013

Iran hantar monyet ke orbit

30 Januari 2013
Iran hantar monyet
Rakaman monyet yang selamat kembali ke bumi ini mendapat liputan meluas media di Iran. Foto: Mashregnews.ir
TEHERAN - Iran, berjaya menghantar seekor monyet ke orbit yang dilihat sebagai membuka jalan baru untuk negara itu melakukan penjelajahan ke angkasa lepas, menurut Menteri Pertahanan, kelmarin.

Ahmad Vahidi berkata, haiwan itu berjaya kembali dalam keadaan selamat selepas melalui perjalanan di dalam sebuah kapsul pada altitud 120 kilometer.

"Kejayaan pada kali ini memberi peluang besar kepada pakar dan saintis untuk meneroka angkasa lepas pada masa hadapan," jelasnya lagi.

Stesen televisyen tempatan turut menyiarkan rakaman monyet itu dipakaikan ves dan ditempatkan pada alat menyerupai tempat duduk kanak-kanak di dalam kereta.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) melihat kejayaan Teheran tersebut sebagai satu pencabulan ke atas resolusi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB).

Difahamkan, AS membuat kenyataan itu selepas mendapati teknologi tersebut mungkin juga boleh digunakan untuk melancarkan peluru berpandu balistik.

Di bawah Resolusi PBB 1929, Iran dilarang melakukan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan peluru berpandu balistik atau teknologi senjata nuklear. - AFP

Cuepacs mahu pegawai kontrak diserap segera

31 Januari 2013
 Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penjawat awam berstatus kontrak yang telah lama berkhidmat diserapkan ke jawatan tetap secepat mungkin.
Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata tidak perlu sebarang kajian dibuat terhadap masalah yang mereka hadapi kerana pekerja terbabit telah lama berkhidmat sehingga ada yang melebihi 10 tahun.
"Ini bukan lagi zaman kajian kerana isu itu telah diperjuangkan sejak sekian lama," katanya kepada pemberita selepas menghadiri bengkel bersama Kesatuan Pembantu Am Pejabat Perkhidmatan Awam Semenanjung Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Jawatankuasa Mengkaji Masalah Pegawai-pegawai Lantikan Kontrak yang ditubuhkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), mula mengadakan perbincangan dengan wakil pegawai berkaitan dalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah berkaitan dengan taraf perkhidmatan mereka.

Jawatankuasa itu akan mengemukakan pandangan dan membuat syor tertentu kepada kerajaan sekiranya ia dapat merumuskan satu jalan penyelesaian yang terbaik bagi mengatasi masalah pegawai kontrak.
Menurut Omar, nasib kira-kira 50,000 pegawai lantikan kontrak ini perlu diberi perhatian kerana mereka berhak mendapat keistimewaan sebagaimana yang dinikmati penjawat awam lain.
"Berikan mereka keceriaan, lantik mereka ke jawatan tetap kerana mereka ada tanggungjawab, ada keluarga," katanya.
Selain itu Omar berkata Cuepacs turut menerima laporan berhubung kekosongan jawatan di sesuatu jabatan, namun ia akhirnya diisi oleh 'orang luar' sama ada graduan atau calon yang mempunyai 'orang dalam', sekali gus menafikan hak pekerja berstatus kontrak.
Tegas beliau pekerja berstatus kontrak perlu diberi keutamaan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf tetap.
Sementara itu, Cuepacs katanya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diadakan satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri bagi membincangkan beberapa isu.
Antara isu yang akan dibangkitkan termasuklah gaji maksimum, imbuhan tetap perumahan, skim bagi menggantikan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menaikkan taraf gred.
Dalam pada itu Cuepacs akan mengadakan perjumpaan bersama jurufoto dan jurukamera dalam perkhidmatan awam termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan pada 5 Feb depan bagi membincangkan masalah berbangkit, katanya.
"Sebelum ini banyak janji nak naik taraf gred mereka. Tetapi sehingga ke hari ini tidak tahu (keputusannya). Akhirnya mereka berbalik kepada Cuepacs.
"Mereka memerlukan skim yang lebih baik dan diberi insentif khas kerana cabaran jurufoto, jurukamera dan juruteknik bukan seperti dahulu," kata Omar. - Bernama

Ada berita gembira buat kakitangan awam

1 Januari 2013
TPM: 'Ada berita gembira buat kakitangan awam'
Muhyiddin menghadiri Perjumpaan Khas Bersama Pemimpin Masyarakat dan Pertubuhan Bukan Kerajaan di Kota Bharu. - Foto Sinar Harian oleh Khiru Shaleh Abdullah
KOTA BHARU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menolak kemungkinan akan ada lagi beberapa berita gembira bakal diumumkan buat kira-kira 1.4 juta penjawat awam di negara ini apabila beberapa permasalahan mereka dapat diselesaikan tidak lama lagi.
  
Beliau berkata kerajaan sememangnya mengambil berat soal kebajikan penjawat awam yang telah banyak membantu membangunkan negara selama ini.
  
"Saya faham telah banyak perkara yang telah dapat diselesaikan oleh kerajaan namun masih ada beberapa perkara yang belum selesai.
  
"Tunggulah dan berdoalah agak panjang daripada biasa kerana mungkin ada berita baik akan diterima (oleh penjawat awam) tidak lama lagi," katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Bersama Penjawat Awam Persekutuan dan Negeri Kelantan di Dewan Utama, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini, hari ini.
  
Turut hadir pada majlis dihadiri lebih 3,000 penjawat awam itu ialah isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman dan Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman.
  
Muhyiddin berkata kerajaan sangat menghargai jasa dan peranan penjawat awam yang pada masa sama telah menjadi "mata dan telinga" kerajaan bagi menyelesaikan masalah rakyat keseluruhan.
  
Beliau berkata, melalui penjawat awam, kerajaan mendengar segala rintihan rakyat yang kemudiannya akan bertindak untuk membela mereka yang memerlukan pembelaan.
  
Timbalan Perdana Menteri juga menzahirkan rasa bangga dengan peranan penjawat awam yang telah berjaya merealisasikan program transformasi negara sehingga lahir sebagai sebuah negara yang dikagumi.
  
"Saya bangga dengan peranan penjawat awam ini kerana segala yang kita sasarkan itu telah menjadikan keadaan negara jauh lebih baik daripada sebelum ini," katanya.
  
Beliau juga mahukan penjawat awam di semua sektor dapat memastikan setiap peruntukan pada belanjawan yang diumumkan dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi pembangunan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata soal politik tidak akan diambil kira dalam membangunkan Kelantan kerana yang penting adalah memastikan rakyat negeri itu sama-sama menikmati pembangunan negara.
  
Pada sesi dialog selepas itu, Muhyiddin berkata kerajaan sama sekali tidak bercadang untuk mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.
  
Beliau berkata pihak tertentu tidak boleh membandingkan saiz penjawat awam di Malaysia dengan negara lain kerana keadaan itu sangat berbeza sama sekali.
  
Muhyiddin jturut menafikan negara akan muflis seperti dakwaan pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) merupakan kerajaan yang bertanggungjawab dan berkemampuan untuk membangunkan negara.
  
"Selagi kerajaan Barisan Nasional kekal memerintah, kita tidak akan menjadi negara yang bankrap kerana kita ada segala kemampuan," katanya.
  
Beliau juga berkata segala bentuk bantuan terutama Bantuan Rakyat 1Malaysia akan diteruskan pada masa hadapan jika keadaan ekonomi yang baik ketika ini dapat diteruskan lagi.  - Bernama

Monday, January 28, 2013

Pekan Mundok, Thailand destinasi Pilihan


       Kepada semua rakyat Kelantan ataupun rakyat luar Kelantan yang mahu bercuti di Kelantan. Cikgu Moka cadangkan anda luangkan masa separuh hari untuk singgah ke Pekan Mundok 15 minit dari Rantau Panjang,. Pekan Munduk ini adalah disebelah Thailand, namun anda tidak perlu risau kerana disini tidak perlu passport untuk menyeberangi Sungai Golok.

      Dengan hanya tambang perahu RM1 sehala, anda boleh ke Pekan Munduk dengan bebas. Disana bermacam barangan dijual dengan harga murah dan hampir tidak masuk akal sekiranya anda selalu membeli belah di kota Kuala Lumpur. Bantal kekabu hanya RM10 untuk 2 biji, di kota KL mungkin harga mencecah RM 40 untuk sebiji bantal. Baju blouse untuk wanita cuma RM8 di kota KL mungkin mencecah RM49 . Toto Narita cuma RM28 , di kota KL mungkin mencecah RM80 untuk sebidang toto. Jika anda minat haiwan peliharaan, disinilah tempatnya dengan pelbagai haiwan peliharaan menarik dijual seperti arnab , burung candik, dan beberap spesis eksotik contohnya anak landak.   
       Kat sini juga, vcd cetak rompak banyak dijual terutama vcd dikir barat yang dijual dengan harga serendah RM 4 sekeping, kalau beli tiga keping dapat la RM 10. Bagi yang nak merasa mee celup, pulut ayam, nasi komok, lokcing, air minuman dalam bekas pasu, madu lebah dan macam- macam lagi lah boleh la beli kat sini kerana ia banyak dijual. Pasti anda akan datang lagi kalau datang sekali.

          Jadi untuk percutian pada sesi Perayaan Tahun Baru Cina ini, anda semua dijemput untuk singgah ke Pekan Munduk untuk sebuah percutian yang yang singkat tetapi menarik. Untuk makluman, pada hari Isnin dan Jumaat digelar 'Hari Nat' oleh penduduk Thailand. Tapi pada masa sekarang, kerajaan Thailand tak mebenarkan segala aktiviti pada hari jumaat kerana kebimbangan akan serangan pihak pengganas yang meberi amaran akan memotong telinga bagi sesiapa yang berniaga atau melakukan aktiviti pada hari jumaat. Motifnya cikgu Moka sendiri pun tak tahu. Jadi hari 'Nat' di tukar pada hari sabtu. Jangan risau, belum terjadi benda-benda pelik lagi setakat ini di sana. Cikgu Moka tinggal dekat jer dengan Pekan Mundok tu, lebih kurang 5 KM sahaja dari rumah. Jadi pada hari tersebut, seakan-akan pasar pagi yang dibuka dari jam 8pagi sehingga lewat petang dengan pelbagai pilihan seperti buah-buahan yang sememangnya amat murah. Jom Shopping!!!!

Perkhidmatan Mengambil gambar dengan kos paling rendah

Cikgu Moka ni bukannya pro pun dalam hal mengambil gambar perkahwinan. tapi disebabkan minat beli la sebiji kamera DSLR Nikon D90. Banyak dah benda yang dipelajari dari mula membeli kamera hinggalah sekarang. Alhamdulillah dah semakin memahami teknik-teknik mengambil gambar ni. Jadi Kalau sesiapa yang berminat untuk mendapatkan khidmat cikgu moka, boleh la hubungi Cikgu Moka (http://cikgumoka.blogspot.com/p/hubungi-saya.html) atau emailkan suaramuda@gmail.com atau boleh we chat ID : mohdkoiry atau what's up - 017-9080175 untuk maklumat lanjut. Cikgu Moka bukan nak berniaga pun, ni tolong kerana Allah bagi pengantin yang tiada kemampuan untuk mengupah juru gambar profesional yang berharga beribu-ribu tu. Kalau berminat boleh la hubungi Cikgu Moka ok!, harga boleh bincang ikut kemampuan ok :) ... Kat bawah contoh gambar yang telah di ambil oleh Cikgu Moka.






















 



Turut Menjadi Still Photo untuk Pentas Dikir 2 di saluran RTM TVi setiap Sabtu Jam 9 mlm


Jangan Lupa Hubungi Cikgu Moka :)

Sunday, January 27, 2013

Jurugambar perkahwinan berbaloi atau tidak?


Nikon lancar D800

kamera

      Setiap pasangan pengantin pastinya mengimpikan sebuah majlis perkahwinan terbaik dalam hidup mereka untuk dikenang sepanjang hayat. Bukan sahaja dari segi persiapan mental fizikal sahaja dititikberatkan tetapi juga pelaksanaan majlis dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk pakej pelamin, gambar, ketering makanan dan sebagainya.

Berbanding dulu permintaan terhadap pakej gambar perkahwinan sekarang seakan sudah menjadi trend bagi pasangan pengantin yang mahukan kesempurnaan dalam merakam detik terindah dalam hidup mereka sehingga sanggup berbelanja melebihi kemampuan.
Tinjauan Sinar Harian di laman sosial mendapati ramai yang bersetuju pilihan untuk mengambil pakej gambar perkahwinan atau tidak bergantung kepada kemampuan pasangan pengantin itu sendiri.

Beberapa orang meluahkan pendapat lebih baik mengupah adik-beradik, saudara-mara atau kawan untuk mengambil gambar perkahwinan kerana selain dapat menjimatkan kos serta tidak kekok untuk ‘berposing’.

Menurut mereka dengan kemudahan teknologi masa kini banyak perisian tertentu boleh dimuat turun untuk mengedit gambar supaya lebih cantik serta setanding hasil dengan jurugambar profesional sekiranya kreatif.

Sementara itu, ada yang turut berkongsi pengalaman majlis perkahwinan mereka dulu sekitar tahun 2007 hanya mengambil upah gambar kahwin dengan bajet RM300 sahaja berbanding harga sekarang.

Namun ada juga sempat berkongsi kisah lucu sewaktu mengambil gambar kahwin mereka dulu tiba-tiba filem dalam kamera habis sewaktu tengah sakan ‘berposing’ terpaksa mengambil masa untuk membeli filem baru.

Pokok pangkalnya pasangan pengantin itu perlu bijak memilih pakej yang jimat, hasil berkualiti dan mampu memberi kepuasan kepada semua pihak untuk disimpan sebagai tatapan generasi akan datang.

Lihat bajet pengantin
Bagi Nurul Akma Mohd Nasir, 28, pekerja swasta berkata, dia meletakkan bajet sekitar RM800 untuk pakej gambar perkahwinan bersama pasangannya sewaktu hari bersejarah mereka nanti selepas mengikat tali pertunangan pada Disember lalu.

Menurutnya, pasangan pengantin perlu membuat tinjauan terlebih dahulu untuk memilih pakej gambar perkahwinan yang sesuai dengan kemampuan kerana ada juga pakej mahal namun kualiti gambar kurang memuaskan.

“Pada saya pengantin itu perlu pandai berjimat dengan mengurangkan kos perbelanjaan serta tidak perlu membazir sewaktu merancang hari bahagia mereka,” katanya.

Dapat hadiah gambar kahwin percuma dari rakan-rakan

Bagi Shaharol Niza Omar, 41, dia dan isterinya, Norlela Ahmad Jamil, 36, amat beruntung kerana tidak perlu mengeluarkan sebarang belanja untuk mengabadikan gambar kenangan mereka sewaktu melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun 2000.

Menurutnya, bukan sahaja rakan-rakan secara sukarela mengambil gambar mereka secara percuma tetapi juga turut menghadiahkan gambar yang siap dicuci sebagai hadiah perkahwinan kepada mereka.

“Pengurusan majlis perkahwinan dulu mudah, pelamin sendiri, jurufoto sendiri, semua bergotong-royong membuatnya tanpa perlu mengambil pakej mahal.

“Lagipun upah mengambil gambar dulu murah kerana lebih ramai menggunakan kamera kompak dengan filem berbanding sekarang lebih ramai memilih DSLR,” katanya.

Sementara itu, juru gambar bebas Ismarizal Ismail berkata, kebaikan menggunakan kamera DSLR memberikan hasil lebih menarik berbanding kamera kompak kerana nampak gambar lebih ‘hidup’ namun jika pakej yang ditawarkan sekitar RM1,500 sahaja untuk gambar tidak berbaloi.

“Tetapi kalau dalam pakej berkenaan disertakan bersama album khas, pendrive dan mini album memang berbaloi,” katanya.


Cikgu Moka : Jika sesiapa nak buat gambar out door atau gambar perkahwinan dengan kos rendah boleh la hubungi cikgu moka dengan kos hanya RM300 sahaja (pandai cakap dapat free. hehehe). Kat bawah ni contoh gambar yang di ambil semasa kawan cikgu moka kahwin, free jer ambik gambar mereka.
Perkahwinan Faiz dan Niza

15,000 buaya terlepas di Afrika

26 Januari 2013
Buaya
Buaya yang terlepas selepas kejadian banjir yang melanda wilayah utara Afrika Selatan.
CAPE TOWN - Penduduk di sebuah kampung terpaksa berkurung di rumah gara-gara ribuan buaya dipercayai berkeliaran selepas kejadian banjir melanda di wilayah utara Afrika Selatan.

Sebanyak 15,000 buaya bersaiz hingga lima meter panjang dikatakan terlepas dari Taman Buaya Rakwena selepas air sungai Limpopo melimpah ke kampung berdekatan.

Pengurus taman buaya itu, Langman berkata, empangan air di taman itu terpaksa dibuka kerana paras air ketika banjir mencecah tiga meter.

“Kami menggesa penduduk berhati-hati dengan buaya liar ini kerana kebanyakannya berada dalam kelaparan,” katanya. - AFP

Asteroid mendekati bumi pada Februari 2013

27 Januari 2013
Asteroid
Lakaran asteroid yang bakal merentasi bumi.
Sebuah asteroid dikatakan bakal mendekati bumi pada pertengahan Februari ini.

Asteroid dianggarkan bersaiz kecil itu dikenali sebagai 2012DA14 dijangka mendekati Bumi pada 15 Februari ini.

Ahli Astronomi berpendapat asteroid itu akan berada dalam orbit bulan sekitar 38,6243 kilometer (km) dan dalam orbit satelit Geosynchronous sejauh 418,429 km.

Asteroid 2012 DA14 mendekat pada jarak 35,000 km dari bumi. Perhitungan astronomi dari orbit asteroid dapat dipercayai berdasarkan rekod kejayaan puluhan tahun ketika Neil Amstrong menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan 20 Julai 1969.

Tetapi apa yang akan berlaku ketika 2012DA14 mendekati bumi? Jawapannya adalah ‘mungkin tidak terjadi apa-apa’.

Kebanyakan orang tidak akan melihat atau menyedarinya kerana kehadiran asteroid tersebut tidak mengubah pusingan pasang surut air laut, ia juga  tidak menyebabkan gunung berapi.

Ketika kehadiran asteroid itu, pakar astrologi akan mengukur jarak tepat kedudukan bintang dan bulan dengan teleskop mikro.
Andainya asteroid  itu bersaiz 46 meter dan memintas bumi, ia masih tidak boleh menghancurkan bumi, tetapi kejadian itu akan meninggalkan kesan seperti kawah di kawasan ia mendarat.

Peristiwa itu pernah terjadi pada 1908 di daerah terpencil di Rusia, di mana satu ledakan asteroid telah meratakan sebuah kawasan di situ hingga membentuk sebuah kawah dan melenyapkan pokok dan haiwan yang terdapat di situ.

Mungkin sekiranya 2012 DA14 mendarat ke bumi kejadian sama dijangka berlaku. Ahli astrologi juga mengharapkan asteroid itu mendarat di laut dan bukannya di kawasan pembangunan kerana dikhuatiri binaan akan musnah sama seperti pokok dan haiwan yang lenyap
ketika kejadian di Rusia.

Ahli astronomi di Observatorio Astronomico de La Sagra di Spanyol menemui 2012 DA14 pada awal 2012. Ia menyerupai bumi dan pusingan orbitnya juga menyamai pergerakan bumi iaitu mengelilingi matahari.

Pastinya, Asteroid 2012 DA14 akan menghampiri bumi pada 15 Februari 2013. perkara ini bakal mendapat perhatian orang ramai. - Earthsky.org

Apa itu asteroid?

Asteroid ialah planet minor atau planetoid. Ia berukuran lebih kecil daripada planet, tetapi lebih besar daripada meteoroid dan selalu berada dalam orbit planet Neptunus. Asteroid berbeza dengan komet dari struktur visualnya. Komet mempunyai 'ekor' sementara asteroid hanya berbentuk seperti ketulan batu.

Cendol Durian Borhan - Keenakan Terigau-Igau

Hari ni Cikgu Moka nak cerita pengalaman ke Sungai Besar kerana ada program GB1M atau Guru Baru 1 Malaysia. Cikgu Moka bukanlah peserta program, tapi selaku ajk program untuk pertandingan Karom. Masa tu TPM merangkap Menteri Pelajaran turun menyampaikan amanat kepada guru-guru baru. Tapi bukan itu yang Cikgu Moka nak ceritakan. Cikgu Moka nak cerita pengalaman masa balik dari program tersebut. Pengalamannya ialah makan-makan sepanjang jalan balik ke rumah...seronokkk. :)
Tengok la wartawan tu, bukan main ramai lagi dok ambil gambar TPM

Ok kita tinggal dulu cerita tentang GB1M, kita cerita bab makan pulak. Sepanjang perjalan balik ke rumah selepas habis program, Cikgu Moka tengok sepanjang jalan Kuala Selangor tu terdapat banyak 'sign board ' tertulis perkataan 'Mengtarang'. Apa itu mengtarang? Cikgu Moka pun berhentilah untuk membeli sekilo, sebab tak pernah tengok apa benda mengkarang tu kan. Rupanya mengtarang ni sejenis siput laut yang tiada di tempat lain, hanya di jual di kawasan itu sahaja.

Ni la rupa mentarang
Selepas beli mentarang, berhenti pula beli kerepek kat tepi jalan tu, banyak orang jual, jadi Cikgu Moka beli la sebagai buah tangan untuk pengasuh adieb dan adik beradik kat selayang.
.

Pelbagai jenis kerepek

Perjalanan diteruskan lagi sehinggalah ternampak sign board 'Cendol Durian Borhan' dekat Kuala Selangor tu. Kedai Cendol Durian Borhan ni senang nak jumpa sebab terletak di tepi jalan dengan sign board yang besar. Orang cakap kat sini sedap cendolnya, apa lagi terus la brek emergency pekena cendol la dulu sebelum meneruskan perjalanan balik, kalau tak lambat la pulak nak sampai sini.
 
Ni la Borhan
Sumber gambar atas  :  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

 
 Ni la Sign board kat tepi jalan Cendol Durian Borhan

 Ni kaunter pembayaran dengan kaunter ambil order, layanan memang bagus dan cepat

Ni cendol durian + Jagung yang Cikgu Moka order, rasanya memang sedap la beb :) RM 2.50 jer.. murahkan?

Ni pula cendol durian + keladi yang wife moka order

 Ni pula laksa special yang berharga RM 4.50 yang biasa RM 3.00 jer. Mee kari pun ada tapi laksa memang favorite Cikgu Moka la. Yang specialnya ialah dalam laksa ni ada ayam dan udang. Rasanya sangat lazat beb..

 
 Dah cuba ke belum? rasa nak tambah lagi la

 Pemandangan dari kereta tepi jalan

Pelanggan tak putus-putus datang menikmati Cendol Durian Borhan

Kalau anda nak rasa, jemputlah datang ke sini, (bukan iklan berbayar yer) alamat dia Batu 2, Jalan Penambang, Kuala Selangor. Siap ada cabutan bertuah lagi. Takkan sesat punya, sebab kedai ni tepi jalan jer. Ok itu saja untuk hari ini, jumpa lagi. :)


Thursday, January 24, 2013

Pokok Pisang Berbuah Di Batang

Rafi
Rafi menunjukkan buah pisang yang berbuah di batang.
KUALA NERUS – Seorang penduduk bukan sahaja terkejut melihat pokok pisang  berhadapan tingkap bilik tidurnya berbuah pada batang, sebaliknya ia merupakan satu keajaiban dan pertama kali dilihatnya.

Rafi Shaffie, 27, berkata, dia sama sekali tidak menduga ada antara pokok pisang yang ditanam ibu bapanya di kawasan sekeliling rumah di sini, berbuah di batang.

“Saya mula perasaan dengan pisang yang tumbuh di batang kira-kira seminggu yang lalu dan sejak  itu, kawasan rumah saya menjadi tumpuan orang kampung untuk melihat sendiri keajaiban alam ini .

“Meskipun kejadian pokok pisang pelik sering ditemui di Rafi menunjukkan buah pisang yang berbuah di batang. tempat lain, namun penemuan sebegini adalah yang pertama kali di kampung saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pokok pisang yang berbuah pada batang itu juga tumbuh rendah jika dibandingkan dengan pohon yang ditanam dalam masa yang sama.

“Setakat ini, saya tidak bercadang untuk berbuat apa-apa dan ingin menunggu sehingga pisang itu masak dan melihat sama ada isinya sama atau tidak dengan pisang lain yang ditanam ibu bapa saya,” katanya.

Katanya lagi, sewaktu awal penemuan pokok pisang pelik itu, rumahnya kerap kali dikunjungi jiran untuk melihat pokok pisang yang menjadi bualan ramai itu.

Restoran Wahida Terbaik

Bulan Pertama tahun 2013, Cikgu Moka bawa keluarga keluar makan kat luar. Bukan selalu pun, sebulan sekali jer belanja, yang hari lain isteri yang belanja tapi duit Cikgu Moka hehehehe. Masa nak keluar, hujan turun dengan lebatnya beserta guruh sekali. Disebabkan dah janji nak keluar makan keluar jugak, kalau tak merajuk la mak datin tu yang bersiap dari awal lagi.. :) Pusing la cari kedai makan sekitar bandar Klang ni, tengok kedai tu tengok kedai ni semua dah try. Perancangannya nak pergi kedai yang popular kat Padang Jawa tu, tapi ubah fikiran nak pergi kedai Papa Tomyam dekat Jalan Kapar tu. Tapi Mak Datin dengan yakinnya cakap kedai Papa Tomyam Makanan Laut tu dekat jalan Meru. (sebelum tu dia tak tahu pun apa nama kedai tu). Pergilah cari, yang ada kawasan perumahan la kawasan tu kan jalan nak pergi Giant dan Tesco tula...adoiii, dengan muka tak bersalah dia cakap pergi la cari kedai lain...Huhh! dah la lapar time tu..Tapi Takpe, perjalanan di teruskan cari jalan short cut menuju ke jalan Kapar. Jalan misteri sungguh, sebab jalan tu jalan menuju ke kilang. Last-last keluar jugak jalan Kapar. Perjalanan di teruskan lagi ke Pelabuhan Klang. Sambil bawa kereta tu, sambil tengok kedai yang pernah makan antaranya Yok Mampir, lepas tu terfikir best jugak pergi Restoran Wahida. Kedai ni merupakan Restoran pertama isteri Cikgu Moka makan semasa pertama kali di postingkan disini tahun 2010 yang telah dibelanjakan oleh Abe Yie Arjunasukma (Orang kuat dikir barat tu la). Kiranya mengambit kenangan dia la jugak.
       Sememangnya makanan disini semuanya SEDAP dan MURAH. Diulangi sekali lagi SEDAP dan MURAH. Memang berbaloi kalau nak datang makan kat sini bersama keluarga kerana anda pasti akan tersenyum kepuasan.
                    Ni la menu yang di pesan oleh kami sekeluarga, air lupa nak ambil gambar lak

Masa nak makan, bukan main susah lagi, apa ke tidaknya, adib sorang ni tak reti nak duduk diam, sekejap sana, sekejap sini. Memang tak boleh nak menikmati sangatlah.
                                Ni la Adieb, gambar ni takde kena mengena tempat makan yer

                                                     Kerabu Sotong Memang Terbaik

      Udang Celup Tepung Seekor Telah Dimakan oleh Adieb

                                           Tomyam Campur, Memang Sedap Pebret Cikgu Moka

                               Ketam Masak Pedas, Tak Payah Cakap Gi Rasa Sendiri lah...Terbaikkkkk

Air tembikai dengan air epal lupa nak ambil gambar lak, memang sedap air dia wa cakap lu... Sebelum hidangan ni sampai otak-otak dah sebakul dah kami bedal. Tunggu pun tak lama, tak sampai setengah jam pun walaupun orang kat kedai tu ramai. Kalau nak rasa pergilah kat kedai Wahida tu di Jalan Rantau Panjang nak menuju Pelabuhan Klang Utara, tepi jalan jer, senang nak jumpa. Ok itu saja dari cikgu Moka, Jumpa lagi tempat lain yer...