Tuesday, January 22, 2013

Cara Pengeluaran KWSP untuk Bayaran PTPTN

 
*Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman PTPTN adalah seperti berikut : *

a. Permohonan Pengeluaran Oleh Ahli - Bagi pengajian ijazah dan diploma, perjanjian pinjaman adalah dari 2 Januari 2001 ke atas.

b. Permohonan Pengeluaran Oleh Ibu/Bapa peminjam:

i. Bagi ijazah, perjanjian pinjaman adalah dari April 2000 ke atas.

ii. Bagi diploma, perjanjian pinjaman adalah dari 17 Januari 2006 ke atas.

*Nota: Syarat ini ditentukan oleh KWSP. Mohon agar pihak Tuan/Puan dapat berurusan dengan KWSP di talian: 03 - 8922 6000 jika menghadapi sebarang masalah.*

*Kaedah memohon Pengeluaran KWSP*



1. Peminjam perlu tulis surat rasmi/ mengisi borang boleh diperolehi di website ptptn di www.ptptn.gov.my >Laman web rasmi > Borang > selanjutnya>  Borang Pengesahan Baki Pinjaman (samada individu atau wakil peminjam).

Dan hantar kepada PTPTN (u.p. Unit Lejar Pinjaman) talian faks 03-20934623.



2. Dalam tempoh 7 hari bekerja (kecuali peminjam yang telah dikenakan tindakan undang2/saman), PTPTN akan mengeluarkan surat pengesahan baki pinjaman untuk pelajar kemukakan kepada KWSP bersama-sama borang KWSP 9H (AHL).



3. Peminjam perlu mengisi dan mengemukakan borang KWSP 9H (AJL) ke pejabat KWSP dengan menyertakan dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan oleh KWSP. Bagi yang berkaitan dengan pinjaman PTPTN, pelajar perlu menyertakan surat pengesahan daripada PTPTN dan salinan dokumen perjanjian pinjaman pendidikan PTPTN.



4. Lain-lain syarat dan perkara perlulah dirujuk terus kepada KWSP kerana mereka mempunyai peraturan tersendiri mengenai pengeluaran ini.


0 Komen: