Sukan tahunan SK Kampung Jawa 2
telah melabuh tirai dengan jayanya pada hari isnin 8 Julai 2013. Cikgu Moka
ingin kongsikan gambar yang sempat di ambil sebagai kenangan hari mendatang. Bermula
dari latihan hinggalah hari kejohanan, banyak pengalaman manis dan suka-duka
warga SKKJ 2 bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan pasukan rumah
masing-masing. Dengan semangat kerjasama yang padu diantara para guru, sukan
tahunan SKKJ 2 telah berjalan lancar dengan meriah sekali. Sukan tahunan SKKJ 2
telah berlangsung di Stadium Padang Sultan Sulaiman, Klang yang telah
dirasmikan oleh En. Badrul Hisham Bin Mokhtar (Penolong Pegawai PPD Daerah
Klang).Di bawah ini, beberapa gambar yang sempat di ambil sebagai kenangan nanti.
Cikgu Azuan,
merupakan penyelaras atau urusetia sepanjang latihan berlangsung
Cikgu Afni, guru penasihat
rumah Jaguh (kuning) sama dengan Cikgu Moka. Kalau nak tahu, cikgu Afni
ni dalam mood
mengandung, tapi semangatnya, memang cikgu Moka Tabik springlah. Kuda
Kepang hasil buatan suami beliau yang turut meberi sokongan kepada rumah
Jaguh.
Cikgu Zaihan, guru
penasihat rumah merah. Tengok la gaya beliau, bersemangat betul untuk memastikan
pasukannya menang, macam gaya penari Sumazau pulak, jangan marah yer Kak Ann.
Ni pulak Ustazah
Rozalina, penasihat rumah biru. Ustazah yang paling sporting habis kat SKKJ2.
Mana tak sporting, hari-hari bawak makanan kat sekolah bagi makan kat
cikgu-cikgu petang. Terima kasih yer kak Roza.Semoga dimurahkan lagi rezeki
Cikgu Afif bersama Cikgu Suhaila (Tokei Keropok Lekor) sedang menyaksikan latihan lompat jauh
Ini pulak cikgu
Azurah. Penasihat rumah Jaguh atau kuning jugak sama dengan cikgu Moka.
Cikgu yang paling
bergaya kat SKKj2
. Cikgu Azurah di panggil cikgu Gwiyomi di kalangan cikgu petang,
sebabnya suka
buat gaya gwiyomi. Masa Cikgu Moka mula posting kat SKKJ2, cikgu Azurah
la yang
bagi tempat duduk dia kat cikgu Moka. Cikgu Azurah ni cikgu pemulihan
kat SKKJ2. Rasa terharu masa tu kerana dapat tempat duduk, sampai
sekarang
cikgu moka ingat jasa baik beliau dan sampai bila-bila pun akan ingat.
Kalau
dia tak bagi tempat duduknya, jawabnya merempat kat meja belakang sekali
tanpa
kerusi dan kipas.…
Terima kasih yer cikgu Azurah. Semoga dimurahkan rezeki berlipat kali
ganda.
Ini pulak cikgu Akma.
Bukan baju biru tu, tapi baju hijau kat belakang tuh. Guru rumah hijau yang
bersemangat kental. Cikgu Akma ni baik dan pemalu orangnya. Teringat masa
mula-mula posting kat SKKJ2, pertama kali bercakap denganya bertanyakan jadual
waktu. Lepas itu, x bercakap dah. Tetapi sekarang ni terlebih cakap pulak Cikgu
Moka dengannya.
Ini Cikgu Syamsuri. Cikgu paling otai kat SKKJ2. Nampak jer pendiam,
tapi ada 'isi'. Yang bestnya cikgu Syamsuri ni, dia peminat rock kapak.
Kalau dalam bilik guru, selalu jer dengar dia menyanyi lagu-lagu 80-90
an. Memang mantap ah...beliau juga suka pergi karaoke bersama geng-geng
cikgu lelaki lain iaitu, cikgu Saipol, Cikgu Aziz, Cikgu Rustam dan
Cikgu Nasrul. Setakat ni cikgu Moka belum join lagi pergi Karaoke... :)
sorry.
Yang ini pula, Cikgu Aziz atau GTO. Apa benda GTO tu entahlah, nama
pena dalam What's Up. Cikgu ni memang peramah dan mesra. Ikut la siapa
pun dia jumpa walau tak kenal, macam dah setahun kenal kalau bersembang
dengan beliau. Jangan marah yer GTO, Golden Sand tetap dihati :). Cikgu
Aziz bertugas sebagai Penyelia Peserta pada Kejohanan Sukan Tahunan
SKKJ2.
Ini pula Cikgu Saipol, penyelia petang SKKJ2. Cikgu Saipol ni
merupakan cikgu disiplin SKKJ2. Budak-budak semua takut bila dengar saja
nama cikgu Saipol. Tetapi orangnya baik, kalau budak tak buat nakal,
dia tak akan marah. Cikgu Saipol berperanan sebagai penyelia peserta
pada kejohanan Sukan Tahunan SKKJ2 2013.
Gambar belakang ni pula, Cikgu Rustam dan Cikgu Azuan sedang
mengukur jarak lontaran yang di lontar oleh peserta lontar peluru. Cikgu
Rustam ni orang Nogori Sombilan, yang pendiam orangnya tetapi dengan
geng lelaki memang rock ahhh.
Sebelah cikgu Aziz tu ialah cikgu Mat Noor. cikgu Mat Noor ni cikgu
yang paling ceria dan mementingkan barangan branded kalau memakai.
Tengok la cermin mata yang beliau pakai tu, harga lebih kurang rm600
jenama oakley. original tu. Yang cikgu Aziz, cikgu Moka tidak tahu ori
ke tak :). Cikgu mat Noor juga merupakan guru penasihat rumah kuning.
Dua
orang ni pulak, cikgu nazri (kiri) dan Cikgu Nasrul (kanan). Cikgu
Nazri pakar dalam bab muzik, dan urutan tradisional manakala cikgu
Nasrul pakar dalam bab kereta, kamera, dan matematik. hebat tu dua orang
ni. Mereka merupakan guru sesi pagi yang sporting habis. Cikgu Nazri
bertugas sebagai pengacara majlis manakal cikgu Nasrul sebagai kameraman
pada hari kejohanan tersebut. Tetapi pada hari tersebut, anaknya telah
di masukkan ke wad di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Semoga anak
beliau cepat sembuh.
Ada beberapa orang lagi yang cikgu moka belum cerita, lain kali kita cerita lagi.
Kuda Kepang Maskot Rumah Jaguh
Gaya Cikgu Azurah sedang memberi tunjuk ajar kepada peserta perbarisan
Rancak bersembang diantara ustazah Rozalina dan Ustazah Salmah. Antara geng ustazah yang sporting di SKKJ2.
Cikgu Noraini dan Cikgu Syu
Cikgu Baizura bersama peserta tarik tali rumah hijau yang akan
berentap untuk pusingan akhir lawan pasukan rumah kuning. Keputusannya,
rumah kuning yang menang. :)
Kak Kiah, Kerani SKKJ2 yang sporting
Cikgu Muhan, Orang yang berperanan penting dalam memastikan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar
Cikgu lelaki yang mengambil bahagian dalam acara ibu bapa dan guru
Ustazah Rozalina bersama dengan Cikgu Nadiah, guru yang baru masuk kat SKKJ2
Ustaz Haris, orang lama SKKJ2. Pakar dalam bidang percetakan baju, mug, welding dan pemborong barangan China.
Comelkan pembawa nama rumah Jaguh
PK Ko-Ko, Pen. Pegawai PPD, dan Guru Besar
Murid-murid sedang menarikan tarian kuda kepang
Rumah Satria (Biru) dengan tema wau bulan, juara acara perbarisan
Maskot Kerbau sempena tema Minangkabau
Rumah Wira (Merah) sedang menarikan tarian piring
Ustazah Rozalina dan Cikgu Aziz berposing habis sambil di kacau oleh Cikgu Azurah
Cikgu Saipol sedang menyelia peserta untuk acara lari 4 x 200 Meter
Cikgu Wan, Cikgu Su dan Ustazah Zuraiza. Kenapa tu Ustazah Zuraiza?
Cikgu Rohana bertugas sebagai hakim penamat
Peserta sedang berlari menuju ke garisan penamat
Pengacara majlis pada hari kejohanan sukan
Ustaz Hayat selaku ketua rumah sukan Jaguh
Sokongan daripada para ibu bapa untuk anak-anak mereka
Guru-guru yang bertugas sebagai hakim penamat
Peserta tarik tali rumah kuning yang di bimbing oleh Cikgu Guna
Cikgu Shahida, guru ganti yang setia di SKKJ2
Kaum ibu yang mengambil tempat untuk acara ibu bapa dan guru
Larian daripada para guru dan ibu bapa
Guru Besar SKKJ2, En. Norazmi menkalungkan pingat kepada pemenang
Peserta dari pasukan rumah hijau dan biru
Peserta sedang menunggu upacara pengumuman juara keseluruhan rumah sukan menjadi johan keseluruhan
Cikgu Afif bertugas sebagai Jurukamera dan Dokumentasi
Rumah Jaguh Menjadi Johan Keseluruhan Pertandingan Sukan Tahunan 2013
Inilah Stadium Padang Sultan Sulaiman
Secara keseluruhannya, latihan dan pertandingan sukan pada tahun ini
telah mencapai objektif dan berlangsung dengan jayanya. Kerjasama dan
komitmen yang ditunjukkan oleh para guru dan murid telah menyebabkan
kejohanan ini berlangsung dengan meriah sekali. Selain itu juga, masa
yang digunakan untuk membuat latihan sukan dapat mengeratkan lagi
hubungan di antara para guru. Semoga kita jumpa lagi pada tahun depan
dengan lebih meriah lagi.