Irama dikir barat bertemakan Aman Palestin dan
Lahad Datu berkumandang di Universiti Malaya (UM) sempena dengan Konsert Suara
Dikir 2012 atau lebih dikenali sebagai NADI’14 anjuran Persatuan Mahasiswa
Kelantan Universiti Malaya (PMKUM) yang berlangsung baru-baru ini. Lagu “Warisan Bangsa” dan “Palestin Diihatiku” menjadi pilihan kumpulan pendikir Red Warriors sebagai menghargai perjuangan perwira negara di Lahad Datu dan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap saudara sesama Islam di Palestin. Manakala pendikir Akademi Arjunasukma mempersembahkan lagu bertajuk “Tinggallah Kasih” dan “Air mata Palestin”. Pendikir Jahar Seruling Emas selaku Tok Jogho kumpulan Akademi Arjunasukma berjaya memukau hadirin dengan persembahan hebat walaupun beliau seorang Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami masalah cacat penglihatan. Turut membuat persembahan pada malam tersebut adalah Din Deewana daripada Dikir Warriors dan tiga orang tukang karut yang tersohor di kalangan pendikir iaitu, Suranelaya, Sinar Kencana dan Sunan Malaya. Menurut Pengarah Projek, Muhammad Nor Akraminuddin Mohd Razihan, NADI’13 pada tahun ini berjaya menarik lebih ramai penonton berbanding pada tahun lepas. “Selain warga UM, dikir barat ini juga turut dihadiri oleh wakil anak kelantan dari beberapa universiti lain seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan anak Kelantan di perantauan,” tambah beliau. NADI’13 merupakan projek tahunan PMKUM yang bertujuan memelihara dan menyemarak irama dikir barat yang merupakan salah satu kesenian tradisi pantai timur yang diwarisi sejak turun temurun dan telah menjadi ikon kesenian di negeri Kelantan khususnya. Persembahan dikir barat pada malam itu turut diselangi dengan acara cabutan bertuah dan diakhiri dengan persembahan lagu yang tersohor di kalangan rakyat kelantan iaitu “Wau Bulan”. Persembahan dari pendikir Akademi Arjunasukma dan Dikir Warrior Majlis turut diselangi dengan acara cabutan bertuah Antara barisan pendikir lain yang turut membuat persembahan | ||
sumber : website um |
0 Komen:
Post a Comment