Saturday, July 27, 2013

Lelaki guna kain cadar untuk lamar kekasih



IMEJ menunjukkan ayat lamaran yang dibuat Smith di atas sebuah padang dekat ladang milik teman wanitanya di Tennessee.



MEMPHIS - Seorang pemuda di Tennessee, Amerika Syarikat melakukan kejutan dengan melamar teman wanitanya menggunakan 42 helai kain cadar, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Dia menggunakan kain cadar tersebut untuk membentuk tulisan 'Sudikah awak mengahwini saya?'.
Pemuda itu, Clifton Smith, 25, dari Clarksville menggunakan cadar untuk membentuk huruf sepanjang 4.5 meter.
Ayat lamaran itu diletakkan di sebuah padang dekat ladang milik keluarga teman wanitanya di sini.
"Saya berbincang dengan ibu bapa saya sebulan lalu dan memikirkan beberapa idea aneh.
"Salah satu daripadanya ialah melihat sesuatu dari udara dengan menaiki sebuah pesawat. Saya sebenarnya berfikir mahu menulisnya dengan cat tetapi saya mahukan sesuatu yang unik," kata Smith kepada laman web GoodMorningAmerica.com.
Menurutnya, dia mendapat idea menggunakan cadar katil dari sebuah kedai jimat.
Teman wanita Smith, Rachel Weakley, 25, tidak menyangka melihat lamaran tersebut apabila menemani teman lelakinya menaiki pesawat untuk meninjau kawasan tersebut.
Wanita itu terharu dan menerima lamaran Smith.
Mereka merancang untuk berkahwin pada Mac tahun depan. - Agensi

0 Komen: