Thursday, December 26, 2013

Pelupa

Ni la penyakit CM sekarang ni. Kata kat orang pelupa tapi diri sendiri rupanya pelupa jugak. Hahaha.. banyak makan semut kot.. ceritanya macam ni, ada kawan mintak suruh bawak cd ke sekolah, tapi seminggu dah lupa nak bawak... padahal malam sebelum nak pergi sekolah tu dah ingat. Bila time nak pergi jadi lupa. Adoiii. Ada satu lagi, bekas tupper ware yang CM pinjam. Dalam otak ni ingat nak hantar tapi time pergi sekolah lupa lak nak bawak. Tiap2 hari macam tu. Apa jenis penyakit lupa daaa.. satu lagi penyakit lupa nih iaitu lupa nak buang sampah. Sampai berulat sampah tu lupa nak buang. Kena bebel dulh baru ingat.  Adoiii. Dah set dah dalam kepala masa nak pergi kerja nak buang sampah. Bila dah siap mandi dan berkemas, lupa lak nak ambik sampah. Sampai tengah jalan baru ingat. Takkan la nak pusing balik. Pelupa betul CM nih. Camner yer nak bagi kuat ingatan nih. CM pesan kat orang lain suruh makan kismis.tapi cm tak makan. Hahaha. Oklah dulu malam ni cerita penyakit lupa...bai.

Tuesday, December 24, 2013

Bersahabatlah dengan yang sudi



bersahabatlah dengan yang sudi...
bercintalah dengan yang mengerti.....
berbahagialah dengan yang memahami...
berdoalah untuk semua yang dikenali...



Allah mengajar kita tanpa kita sedar... kadangkala melalui nikmat dan kadangkala melalui musibah....

tak solat bukan hal peribadi tetapi masalah kepada agama.......

minum kena duduk. sunnah. bila duduk, barulah sistem penapis badan dapat berfungsi. tapi kenapa minum air zam zam disunatkan berdiri? kerana... air zam zam tak perlu ditapis lagi. air segala air yang terkandung seribu rahsia :) 
subhanallah...


Tak payah susah hati dan bimbang apa tanggapan orang terhadap kita... manusia kan suka mengata. Orang yang dah mati pun masih dikata. Macam mana nak minta maaf pada si mati? 

*Paling penting... apa tanggapan Allah terhadap kita...
di akhirat nanti, boleh tuntut pahala drpd si mulut jahat untuk menampung kekurangan pada hari penuh huru-hara...

dalam rezeki kita, ada rezeki untuk orang lain.....

buat baik pun orang kata...
buat jahat lagilah orang mengata...
tak buat apa pun pasti diperkatakan...
sudah mati pun orang masih memperkatakan... 
selagi manusia belum hilang kata-kata...
selagi itulah ada sahaja permainan kata...
*Tunggu sahaja kata Allah pada hari semua saksi akan berkata-kata*


doa - magnet ketenangan....

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

ikhlas- permulaan setiap sesuatu berjalan lancar. tapi awas...
mestilah ikhlas sebelum, semasa dan selepas melakukan sesuatu.
kadang-kadang ikhlas sebelum buat, tetapi bila dah buat- menyesal dan menungut

manusia tanpa selawat dan zikir, ibarat ikan tanpa air......

best friend di dunia belum tentu best friend untuk akhirat.....

org yang mencari insyaAllah akan dicariNya

Allah maha kaya.... rugi kalau tak minta banyak-banyak

-Copy Paste daripada Hasil Nukilan Sahabat
Insaf kejap

Monday, December 23, 2013

Akhirnya

Persoalan yang bermain difikiran sebelum ni akhirnya terjawab hari ini. Huh lega rasanya. Kalau sebelum ni CM ada tulis yang CM kena tukar ke sesi pagi. Selagi belum ada hitam putih selagi tu la hati risau. Bukan risau pasal apa, cuma banyak perkara yang di plan tergendala. Jadi pada meeting hari ini semuanya terjawab yang CM kekal lagi petang. Happy jer rasa ni..rasa nak belanja orang jer hahaha... ok untuk sesi depan CM kena jadi cikgu kelas 2 Jasmin manakala jawatan lain sama macam tahun lepas cuma tahun ni kena jadi Ketua Pasukan bola tampar sekolah. Itu jelah berita gembira hari ni. Seronokkkkk :)

Thursday, December 19, 2013

Cinta hatiku tak sihat

Apabila cinta hati CM tak sihat, macam2 perasaan datang.  Rasa sedih sangat2 bila tengok Cinta Hati CM tak sihat. Mula2 tu demam sikit jer lepas tu bawak la pergi mandi kolam. Semakin merebak demamnya sampai bengkak muka dia. Rupanya itu tanda dia nak demam campak. Semalaman dia tak boleh tido sebab gatal2 seluruh badan. Mama dia pun turut demam jugak. Jadi CM la tukang jaga mereka berdua. Sedihnya rasa bila orang2 yang kita sayang jatuh sakit. Tak sanggup tengok mereka tak sihat dan sakit. Walaupun adieb demam tapi semangat dia kuat. Macam tak demam jer kalau main. Mama dia lak terpaksa tido jer sebab  demam urat. habis lenguh2 satu badan. Semoga orang2 yang CM sayang sangat ni beransur pulih dan sihat seperti sediakala. Aminnn.

Tuesday, December 17, 2013

Pekan Mundok

Malam ni nak cerita tentang Pekan Mundok, Thailand.  Apa yang best sangat kat situ sampai orang nak pergi sangat? Bagi yang tidak kenal lagi Pekan Mundok, CM akan ceritakan secara ringkas jer. Pekan Mundok ni terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Ia hanya di pisahkan melalui sebatang sungai yang di panggil sebagai Sungai Golok. Jarak antara Pekan Mundok dengan Pekan Rantau Panjang, lebih kurang 12KM. Kalau dari rumah CM lebih kurang 6 KM jer. Untuk sampai ke Pekan Mundok, pengunjung perlu menaiki bot dengan tambang RM1 seorang. Kalau budak kecik free jer. Nak ke Pekan Mundok tak perlu guna passport cuma perlu mendapat keizinan dari tentera yang menjaga sempadan jer. Kalau tentera bagi boleh pergi, kalau tentera tak bagi tak boleh pergi. CM suka pergi ke sana ikut pintu masuk di Pekan Rantau Panjang. Senang tak perlu nak naik bot dah.

Apa yang best kat sana? Kalau time cuti sekolah beribu2 orang akan menyeberang sungai. Tapi sekarang ni tentera Malaysia tak bagi dah pengunjung ke sana. Tapi Kadang2 jer. Kadang2 bagi kadang2 tak bagi. CM masuk dengan kereta jer senang. Tak perlu mintak izin dah.

Di pekan Mundok terdapat pelbagai barangan yang murah2 berbanding dengan pekan Rantau Panjang. Antaranya seperti Tudung, jeans, beras, periuk,  pakaian, makanan dan macam2 lagilah. Nak tahu kena pergi sendiri la yer. Contohnya tudung kat sana macam Fareeda tu, kalau kat KL harga dia RM100 tapi kat Pekan Mundok harga dia RM30 hingga RM40 jer. Murahkan? Yang tudung biasa pula harga dia antara Rm10 hingga Rm20 jer. Berbaloi kalau nak bandingkan harga dengan KL atau KB. :). Tu jelah CM nak cerita tentang Pekan Mundok. Berbaloi kalau anda datang ke Pekan Mundok untuk membeli belah berbanding Pekan Rantau Panjang. Untuk pergi ke Pekan Mundok kena pergi hari nat jer. Hari 'nat' hanya pada hari jumaat dan isnin sahaja. Pada hari itu ramai la peniaga datang meniaga macam pasar pagi tu. Kalau hari lain xde pun krang berniaga, hanya kedai2 jer buka. Nak masuk ke sana perlu dengan keizinan tentera Malaysia. Itu pun dapat masuk kalau tentera bagi jer. Jangan lupa datang kalau berkunjung ke Kelantan. Hubungi CM takpe kalau tak tahu nak pergi :).

Sunday, December 15, 2013

Yakinlah Rezeki itu Jaminan Allah

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil
Pinjam 1 minit, baca ayat ni

"Hasbi Rabbi Jalallah..
Maafi Qalbi Ghairullah..
Nur Muhammad Salallah..

Laa ilaa ha ilallah 3x
Muhammadur Rasullullah"

KWSP BANTUAN KEMATIAN UNTUK PEWARIS

PERHATIAN kepada semua orang yang mempunyai akaun KWSP! Tidak kira berapa umur anda, tidak kira berapa lama anda memegang akaun KWSP anda, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada dalam akaun KWSP, dan tak kira berapa lama anda telah mencarum untk KWSP.. mengikut Undang-undang Kerajaan, KWSP perlu membayar RM 2500 untuk keluarga pemegang akaun KWSP apabila pencarum meninggal dunia (ahli keluarga perlu menuntut RM 2500 dalam tempoh 6 bulan). KWSP tidak pernah memberitahu kepada semua tentang ini, sangat sedikit orang yang benar-benar menerima RM 2500 apabila ahli keluarga meninggal dunia kerana tidak ramai yang tahu tentang perkara ini. Di manakah RM 2500 pergi apabila keluarga si mati itu tidak menuntut? poket seseorang?? Kita tidak tahu! Oleh itu, sila sampai maklumat ini kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa untuk menuntut RM2500 apabila dalam keluarga mereka ada yang meninggal dunia. Jangan biarkan RM 2500 pergi ke poket seseorang!

KWSP - Faedah Sebagai Ahli KWSP - KWSP - http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/members/member-responsibility/registration/benefits-as-an-epf-member

Ni yang CM copy dari share dari group what's up. Boleh la dijadikan sebagai panduan untuk kita semua. CM pilih skim pencen jadi bukan ahli kwsp dah. Heheheh.

Sayang sangat

Nak cerita pasal sayang sangat hari ni. Siapa yang CM sayang sangat? Pertamanya mestilah keluarga CM. Terumanya wife, anak, ibu bapa, adik beradik CM...... :). Ni antara orang2 yang CM sayang sangat. Kalau kita sayang sangat kita akan lakukan apa sahaja untuk merekakan. Jadi untuk mereka yang CM sayang sangat ni, hargailah kasih sayang CM yer hahaha... semoga kasih sayang ini akan kekal untuk selamanya. Sayang uols :).

Tuesday, December 10, 2013

Terukir di Bintang

Jika engkau minta intan permata
Tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu
Pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Hati ini bukan milikku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan kamu

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Tadi CM tertengok cerita Terukir Dibintang kat TV3 tu Episod last. Bila terdengar jer lagu ni mula2 rasa biasalakan sebab dah lama dah keluar kat radio. Tapi bila tengok sekali denga cerita tu rasa lain la bestnya. Sebabnya kita menghayati lirik tu kan. Wah, rasa terawang-awangan pulak. Kan best kalau ada orang tuju kat kita lagu ni...huhu... apa2 pun layan jelah lagu ni yer...cari la kat you tube tuh... CM nak share lirik jer..kreatif betul yuna.. rasa nak tuju lagu jer... hahaha...nite :)

Sakit

Hari ni nak citer pasal sakit. Sakit betul rasa bila sakit itu datang lagi. Tiap kali cuti kat kampung mesti akan alami rasa sakit itu. Sakitnya rasa ngilu sgt. Biasanya kejap jer sakit ni, tapi dah seminggu dah berlanjutan nih. Aduhhh seksanya...hmmm. sakitnya xdelah kena masuk hospital. Sakit biasa jer. Sakit kejap2 lps tu ok dan sakit lagi. Macam mana yer orang lain alami sakit yang teruk2 nih. CM sakit macam ni pun dah rasa seksa dah. Semoga sakit  ni beransur hilang. Sakit itu penghapus dosakan. Huhu... semoga kawan2 CM yang alami kesakitan agar tabah menghadapi ujianNya. Semoga sentiasa kuat dan happy selalu. CM rasa sedikit kesakitan pun dah perit dah.. semoga kita semua sentiasa sihat dan kuat.  Amin.

Monday, December 9, 2013

Mimpi

Malam ni xde apa pun nak tulis tapi nak tulis jgk. Ok malam ni nak crite pasal mimpi. Hehehe. Mimpi ni kadang2 boleh buat kita tersenyum sorang2. Kadang2 boleh buat kita sedih. Semua orang akan alami mimpi. Cuma orang cakap kalau kita baca doa sebelum tido mimpi kita tu baik. Maknanya x la diganggu oleh jin atau ibliskan. Kadang2 mimpi itu bawa petanda kepada kita. Orang tua cakap kalau mimpi lepas subuh tu mimpi yang x blh pakai dah sebab tu gangguan syaitan jer. CM selalu gak mimpi. Yang selalu CM mimpi ialah mimpi tangkap ikan. Tu mimpi paling best. Sebabnya orang cakap kalau mimpi tangkap ikan dengan banyak maksudnya murah rezeki atau rezeki nak dtg lepas tuh. Mmg betul terbukti sebabnya lepas CM mimpi macam tu mesti akan dpt sesuatu rezeki lepas tu. X kira la apa bentuk rezeki pun.

Lagi satukan, kalau CM teringat kat seseorang mesti akan terbawak jugak dalam mimpi. Banyak kali jugak la mimpi gitu. Itu semua mainan mimpi jerkan. Kalau mimpi indah mesti akan happy lepas bangun tido kalau sebaliknya akan rasa mood jadi down lepas tu. Untuk.mendapat mimpi yang baik jangan lupa baca doa sebelum tido. Syaitan x akan ganggu mimpi kita. Ada lagi cerita mimpi. Iaitu mimpi jadi kenyataan. Yang tu tak payah cerita hahaha..

Itu jelah malam ni tentang mimpi. Semoga uols datang dalam mimpi iols selalu yer hahaha... nite.

Thursday, December 5, 2013

Oh flu!

Boleh dikatakan musim dia dah...bila tiba musim hujan ni mudah sangat flu berjangkit. bermula dengan adieb, mama adieb dan nenek adieb semua kena flu dah. Sekarang tiba giliran CM lak merasa flu nih. Adoiii asyik bersin jer.. emmm. Stress lak rasa hidung tersumbat, berair hidung dan bersin.  Redha jelahkan. Orang cakap flu ni baik sebab boleh buang penyakit dalam diri melalui hingus. Orang yang tak kena flu mmg la cakap mcm tu. Try kena sekali, cari ubat jugak. Hmmm. Semoga flu ni cepat hilang. Tak selesa rasa nih. Adieb la yang kesiannya,  sebab asyik berair hidung jer. Semoga kesihatan kami sekeluarga bertambah baik nanti. Insyaallah.

Makan tido makan tido

Aktiviti masa cuti sekolah yang paling teruk ialah makan dan tido. Apa macam diet ni CM? Jangan hangat2 tahi ayam sudah.  Malu beb.. Itulah yang sedang bermain dalam benak fikiran sekarang ni. Nak jogging kat kampung tak boleh. Salah satunya xde tempat sesuai dan yang paling menghalang sekali ialah musim hujan dan banjir. Langsung tak boleh nak buat aktiviti senaman. Aktiviti yang sukar di kawal ialah makan. Time hujan ni asyik lapar jer.. macam mana nak diet nih. Dah la sekarang ni dah mula makan nasi. Ohhh tidakkk. Confirm naik balik ke angka 90 lbh dah nih. Lambatnya nak buka sekolah ni. Nak sambung balik aktiviti yang telah ditangguhkan selama sebulan nih... nak masuk gym balik, nak jogging balik dan yang paling  penting sekali x nak makan nasi balik dah sehingga target 80 kg di capai. sekarang ni x boleh kawal nafsu makan. Argghh... emm ok lah dulu, nak makan nasi jap.. lapar la pulak terhidu bau ikan rebus goreng makan dengan budu dan nasi panas2... oh noooo!!!

Tuesday, December 3, 2013

Cerita kita

Cerita kita
Di pentas dunia
Tiada penghujungnya
Penuh pancaroba
Pelbagai aksi dan gaya
Menjadi saksi alam semesta
Cerita kita
Penuh dengan cerita
Sarat dengan lakonannya
Tentang cinta
Tentang jiwa
Tentang duka dan lara
Tentang kita
Tentang semuanya
Cerita kita
Bukan palsu bukan rekaan
Terbitnya di alam nyata
Tanpa pernah ada dusta
Sebagai satu tanda
Kisah kita
Cerita kita
Kita atau dia
Semuanya sama
Satu rasa
Satu jiwa
Tak pernah dilupa

Monday, December 2, 2013

Takde idea nak tulis

Kelakar sikit malam ni. Tak tahu nak tulis apa sebab xde idea tapi nak tulis jugak. Emmm apa yer nak tulis ni. Takkan nak cerita pasal gi makan kat pantai PCB tadi. Langsung tak best. Haaa dah ada idea dah. Tadi tengah design cover album yang CM cakap dah siap tuh. Tapi kena ubah. Masuk yang ni dah 5 kali dah ubah dan ubah. Huhu mencabar betulkan jadi designer ni hahaha. Akhirnya siap jugak cover yang nak dlm bentuk urban dan gambar semua PM. Xnak gambar penyanyi hahaha. Selagi tak cetak selagi tu tak boleh kata dah siapkan. Tapi tak tahu la takut nak design yang lain lagi. Xper la kan dah ambik dah deposit jadi terpaksa kena buat la kan. Ubah pun ubah lah. Hahaha.. seronok sebenar nya design2 ni sebab kita boleh memerahkan idea kita dan apabila orang suka dengan hasil kerja kita tu satu kepuasan. Huhu. Itu jelah malam ni... ada jugak idea nak menulis blog hahahah... tak sabar tunggu bos a.k.a ND bagi job suruh design apa2 lak hahaha (free jer dgn bos). nite uols :).