Tuesday, December 24, 2013

Bersahabatlah dengan yang sudi



bersahabatlah dengan yang sudi...
bercintalah dengan yang mengerti.....
berbahagialah dengan yang memahami...
berdoalah untuk semua yang dikenali...



Allah mengajar kita tanpa kita sedar... kadangkala melalui nikmat dan kadangkala melalui musibah....

tak solat bukan hal peribadi tetapi masalah kepada agama.......

minum kena duduk. sunnah. bila duduk, barulah sistem penapis badan dapat berfungsi. tapi kenapa minum air zam zam disunatkan berdiri? kerana... air zam zam tak perlu ditapis lagi. air segala air yang terkandung seribu rahsia :) 
subhanallah...


Tak payah susah hati dan bimbang apa tanggapan orang terhadap kita... manusia kan suka mengata. Orang yang dah mati pun masih dikata. Macam mana nak minta maaf pada si mati? 

*Paling penting... apa tanggapan Allah terhadap kita...
di akhirat nanti, boleh tuntut pahala drpd si mulut jahat untuk menampung kekurangan pada hari penuh huru-hara...

dalam rezeki kita, ada rezeki untuk orang lain.....

buat baik pun orang kata...
buat jahat lagilah orang mengata...
tak buat apa pun pasti diperkatakan...
sudah mati pun orang masih memperkatakan... 
selagi manusia belum hilang kata-kata...
selagi itulah ada sahaja permainan kata...
*Tunggu sahaja kata Allah pada hari semua saksi akan berkata-kata*


doa - magnet ketenangan....

Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan ramadhan,memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

ikhlas- permulaan setiap sesuatu berjalan lancar. tapi awas...
mestilah ikhlas sebelum, semasa dan selepas melakukan sesuatu.
kadang-kadang ikhlas sebelum buat, tetapi bila dah buat- menyesal dan menungut

manusia tanpa selawat dan zikir, ibarat ikan tanpa air......

best friend di dunia belum tentu best friend untuk akhirat.....

org yang mencari insyaAllah akan dicariNya

Allah maha kaya.... rugi kalau tak minta banyak-banyak

-Copy Paste daripada Hasil Nukilan Sahabat
Insaf kejap

0 Komen: