Malam ni nak cerita tentang Pekan Mundok, Thailand. Apa yang best sangat kat situ sampai orang nak pergi sangat? Bagi yang tidak kenal lagi Pekan Mundok, CM akan ceritakan secara ringkas jer. Pekan Mundok ni terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Ia hanya di pisahkan melalui sebatang sungai yang di panggil sebagai Sungai Golok. Jarak antara Pekan Mundok dengan Pekan Rantau Panjang, lebih kurang 12KM. Kalau dari rumah CM lebih kurang 6 KM jer. Untuk sampai ke Pekan Mundok, pengunjung perlu menaiki bot dengan tambang RM1 seorang. Kalau budak kecik free jer. Nak ke Pekan Mundok tak perlu guna passport cuma perlu mendapat keizinan dari tentera yang menjaga sempadan jer. Kalau tentera bagi boleh pergi, kalau tentera tak bagi tak boleh pergi. CM suka pergi ke sana ikut pintu masuk di Pekan Rantau Panjang. Senang tak perlu nak naik bot dah.
Apa yang best kat sana? Kalau time cuti sekolah beribu2 orang akan menyeberang sungai. Tapi sekarang ni tentera Malaysia tak bagi dah pengunjung ke sana. Tapi Kadang2 jer. Kadang2 bagi kadang2 tak bagi. CM masuk dengan kereta jer senang. Tak perlu mintak izin dah.
Di pekan Mundok terdapat pelbagai barangan yang murah2 berbanding dengan pekan Rantau Panjang. Antaranya seperti Tudung, jeans, beras, periuk, pakaian, makanan dan macam2 lagilah. Nak tahu kena pergi sendiri la yer. Contohnya tudung kat sana macam Fareeda tu, kalau kat KL harga dia RM100 tapi kat Pekan Mundok harga dia RM30 hingga RM40 jer. Murahkan? Yang tudung biasa pula harga dia antara Rm10 hingga Rm20 jer. Berbaloi kalau nak bandingkan harga dengan KL atau KB. :). Tu jelah CM nak cerita tentang Pekan Mundok. Berbaloi kalau anda datang ke Pekan Mundok untuk membeli belah berbanding Pekan Rantau Panjang. Untuk pergi ke Pekan Mundok kena pergi hari nat jer. Hari 'nat' hanya pada hari jumaat dan isnin sahaja. Pada hari itu ramai la peniaga datang meniaga macam pasar pagi tu. Kalau hari lain xde pun krang berniaga, hanya kedai2 jer buka. Nak masuk ke sana perlu dengan keizinan tentera Malaysia. Itu pun dapat masuk kalau tentera bagi jer. Jangan lupa datang kalau berkunjung ke Kelantan. Hubungi CM takpe kalau tak tahu nak pergi :).
1 Komen:
Salam cikgu.. Plan nk g mundok Ari isnin nih sempena hari kemerdekaan.. Haha.. Possible ko nk g pd hari tersebut atau askar dh x bg kebenaran dh? Tq.
Post a Comment