Wednesday, April 9, 2014

Cara simpan fail dalam gajet

Bagaimana anda menyimpan fail termasuk dokumen Office, foto dan video yang disimpan dari pelbagai peranti seperti telefon, kamera dan tablet? Kebanyakannya pasti membiarkannya saja dalam gajet masing-masing.
Namun, bagaimana jika peranti anda hilang, rosak dan sebagainya? Habis segala-galanya hilang begitu saja jika tiada salinan lain atau backup.

Kalau ada pun, anda bergantung sepenuhnya kepada kad memori yang turut tidak menjamin fail selamat jika sesuatu berlaku.

Oleh itu, anda memerlukan ‘rakan’ backup untuk menyimpan fail dan tidak bergantung kepada hanya satu-satunya kaedah lama dengan menggunakan khidmat setoran ‘online’ yang menyimpan fail secara maya dalam ‘cloud’

0 Komen: