Setiap manusia dikurniakan sifat marah, kecewa, sakit hati, putus asa dan segala macam sifat yang berkaitan dengan jiwa…tetapi dikurniakan juga penawarnya iaitu sabar. Tahap kesabaran seseorang manusia itu bergantung kepada tahap ujian yang diterimanya.
Namun begitu, sabar bukanlah segala2nya. Kerana al-Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa manusia yang tidak langsung mempunyai sifat marah itu sebenarnya adalah seekor keldai. Manusia perlu marah untuk perkara2 tertentu. Tetapi ianya tidaklah memberi hak kepada seseorang itu untuk bersifat dengan sifat marah terhadap segala perkara. Sebab itulah, marah itu perlu didasarkan pada akal yang waras. Dan sabar juga perlu didasarkan kepada panduan iman dan akal yang waras.
Sekiranya tanpa panduan akal, maka kemarahan seseorang itu bakal menimbulkan bencana kepadanya dan kepada objek yang ditujukan kemarahan itu. Begitu juga kesabaran…sekiranya tidak didasarkan dengan iman dan akal yang waras, maka akan ternampaklah kelemahan dan kekurangan seseorang akibat ‘kesabarannya’ yang tidak langsung membuahkan tindakan.
Maka, marahlah bila perlu…dan bersabarlah ketika perlu.
0 Komen:
Post a Comment