Bila kita sendiri, mula teringatkan banyak perkara. Disaat itulah air mata kita tiba2 akan mengalir. Dengan air mata juga, hati kita akan menjadi tenang. Baru CM tahu rupanya air mata ubat paling mujarab time kita dalam kesdihan. Bila teringatkan sesuatu perkara tidak semena-mena air mata akan mengalir dipipi. Tidak rugi keluarkan air mata kerana ia akan memberi kita seribu pengertian.
Kadang2 kita tidak tahu sebab apa kita sedih. Tidak semena-mena air mata boleh mengalir dipipi. Bila air mata itu mengalir barulah hati kita jadi tenang. Air mata kita sebenarnya lebih berharga dari senyuman kerana senyuman itu untuk sesiapa sahaja namun air mata hanya untuk orang tersayang jer... Susah air mata nak mengalir kat orang yang kita tak sayang kecuali jika ada krisis. (pompuan lain la kot kan). Kalau lelakikan mudah mengalir air mata untuk mereka yang dia sayang tak kiralah anak ker, isteri ker, ibu bapa ker, sahabat ker atau adik beradik. Kerana kasih sayang itu sangat bererti. Dengan kasih sayang air mata kita mengalir. emmmmm :(.... mood sedih malam ni
0 Komen:
Post a Comment