Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah mengurniakan 2 orang cahaya mata yang sangat comel buat kami berdua. Inilah penyambung legasi keturunan kami yang akan mendoakan kami disana kelak. Ya Allah, kami sangat bersyukur diatas kurniaan Mu ini. Kami akan lanksanakan tanggungjawab yang diamanahkan ini sebaik mungkin dan akan memastikan anak2 kami menjadi penghuni syurga Mu Ya Allah. Yang sulung bernama Muhammad Qhalief Adieb dan yang kedua bernama Muhammad Qayl Adriey. Kedua2nya amat kami sayang. Walaupun Adieb sekarang ni terpaksa berkongsi kasih dengan adiknya namun sikit pun kasih sayang kami kepada mereka tidak berbelah bahagi. Sayangnya tetap sama dan tidak sikit pun berat sebelah. Selepas ini kena bersedia dari segi mental sebabnya kedua2 merupakan anak lelaki. Faham2 sajalah macam mana jadi nanti keadaan rumah. Kadang2 menguji kesabaran tapi itulah indahnya bila mereka ada. Rumah tak pernah sunyi dengan telatah Adieb. Sekarang tambah sorang lagi Adriey, kita tengok apa yang akan jadi lagi lepas ini. Hahaha. Apa pun kami tidak akan rasa semua itu tekanan bagi kami kerana anak2 kami merupakan penghibur dikala kami kesunyian dan kesedihan. Ya Allah kami sangat2 bersyukur diatas kurniaan ini. Alhamdulillah.
0 Komen:
Post a Comment