Thursday, July 18, 2019

Pendengki


Ni cm skrol2 terbaca status fb cikgu fadhly.  Sangat menarik tulisan beliau.  CM kalau pandai buat ayat camni mesti best blog ni hahaa.   So CM share utk tatapan semua pendengki.

Payahnya hidup seorang pendengki. Hidupnya selalu dalam keresahan. Mengintai-intai kehidupan orang. Mencari salah untuk disebarkan.

Orang kurang mangsa umpatan. Orang yang lebih dia dendam. Aib orang menjadi sasaran. Sedang carik kain sendiri, tidak dia perasan.

Tenangnya hidup seorang yang ikhlas dan penyayang. Segala yang datang, baginya adalah ujian. Sebagai tanda kasihnya Tuhan. Sebagai penguji, tahap keimanan.

Bersangka baik dia pada semua teman. Tiada iri, jauh sekali dendam. Bantuan dihulur tanpa fikir balasan. Buruk dan aib teman, dia yang sorokkan.

Menjadi seorang pendengki atau penyayang itu kita yang tentukan. Mahu hidup resah atau tenang?

Selamat pagi para hidupan!

#MFS

0 Komen: