SELEPAS 11 tahun dibina, hotel apartmen lima bintang pertama yang disalut dengan emas di Vietnam akhirnya membuka pintunya.
Dikenali sebagai Hotel Dolce Hanoi Golden Lake, ia meliputi 25 tingkat dan menampilkan rekaan berasaskan emas bermula dari sinki hingga ke bumbung kolam renang.
Hotel terbabit menggunakan 5,000 kaki persegi seramik dan ditawarkan pada harga £250 (RM1,334.92) untuk semalam.
Hotel yang dibina di Tasik Giang Vo itu turut menyediakan unit
apartment berharga £5,200 (RM27,766.36) bagi setiap meter persegi.
Mangkuk Tandas emas
Hotel Dolce Hanoi memiliki 400 bilik dan akan dikendalikan di bawah jenama 'American Wyndham Hotels'.
Pembinaan hotel berasaskan emas itu membabitkan AS$200 juta (RM857.50 juta).
0 Komen:
Post a Comment