HIKAYAT DEWA MUDA SEMAN WAU BULAN BAHAGIAN 1 – 6 (AKHIR)
Dewa muda yang ditemani pengasuh bernama awang si jambul lebat berusaha mendapatkan kekasihnya iaitu puteri Ratna Mas. Secara simbolik dari segi psikoanalisis, terdapat nafsu dalam diri dewa muda.
Dewa muda di sepanjang perjalanannya diawasi pengasuh. Pengasuh inilah yang berusaha mencari air ketika dewa muda dahaga apabila sesat dalam hutan. Pengasuh itulah yang menemani Dewa muda naik ke kayangan melalui Wau Beremas, untuk menemui Puteri Ratna Mas.
Pengasuh itulah yang menjaga Dewa muda Semasa pengsan kerana terkena belantik embak. Dalam persembahan main pateri, Mantera Angin Dewa Muda diucapkan oleh Tok Pateri kerana bertolak daripada pemikiran orang Melayu bahawa dalam jiwa pesakit terdapat desakan hati yang didorong oleh kehendak nafsu yang dibendung oleh suatu keadaan yang menyebabkan nafsu atau anginnya tidak dapat dilepaskan lalu mengakibatkan semangat dirinya tidak kuat dan jatuh sakit.
Akhirnya dewa muda yang pengsan kerana terkena belantik embak telah dipulihkan oleh kekasihnya, puteri ratna mas yang menyamar sebagai bomoh, kemudian dewa muda tahu bahawa “bomoh” itu adalah kekasihnya dan dia tidak sakit lagi. JOM DENGAR SAMPAI HABIS UNTUK TAHU KESUDAHAN CERITA HIKAYAT DEWA MUDA...
BAHAGIAN 1 – https://youtu.be/suJoduh8EvE
BAHAGIAN 2 – https://youtu.be/ZxZSM6eoxCI
BAHAGIAN 3 – https://youtu.be/UGW2o9iqAR8
BAHAGIAN 4 – https://youtu.be/18tS6M_r1AI
BAHAGIAN 5 – https://youtu.be/r0g-g_hDmro
BAHAGIAN 6 - https://youtu.be/q7i9FdpqAjI
FULL PLAYLIST- https://www.youtube.com/playlist...
0 Komen:
Post a Comment