Sunday, October 14, 2012

Datuk bandar Eropah pertama bertudung



KATA Amra, rakyat perlu menghukum ahli politik yang tidak mendengar pandangan mereka.


AMRA BABIC, 43, daripada Parti Tindakan Demokratik (SDA) berjaya meyakinkan rakyat sekali gus memenangi pilihan raya kerajaan tempatan di Visoko, Bosnia. Amra mencatatkan majoriti 2,500 undi berbanding pencabar terdekatnya.
Amra bukan sahaja menjadi datuk bandar wanita yang pertama dalam sejarah Bosnia, tetapi juga merupakan ketua wanita pertama Eropah, yang memakai tudung. Hakikat ini menyebabkan perhatian yang besar diberikan terhadap kepentingan awam domestik dan antarabangsa.
Dalam temu bual eksklusif dengan Agensi Anatolia (AA), Amra memberitahu jawatan datuk bandar yang dilihat bertepatan dengan usahanya untuk memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara.
"Saya membuat keputusan untuk tampil bertenaga dan berani melibatkan diri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi masyarakat kita dan negeri ini,” cerita Amra kepada AA.
Amra menjelaskan bahawa kemenangannya merupakan satu peristiwa penting dalam arena politik di Bosnia-Herzegovina, berikutan sebahagian besar penduduknya masih prejudis terhadap wanita bertudung yang bergiat aktif dalam politik.
"Pemilihan ini boleh menjadi model untuk Eropah, khususnya bagi Bosnia, di mana budaya Barat dan Timur bertemu di negara ini.
“Apabila saya bertanding untuk menjadi datuk bandar, saya tertanya-tanya sama ada masyarakat cukup matang untuk menerima seorang wanita.
“Kemenangan di dalam pilihan raya ini telah menunjukkan bahawa masyarakat semakin sedar,” ujarnya.
Model baharu
Beliau memberitahu, salah satu matlamat utamanya adalah untuk memperkenalkan model baharu tadbir urus dan pengurusan perbandaran dan politik secara umum, untuk mengekalkan hubungan yang berterusan dengan rakyat.
“Saya mahu bekerja bersama-sama dengan rakyat dan menunjukkan kepada mereka bahawa kita ialah ahli-ahli politik dan birokrat yang juga sebahagian daripada rakyat.
“Bekerja bersama-sama untuk memajukan bandar ini dan saya menetapkan masa selama tiga jam, seminggu sekali untuk mendengar masalah dan pendapat mereka.
“Pada saya, rakyat perlu menghukum ahli-ahli politik yang tidak mendengar pandangan rakyat dan saya mahu untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa politik adalah seni kepimpinan dan organisasi yang baik,” tambahnya.
Ujarnya, semasa berkempen, dia berpeluang mendekati rakyat yang mengucapkan tahniah atas kemenangannya dan dia berpendapat bahawa rakyat di Bosnia memerlukan contoh-contoh yang lebih positif.
“Rakyat kita harus menjana nilai-nilai positif untuk menarik tenaga baru dan kreativiti. Saya amat gembira bahawa begitu ramai golongan muda menyokong saya kerana ia jelas menunjukkan bahawa mereka mahu perkembangan positif di negara ini.
“Oleh itu, kita mesti bukan sahaja bercakap tentang perkara-perkara negatif tetapi perlu sentiasa mencari penyelesaian dan jalan keluar daripada krisis ekonomi, sosial dan politik yang dihadapi,” katanya.
Persepsi salah
Beliau menambah, pemilihannya sebagai datuk bandar itu menunjukkan persepsi salah yang wujud dalam masyarakat berkenaan wanita bertudung.
“Kain adalah hanya bentuk, kerana intipati yang paling penting watak, apa yang perlu kita lakukan sebagai wanita Islam dalam kehidupan awam dan pada setiap langkah dalam tindakan harus menggalakkan nilai-nilai yang positif.
“Saya sudah bersedia untuk melakukan setiap usaha dan pengetahuan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh majlis perbandaran. Saya sedar tanggungjawab dan fungsi sebagai ketua sangat berat tetapi ia juga meninggalkan ruang selain memberi peluang untuk merealisasikan wawasan saya.
“Saya ingin memulakan dengan membuat syarat bagi pembangunan ekonomi dan komersial perbandaran, dan ia sangat penting untuk meningkatkan taraf bandar ini sebagai pusat komersial dan ekonomi, di mana ia akan menjadi lebih banyak pelaburan,” tuturnya.

GOLONGAN muda akan diberi ruang untuk melibatkan diri dalam kehidupan awam dan politik.


Peluang golongan muda
Amra mengatakan sebagai ketua, dia lebih memberikan ruang kepada orang muda dan profesional untuk lebih terlibat dan memberi sumbangan kepada kemajuan bandar.
“Saya fikir bahawa golongan muda adalah kapasiti yang besar dan itulah sebabnya saya mahu memberi motivasi kepada mereka untuk melibatkan diri dalam kehidupan awam dan politik.
“Dengan golongan muda untuk mengambil risiko kerana mereka berani dan progresif. Jadi jangan hanya duduk di kafe dan bercakap tidak baik. Itu tidak betul. Anda perlu terlibat dan melakukan sesuatu yang positif untuk komuniti anda,” jelas ibu kepada tiga orang anak ini.
Beliau turut menyatakan bahawa dia telah menubuhkan hubungan dengan ahli perniagaan dari luar negara untuk mempergiatkan usaha dalam kemajuan ekonomi majlis perbandaran Bosnia.
“Kita sudah mempunyai kenalan dengan ahli perniagaan Turki. Tidak lama lagi, sebuah forum ekonomi akan dianjurkan di Visoko, di mana akan ada sebilangan besar perniagaan dari Turki dan negara ini. Saya berfikir bahawa kerjasama ekonomi yang kukuh boleh menarik pelaburan asing,” tambahnya.
Sebelum dipilih menjadi datuk bandar, Amra pernah menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di Kanton, Zenica, Bosnia Tengah.
“Saya tidak akan pernah mencampurkan politik dan agama. Jika saya memiliki kekuatan untuk melindungi hak saya maka saya akan mencari kekuatan untuk melindungi hak orang lain,” janji Amra yang kehilangan suami dalam Perang Bosnia.

Tanam cuping telinga di lengan



TELINGA Sherrie ditanam di tangan kirinya (gambar kiri) selama dua tahun sebelum menjalani kaedah pembinaan semula telinga.


DUA tahun lalu Sherrie Walter, 42, tidak sanggup untuk mengikat rambutnya dan tidak dapat memakai sepasang anting-anting selepas menjalani prosedur pembedahan akibat kanser kulit, di telinga.
Kanser yang jarang ditemui itu bermula apabila Sherrie berasa sakit berterusan dalam telinganya. Kesakitan itu kemudian didiagnosis sebagai basal cell carcinoma yang telah merebak ke sekeliling telinganya sehingga doktor terpaksa membuang cuping telinga kirinya.
Sejak itu, dia menjadi pekak sehinggalah ditawarkan peluang untuk menjalani satu prosedur perubatan yang akan memberikannya cuping telinga baharu, dan diletakkan di bawah kulit lengannya untuk beberapa bulan bagi membolehkan ia berkembang.
Keseluruhan proses itu mengambil masa hampir 20 bulan tetapi masih terdapat banyak pembedahan kosmetik sebelum cuping telinga baharu Sherrie melekat sepenuhnya.
“Saya berasa seperti bahan eksperimen dan saya fikir ia ada sesuatu yang saya lakukan tidak membenarkan ia untuk sembuh. Saya mengambil ubat antibiotik untuk mengurangkan sakit di bahagian telinga tetapi luka yang dialami tidak juga sembuh.
“Lapan bulan kemudian, saya membuat temu janji bersama pakar kulit dan doktor memberitahu saya menghidap kanser selepas melihat keadaan cuping kurang daripada lima minit.
“Saya memandang ibu saya dan melihat diri saya sendiri selepas doktor mengesahkan penyakit sebenar yang saya alami,” ujar Sherrie yang melalui pelbagai prosedur untuk mendapatkan cuping telinga baharu di Hospital Johns Hopkins, Maryland.
Sherrie berharap prosedur membuang cuping telinganya mudah tetapi rupa-rupanya dia terpaksa menjalani rawatan agresif bagi mengeluarkan tujuh lapisan kulit selain memastikan cuping telinganya masih kekal seperti bentuk asal.
Bagaimanapun, pada Oktober 2010, Sherrie mendapati terdapat darah dalam telinganya sebelum pakar mengesahkan ia ialah sel kanser yang telah merebak ke saluran telinga kirinya.
Doktor kemudian mencadangkan penghasilan cuping telinga yang baharu dan dia memilih untuk mencuba di sebalik amaran bahawa proses tersebut akan mengambil masa hampir dua tahun.
“Ia seolah-olah sedikit pelik, tetapi saya bersedia untuk mencuba,” jelas Sherrie kepada Baltimore Sun Times.
Doktor memutuskan untuk meletakkan cuping telinga baharu yang dibina ke dalam lengan kirinya menggunakan rawan yang diambil dari tulang rusuknya dan prosedur itu digambarkan sebagai pembinaan semula telinga yang paling rumit pernah dijalankan di Amerika Syarikat.
Pasukan itu yang diketuai oleh seorang profesor di Sekolah Perubatan Johns Hopkins University, Dr. Patrick Byrne, menjelaskan organ baharu itu mengambil masa selama empat bulan diletakkan di bawah kulit lengan kirinya sebelum ia dipindahkan ke kepalanya pada bulan Mac.
“Saya sudah memikirkan strategi ini bertahun-tahun sebelum ini dan sedang mencari pesakit untuk mencubanya. Prosedur selama 16 jam dilakukan untuk mengeluarkan saluran telinganya termasuk gegendang telinga dan telinga kirinya. Walaupun cacat, Sherrie mempunyai pilihan untuk mendapatkan semula cuping telinganya yang baharu,” beritahu beliau.
Menurutnya, prosedur itu mengambil masa beberapa minggu dan kemudian pada bulan November 2011, telinga baharu Sherrie ditanam dalam lengannya.
“Kami tanam cuping telinganya berhampiran pergelangan tangan dan hanya membiarkan ia di sana supaya semua kulit boleh tumbuh ke dalam telinga baharu itu dan ia mengambil masa selama empat bulan untuk benar-benar matang,” jelas Patrick.
Pada Mac, cuping telinga baharu Sherrie kemudiannya diletakkan kembali ke tempat asalnya dan doktor mula mencari jalan bagaimana untuk membuat ia kelihatan seperti cuping telinga kanannya.
“Ia hanya tidak kelihatan seperti apa-apa yang diberitahu dan saya hanya berharap ia membuahkan hasil setelah melalui pelbagai prosedur,” kata Sherrie.
Ujar Patrick, apabila Sherrie sembuh sepenuhnya, cuping telinga baharu boleh bertahan selama bertahun-tahun dan kini hanya menunggu masa untuk bengkak itu surut dan sembuh, dia percaya Sherrie akan mempunyai cuping telinga seperti dahulu.
Walaupun pemulihan belum berakhir, Sherrie menganggap dirinya bernasib baik dan berharap orang lain belajar daripada kisahnya.
“Jika tidak pasti tentang sesuatu penyakit, dapatkan pemeriksaan pakar kerana itulah apa yang saya tidak lakukan terlebih dahulu,” ceritanya

Wajah cair bagai lilin



KEHIDUPAN Chandra Wisnu berubah apabila mula mendapat ketumbuhan pada muka dan badannya pada usia 19 tahun.


MEMPUNYAI wajah yang seakan-akan cair seperti lilin, Mohammad Latif Khatana yang berasal dari Kashmir, India, menempuh masa sukar dalam hidupnya kerana wajah yang pelik.
Lelaki berusia 32 tahun yang hidup di wilayah sangat daif itu menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan menelan semua sindiran dan cercaan orang ramai hanya kerana ketumbuhan di wajahnya.
Latif dilahirkan dengan ketumbuhan kecil pada mukanya tetapi ia mulai membesar saban tahun sehingga akhirnya menutup muka dan pancainderanya.
Anak bongsu daripada enam adik beradik itu merupakan satu-satunya anggota keluarga yang menghidap penyakit yang dipanggil neurofibromatosis itu.
Bagi Latif, adik-beradiknya merupakan inspirasi kehidupan tatkala dia kesunyian akibat dipinggirkan masyarakat sekeliling.
“Ibu masih menangis setiap kali melihat saya. Dia rasa bersalah dan tidak faham mengapa anak bongsunya ditimpa nasib sebegini.
“Tidak ada orang yang mahu bermain dengan saya. Setiap hari saya dipukul dan diejek oleh kanak-kanak lain. Saya kehilangan mata kiri ketika berusia lapan tahun. Mereka memanggil saya si mata satu,” katanya.
Tidak sempurna
Disebabkan wajahnya yang menakutkan, Latif tidak dapat mencari pekerjaan dan terpaksa mengemis untuk mencari sesuap nasi untuk kelangsungan hidup keluarganya. Hasil daripada simpati orang ramai, beliau mampu memperoleh 400 rupee (RM25) sehari.
Kekurangan Latif juga menyebabkan dia sukar mencari jodoh. Ibu bapanya berusaha mencari isteri untuknya tetapi tidak ada wanita yang sudi berkahwin dengan Latif sehinggalah dia mendengar mengenai Salima.
“Isteri saya hanya mempunyai sebelah kaki sahaja dan sudah lama dia berusaha untuk mendapatkan seorang suami.
“Sebaik bertemu, kami sedar bahawa kami dicipta untuk satu sama lain. Kami berdua tidak sempurna anggota dan itu menjadikan kami pasangan yang sepadan,” katanya.
Kini dia gembira apabila mendapat berita wanita yang dikahwinnya itu hamil tetapi dia begitu bimbang, anak yang bakal dilahirkan itu akan berwajah sepertinya.
“Saya tidak sabar untuk menjadi bapa dan memiliki sedikit kebahagiaan dalam kehidupan saya. Tetapi saya bimbang dan berdoa setiap hari supaya anak saya tidak dilahirkan seperti saya.
Kesengsaraan Latif itu turut dirasai oleh Chandra Wisnu, 57. Lelaki separuh abad dari Indonesia itu menghidap penyakit sama seperti Latif, bagaimanapun wajah Chandra ditumbuhi ketulan seperti gelembung tumbuh.
Ketulan kecil itu mula tumbuh di mukanya ketika dia berumur 19 tahun tetapi ia hanya merebak ke bahagian belakang badannya pada usia 24 tahun. Dalam tempoh lapan tahun, seluruh tubuh Chandra ditumbuhi gelembung.
Keadaan tersebut adalah kerana faktor genetik dan mungkin disebabkan oleh kelainan pada sistem saraf yang menyebabkan tumor pada kulit atau tulang. Walaupun diberikan bermacam-macam jenis krim, namun ketulan tersebut terus merebak.
Sangat aneh
“Penyakit ini memberi kesan besar terhadap kehidupan saya, ketulan itu sangat gatal dan sakit ketika cuaca panas. Bagi mengelakkan daripada gatal dan menghentikan jelingan orang ramai, saya akan pakai jaket tiga lapis dan menutup kepala jika hendak keluar.
“Orang tidak pernah mengolok-olok atau memperkecilkan saya secara langsung, tetapi mereka merenung dan mengelakkan saya, kebanyakan orang bertindak sangat aneh di sekeliling saya.
”Ia membuatkan saya berasa amat tidak selamat dan marah apabila orang melayan saya dengan cara berbeza. Orang menjadi takut dengan muka saya yang mengerikan dan bimbang akan berjangkit kepada mereka.
”Saya jarang keluar kecuali untuk mengambil anak perempuan saya dari sekolah dengan menutup kepala dan muka kerana tidak mahu anak saya dibuli kawan sekolahnya kerana mempunyai ayah seperti saya,” kata bapa kepada empat orang anak itu.
Kebimbangan Chandra makin bertambah apabila dua orang anaknya iaitu Martin Ananda dan Lis Chandra mempunyai ketumbuhan yang sama pada tubuh mereka.
“Mereka hanya mempunyai beberapa ketulan kecil pada masa ini tetapi mereka bimbang akan datang ia akan menjadi lebih buruk.
“Saya amat berbesar hati sekiranya ada pihak yang sanggup memberikan rawatan secara percuma.
“Tetapi sekarang satu-satunya penawar yang saya ada ialah keluarga yang terus memberikan sokongan moral,” ujarnya.

Hampir dirogol rakan sekerja


LIA tidak ingin berkahwin kerana kejadian buruk yang menimpa dirinya.



LIA (nama samaran) berasal dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Tubuhnya kecil genit bagai pelajar sekolah namun ramai tidak menyangka dia sudah menginjak 21 tahun. Bukan sahaja fizikalnya menarik tetapi ramai jejaka turut terpaut dengan sikap peramah Lia.
Wanita ini bekerja sebagai seorang pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta di ibu negara.
Tugas yang digalas memerlukan Lia berurusan dengan ramai pelanggan namun kerana alasan ingin membina karier dulu, dia tidak terfikir untuk mempunyai teman lelaki.
Tetapi, sifat peribadinya itu menyebabkan dia hampir dirogol oleh rakan sekerjanya sendiri.
Memulakan bicara dengan nada suara yang perlahan, Lia memberitahu, dia baru bekerja selama setahun.
“Sebagai seorang pegawai pemasaran, saya perlu berpakaian menarik selain mesra dengan pelanggan.
“Tetapi, saya tidak menyangka ia sebenarnya punca sehingga rakan sendiri tergamak untuk merogol saya,’ katanya.
Dia menetap di sebuah asrama yang disediakan majikannya.
Sekadar rakan
Mulanya, ramai rakan sekerja menaruh hati terhadap Lia.
Itu menyebabkan terdapat rakan sekerja wanita iri hati dan menyimpan sifat hasad kepadanya.
“Saya menganggap mereka tidak lebih sebagai rakan. Jika keluar minum dan menonton wayang sekalipun kami akan keluar beramai-ramai.
“Ada rakan menyatakan hasrat untuk menjadikan saya teman istimewa tetapi saya tolak dengan baik,” cerita Lia.
Namun, dia hampir menjadi mangsa rogol rakannya sendiri setahun yang lalu.
Katanya, semasa kejadian dia sedang berbaring di katilnya untuk tidur.
“Waktu itu pukul 12 malam, selepas menonton televisyen saya terus ke bilik untuk tidur.
“Tiba-tiba pintu bilik yang dikunci dibuka oleh seseorang yang kemudian terus menghempap badan saya,” katanya.
Lelaki itu menutup muka wanita malang ini dengan bantal untuk menghalangnya menjerit sebelum mengoyak baju tidur serta menyentuh bahagian sulitnya.
“Mujur saya datang bulan semasa itu menyebabkan lelaki keji itu melupakan niatnya. Tetapi suaranya mirip rakan sekerja saya.
“Namun, dia sempat mengambil dompet saya selain barang kemas yang terdapat di meja lampu tidur,” kata Lia dengan nada geram.
Dia amat terkejut dengan peristiwa itu sehingga trauma serta mengasingkan diri daripada bergaul dengan orang lain.
Hati Lia kemudian terdetik berikutan lelaki durjana yang cuba merogolnya mempunyai kunci rumah asramanya.
Selain itu, semasa kejadian, empat rakan serumahnya tiada di rumah.
Lia mengambil keputusan untuk menceritakan titik hitam yang berlaku itu kepada kakak angkatnya yang bekerja di tempat sama.
Kakak angkat Lia yang mesra disapa Siti itu bercerita, sebelum kejadian berkenaan ramai rakan lelaki sekerja berasa kejantanan mereka tercabar akibat tindakan Lia yang menolak cinta mentah-mentah.
“Kak Siti terdengar mereka merancang sesuatu yang buruk terhadap saya,” ujarnya.
Bersekongkol
Kesemua rakan serumahnya menafikan bersekongkol dengan perkara itu.
“Malah, mereka mendakwa saya sengaja membuat cerita sebelum menghalau saya keluar dari asrama.
“Itu membuatkan saya tertekan sebelum mengambil keputusan berhenti kerja,” katanya.
Walaupun kehormatannya hampir diragut, Lia tetap enggan melaporkannya kepada pihak polis.
Tutur Lia, dia takut sekiranya peristiwa itu diadukan kepada pihak polis, ibu bapanya tidak akan membenarkan dia tinggal berasingan daripada keluarga.
“Saya juga tidak akan dibenarkan bekerja kerana keluarga merupakan ahli perniagaan yang berjaya.
“Saya juga tidak mahu hidup terkongkong kerana saya anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga,” cerita Lia.
Tidak lama kemudian Lia mengambil kursus pengawal peribadi di sebuah syarikat swasta dan kini dia bertugas sebagai seorang pengawal peribadi sepenuh masa.
“Kini saya lebih berhati-hati kerana takut peristiwa yang sama berulang dan takut untuk mempunyai teman lelaki.
“Sekurang-kurangnya saya mempunyai ilmu mempertahankan diri untuk mengelak situasi sama berulang,” katanya.
Dia juga bertegas tidak ingin mempunyai teman hidup dalam masa yang terdekat.
“Mungkin anda boleh mencari lelaki yang jujur untuk saya,” katanya dengan nada penuh pengharapan.

Sokongan Suharto membawa rebah

MAZLINA (dua dari kiri) menguruskan jenazah suaminya yang tiba di Kampung Lubuk Kawah, Pasir Mas sebelum dikebumikan malam tadi.



KLANG - Semangat membara seorang ejen insurans, Suharto Abdullah melihat pasukan kesayangannya, The Red Warriors menang dan mara ke akhir Piala Malaysia 2012 tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia sewaktu bersama-sama dengan 75,000 penonton menyaksikan perlawanan Kelantan dengan Selangor di Stadium Shah Alam malam kelmarin.
Walaupun perlawanan itu berkesudahan dengan Kelantan menang 2-0, Suharto, 45, tidak sempat meraikannya kerana beliau meninggal dunia pada pukul 10 malam, kira-kira 30 minit sebelum Kelantan membuka jaringan.
Gol pertama Kelantan dijaringkan oleh penyerang import, Mohamad Ghaddar pada minit ke-85 manakala jaringan kedua disempurnakan oleh Mohd. Badri Mohd. Radzi pada minit terakhir.
Allahyarham yang tinggal di Taman Uda Permai, Pengkalan Chepa, Kelantan menaiki pesawat penerbangan tambang murah, Firefly dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada pukul 3 petang bersama dua orang rakan.

Saturday, October 13, 2012

Mangsa rogol dibuang sekolah


11 Oktober 2012
JAKARTA - Sebuah sekolah swasta di Indonesia bertindak kejam membuang seorang pelajarnya yang berumur 14 tahun selepas mendakwa remaja itu mencemarkan imej institusi tersebut hanya kerana dia adalah mangsa rogol sebuah sindiket pemerdagangan manusia.

Pengerusi Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Nasional, Arist Merdeka Sirait berkata, pelajar itu dibuang semasa perhimpunan pada Isnin lalu.

"Pihak sekolah telah memburukkan lagi keadaan kerana memalukan mangsa di hadapan ratusan pelajar lain. Mereka sepatutnya membantu mangsa yang masih lagi trauma dengan insiden tersebut," katanya.

Difahamkan, mangsa dirogol dan dikurung selama seminggu oleh kenalan dari Facebook miliknya yang juga dipercayai adalah ahli sindiket pemerdagangan manusia di negara itu. - AFP

Pelajar pulang cek RM2.1 bilion


2 Oktober 2012
FORT BENNING - Seorang pelajar, Allen Smith menerima cek daripada Hal Ehwal Veteran (VA) RM1,988 ($650) setiap bulan.
Namun kali ini jumlah diterima mencecah setengah bilion dollar.
Smith yang berusia 22 tahun itu menerima cek daripada Jabatan Perbendaharaan untuk membantu menampung yuran pengajian kerana ayahnya pernah berkhidmat dalam Tentera Udara Amerika Syarikat.
Ibu Smith, Patricia Attwood Smith berkata, “dia segera pergi ke pejabat VA di Fort Benning dan memulangkan cek itu."
Dia kagum dengan anaknya itu dan tahu ayahnya turut akan berbangga dengan tindakan anaknya itu.
Sehingga kini, cek RM2,110,174,031 (AS$690,000,000) itu masih misteri.
Smith diberitahu bahawa cek itu mungkin tersalah cetak atau pejabat itu digodam.
Penyelia VA menjamin cek itu akan dikembalikan kepada yang berhak.

Friday, October 12, 2012

10 Website Untuk Tengok TV Percuma...

Dengan kemajuan teknologi sekarang, rancangan2 menarik di Tv bukan saja boleh ditonton di peti televisyen korang, tapi juga di internet. Bukan saja boleh ditonton bila kita byk masa terluang, he3 yg bestnya kita dapat ulang2 tayang kalo cerita tu menarik minat kita.

Jom kita tgk laman2 web yg kita boleh tgk video online.

1) Picrap
Website nie hosting lebih 1000 video seperti Lost, Gossip Girl, House, Dexter, Heroes dan byk lagi. Tapi buat masa ni diorg tgh upgrade website diorg.



2) Hulu
Hulu adalah salah 1 website rancangan tv yg popular, dimana kebanyakan rancangan popular ada kat situ. Walupon sebenarnya hanya utk penduduk US, tapi ada trick yg boleh membuatkan korang tgk jgk.


3) SideReel
Website ni menyimpan lebih 500 rancangan2 popular yg disusun dgn kemas secara Alphabet.


4) ABC
ABC adalah website yg memaparkan video2 dalam kualiti tinggi. Terdapat rancangan menarik seperti Lost, Desperate Housewives, Ugly Betty dan byk lagi.


5) Inturpo
Inturpo adalah salah satu website untuk menonton Tv secara percuma. Sign up x diperlukan, korang bleh trus tgk rancangan kesukaan korang.


6) TV Show 7
Website ni hosting byk rancangan2 menarik walaupun kualiti video x berapa bagus. Disini kita boleh tonton kesemua rancangan yg popular, hanya perlu pilih ja apa yg korang suka.


7) Project-Free TV
Di website nie, kita boleh jumpa byk2 rancangan Tv popular termasuk movie2 terbaru. Korang juga boleh donlod dgn bantuan eMule. Rancangan2 yg ada kat sini adalah seperti True Blood, How I Met Your Mother, The big bang theory, The Simpsons, Gossip Girl dan byk lagi.


8) FreeTVOnline
Website nie menghimpunkan dokumentari, kartun, rancangan TV, movie dan juga rancagan Tv secara live. Apa yg korang perlu buat adalah install blinkx Remote Toolbar secara percuma, pastu korang bleh cari video2 kegemaran korang.


9) YouTube
Ha3, yg nie mustahil korang xtau, tah2 korang masuk tiap2 hari. Di website nie, pengguna2 dapat upload video2 yg best2 pastu kita tgk la. Mmg banyak video2 kat sini, tengok 1 hari pon x abis.


10) Tonton.com.my
Untuk korang yg suka rancangan2 tempatan, website nie mmg diciptakan utk korang. Banyak rancangan2 tv di Tv3, Ntv7, Tv9 akan diulang kat sini. Korang terlepas rancangan Mentor5 kat tv? Jgn isau, korang bleh tgk kat tonton.com.my nie


P/s: X digalakkan kalo korang pakai bropadband utk tgk video2 online, cepat lah bandwitdh korang abis.

Sumber: http://www.budakbotak.com

Wednesday, October 10, 2012

Budak kerdil mula bersekolah

6 Oktober 2012
Budak kerdil mula bersekolah
Charlotte bersama rakan sekelasnya pada hari pertama persekolahan.
Seorang kanak-kanak kerdil dunia, Charlotte Garside mengorak langkah dalam hidupnya apabila memasuki alam persekolahan, bulan lalu.
Charlotte, 5, berketinggian 68 sentimeter (sm) dan berat 4.8 kilogram (kg), mengikuti pembelajaran prasekolah bersama kanak-kanak seusianya yang  bersaiz dua kali ganda besar daripada tubuhnya.
Hari pertama persekolahan Charlotte merupakan tarikh istimewa buat ibu bapanya, Scott Garside dan Emma Newman yang selama ini berjuang memberi perubahan kehidupan normal kepada anak bongsunya itu.

Emma berkata, disebabkan Charlotte sering menunjukkan sikap ingin tahu, lalu pihak sekolah kini membenarkan dia mengikuti kelas pembelajaran bersama kanak-kanak berumur tiga tahun.

"Saya bimbang jika Charlotte dicederakan oleh rakan sekelas, tetapi saya perlu bersikap positif dalam usaha mendidiknya untuk menjadi lebih berdikari," katanya.

Ketika dilahirkan, Charlotte memiliki berat 0.9 kg dengan tinggi 25sm dan keadaan itu memaksa Emma mengenakan pakaian anak patung kepada bayinya itu.

"Charlotte sering menjadi perhatian ketika kami  berlibur kerana saiznya yang terlalu kecil, saya terpaksa masukkannya ke dalam poket hadapan baju dengan dilengkapi lampin sebesar kad kredit.
"Ketika Charlotte dilahirkan, doktor mengesahkan dia menghidap sindrom Primordial Dwarfis dan mengesahkan jangka hayatnya hanya kurang setahun," katanya.

Kini, segala andaian itu tidak tepat kerana Charlotte sudah memiliki ketinggian 70sm dan mampu berinteraksi dengan rakan sekelasnya, walaupun masih mengenakan pakaian bayi. - The Mail

Maut selepas juarai pertandingan makan serangga

0 Oktober 2012
Maut selepas juarai pertandingan makan serangga
Archbold jatuh pengsan sejurus dinobatkan sebagai juara pertandingan.
MIAMI - Seorang lelaki tidak sempat meraikan kejayaannya dalam pertandingan memakan serangga di Selatan Florida, apabila meninggal dunia selepas menelan puluhan serangga hidup termasuk cacing, kelmarin.

Pertandingan pelik anjuran kedai Reptilia Ben Siegel itu, disertai lebih 30 peserta yang dikehendaki memakan serangga bagi merebut hadiah utama seekor ular sawa.

Dalam kejadian, Edward Archbold, 32, mengadu tidak sedap badan kemudian jatuh pengsan di hadapan kedai itu sebelum meninggal dunia.

"Badan mangsa mungkin dicemari bakteria atau patogen lain dan saya tidak fikir serangga itu tidak selamat untuk dimakan," kata Profesor Serangga Universiti California, Riverside, Michael Adams.

Michael berkata, ia mungkin berlaku jika individu itu alah terhadap serangga.

Sementara itu, tiada mana-mana peserta lain dalam pertandingan itu mengalami masalah seperti Archbold.

"Kami memohon maaf dan bersimpati  dengan apa yang menimpa Archbold," kata pemilik Ben Siegel. - AP

Pencuri kedai emas ditangkap, dibelasah

10 Oktober 2012
Pencuri kedai emas ditangkap, dibelasah
Lelaki yang mencuri di kedai emas berjaya ditangkap oleh orang ramai selepas dikejar sejauh 200 meter.
KOTA BHARU - Seorang lelaki berusia 20-an dibelasah orang ramai selepas dia dipercayai mencuri di sebuah kedai emas yang terletak di Jalan Buluh Kubu, di sini, kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Suspek tersebut yang dipercayai mencuri seutas barang kemas di kedai berkenaan berjaya melarikan diri sebelum ditangkap oleh orang ramai di Jalan Tok Hakim. Difahamkan suspek tersebut yang berlari sejauh 200 meter itu berjaya ditangkap selepas dikejar oleh orang ramai.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azham Otham ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut.

Beliau berkata, pihak akan menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

Sementara itu, seorang saksi Che Harun Ali, 33, yang merupakan seorang pekerja kedai makan memberitahu, ketika itu dia berada di dalam kedai yang terletak kira-kira 30 meter dari kedai emas tersebut.

Menurutnya, tiba-tiba dia dikejutkan dengan jeritan orang ramai yang meminta bantuan.

“Sebaik mendengar jeritan, saya terus keluar dan diberitahu bahawa seorang lelaki telah mencuri barang kemas dari salah sebuah kedai emas yang berdekatan.

“Apa yang saya diberitahu sejak semalam (kelmarin) suspek ada datang ke kedai tersebut dan berpura-pura untuk membeli emas,” katanya.

Che Harun berkata, difahamkan kelmarin suspek berada di kedai tersebut agak lama bermula dari waktu Zohor sehinggalah jam 4 petang dan memberitahu dia ingin membeli barang kemas.

Pasangan warga emas ingin anak

10 Oktober 2012
Pasangan warga emas ingin anak
Pok Yeh begitu mesra dah bahagia di samping isterinya, Rohani apabila mereka bertemu jodoh di Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa.
Harap isteri kelapannya itu dapat realisasikan impian tersebut

KOTA BHARU - “Sekiranya dikurniakan cahaya mata pakcik akan sembelih seekor kambing buat kenduri,” kata penghuni Rumah Seri Kenangan, Idris Labuh, 72, atau lebih dikenali sebagai Pok Yeh sambil matanya meleret kepada isterinya, Rohani Lee Abdullah, 58.

Walaupun sudah berusia namun Idris tetap berharap dan memasang angan-angan untuk menimbang cahaya mata dengan pasangan yang baru dinikahinya Julai lalu apabila mereka bertemu jodoh di rumah orang-orang tua di sini.

Idris yang belum pernah mendapat cahaya mata walaupun sudah tujuh kali mendirikan rumah tangga berharap isteri kelapannya itu, Rohani dapat merealisasikan impian tersebut.

“Kalau dapat anak perempuan pakcik hendak namakan Farah, jika lelaki pula Mohamed,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Sambutan Warg Emas anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di sini.

Idris berkata, hidupnya lebih bermakna selepas menikahi Rohani apabila isterinya itu menjaga segala keperluannya dan mereka sekarang tinggal di rumah kelamin di Rumah Seri Kenangan.

Dia berkata, walaupun tidak merasa masakan air tangan isterinya kerana sudah disediakan oleh pihak berkenaan tetapi dia cukup bahagia apabila mempunyai teman untuk bergurau senda.

Menurutnya, setiap hari mereka berdua menghabiskan masa dengan bercucuk tanam bersama-sama dan antara jenis sayuran yang ditanam ialah terung, lada dan bermacam-macam lagi.

“Bila sudah berdua, pakcik rasa bersemangat untuk bekerja dan sekurang-kurangnya duit yang diperolehi walaupun sedikit dapat digunakan oleh pakcik dan makcik untuk membeli keperluan lain,” katanya.

Lelaki kecewa layanan hospital pecah cermin kaunter

9 Oktober 2012
amuk
Seorang bekas tentera berusia 40-an dilaporkan mengamuk tiba-tiba di hadapan kaunter pendaftaran di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) hari ini - Foto Bernama
IPOH - Seorang bekas tentera dilaporkan mengamuk dengan memecah cermin kaunter pendaftaran Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan layanan seorang petugas.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Anuar Osman berkata, dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, lelaki berkenaan dikatakan marah apabila petugas kaunter itu enggan menerima wang pendahuluan RM150 bagi membiayai rawatan isterinya daripada jumlah keseluruhan RM800.
  
"Lelaki berkenaan membawa isterinya, seorang warga Indonesia, menjalani rawatan di hospital tersebut dan disebabkan terpaksa menerima rawatan lanjut, dia perlu membayar jumlah kesemuanya RM800", katanya Anuar.
  
Polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu daripada petugas hospital berkenaan dan siasatan sedang dijalankan, katanya.
  
Ketika kejadian petugas terbabit melarikan diri bimbang dicederakan. - Bernama

Tuesday, October 9, 2012

(8 GAMBAR) Arca Yang Diperbuat Dari Tayar Terpakai

Taktau nak buat apa dengan tayar terpakai yang semestinya memakan ruang? Jom jadi kreatif macam mereka ini dengan menghasilkan arca binatang ganas yang begitu awesome dengan hanya menggunakan tayar terpakai. Amazing!








Design Logo kumpulan Dikir Barat

Ni salah satu logo kumpulan dikir barat yang telah di upgrade oleh saya, nama kumpulan ini dirahsiakan sebelum pelancarannya nanti