Saturday, July 4, 2020

Anjing pun 'letih' lihat aksi TikTok


Seorang wanita menjadi tular di India selepas aksinya digigit anjing ketika leka menari sempat dirakam dan dikongsi di laman TikTok baru-baru ini.

NEW DELHI - Video seorang wanita menjadi tular di India selepas aksinya digigit anjing ketika leka menari sempat dirakam dan dikongsi di laman TikTok baru-baru ini.

Priya Golani, berumur lingkungan 20-an, dirakam sedang menari di hadapan sebuah bangunan sebelum tiba-tiba dihampiri seekor anjing liar yang kemudian bertindak menggigit paha gadis itu.

Bagaimanapun, Golani sempat menepis dan melepaskan gigitan anjing tersebut.

Di dalam sebuah video berasingan, Golani dilihat sedang mencuci luka daripada kesan gigitan anjing itu.

Video yang dikongsi itu turut menjadi tular di beberapa laman sosial dan menerima beribu komen dan tanda suka.

Seorang pengguna laman Facebook, Sabira Razilbekova berkata, dia berharap Golani segera berjumpa doktor kerana gigitan anjing liar boleh mendatangkan risiko dijangkiti penyakit berbahaya.

"Saya harap dia segera mendapatkan suntikan vaksin anti-rabies kerana dia berisiko dijangkiti penyakit itu," katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, SreeNivass Saaho pula berkata, pengguna laman TikTok itu sepatutnya lebih berhati-hati dengan persekitaran semasa merakam sebarang video.

"Haiwan juga tidak berminat dengan tarian gadis TikTok. Sepatutnya kamu peka dengan keadaan sekeliling dan anjing itu tidak boleh dipersalahkan," ujarnya. - Agensi

Friday, July 3, 2020

Hotel emas pertama dunia dibuka di Vietnam

SELEPAS 11 tahun dibina, hotel apartmen lima bintang pertama yang disalut dengan emas di Vietnam akhirnya membuka pintunya.

Dikenali sebagai Hotel Dolce Hanoi Golden Lake, ia meliputi 25 tingkat dan menampilkan rekaan berasaskan emas bermula dari sinki hingga ke bumbung kolam renang.

Hotel terbabit menggunakan 5,000 kaki persegi seramik dan ditawarkan pada harga £250 (RM1,334.92) untuk semalam.

Hotel yang dibina di Tasik Giang Vo itu turut menyediakan unit apartment berharga £5,200 (RM27,766.36) bagi setiap meter persegi.

Mangkuk tandas emas
Mangkuk Tandas emas



Hotel Dolce Hanoi memiliki 400 bilik dan akan dikendalikan di bawah jenama 'American Wyndham Hotels'.

Pembinaan hotel berasaskan emas itu membabitkan AS$200 juta (RM857.50 juta).

Thursday, July 2, 2020

Tawaran Internet 1GB percuma dilanjutkan sehingga 24 jam


KUALA LUMPUR: Pengendali telekomunikasi tempatan yang terdiri daripada Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Bhd (TM) melalui unifi mobile, memanjangkan akses kepada penawaran Internet Produktiviti 1GB percuma sehingga 24 jam.

Pelanggan boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk tarikh mula.

Sebelum ini, akses ke internet 1GB percuma bermula dari jam 8 pagi dan 6 petang.

Dalam kenyataan bersama, pengendali telekomunikasi terbabit berkata, semua pelanggan aktif bagi pengendali pasca bayar dan prabayar akan dapat menikmati internet percuma 1GB setiap hari untuk pembelajaran dan alat produktiviti serta keperluan penyemakan imbas, kecuali media sosial, penstriman video, permainan dan penstriman muzik.

"Internet 1GB percuma yang disediakan setiap hari melebihi peruntukan data bulanan pelanggan dari rancangan mereka yang sedia ada, bermaksud pelanggan dapat menebus sehingga 30GB data sebulan secara percuma.

"Pelanggan dinasihatkan untuk merujuk kepada pengendali masing-masing untuk maklumat lebih lanjut mengenai cara menebus tawaran Internet percuma setiap hari dan senarai perkhidmatan yang disertakan," kata kenyataan itu.

Inisiatif bersama internet percuma 1GB setiap hari adalah sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebagai tambahan kepada internet percuma 1GB setiap hari, pengendali akan terus menawarkan akses percuma dan tanpa had kepada pelbagai aplikasi serta perkhidmatan berita yang boleh dipercayai untuk memastikan rakyat Malaysia terus mendapat maklumat terkini mengenai COVID-19.

Senarai ini merangkumi aplikasi MySejahtera dan MyTrace, di samping sumber dan hotline kesihatan penting seperti Hotline CPRC, selain laman web Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

Untuk menyokong pengguna dan perniagaan rakyat Malaysia, pengendali juga menyampaikan pelbagai tawaran prabayar dan pasca bayar yang berpatutan.

Jadi Jutawan Sekelip Mata Pada Tahun 1991, Setelah 26 Tahun Berlalu Ini Yang Terjadi Padanya

Jika anda sudah wujud di dunia ini pada tahun 1991 pasti anda masih ingat dengan rancangan televisyen yang bersiaran di RTM iaitu Kuiz More Jutaria.

Di dalam pertandingan kuiz itu, pemenang ditawarkan hadiah berupa sebuah kereta Ferrari model 328 GTS bernilai lebih RM1 juta.

Ahmad Samerin Dzulkifli ketika itu menang kuiz yang dianjurkan oleh RTM pada usianya 23 tahun.
Pada asalnya dia dihadiahkan kereta Ferrari model 328 GTS tetapi menolak hadiah itu kerana tidak tahu memandu dan dia mahu ditukarkan kepada wang RM1 juta.

Dimanakah Ahmad Samerin Dzulkifli Sekarang?
“Sekarang ini orang pun dah tak tahu(lupa). Saya pergi mana pun bebas dan ini semua demi keselamatan keluarga,” kata Ahmad Samerin Dzulkifli, 49.

Bagi yang masih ingat, lelaki dari Bandar Pusat Jengka, Pahang ini pernah menggemparkan negara 26 tahun lalu apabila menjadi jutawan sekelip mata selepas membawa pulang wang tunai RM1 juta menerusi Kuiz More Jutaria pada 8 September 1991.

Ketika memenangi soalan terakhir kuiz siaran langsung anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dia baru berusia 23 tahun.

Dia ketika dihubungi dia mengakui sengaja ‘menyembunyikan’ diri kerana tidak mahu lagi menonjol di khalayak di sebalik kisahnya yang pernah bergelar jutawan sebelum ini.

“Memang ramai hendak tahu (kisah) saya tetapi sengaja saya tidak mahu keluarkan balik cerita kemenangan dahulu atas pelbagai sebab.

Bermula dengan kedai basikal ketika berusia 23 tahun, Ahmad Samerin Dzulkifli tiba-tiba bergelar jutawan apabila memenangi “Kuiz More Jutaria” di RTM.

Dengan hadiah RM1 juta, lelaki dari Jengka Pahang itu tenggelam daripada tumpuan masyarakat dengan alasan “menyembunyikan diri” demi keselamatan diri dan keluarga.

Buat Apa Dengan Duit RM1 juta?
Kedai basikalnya sebelum ini diserahkan kepada adiknya untuk diuruskan. Hasil wang lumayan itu, beliau dengan gaya hidup sederhana menguruskan kedai elektrik di Bandar Baru Jengka.

Selebihnya wang itu, yang dimenangi daripada acara TV paling popular pada 1991, dilaburkan dalam perniagaan.

PELAPORAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD)

Monday, June 29, 2020

Eksklusif : Tutorial buat bunting dan banner. Sangat mudah.


Eksklusif : Tutorial buat bunting dan banner. Sangat mudah. Saya ajarkan A-Z. Lepas ni tak perlu tempah kat kedai dah bunting. Khas untuk cikgu-cikgu di Malaysia dan sesiapa sahaja, Kalau bermanfaat sharelah ramai-ramai. CM juga ada upload video ni di page FB Moka Creative. Jangan lupa tekan like page https://www.facebook.com/MokaCreativeEnterprise/ dan subscribe channel you tube MOKA CHANNEL tanda sokongan untuk saya. Banyak lagi yang saya akan kongsikan nanti! Sekiranya ada soalan boleh ajukan dalam komen dibawah.

 Link untuk download photoshop : https://cikgumoka.blogspot.com/2020/06/muat-turun-adobe-photoshop-cs3-portable.html

 video tutorial dibawah ini :

Saturday, June 27, 2020

MUAT TURUN (Adobe Photoshop CS3 Portable)

CARA PENGGUNAAN :
1. DOWNLOAD Perisian ADOBE PS3 PORTABLE di link berikut :
https://drive.google.com/file/d/0B3MgJxp1l4hZeS0wS1R5cFNvUUE/view?usp=sharing

2. Extract file yang selesai di download (file size 48Mb)

3. Ready to use !

Friday, June 26, 2020

BAHAN POSTER, BANNER, BUNTING, KARTUN COVID - 19

Koleksi kartun, poster, banner dan bunting untuk ditampal disekolah, yang di kumpul facebook dan web kkm. Kumpul sini senang untuk cikgu-cikgu simpan kat wall masing-masing. Credit kepada Bbm nafsiah, Projek Grafik, HEM SK Iskandar Shah, Cikgu Yanti Mat Isa, Raihan Syazwani Ghazi, Mohammad Tarmizi Lut, Nor Haniza‎, Cikgu Ratna, owner-owner facebook yang gigih buat dan share bahan COVID-19. Jangan lupa tekan like page yer cikgu!