Monday, March 31, 2014

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

Sedangkan lidah lagi tergigit
Apa pula suami isteri

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti berpakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon ampun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi
 


"Sedangkan lidah lagi tergigit..
apa pula suami isteri.."

Rumah tangga itu sebenarnya kasih dan sayang. Juga pertemuan dua insan yang berlainan sikap dan sifatnya. Jika seorang lemah-lembut sikapnya pasti yang seorang lagi kasar sedikit tindakannya. Bukankah Allah itu Maha Pencipta?

Usahlah terus bermusuhan...

Kenanglah semula detik indah bersama..




Sekurang-kurangnya kita pernah makan bersama-sama~




Sekurang-kurangnya kita pernah minum bersama-sama~




Sekurang-kurangnya kita pernah luangkan masa bersama-sama~


................................................................................................................

Maafkanlah kesalahanku
nescaya engkau kekalkan cintaku kepadamu
dan janganlah engkau bicara
saat kemarahanku sedang memuncak

Jangan sekali-kali kau kipasi kemarahanku
seperti engkau memukul rebana
kerana sesungguhnya engkau tidak mengetahui
bagaimana sikap orang yang tidak terkendali

Jangan engkau banyak mengeluh
kerana ia akan mengikis cinta
dan hatiku ini akan berubah menolakmu
kerana tabiat hati itu tidak tetap

Sesungguhnya kulihat cinta dalam hati ini
bila berpadu dengan rasa benci
dalam waktu yang singkat rasa cinta itu akan hilang

>..........................................................................................<



:.. Berbahagialah engkau dengan hidup ini sebelum mati
dan petiklah bunga itu sebelum datang musim gugur ..:

"Kebahagiaan orang beriman adalah dengan mencintai Allah.
Cinta kepada
Allah adalah kebahagiaan yang dasarnya lebih dalam dari setiap sesuatu
yang dalam. Hanya mereka yang sungguh-sungguh berimanlah yang dapat
merasakannya. Dan, perasaan itu tidak boleh digantikan."

 

Friday, March 28, 2014

ABC special terbaik

ABC terbaik yang CM pernah makan. Marvellous betul. Kalau ada masa lapang dan teringin nk makan abc kat seksyen 2, Shah Alam ada jawapannya. Tengok la gambar dibawah ni. Mana tak terliur sape yang melihatnya. Dah banyak kali dah pergi makan nih dan kalau datang sini kat medan selera mesti CM akan order ABC special. Specialnya abc ni ada aiskrim dan anggur.  Sape2 yang rasa teringin nak makan abc special ni silalah ke medan selera seksyen 2 Shah Alam sebelah UiTM tu jer. Terbaikk la ABC kat sini. Hehehe... ada kawan CM tu bila CM pos kat group what's up, meleleh air liur dia sampai x sabar nak g makan. Hahaha.. ok jom ramai2 makan ABC special kat seksyen 2 Shah Alam. Lepas makan leh lepak kat Taman Tasik Shah Alam sambil cuci mata yer hahaha.

Sizzling yee mee

Kalau pergi ke tesco x sah kalau x mkn benda nih iaitu sizzling.  Favourite CM nih. Pertama kali makan dulu lupa dah tahun bila. Tapi bila dah start makan benda ni jadi sedap pulak. Mula2 takut gak nak cuba dulu tapi sekarang menu wajib order kalau pergi ke tesco. Kat bawah ni sizzling yang Cm order  masa gi kat tesco semalam manakala chicken chop tu wife CM order tapi CM kena habiskan. Adieb lak makan nasi air ani sup utara ada kat tesco. Air wajib lak tembikai manakala wife CM order air nenas. Bestttt :)

Wednesday, March 26, 2014

Cendol Bakar Taman Melati MRR2

Cuti sekolah orang lain balik kampung tapi CM x blik kg pun. Sebabnya mak dh dtg sini sempena cukur jambul cucu dia iaitu anak kepada adik CM di selayang baru. Sebab tu CM x balik. Nak dijadikan cerita CM buat la main teka teki kt group what's up tentang kueh LUT CHUK nih. Ada la sorang cikgu tu jawab betul dan janjinya nak bagi rasa makan kueh nih. Apa lagi, CM survey la kt mana nal dpt benda nih. Aduiii. Nasib baik jumpa kat gombak. CM pun what's up la orang yang jual benda nih. Dia pun balas blh COD lepas pkl 7 sebab tengah kerja tapi kalau nk ambik blh dtg kat kedai dia cendol bakar kt MRR2.  Tambah2 cuaca yang panas nih CM setuju nak gi ambik sambil.makan cendol bakar. Kalau sebelum ni yang cm tahu cendol bakar kat Kuala Selangor tapi sekarang dah ada cawangan kat Taman Melati Gombak. Peniaga tu orang Kelantan. Rasanya blh la dan sama jer tempat lain. Tapi keistimewaan kat sini ada drive thru dan macam2 menu lain lagi. Lebih santai la kiranya. Dengan cuaca yang panas agak best jugak makan benda nih. CM order cendol pulut durian harganya RM4.50 dan yang lain2 sebab CM dtg dgn keluarga CM order cendol bakar jer RM3.00. Hehehe jimat sikit :). Lepas tu CM order mee bandung yang lain x order pun. Rupanya tuan yang jual lut chuk tu tokei kedai cendol bakar. Sembang2 dengan tokei kedai dapat diskaun makan cendol bakar hahaha. Harga lut chup tu agak mahal la tapi dah janji nak bagi terpaksa la beli huhu..  :) harga satu kotak RM25 tapi xper sebab nak rasakan,  lepas ni kalau nak makan kena beli kt kelantan la murah sikit kat sini mmg la mahal. Huhu
 
Layan diri yer 

cendol pulut tapai dan cendol bakar 

Mee Bandung
 
Lut Chuk
 

Wednesday, March 19, 2014

Menjadi diriku

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Wajahku ya memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Kuakui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekukurangan
Menjadi diriku
atas kelebihanku

terimalah aku, seperti apa adanya
aku hanya insan biasa, tak mungkin sempurna
tetap kubangga, atas apa yang kupunya
setiap waktu kunikmati, anugrah hidup yang kumiliki

Wednesday, March 12, 2014

Macam Popeye

Ahli bina badan di Brazil meletakkan diri mereka dalam bahaya apabila menyuntik diri mereka dengan alkohol dan bahan kimia yang boleh membawa maut semata-mata untuk membesarkan otot.

Arlindo de Souza mempunyai otot lengan berukuran 73 sentimeter - yang terbesar di Brazil- selepas mengambil suntikan berkenaan yang menyebabkan otot badan kelihatan bengkak seperti karakter kartun Popeye.

Namun, dia sendiri mengakui tindakannya memberi kesan berbahaya kepada dirinya.
Di antara mereka yang menggunakan kaedah itu, ada yang terpaksa dipotong lengannya akibat jangkitan, tidak kurang juga yang meninggal dunia.


CM teringin nak body berketul-ketul. Tapi tak macam.gambar kat atas tu. Menyeksa diri buat apa kan. Biar la tak jadi gitu pun, menakutkan betul. Macam sekarang pun dah syukur dah.

Logo atau lencana SKKJ2

 Ni merupakan logo atau lencana sekolah SKKJ2 atau SK Kampung Jawa 2, Klang yang telah diedit oleh CM untuk bagi nampak jelas dan bersaiz besar sikit. Kalu sebelum ni nak buat apa2 untuk sekolah susah nak cari logo yang jelas. kalau ada pun yang kecik tu pun kat facebook sekolah. Bila dibesarkan jadi pecah. Jadi CM mengambil inisiatif untuk mengedit balik bagi nampak jelas dan bermutu sikit. Jadi kalau cikgu2 SKKJ2 nak cari logo sekolah nak buat banner atau apa2 pun senang la lepas ni kan. Ok boleh download dan simpan kat komputer masing2 yer. 




Monday, March 10, 2014

Pray For MH370



Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, tiada Tuhan selain Allah dengan kekuasaan-Mu, tiada Tuhan selain Allah dengan hak-Mu, dengan kemuliaan-Mu, dengan rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi; ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad.

Ya Allah Ya Tuhan kami, kami hamba yang lemah lagi hina dan dina ini memohon seribu rahmat dan keberkatan dariMu, golongkanlah kami dalam golongan orang-orang yang Engkau redhai, tanpa redhaMu, tiadalah ertinya kehidupan kami, maka kepadaMu kami memohon, redhailah permohonan kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Mengumpulkan manusia pada suatu hari yang tiada keraguan di dalamnya, sesungguhnya Engakau tidak pernah mengingkari janji-Nya, kumpulkan kembali kesemua penumpang dan Anak kapal Pesawat MH 370 dalam keadaan yang selamat..

Ya Allah, perkenankanlah doa-doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa-doa kami ini, ya Allah. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya, ya Allah. Jika Engkau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya, ya Allah. Bantulah kami ya Allah. Redhailah kami Ya Allah, Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

#PrayForMH370

Tuesday, March 4, 2014

Tak perlu sebab untuk sayang seseorang ;)

Bila kita sayang kan seseorang bukanlah kerana dirinya sempurna. Tapi kerana dia membuatkan kita rasa sempurna bila bersamanya.

Bila kita sayang kan seseorang bukanlah kerana dia selalu membuatkan kita gembira tapi kerana dia mampu membuatkan kita tersenyum bila bersama dengannya.

Bila kita sayang kan seseorang bukanlah kerana dia mampu menghilangkan rasa kedukaan kita ketika kita sedih. Tapi kerana dia mampu membuatkan diri kita tenang bila bersama dengannya.

Bila kita sayang kan seseorang bukanlah kerana diri dia selalu sependapat dengan kita, tapi sebab dia boleh bertolak ansur dengan kita.

Sebenarnya bila kita sayang kan seseorang adalah sebab itu adalah dirinya =)

Fitnah gaya moden lagi dahsyat!



"Memfitnah itu sama seperti memakan daging saudara sendiri"
Tapi kenapa kan masih ramai lagi yang suka menabur benih-benih fitnah. Yang semakin membajanya nanti orang yang mendengar. Kalau bubuh racun xpe gak. Terhenti lah juga fitnah tu nak tersebar. Tapi kalau yang mendengarnya tu pun sama gak suka membuat gosip, makin subur lah tanaman fitnah itu. Hasilnya??
Hasilnya nanti tentulah orang yang memfitnah itu dapat saham dosa. Allah itu Maha adil. Oleh kerana fitnah yang kita buat tu telah menyakitkan dan memburukan orang yang difitnah, makanya Allah berikan segala pahala setiap kali dirinya difitnah. Maha suci Allah!
Fitnah ni juga diibaratkan seperti virus. Lebih bahaya dari virus HIV!!
Kenapa??
Sebab fitnah tu akan lebih cepat tersebar daripada virus. Kalau tak, masa kan wujud pepatah,
'Mulut tempayan boleh ditutup tapi bukan mulut manusia'

"Memfitnah itu lebih teruk daripada membunuh"

Disebabkan sebaran fitnah yang dibuat, habis semua berantakan. Suami isteri bercerai berai. Kawan bermusuh-musuh, adik beradik bermasam muka.
Sayang pon boleh jadi benci.
Betapa dahsyatnya fitnah!!
Tidak hairanlah kenapa boleh dikatakan bahawa fitnah ni akan menjatuhkan ummah. Kalau ummah atau masyarakat dah jatuh, x mustahil negara pun akan jatuh. Dahsyatnya fitnah!
Sayang kan seandainya dulu kita sama-sama kawan, berkasih sayang, bekerjasama tapi disebabkan timbulnya fitnah menjadikan sesebuah hubungan tu renggang. Ketahuilah bahawa bukan semua kawan kita suka melihat kebahagiaan kita. Nak2 lagi kalau kita percayakan kawan ni, tapi rupa-rupa nya dia lah musuh dalam selimut!





Dia baik2 dengan kita tapi rupanya dalam 'kebaikan' tu dia sengaja mencari kelemahan dan berceritakan keburukan kita pada orang lain. Apa jenis manusia kah sebegini??

Fitnah sekarang lebih canggih. Kalau dulu orang membuat fitnah kena pergi rumah ke rumah, dorm ke dorm, meja ke meja. Tapi disebabkan dunia serba canggih dan moden ni lah semakin ramai yang suka membuat fitnah. Dengan cara apa? Bagaimana?

Facebook! Cukup mudah! Hanya dengan membuat satu status memburukan seseorang, sekali kita post je, ramai yang akan like dan komen. Maka dengan mudahnya fitnah bertaburan diseratanya. Cukup2 lah menyebarkan keburukan orang.

Setiap orang ada keburukan masing-masing. Bukan beerti kita terlepas dari keburukan, dan orang tidak mengetahui. Tapi ketahuilah bahawa Allah masih menjaga aib kita! Tapi kalau kita dah selalu sangat mengaibkan orang, x mustahil aib kita sendiri akan terbuka. Masya Allah!

Nak2 lagi kaum perempuan, duduk plak dekat sekolah yang semua perempuan..huu. Ada2 saja gosip liar yang nak dijadikan bahan cerita. Tak cukup memfitnah kawan, cikgu pun sama di fitnah. isk2..

Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan mereka yang suka menabur fitnah!

 http://harus-redha.blogspot.com

Rahsia Hati Tak Siapa Tahu





"Hidup tak akan menghargai kalau kita tak rasa kehilangan"

Saye kah insan yang tak pandai menghargai tu? Semua yang berlaku kadang-kadang di luar kemampuan kite. Kadang-kdang kita tak sedar perbuatan kita dah buat hati orang lain terluka, terkecil hati. Tapi semua yang terjadi bukan lah sebenar apa yang tersirat dalam hati. Myb die tak maksudkan macam tu. Tapi susah nak diluahkan dengan kta-kata. Sebab bukan semua benda boleh secara mudah untuk berterus-terang. Sebab kenyataan tu biasanya tak seindah apa yang di impikan.

Kadang-kadang seseorang boleh berubah jadi orang lain. Tapi pernah tak orang sekeliling nya faham apa ada dalam hati die? Manusia memang bijak berkata-kata. Tapi pernah tak kita fikirkan apa sebenarnya die maksudkan. Apa yang sebenar ada dalam hati die? Adakah yang diucapkan tu semua memang jujur dari hati die? Kita jarang dan malas kadang-kadang nak amik tau semua tu. Yang kita tau cume salahkan die, lepas tu fikir yang bukan-bukan pasal die.

Sebab tu lah kadang-kadang berterus-terang lagi baik kan. Walaupun menyakitkan, sekurang-kurangnya kita boleh perbaiki kelemahan diri. Sebab kita tak nak kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup ni. Itu adalah satu perkara yang amat menyakitkan sebenarnya. Sekurang-kurang nya bila kita berterus-terang masalah dan salah faham boleh setle. Daripada berdiam diri, masing-masing akan fikir macam-macam. Tak nak macam tu. Sebab.... saya tak nak rasa kehilangan lagi...

Kadang-kadang kita lihat seseorang tu happy go lucky je. Pernah tak kita fikirkan apa dalam hati die?. Bukan semua orang yang nampak happy di luar sama macam apa dalam hati die. Sebab semua tu cuma nak pujuk hati sendiri. Nak buat-buat happy untuk orang sekeliling die rasa die ok. Dan buat semua orang yang die sayang tu happy, tak nak risau kat die.

Tapi kadang kala kita tak akan kuat untuk hadapi keseorangan. Sebab kita cuma manusia biasa. Akhirnya kita terpaksa korbankan semua kemahuan dan kehendak hati kita untuk nya.

Dan sekuat mana pun kita, pada suatu masa bila kita keliru dengan semua itu, dan kita tak tahu nak buat apa lagu.. kita cuma boleh cakap dalam hati,

" Saya mintak maaf, tak ada niat nak sakitkan hati awak........!! 
 
 http://harus-redha.blogspot.com

Jom hargai orang lain ;)


Ucapkan terima kasih dengan penuh ikhlas pada sesiapa jua yang membantu, menegur dan yang memberikan anda senyuman. Berikan mereka tanda penghargaan dengan ucapan 'thank you' atau 'terima kasih' yang ikhlas, seikhlas yang mungkin sehingga rasa keikhlasan tu meresap jauh ke dalam hati anda, sejauh dan setulus yang mungkin.

Dengan ini, anda dapat membentuk diri anda menjadi seorang yang pemaaf, malah dalam jangka masa panjang dapat menghalang emosi negatif dari menompok tebal di minda anda. Jika terdapat banyak emosi negatif berkumpul di sekeliling kita, ia membentuk ‘tembok’ yang sukar ditembusi dan menyebabkan motivasi tidak berkesan selagi ‘tembok’ ini tidak dipecahkan.

Beri penghargaan pada mereka yang berada berdekatan dengan anda. Di waktu pagi, hargai ibu anda yang menyediakan sarapan untuk anda dengan ucapan terima kasih setulus hati supaya dia rasa cukup dihargai. Hargai jasa ketua anda yang telah mengambil anda sebagai pekerjanya di organisasi miliknya. Hargai kekasih anda yang selalu menyayangi anda dan menjadikan anda penyeri hidupnya.



Akhir sekali, hargai Allah s.w.t kerana telah memberi anda nyawa, kecerdikan dan peluang untuk anda hidup bagi membolehkan anda buat yang terbaik hari ini, lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Jadikan pencapaian hari ini sesuatu yang terbaik buat diri anda! Jika kita melatih diri untuk menghargai orang lain, mereka akan menghargai kita juga.

Sahabat kerana Allah




Alangkah beruntung nya jika mempunyai sahabat seperti ini kan. Tapi dalam kehidupan sekarang agak sukar kita mendapatkan sahabat yang seperti ini. Mungkinkah kita mendapat sahabat seperti yang di inginkan ini?
Jawapan nya mudah sahaja. Untuk mendapatkan sahabat yang baik kita terlebih dahulu haruslah cuba menjadi baik. Sebenarnya kan.. "What you GIVE you GET back". 

Terlebih dahulu kita mestilah memjadi seorang sahabat yang baik. Barulah kita akan ditemukan dengan yang baik juga. Dan Allah juga telah berjanji, sekiranya kita ingin berubah menjadi baik maka DIA akan 'kirimkan' orang yang baik-baik untuk bersama dengan kita.

Pernah tak rasa cemburu dalam bersahabat? Pasti pernah kan terlintas dalam hati jika sahabat kita itu melebihkan kawan yang lain daripada kita. Perkara macam ni biasa nya akan cepat melanda kaum hawa. Sebab perempuan ni memang kuat cemburu. Dia akan cepat terasa atau lebih mudah dikatakan cemburu kalau ada kawan baik dia berkawan dengan yang lain. 


Usah katakan anda, saya sendiri pernah berperasaan sebegini. Tapi semakin hari kita akan cuba perbaiki diri. Sebenarnya kita tidak harus ada perasaan sebegini dalam bersahabat. Sebab dalam persahabatan yang dibina kita haruslah meniatkan nya semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Barulah berkat. kan?!

Jadi jika kita bersahabat kerana Allah kita tidak harus mengongkong kawan kita hanya untuk kita sahaja. Usah terlalu risau dia bersahabat baik dengan semua teman-teman yang lain. 

BERSAHABAT dan SAYANGI dirinya IKHLAS kerana Allah..


Tidak perlu cemburu jika dia mempunyai ramai kawan lain. Tetapi cuba jadikan diri kita ISTIMEWA sebagai sahabat dan bukan sekadar kawan dihatinya.. :-)


Ketahulilah...

Persahabatan yang terjalin atas landasan kerana Allah s.w.t, menjanjikan sesuatu yangt amat bermakna sebagaimana perbuatan ibadah lain. Betapa indahnya persahabatan yang dibina atas dasar kecintaan dan untuk mendapat keredhaan Allah kan? :)

Jadilah seorang sahabat yang jujur. Kerana sahabat yang baik bukan yg hanya membenarkan kata-kata. Tapi dia adalah seseorang yang mampu bercakap benar dengan kita. Sahabat yang jujur adalah peneduh jiwa dan pententeram hati di saat senang dan penglipur lara di saat ditimpa musibah. 

SAHABAT SEJATI adalah dia yang SANGGUP berada DI SISI mu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu dia sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan :)



Rasullullah s.a.w sendiri pernah bersabda :

"Sesungguhnya orang yang kali pertama beroleh kesempatan meminum air telaga pada hari kiamat adalah orang yang saling mencintai kerana Allah"

Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak akan mendapat iman sebelum kamu mencintai saudara mu seperti mana kamu mencintai diri mu sendiri.

Apabila dua orang yang saling mencintai bertemu, satu sama lain berjabat tangan, maka berguguran dosa-dosa keduanya laksana gugurnya dedaunan kering pada pohon pada musim kering.
Jadi atas dasar inilah saya sedikit sebanyak cuba mengubah persahabatan yang terjalin dengan niat kerana Allah. Moga ukwafillah antara saya dan sahabat itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Sebab saya tidak hanya mahu menjadikan dia sahabat di dunia sahaja. Kerana jika kita ikhlas bersahabat kerana Allah maka Allah akan pertemukan kita dengan sahabat itu jua diakhirat kelak. Subhanallah. Betapa persahabatan itu sangat bernilai di sisi Allah. 

Jadi cubalah bersahabat dengan berlandaskan kerana Allah. Tidak perlu berasa iri hati dan cemburu. Dengan sendirinya kita akan ikhlas melakukan semua kebaikan untuknya semata-mata kerana Allah.
 
 http://harus-redha.blogspot.com

Antara permata dan batu


Sesekali kita perlu berhenti mengejar dan kembali menoleh ke belakang untuk melihat apa yang kita telah tinggalkan untuk kita perbaiki dan belajar menghargai sesuatu yang pernah menyentuh kehidupan kita :)

Yups sangat setuju. Dalam kita sibuk mengejar apa yang kita impikan sering kali kita meninggalkan mereka yang telah dan pernah memberikan kebahagiaan kepada kita. Sebab memang sifat manusia itu tidak tahu menghargai apa yang ada. Bila kita bersendirian barulah kita teringat kembali semua tu. 

Tapi tak mungkin kan orang yang pernah kita tinggalkan dahulu akan kembali seperti biasa. Sebab tu lah hidup mesti diteruskan dan cuba jadikan pengajaran apa yang pernah kita buat tu sebagai petunjuk untuk kita menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Tak semua orang akan dengan mudah melupakan apa yang kita dah buat pada dia. Tu lah silap diri sendiri sibuk mengejar sampai kita tercicir sesuatu yang berharga yang pernah hadir dalam diri kita dan membahagiakan kita suatu ketika dahulu.

Moral of the story...

Jangan lah mudah membiarkan mereka yang menghargai kita dan mengambil berat terhadap kita. Mungkin masa tu kita rasa 'rimas'. Tapi sedar lah kita akan menyesal bila kita dah abaikan dia..huu
 
 http://harus-redha.blogspot.com

Ikhlas ker dia maafkan kita?

Maaf mudah diucapkan, mudah memaafkan..tapi benar-benar ikhlas kah seseorang memaafkan kita? Sesungguhnya melafazkan itu mudah, tapi untuk IKHLAS itu adalah sukar. Sebab tu orang kata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. (xkan banyak2 kali kut) hahaha,
Membenci dan melupakan orang yang pernah kita sayang adalah suatu perkara yang amat sukar dilakukan. Lebih-lebih lagi kalau dia kawan kita yang dulu selalu sama-sama dengan kita. Mudah menyatakan yang ,
"Aku benci ko"

"Aku dah lupakan semua pasal ko, jangan ganggu aku!"
Tapi betul ke apa yang kita maksud kan tu? Hakikatnya adalah amat sukar untuk kita melupakan seseorang yang pernah kita sayang. Tak kisah lah pada saat ini diri nya sedang membenci atau sudah melupakan kita. Mulut kata lain, hati kata lain..isk2
Firman Allah bermaksud : "Dan perbuatan bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa.
Surah Al- Baqarah, ayat 237
Mungkin dia itu adalah kekasih, mungkin juga dia adalah kawan, mungkin juga dia adalah saudara mara kita dan sebagainya. Tak kisah lah siapa pun gerangan nya yang pasti nya dia adalah seseorang yang telah membuatkan kita 'merasakan' sesuatu perasaan. Suka, duka..dia lah yang telah menyentuh hidup kita. Dia lah insan yang pernah kita sayang =)

Walaupun kadang-kadang kita cuba hantar sms dengan niat, everything gonna be okay! Everything will back to normal. Tapi ketahuilah, MEMAAFKAN ITU MUDAH, tapi tidak untuk MELUPAKAN. Mungkin kita hanya boleh berdoa suatu hari nanti akan terdetik di hati dia nak sms kita bertanya khabar. Mungkin, mungkin..mungkin suatu hari nanti.

وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْ‌ۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ
"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] : 22)
Atau mungkin kita perlu BERHENTI BERHARAP untuk semua tu berlaku. Mungkin...segalanya mungkin. Apa yang mampu kita buat adalah serahkanlah semuanya pada yang telah mengurniakan rasa sayang antara kita.
Mungkin sebab rasa marah dan kecewa kita dah remove dan block dia dari friend list Fb kita. Waktu tu bila tengah sedih, kononya kita nak lupakan dia. Jangan kan gambar dia yang kita dah pulangkan, Fb dia pon kita tak sanggup nak tengok. Block terus tu! Dahsyat!
hahaha, itulah sifat manusia, bila ada kita tak hargai. Bila dah tak da, baru kita tercari-cari. Mula lah rasa menyesal apa yang penah terjadi. Itulah sifat manusia, termasuk lah aku..hehe
Mula lah kita nak cari tengok balik gambar-gambar waktu sama-sama. Mula lah kita nak add balik dia kat Fb. Tapi pernah tak kita terfikir, boleh kah seseorang menerima apa yang penah kita buat kat dia?? Malang nya dia tak accept pon request frend dari kita dah..huu..Bersalah macam mana pun tak mungkin semua akan kembali. Lepas tu kita mula lah pk,
"If I could, i want turn back the time and try again"..huuu
Tapi tu adalah mustahil. Tapi apa yang kita boleh buat adalah, redha, teruskan hidup seperti biasa dan BELAJAR DARI KESILAPAN. Berdoalah semoga suatu hari nanti semuanya akan kembali baik-baik sahaja. Semoga dia akan benar-benar ikhlas memaafkan kita. Atau mungkin dia dah memaafkan cuma susah nak lupakan apa kita dah buat kat dia.
"MANUSIA YANG BENAR-BENAR BERANI ADALAH MEREKA YANG BERANI MENGAKUI KESILAPAN DAN MEMINTA MAAF"
sumber :
 http://harus-redha.blogspot.com/2012/03/ikhlas-ke-memaafkan.html?m=1

Adieb is two dah

5.3.2014 maka genaplah umur Muhammad Qhalief Adieb 2 tahun. Sekejap jer masa berlalu pejam celik dah masuk dua tahun dah umur dia. Walaupun adieb ni agak 'cergas' kat rumah namun CM x pernah  rasa geram kat dia. Kadang2 tu ada jgk nak marah tetapi sekejap jelah. Sebabnya adieb ni pandai ambik hati papa n mama dia kalau buat salah. Kalau  CM ada masalahkan,  CM akan peluk dan cium adieb. Segala masalah akan hilang. Adieblah pengubat duka dan lara papa. Betapa CM syg sgt2 kat Adieb n x blh nak gambarkan dengan kata2. Apa saja yang adieb nak mesti akan cuba CM tunaikan. Gelagatnya kat rumah sangat menghiburkan hati CM. Ya Allah ya Tuhanku, kau jadikanlah anak ku anak yang soleh, anak yang taat perintah ibu bapa, anak yang pintar, dan panjangkanlah umurnya serta berikanlah kesihatan yang baik untuknya. CM tak mampu hidup tanpa adieb dan adieb adalah segalanya dalam hidup CM. Sayang sangat2 kat Adieb.

Monday, March 3, 2014

Baru dapat idea



Setelah hampir sebulan dok fikir macam mana nak mulakan majalah sekolah ni akhirnya ptg ni baru dpt idea. Ideanya simple jer guna word jer buat. Tak payah nak susah2 fikir nak guna software pelik2. Sebelum ni CM ada google cara bak buat majalah dan yang terbaik nak buat majalah dengan menggunakan adobe indesign. CM pun pergilah beli software tu. Mula2 x reti nak buat tapi lama2 dok belajar dengan you tube akhirnya pandai la sikit2.  Huhu. Tapi Walaupun terbaik ia agak rumit nak masukkan gambar dan susun gambar. Nak kata rumit tu tak la jugak cuma kalau buat dengan software tu dia akan ambik masa sikit. Jadi benda yang paling senang sebagai permulaan nak buat majalah ni CM akan guna word jer taip. Untuk gambar2 lak CM akan guna photoshop. Dah edit dengan photoshop baru CM akan masukkan  ke dalam word. So senang n simple dan cepat buat kerja. Lagi pun bahan2 nanti semuanya dalam bentuk word. Copy paste jelah nanti. Ok untuk permulaan malam ni akan cuba buat reka bentuk cover dan beberapa gambar aktiviti akan di masukkan ke dalam microsoft word. Yeahhh walaupun sibuk CM tetap akan buat sendiri dulu. Kalau CM x bergerak, orang lain pun x akan bergerak. Dah kita yang cari penyakit jadi kena tanggung la bebanannya... semoga dipermudahkan semuanya amin....

Saturday, March 1, 2014

Dah mtk izin kambing katanya...

Lawak giler CM baca tajuk berita nih. Ada ker mengaku x bersalah sebab dia ckp dh mtk izin dengan kambing. Apa punya kambing la manusia ni hahaha...
Abuja: Seorang penduduk kampung di Nigeria ditahan kerana berasmara dengan kambingnya tetapi tetap berkeras mengatakan dia tidak bersalah kerana sudah meminta kebenaran terlebih dulu daripada haiwan itu.
Menurut laporan media semalam, Malam Kamisu Baranda diserahkan kepada polis oleh ketua kampung di Dutse sebelum direman. 
Lelaki berusia 20 tahun itu mengakui berasmara dengan kambing sebanyak 10 kali sebelum ini. 
Alasan Baranda?
Dia mengulangi perbuatan itu kerana haiwan berkenaan benar-benar memuaskan nafsunya sehingga dia tidak berminat menjalin hubungan cinta dengan wanita.
Baranda berkata, dia membawa kambing berkenaan ke hutan berhampiran kediamannya untuk mengelak daripada rasa malu ketika melakukan perbuatan itu. 
Katanya, dia hanya berasmara dengan kambingnya sendiri, selain turut meminta kebenaran daripada haiwan itu sebelum berasmara. 
Dia juga mendakwa tidak faham mengapa berasmara dengan haiwan adalah satu kesalahan. 
Baranda memberitahu jika dia tahu perbuatannya itu salah, dia tidak akan melakukan demikian. 
Ketua majistret Dutse kemudian mengarahkan Baranda dipenjara dua minggu atas kesalahan itu.- Agensi