Setelah hampir sebulan dok fikir macam mana nak mulakan majalah sekolah ni akhirnya ptg ni baru dpt idea. Ideanya simple jer guna word jer buat. Tak payah nak susah2 fikir nak guna software pelik2. Sebelum ni CM ada google cara bak buat majalah dan yang terbaik nak buat majalah dengan menggunakan adobe indesign. CM pun pergilah beli software tu. Mula2 x reti nak buat tapi lama2 dok belajar dengan you tube akhirnya pandai la sikit2. Huhu. Tapi Walaupun terbaik ia agak rumit nak masukkan gambar dan susun gambar. Nak kata rumit tu tak la jugak cuma kalau buat dengan software tu dia akan ambik masa sikit. Jadi benda yang paling senang sebagai permulaan nak buat majalah ni CM akan guna word jer taip. Untuk gambar2 lak CM akan guna photoshop. Dah edit dengan photoshop baru CM akan masukkan ke dalam word. So senang n simple dan cepat buat kerja. Lagi pun bahan2 nanti semuanya dalam bentuk word. Copy paste jelah nanti. Ok untuk permulaan malam ni akan cuba buat reka bentuk cover dan beberapa gambar aktiviti akan di masukkan ke dalam microsoft word. Yeahhh walaupun sibuk CM tetap akan buat sendiri dulu. Kalau CM x bergerak, orang lain pun x akan bergerak. Dah kita yang cari penyakit jadi kena tanggung la bebanannya... semoga dipermudahkan semuanya amin....
0 Komen:
Post a Comment