Maaf mudah diucapkan, mudah
memaafkan..tapi benar-benar ikhlas kah seseorang memaafkan kita?
Sesungguhnya melafazkan itu mudah, tapi untuk IKHLAS itu adalah sukar. Sebab tu orang kata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. (xkan banyak2 kali kut) hahaha,
Membenci dan melupakan orang yang pernah kita sayang adalah suatu perkara yang amat sukar dilakukan. Lebih-lebih lagi kalau dia kawan kita yang dulu selalu sama-sama dengan kita. Mudah menyatakan yang ,
"Aku benci ko"
"Aku dah lupakan semua pasal ko, jangan ganggu aku!"
Tapi betul ke apa yang kita maksud kan tu? Hakikatnya adalah amat sukar
untuk kita melupakan seseorang yang pernah kita sayang. Tak kisah lah
pada saat ini diri nya sedang membenci atau sudah melupakan kita. Mulut
kata lain, hati kata lain..isk2
Firman Allah bermaksud : "Dan perbuatan bermaaf-maafan (halal-menghalalkan) lebih dekat kepada taqwa.
Surah Al- Baqarah, ayat 237
Mungkin dia itu adalah kekasih, mungkin juga dia adalah kawan, mungkin
juga dia adalah saudara mara kita dan sebagainya. Tak kisah lah siapa
pun gerangan nya yang pasti nya dia adalah seseorang yang telah
membuatkan kita 'merasakan' sesuatu perasaan. Suka, duka..dia lah yang telah menyentuh hidup kita. Dia lah insan yang pernah kita sayang =)
Walaupun kadang-kadang kita cuba hantar sms dengan niat, everything
gonna be okay! Everything will back to normal. Tapi ketahuilah, MEMAAFKAN ITU MUDAH, tapi tidak untuk MELUPAKAN.
Mungkin kita hanya boleh berdoa suatu hari nanti akan terdetik di hati
dia nak sms kita bertanya khabar. Mungkin, mungkin..mungkin suatu hari
nanti.
وَلۡيَعۡفُواْ وَلۡيَصۡفَحُوٓاْۗ أَلَا تُحِبُّونَ أَن يَغۡفِرَ ٱللَّهُ لَكُمۡۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ
"..hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang
itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan
(ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (An-Nuur [24] :
22)
Atau mungkin kita perlu BERHENTI BERHARAP untuk
semua tu berlaku. Mungkin...segalanya mungkin. Apa yang mampu kita buat
adalah serahkanlah semuanya pada yang telah mengurniakan rasa sayang
antara kita.
Mungkin sebab rasa marah dan kecewa kita dah remove dan block dia dari
friend list Fb kita. Waktu tu bila tengah sedih, kononya kita nak
lupakan dia. Jangan kan gambar dia yang kita dah pulangkan, Fb dia pon
kita tak sanggup nak tengok. Block terus tu! Dahsyat!
hahaha, itulah sifat manusia, bila ada kita tak hargai. Bila dah tak da,
baru kita tercari-cari. Mula lah rasa menyesal apa yang penah terjadi.
Itulah sifat manusia, termasuk lah aku..hehe
Mula lah kita nak cari tengok balik gambar-gambar waktu sama-sama. Mula
lah kita nak add balik dia kat Fb. Tapi pernah tak kita terfikir, boleh
kah seseorang menerima apa yang penah kita buat kat dia?? Malang nya dia
tak accept pon request frend dari kita dah..huu..Bersalah macam mana
pun tak mungkin semua akan kembali. Lepas tu kita mula lah pk,
"If I could, i want turn back the time and try again"..huuu
Tapi tu adalah mustahil. Tapi apa yang kita boleh buat adalah, redha, teruskan hidup seperti biasa dan BELAJAR DARI KESILAPAN.
Berdoalah semoga suatu hari nanti semuanya akan kembali baik-baik
sahaja. Semoga dia akan benar-benar ikhlas memaafkan kita. Atau mungkin
dia dah memaafkan cuma susah nak lupakan apa kita dah buat kat dia.
"MANUSIA YANG BENAR-BENAR BERANI ADALAH MEREKA YANG BERANI MENGAKUI KESILAPAN DAN MEMINTA MAAF"
sumber :
http://harus-redha.blogspot.com/2012/03/ikhlas-ke-memaafkan.html?m=1
0 Komen:
Post a Comment