Tuesday, March 4, 2014

Sahabat kerana Allah




Alangkah beruntung nya jika mempunyai sahabat seperti ini kan. Tapi dalam kehidupan sekarang agak sukar kita mendapatkan sahabat yang seperti ini. Mungkinkah kita mendapat sahabat seperti yang di inginkan ini?
Jawapan nya mudah sahaja. Untuk mendapatkan sahabat yang baik kita terlebih dahulu haruslah cuba menjadi baik. Sebenarnya kan.. "What you GIVE you GET back". 

Terlebih dahulu kita mestilah memjadi seorang sahabat yang baik. Barulah kita akan ditemukan dengan yang baik juga. Dan Allah juga telah berjanji, sekiranya kita ingin berubah menjadi baik maka DIA akan 'kirimkan' orang yang baik-baik untuk bersama dengan kita.

Pernah tak rasa cemburu dalam bersahabat? Pasti pernah kan terlintas dalam hati jika sahabat kita itu melebihkan kawan yang lain daripada kita. Perkara macam ni biasa nya akan cepat melanda kaum hawa. Sebab perempuan ni memang kuat cemburu. Dia akan cepat terasa atau lebih mudah dikatakan cemburu kalau ada kawan baik dia berkawan dengan yang lain. 


Usah katakan anda, saya sendiri pernah berperasaan sebegini. Tapi semakin hari kita akan cuba perbaiki diri. Sebenarnya kita tidak harus ada perasaan sebegini dalam bersahabat. Sebab dalam persahabatan yang dibina kita haruslah meniatkan nya semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Barulah berkat. kan?!

Jadi jika kita bersahabat kerana Allah kita tidak harus mengongkong kawan kita hanya untuk kita sahaja. Usah terlalu risau dia bersahabat baik dengan semua teman-teman yang lain. 

BERSAHABAT dan SAYANGI dirinya IKHLAS kerana Allah..


Tidak perlu cemburu jika dia mempunyai ramai kawan lain. Tetapi cuba jadikan diri kita ISTIMEWA sebagai sahabat dan bukan sekadar kawan dihatinya.. :-)


Ketahulilah...

Persahabatan yang terjalin atas landasan kerana Allah s.w.t, menjanjikan sesuatu yangt amat bermakna sebagaimana perbuatan ibadah lain. Betapa indahnya persahabatan yang dibina atas dasar kecintaan dan untuk mendapat keredhaan Allah kan? :)

Jadilah seorang sahabat yang jujur. Kerana sahabat yang baik bukan yg hanya membenarkan kata-kata. Tapi dia adalah seseorang yang mampu bercakap benar dengan kita. Sahabat yang jujur adalah peneduh jiwa dan pententeram hati di saat senang dan penglipur lara di saat ditimpa musibah. 

SAHABAT SEJATI adalah dia yang SANGGUP berada DI SISI mu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu dia sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan :)



Rasullullah s.a.w sendiri pernah bersabda :

"Sesungguhnya orang yang kali pertama beroleh kesempatan meminum air telaga pada hari kiamat adalah orang yang saling mencintai kerana Allah"

Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak akan mendapat iman sebelum kamu mencintai saudara mu seperti mana kamu mencintai diri mu sendiri.

Apabila dua orang yang saling mencintai bertemu, satu sama lain berjabat tangan, maka berguguran dosa-dosa keduanya laksana gugurnya dedaunan kering pada pohon pada musim kering.
Jadi atas dasar inilah saya sedikit sebanyak cuba mengubah persahabatan yang terjalin dengan niat kerana Allah. Moga ukwafillah antara saya dan sahabat itu akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Sebab saya tidak hanya mahu menjadikan dia sahabat di dunia sahaja. Kerana jika kita ikhlas bersahabat kerana Allah maka Allah akan pertemukan kita dengan sahabat itu jua diakhirat kelak. Subhanallah. Betapa persahabatan itu sangat bernilai di sisi Allah. 

Jadi cubalah bersahabat dengan berlandaskan kerana Allah. Tidak perlu berasa iri hati dan cemburu. Dengan sendirinya kita akan ikhlas melakukan semua kebaikan untuknya semata-mata kerana Allah.
 
 http://harus-redha.blogspot.com

0 Komen: