GEORGE TOWN: Tujuh orang telah berjalan sambil melihat mangsa ragut Tan Kim Chuan (gambar), 60, tanpa menghulurkan sedikit pun bantuan ketika dia sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan dengan tengkorak yang retak di kawasan rumah pangsa Rifle Range.
Rakaman CCTV menunjukkan dia terbaring di jalan raya selama kira-kira tujuh minit.
Kim Chuan, yang jatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan raya dalam kejadian pukul 6.02 pagi pada Selasa, meninggal dunia akibat kecederaan itu sembilan jam kemudian di Hospital Pulau Pinang.
Kakaknya Lay Yong, 63, mahu orang ramai yang lalu-lalang "mendengar suara hati mereka".
"Mereka yang melihatnya seharusnya melakukan sesuatu dengan sekurang-kurangnya menjerit untuk mendapatkan bantuan.
"Bagaimana mereka hanya boleh berjalan sahaja? Saya marah tetapi apa yang boleh saya buat?" Lay Yong berkata di bilik mayat Hospital Pulau Pinang, Rabu.
Pegawai penyiasat berkongsi kesedihan dengan Lay Yong di Hospital P.Pinang.
Dia berkata Kim Chuan ketika itu dalam perjalanan ke kedai kopi milik keluarga di Carnarvon Street.
Dia akan menaiki bas setiap pagi untuk membantu di kedai kopi itu.
"Kakak saya jenis orang yang tidak akan teragak-agak untuk membantu orang lain. Peragut yang melakukan ini sangat kejam," katanya.
Kim Chuan, seorang janda yang baru sahaja berpindah ke rumah pangsa Rifle Range dua minggu lalu, berjalan seorang diri berhampiran Blok J kawasan tersebut apabila beg tangannya diragut oleh penunggang motosikal.
Kira-kira pukul 6.10 pagi, tiga orang yang baik hati telah mengangkatnya ke tepi jalan dan memanggil ambulans.
Ketua Jabatan Forensik Perubatan Hospital Pulau Pinang Datuk Dr Zahari Noor berkata bedah siasat menunjukkan punca kematian disebabkan beberapa kecederaan di kepala.
"Dia mengalami pendarahan dalaman di kepala dan bahagian belakang tengkoraknya retak akibat terjatuh ke atas jalan dengan tekanan yang kuat," katanya.
Mayatnya akan dibakar di Batu Gantong pada pukul 2 petang, Khamis.
Sementara itu, Ketua Polis P.Pinang ACP Gan Kong Meng menggesa orang ramai untuk membantu polis dalam menangkap suspek.
"Disebabkan kita tidak dapat berada semua tempat pada setiap masa, kami menghargai maklumat daripada orang ramai, terutamanya daripada mereka yang mungkin telah menyaksikan kejadian itu," katanya kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Kim Chuan.
Beliau juga menasihati orang ramai untuk sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
"Satu tindak balas lebih cepat mungkin dapat menyelamatkan hidupnya," kata ACP Gan.
Sumber: Mstar Online

0 Komen:
Post a Comment