Perwakilan turut memuji ia sebagai peristiwa yang luar biasa bagi rawatan kesuburan.
Bayi tabung uji pertama, Louise Brown yang dilahirkan di United Kingdom (UK) pada Julai 1978 manakala ibunya Leslie Brown meninggal dunia bulan lepas.
Walau bagaimanapu, perwakilan semasa bersidang di Turki, memberi amaran pasangan yang tidak menggunakan rawatan kesuburan sebagai satu insurans polisi sekiranya mereka melambatkan proses untuk menjadi ibu bapa.
Jawatankuasa Antarabangsa Bantuan Pemantauan Reproduktif Teknologi (Icmart) membentangkan data terkini kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu bapa yang subur dalam persidangan Persatuan Eropah Pembiakan Manusia dan Embriologi.
Ia berkata angka rasmi hingga tahun 2008, ditambah dengan tiga tahun seterusnya meletakkan jumlah bayi yang dilahirkan melalui teknik tabung uji seramai 5,000,000.
Dipetik BBC hari ini, Pengerusi Icmasrt, Dr David Adamson berkata teknologi ini berkesan bagi merawat masalah kesuburan bagi berjuta-juta ibu bapa dan ramai bayi yang dilahirkan melalui teknik itu.
“Teknologi ini turut berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun yang lalu bagi meningkatkan kadar kehamilan,” katanya.
Tambah beliau, kira-kira 1.5 juta kitaran IVF dan teknik yang sama dilakukan setiap tahun dan menghasilkan sebanyak 350,000 kelahiran bayi.
Menurut Pengarah dan Perunding pakar sakit puan IVF, di Hospital Hammersmith, berkata: “IVF kini sebahagian daripada kehidupan, jadi pasangan tidak seharusnya malu untuk menjalani proses ini.”
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kejayaan yang besar ini membantu dalam kadar pembiakan manusia bukan menggalakkan pasangan untuk menangguhkan masa untuk mempunyai cahaya mata sendiri.
“Jika mereka melambatkan proses untuk mendapat anak sendiri, mereka akan melihat teknik IVF ini sebagai salah satu polisi insurans kerana mereka boleh menggunakan teknik ini bila-bila masa saja,” tambahnya.
Malangnya, fakta turut berkata yang kadar kejayaan proses ini tidak begitu berjaya di kalangan wanita yang telah meningkat usia.
Pensyarah kanan University Sheffield, Dr Allan Pacey berkata: “Saya rasa ia adalah penting bahawa kita telah sampai ke tahap kelahiran sebanyak 5,000,000. Ia kini lebih jauh diterima kerana telah digunakan 10 atau 20 tahun lalu.”
“Bagaimanapun, kita mesti memastikan yang pasangan benar-benar memahami yang IVF bukan satu penyelesaian bagi menjamin mereka mendapat anak melalui teknik ini. Seharusnya mereka mencuba dahulu kaedah semula jadi sebelum menggunakan teknik IVF ini,” tambahnya.
“IVF ialah sesuatu yang digunakan bagi pasangan yang benar-benar memerlukannya,” tambah beliau.
0 Komen:
Post a Comment