Sunday, August 5, 2012

Rahsia ‘emas’ China

PERIT... antara wajah atlet kecil China menahan kesakitan.
PERIT... antara wajah atlet kecil China menahan kesakitan.

KESAKITAN jelas terpancar pada wajahnya, seorang kanak-kanak yang menjalani latihan untuk meraih kegemilangan Olimpik, ketika jurulatih gimnastiknya berdiri di atas kakinya.

Gambar kartun roket angkasa dan angkasawan haiwan pada bajunya menjadi bukti bahawa usia kanak-kanak perempuan itu masih rendah ketika dia menjalani latihan keras seperti atlet dewasa di Barat.


Gimnasium Nanning antara begitu banyak kem latihan di China - tempat ibu bapa menghantar anak mereka belajar untuk menjadi juara - yang tidak bertolak ansur terhadap pelatih.

  • Foto

    PERIT... antara wajah atlet kecil China menahan kesakitan.

  • Foto

    PERIT... antara wajah atlet kecil China menahan kesakitan.

  • Foto

    PERIT... antara wajah atlet kecil China menahan kesakitan.

  • Foto

    LASAK... sebahagian rutin latihan yang dilalui.

  • Foto

    LASAK... sebahagian rutin latihan yang dilalui.

Meskipun teknik latihan dilihat melampau pada kaca mata Barat, ia menjelaskan secara mendalam mengapa atlet China di Olimpik London 2012 kelihatan begitu senang meraih kejayaan.


Bintang gimnastik memang diketahui memulakan karier mereka sejak usia terlalu muda dan kumpulan kanak-kanak ini tidak dikecualikan untuk bersaing dalam rutin palang, gelang roman dan senaman lantai.


Pelatih lelaki dan perempuan yang kelihatan berusia tidak lebih daripada lima atau enam tahun diwajibkan melakukan senaman itu sepanjang sesi latihan yang memerlukan penggunaan fizikal yang teruk.

Kanak-kanak di sekolah latihan yang sama itu berharap untuk mengikuti jejak perenang sensasi berusia 16 tahun, Ye Shewin yang mencatat rekod baru, minggu lalu.


Hanya Januari lalu, gambar yang mengganggu perasaan dimuatnaikkan ke dalam Internet, menunjukkan kanak-kanak China menangis kesakitan ketika menjalani latihan.

Supaya mereka tidak lupa mengapa mereka berada di situ, perkataan ‘EMAS’ ditulis dengan besar dan dilekatkan pada dinding gimnasium, akan mengingatkan mereka.


Pelatih sentiasa ditanam dengan semangat bahawa misi dalam hidup mereka ialah untuk mengalahkan atlet Amerika dan semua peserta lain untuk menduduki tempat teratas podium.


Dan memenangi pingat emas Olimpik sudah pasti menjadi saat paling bahagia dan teruja bagi setiap atlet.


Namun, bagi penerjun China, Wu Minxia, memperoleh pingat emas ketiga di Pusat Akuatik di timur London minggu lalu disusuli dengan berita yang mengejut dan menyedihkan.


Sejurus selepas mencatatkan kejayaan dalam acara terjun seirama papan anjal tiga meter yang menjadikannya legenda dalam acara sukan yang disertainya, keluarga atlet berusia 26 tahun itu berkata, tiba masanya untuk mendedahkan rahsia keluarganya yang memilukan dan selama ini dirahsiakan.


Mereka mengaku kepada atlet berkenaan bahawa datuk dan neneknya sudah meninggal dunia, lebih setahun lalu. Mereka sengaja merahsiakan hal itu.


Keluarga Wu juga mendedahkan, ibunya bertarung dengan penyakit barah payu dara sejak bertahun-tahun lalu, sesuatu yang tidak diketahui oleh Wu.


Alasannya sangat jelas: Mereka mahu atlet itu menang dengan apa cara sekalipun dan tidak mahu hal keluarga mengganggu karier sukannya.


Wu yang bersama-sama rakan sepasukan, He Zi, sebelum ini memenangi pingat emas terjun seirama di Olimpik Athens dan Beijing, menjadi pilihan untuk memenangi pingat emas dalam acara itu dan mereka berjaya membawa China meraih semua pingat emas acara berkenaan dalam pertandingan Olimpik dan dunia.


Dia begitu tertekan untuk mencatatkan kejayaan, begitu juga dengan keluarganya.


Bapanya, Wu Yuming berkata: “Kami tidak kesal merahsiakan masalah keluarga daripadanya.” Wu mula terbabit dalam sukan terjun sejak berusia enam tahun dan meninggalkan rumah pada usia 16 tahun untuk menetap dan menjalani latihan di institut latihan akuatik yang dikendali kerajaan.


Dia adalah bintang paling cemerlang dalam acara diceburinya dan untuk mencipta kegemilangan, ada harga terpaksa dibayar dalam kehidupan peribadinya.


“Kami sekian lama menerima hakikat bahawa dia bukan milik kami secara mutlak. Malah, saya tidak berani membayangkan sesuatu seperti menghabiskan masanya bersantai bersama keluarga,” kata Wu Yuming dalam wawancara dengan akhbar Shanghai Morning Post.


Ibu Wu mempertahankan keputusannya dengan berkata, dia mengambil keputusan untuk menunggu hingga pulih daripada penyakit barah payu dara sebelum memberitahu anaknya mengenai keadaannya.


Pengakuan berkenaan mencetuskan perbahasan di China berhubung mentaliti ‘menang dengan apa cara sekalipun’ apabila ia berkait dengan Olimpik.


Usaha mencapai kejayaan menjadi matlamat utama program sukan yang disokong kerajaan sejak dua dekad lalu.


Dasar kerajaan yang mengucapkan tahniah menerusi akhbar milik kerajaan kepada pemenang pingat emas saja, tidak kepada mereka yang meraih pingat perak atau gangsa, kini memakan diri.


Pendedahan mengenai Wu menyusuli kritikan hebat daripada akhbar tempatan apabila seorang pengangkat berat berusia 17 tahun gagal memenangi pingat.

2 Komen:

Anonymous said...

This is really interestіng, You are an exϲessively professional blogger.
I have joined youг feed and stay up for seeking more оf
yoᥙr magnificent post. Αdditionally, I've shared your weЬsite in my social networks
important soսrce : The Ninja Ꮐuide To How To Password Protect Folder Better

Anonymous said...

This page truly has all the info I needed about this subject and didn't know
who to ask.