Best of the best Family Day 2013. Itu yang mampu diungkapkan oleh CM. HEHEHE. Mungkin ni yang pertama kali CM join kot aktiviti begini. Nak cerita lebih kurang jer pengalaman CM pergi joint Family Day 2013 anjuran BKGK. Pada 21 september 2013 merupakan hari sekolah ganti sempena raya. Tapi pada tarikh tu telah dibooking tarikh oleh penyelaras program Family Day iaitu Pn. Azurah dan Pn. Afni. Dua orang ni memang terbaiklah sebab programnya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang masalah walaupun pada mulanya ramai yang nak tarik diri tetapi bila dah nak sampai hari program semuanya settle masalah. Kami bertolak pada pkul 1 lebih walau dalam jadual pukul 12.30tgh namun disebabkan masalah jem dan hari bekerja jadi terpaksalah kami bertolak lewat sikit. Semasa konvoi kami lebih kurang 30 buah lebih kereta kami dipimpin oleh Pn. Azurah dan suaminya sebagai ketua konvoi. Perjalanan agak lama sikit disebabkan jalan jem. Di pertengahan jalan kami berhenti rehat dulu untuk makan tengah hari walaupun jam dah pkul 3 lebih dah di Warung Soto Kuala Selangor dekat dengan Cendol Borhan tu.
Soto Special dan Kue Tiaw Sup
Selepas selesai kami meneruskan konvoi ke tempat program iaitu Dorani Bayu Resort Sg. Besar. Kami sampai disitu lebih kurang pukul 4.30 ptg. Memang seronoklah konvoi kesana. Sampai disana kami diberi taklimat dan diberi kunci bilik untuk menyimpan bagasi masing2. Pada pukul 5 ptg, kami diminta untuk turun ke gelanggang Futsal untuk acara sukaneka. Antara acara sukaneka pada petang itu ialah acara kanak2 seperti tiup tepung dan bawa bola ping pong dalam sudu manakala acara orang dewasa pula mengupas kelapa, bawak kacang dengan chop stick dan acara berpasangan iaitu bawa bola guna kepala. Memang meriah dan yang paling best CM dapat no 1 acara kupas kulit kelapa. Hehehe..tak sia2 pergi gym :).
Hamper yang dimenangi oleh CM :)
Adieb yang nak main jugak..letih main dengan Adieb
Best ke tu :)
Susah nak ambik kacang tu :)
Setelah selesai acara sukaneka itu, kami dihidangkan atau dijamu atau yang lebih tepat lagi dibelanja makan buah durian dan duku oleh Ikhwan Engineering iaitu suami Pn. Azurah. Best sangat. Semoga lagi murah rezeki mereka. :).
Terima kasih Ikhwan Engineering sponser buah :)
Pada sebelah malam pula kami dihidangkan dengan jamuan bbq dan pertandingan karaoke. Seronok la jugak mendengar suara2 cikgu2 sk kg jawa 2 ni nyanyi yer. Ada yang best dan ada yang sumbang hahaha. Apa yang penting ialah enjoy!!!.
Mic Tak best langsung katanya...
Setelah selesai kami balik la berehat dalam bilik masing2. Bilik CM mengadap laut, rasa tenang jer kat sana. Memang betul2 rileklah. Pada Keesokaannya acara yang dijalankan ialah bermain futsal dan yang paling best ialah mencari remis. Seronok betul tengok diorng ni mencari remis yer. CM x join sebab telah ditugaskan untuk ambik gambar jer. Hehehe padahal malas nak cari sebab dah siap mandi dah, diorang tu tak mandi lagi...:).
Cari jangan tak cari remis tu
Pada pukul 12 lebih kami pun check out dah. Sempat bergambar ramai2 sebagai tanda kenangan. Sangat seronok dan berbaloi pergi Family Day kat sana walau pada pertengahanya CM rasa nak tarik diri dah sebab ada masalah tertentu. Tapi semangat tu datang balik dan tak jadi tarik diri :) pecah rahsia..hehehe.
Tahniah untuk BKGK 2013 terutama Pn. Azurah yang memang terbaik menguruskan program ni walau banyak masalah yang dihadapinya namun program ni tetap berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga tahun depan walau dah tak jadi ajk BKGK CM harap dia dapat membantu BKGK laksanakan program macam ni lagi. Semasa balik kami singgah di Pekan Sg. Besar untuk makan tengah hari dan pada sebelah petang pula melawat kilang buat kerepek.Yang petang CM x join sebab adieb dah tido dah dan tak nak ganggu dia.
Itu jelah ceritanya walau nak cerita pendek tapi jadi panjang la pulak.
:)
Makan Tengah hari si Pekan Sg. Besar
Ni gambar bawah ni gambar yang dibeli semasa disana, semuanya fresh sebab baru naik ke darat
Udang Lipan
Ketam Fresh
Mentarang
Remis
Best tido :)
Muka bengis semacam jer..adoiii :(
AJK BKGK kecuali CM hehehe
Gambar2 lain sila rujuk facebook skkj2 :)