Pada hari isnin yang lepas, CM menerima panggilan dari Cikgu Asrul kawan sekolah dulu dan iPG pada jam 9 mlm. Dia ajak gi makan ikan haruan bakar. Sebelum ni geng sekolah dulu ada la dok ajak gi mancing, tapi disebabkan kesibukan masa tak dapat la nak join. Tapi malam tu kebetulan baru lepas main gym dan masih dalam kereta terus jer pergi rumah asrul, tumpang kereta dia pergi ke Restoren Ikan Bakar di jalan nak pergi ke Pulau Carey. ( saja tumpang sebab nak borak2) Apa dah nama tempat tu, lupa dah. Rupanya bila sampai, makanan dah siap terhidang dah kat meja. Tak payah tunggu order dah terus makan jer. Tapi nampak muka mereka yang menunggu nak marah sebab lewat kot, hahaha lapar la tu. Malam tu geng2 lama seperti Fuad, Syamsul, Hafiz turut serta kecuali Mat Yunin, Ustaz Shah Nizam, Faliq yang tak dapat datang malam tu. Malam tu hidangannya ialah 3 ekor ikan haruan bakar yang di pancing oleh syamsul, Fuad dan Asrul serta Ikan Rohu 2 ekor. CM makan ikan jer, yang lain makan nasi dengan tomyam dan kangkung goreng. Makan ikan pun dah kenyang, sebab ikan besar sampai tak habis sekor. Semuanya kekenyangan pada malam itu, huhu rosak program diet. Tapi apa2 pun time bersama rakan2 memang seronok cuma tak dapat lagi nak join gi mancing sebab tengah proses mencapai target. :) Bila dah lepas target kita gi mancing yer kawan2... hahaha. SAMPAI HATI KAU SYAMSUL NAK BELI PANCING AKU. :(
0 Komen:
Post a Comment