Sahabat yang baik selalu memberi semangat dan dorongan kepada kita. Kita perlukan seorang sahabat yang baik yang boleh dijadikan sumber inspirasi dan semangat untuk kita mencapai matlamat yang ingin di capai. Tak mustahil sesuatu impian dapat dicapai dengan kata-kata semangat dari seorang sahabat yang baik. Tak mustahil jugak semangat seseorang itu akan jatuh atau down apabila sahabatnya mula menjauhkan diri daripadanya. Apabila kita sayang terhadap seseorang sahabat, kita sanggup lakukan apa sahaja untuknya. Seseorang itu akan gembira jika sahabatnya gembira. Ini bukan bermaksud seseorang itu jatuh cinta, tidak sama sekali, tetapi hal ini kerana perasaan sayang tu wujud apabila sahabatnya selalu mengambil berat, memberi kata-semangat, selalu mengambil hati dan perkara2 lain yang mengembirakan seseorang sahabat itu. Sahabat yang baik tidak akan mengambil kesempatan terhadap kebaikannya.Yakinlah bahawa persahabatan itu takkan terputus sampai bila-bila jika kita selalu menghargai sahabat kita. Sayang dan rindulah sahabat selalu dan jangan biarkan sahabat mu bersedih. Ubatkanlah kesedihan sahabat itu dengan dorongan dan kata-kata semangat dari anda. Selalu lah berdoa untuk sahabat agar impian sahabat juga akan tercapai. Sayang sahabat selamanya. :)
0 Komen:
Post a Comment