Inilah si jantung hati CM. CM sangat sayang kepada dia. Nama si jantung hati CM ni ialqh Muhammad Qhalief Adieb. Mama dia yang bagi nama tu, cantikkan nama tu secantik dan sehensem tuan dia. Hehehe. Masa ni adieb dah berumur 1 tahun 5 bulan dah. Kalau nak tahu, Adieb ni seorang anak yang sangat aktif. Kalau nak cerita semuanya sebulan tak habis. Dari dalam perut lagi dah aktif, dah keluar kat dunia lagi aktif. Kalau nak ikut stress, hari2 stress dgn adieb. Tetapi adieb ni pandai ambik hati papa dan mama dia. Kalau dia buat salah mesti cepat2 datang salam mintak maaf. Jadi nak marah pun tak sampai hati dengan kelucuan dia. Kadang2 CM bz dan mama dia bz, kesian kat Adieb main sorang2. Lepas tu mulalah dia buat benda2 pelik seperti buang baju dari dalam almari, panjat meja, terbalikkan kerusi, buat itu buat ini la dan Macam2 lagi yang tak sanggup nak lihat kerenah dia buat benda nak tarik perhatian. Hari2 rumah bersepah disebabkab Adieb yang buat. Kadang2 sampai mama dia menangis bila adieb tumpahkan minyak masak kat dapur. Nak marah tak sampai hati pulak. Apa2 pun yang Adieb buat, CM tetap sayang dia kerana dia penghibur dan pengubat duka selalu. Semoga Adieb menjadi anak yang mendengar kata, soleh, taat perintah Allah, hormat ibubapa dan menjadi insan yang berjasa kepada negara dan masyarakat. Amin.
0 Komen:
Post a Comment