Pertama kali dalam hidup CM pergi gym. Bukan nak jadi macam Sazali Samad pun, cuma nak bagi sihat jer sambil dapat mengurangkan berat badan, hehehe. Mula2 main gym memang rasa penat dan Sakit2 badan, maklumlah tak pernah buat kerja berat sebelum ni. Tapi masa zaman sekolah dan universiti dulu pernah gak kerja buat rumah batu time cuti sekolah atau cuti sem, dapatlah tampung perbelanjaa sikit. Sekarang lama dah x angkat benda berat, tu jadi sakit2 badan tu. Tetapi selepas seminggu main kat gym rasa sakit2 badan tu dah hilang dah. Rasa semakin sihat dan kuat ( macam iklan milo la pulak) . Kalau sebelum ni dapat lari 5 minit jer, sekarang 30 minit pun dah biasa dah.. dapat la buang lemak tu sikit2. :) semangat main gym ni mula membara bila ada seorang sahabat tu yang bagi semangat, tu yang semangat sikit tu gi gym. selain main gym CM juga gi jogging kat stadium padang sultan sulaiman, hohoho. Semangatkqn. Dapat la turun berat badan sikit walau target belum melepasi tahap yang diinginkan. Targetnya 85kg jer... sekarang 92 kg :). SSebelum.main gym 110 kg.hahaha. dalam masa dua bulan dah banyak kilo dah turun. Tak mustahil target untuk lepas sasaran tu dapat dicapai. Sekarang pun Alhamdulillah dah rasa, keyakinan diri mula meningkat dan baju yang sebelum2 ni dah tak pakai dah. Besar dah rasa. Hahaha.. jadi kepada kawan2 CM jom jogging atau gi gym untuk sihatkan badan dan meningkatkan lagi keyakinan diri. Hehehe
0 Komen:
Post a Comment