Bila cuti sekolah bermula sahaja, semua orang merancang percutian untuk ahli keluarga. CM pun tak terlepas dari merancang percutian juga. Tetapi percutian ke negeri Sabah kali ini telah lama dirancang iaitu sejak bulan 1 lagi. Kebetulan masa tu Air Asia buat promosi tiket penerbangan murah. Jadi CM ambil la peluang beli tiket ke negeri Sabah. First time nak merasa naik kapal terbang jadi excited la beli masa tuh. Punya la lama nak tunggu terbang ke Sabah akhirnya tibalah waktunya pada 18.11.2013. Seronok betul rasa perasaan masa tu apabila pertama kali naik flight dan pertama kali jugak menjejak kaki ke negeri sabah. Best giler rasa. Kami datang selama 3 hari sahaja ke negeri Sabah. Rugi betul rasa sebab banyak lagi tempat menarik yang tak sempat di lawati. Silapnya masa beli tiket flight hari tu tak fikir lak yang perjalanan sahaja makan masa dua hari pergi dan balik. jadi yang jalan betul2 sehari jelah.
Hari pertama sebelum sampai ke Sabah kami menaiki Komuter dari Klang ke KL Sentral. Lepas tu dari KL Sentral kami menaiki bas lak ke LCCT. Banyak jam jugak la ambil masa kat situ. Dari pukul 11 pagi sampai la pukul 1.30 petang. Flight kami pukul 4.30 ptg. Jadi kami pusing2 la kat LCCT sementara menunggu flight ke Sabah. Dah dekat masa nak berlepas kami pun pergi Check In dan beratur di pintu gate untuk ke Sabah. Pemeriksaan agak rapi oleh pihak keselamatan Air Port sehingga tali pinggang pun terpaksa di buka. Hmmm. Selesai pemeriksaan kami pun pergi menunggu di pintu yang telah di tetapkan untuk ke Sabah. Maka tibalah masa untuk terbang. Masa mula nak berlepas agak gementar jugak la tapi bila dah sampai kat atas rasa macam biasa lak. Adieb pula tido. Jadi takde la dia meragam masa naik flight. Kami sampai di sana lebih kurang jam 7 malam. Selepas sampai kani terus menaiki teksi ke Hotel yang di tempah melalui agoda. Alhamdulillah perjalanan kami di permudahkan ke Sabah. Selepas sampai di hotel, kawan sekolah dulu yang buat sewa kereta terus hantar kereta myvi se kat hotel. Kawan CM dan wife tu bertugas sebagai anggota polis kat sabah. Jadi part time dia buat sewa kereta. Kami sewa la dengan dia dapat diskaun lagi dan extra time. Kiranya dua hari bayar sehari. Hehehe. Malam tu kami terus pusing pergi pasar malam kat kg air. Beli apa yang patut untuk dibawa pulang ke semenanjung. Tapi sebelum pergi shopping malam tu sempat kami makan malam kat kedai berdekatan hotel. Makan biasa jer tetapi harganya agak mahal jugaklah. Tak berbaloi rasanya. Selepas selesai shopping kami terus balik tido dan rehatkan diri kat hotel.
Makan Mc D kat LCCT sementara tunggu flight... hancur diet
Excited dapat naik flight hahaha
Indahnya Ciptaan-Nya
Adieb Penat ni
Air cond yang suam2 kuku
Nasi Lalap
Nasi goreng cina?
Ni yang wife beli..CM x beli hahaha
Hari kedua pula, kami bangun seawal jam 5.30 pagi lagi. Perancangannya nak ke Kundasang. Jadi kami tak nak buang masa tidur kat hotel. Masa tu walau jam5.30 pagi tetapi keadaan cuaca dah cerah dah. Tepat jam 6.00 pagi selepas solat subuh kami bertolak ke Kundasang. Orang cakap kalau datang sabah tak pergi ke Kundasang tak lengkap percutian itu. Jadi kami melengkapkan percutian itu ke Kundasang. Alhamdulillah jalan agak clear dan perjalanan kami mengambil masa 1 jam lebih sahaja. Cuaca di sana agak sejuk dan nyaman sekali. Kami sempat singgah di Kinabalu Park masa mula2 sampai di Kundasang. Kabus agak tebal sekali waktu pagi. Ramai pelancong dari semenanjung yang ada di situ. Jadi kami sempat la bergambar di situ dan sempat bersarapan di kedai yang ada di Kinabalu Park itu. Selepas nergambar dan sarapan kami meneruskan perjalanan ke Ladang lembu nak tengok lembu katanya. Hmmm. Sempat la bergambar dengan lembu2 disitu. Orang cakap. Macam kat New Zealand dah. Jadi CM pun cakap sama jugaklah. :). Boleh la cerita kat orang yang belum datangkan. Seronok betul adieb boleh tengok lembu2 kat situ. Lepas tengok lembu2 kat situ kami sempat singgah di tepi jalan membeli buah tangan untuk di bawa pulang ke semenanjung. Beli la makanan sikit2. Yang bestnya kat situ ada buah salak. Lama dah CM cari kat semenanjung sebab wife CM mengidam nak makan buah salak. Alhamdulillah rezeki baby dalam perut dapat makan jugak dia buah salak yer. Dari sabah lak tu. Lepas shopping makanan kat situ, kami terus bertolak pulang kat hotel kejap untuk rehat sebelum meneruskan percutian untuk membeli belah di Pasar Filipina atau Pasar Kraftangan kat depan Le Meriden Hotel. Banyak gak la barang2 yang wife CM beli. CM x beli apa2 pun. Lepas shopping kami pusing2 kejap bandar KK lepas tu datang balik untuk makan malam kat situ. Orang cakap kalau datang sini mesti wajib makan seafood. Jadi sempat la merasa seafood kat pasar malam sabah tu. Yang best dapat makan lobster. Nyum3. Habis diet CM. Lepas makan malam kami pergi ke rumah kawan yang bagi sewa kereta tu Aizat. Kebetulan adiknya kawan baik CM Faiz ada datang ke Sabah. Sempat la jumpa kejap kat rumah aizat di perumahan IPK Sabah. Lepas jumpa kami terus balik rehatkan diri kat hotel.
Myvi SE yang disewa
wahhh indahnya gunung Kinabalu
Kabus di Kundasang yang tebal
Bergambar di Kinabalu Park..tebalnya kabus
Sarapan di Kaki gunung Kinabalu
Jumpa salak madu
Ladang Lembu
Terjumpa Helikopter Polis di Kundasang, adieb nak naik hahaha
Pasar Ikan masin
Besar giler ikan
Menu yang kami order, best giler makan di situ...
Rumah Izad
Hari terakhir lak kami x pergi mana2 pun. Rehat kat bilik jer. Cuma pagi tu kami keluar makan jap lepas tu balik rht kat hotel sementara tunggu check out pukul 12 tgh hari. Lbh kurang pkul 12 lbh kami pun check out dan terus pergi ke air port untuk pulang ke Klang. Flight pukul 3.40 ptg dan kami sampai di LCCT pukul 6.30 ptg. Naik bas dan ktm ke klang lak sampai la pukul 9 mlm. Walaupun penat tapi percutian kali ini sangat menyeronokkan. Huhu... Insyaallah ada rezeki kami akan datang lagi ke Sabah.
Makan KFC lak kat Air port KK sementara tunggu flight
Sampai LCCT dah :) Best Giler