Untuk meneroka hati dan fikiran lelaki bukannya satu perkara yang mudah
terutama bagi mereka yang bijak menyembunyikan perasaan dan bijak
bersandiwara. Walaupun begitu kita boleh cuba memahami mereka dari
tanda-tanda yang disenaraikan dibawah.
1. Melakukan sesuatu dengan rela.
Jika seseorang lelaki itu betul-betul menyayangi kamu, dia akan
melakukan sesuatu dengan rela hati dan bersungguh-sungguh demi kamu. Si
dia juga akan sentiasa memastikan keselamatan diri mu hingga adakalanya
mengabaikan kepentingan diri sendiri. Ini kerana bagi mereka kamu
adalah segala-galanya.
2. Sanggup berubah demi kamu
Si dia sanggup berubah kepada yang lebih baik demi kamu. Mereka akan
meninggalkan perkara-perkara yang kamu tidak sukai dan berusaha sedaya
upaya menghiburkan mu dan sedaya upaya tidak akan membuat kamu bersedih.
3. Sangat mencintai dan menyayangi kamu
Lelaki kadangkala sukar mengucapkan kata sayang kepada kamu, tetapi
mereka akan menunjukkannya dengan perbuatan iaitu dengan sifat yang
mengambil berat. Insyaallah kamu akan perasankan perkara ini apabila
bersama dengan si dia. Tapi bukan perbuatan yang tidak baik dan
melanggar batas agama ya..jangan salah faham. Jika lelaki itu
mengucapkan kata sayang, itu adalah lebih baik.
4. Menampakkan sedikit rasa cemburu dan takut kehilangan
Cemburu adalah tanda sayang. Jika sifat ini tiada pada dirinya, maka tiadalah perasaan sayang di dalam dirinya terhadap kamu.
5. Selalu ingin meluangkan masa dengan kamu
Si dia akan berusaha untuk selalu bersama mu walaupun kadangkala terpaksa mengorbankan masa mereka sendiri.
6. Menerima dirimu seadanya
Si dia akan menerima kekurangan yang ada pada dirimu seadanya dan cuba memahami diri mu.
7. Sanggup menitiskan air mata demi kamu
Jika kamu ditimpa musibah atau ketika dia takut kehilangan mu, mereka
akan menitiskan air mata. Ini menunjukkan mereka sangat-sangat
menyayangi mu seikhlas hati.
sumber : http://cempakamelati.blogspot.com/2011/01/rahsia-kasih-sayang-lelaki-untuk.html
CM : lalalalala
Monday, November 25, 2013
Home »
» Rahsia kasih sayang lelaki
Rahsia kasih sayang lelaki
11/25/2013 06:05:00 PM
No comments
0 Komen:
Post a Comment