Bercakap tentang segan ni semua orang perlu ada. Segan ni perlu ada dalam diri kita sebagai tanda kita menghormati seseorang. Sebagai contohnya kita segan nak bercakap tentang perkara yang mengarut dengan seseorang tanda kita menghormati dia. Lagi satu kita segan nak buat benda yang jahat jika kita segan dengan seseorang sebagai tanda kita hormat dia...contoh yang lain pula ialah kita segan dengan ibubapa, guru, orang yang kita sayang dan lain2.
Segan ni ia tak sama dengan perkataan malu. Malu ni banyak jenis. Tak perlu CM nak huraikan. Cuma CM nak bercakap tentang segan sahaja. Ada lagi contoh yang boleh buat kita segan ialah nak menegur seseorang. Segannya rasa nak tegur seseorang yang kita hormati dia. Bukan sebab apa segan tu cuma takut dia tak terima teguran kitakan. Jadi dari segan bertukar jadi malu. :). Baik kita beringatkan. Adakalanya segan itu membuatkan kita rasa lebih berhati2 apabila bercakap sesuatu perkara. Contohnya jika kita tiada perasaan segan.kita main hentam saja bercakap dengan seseorang itu tanpa memikirkan perasaannya. Mesti orang tu tak sukakan.Tapi jika kita ada sedikit perasaan segan itu maka kita akan lebih menghormati atau lebih menghargai seseorang itu. Segan nak tulis artikel ni sebenarnya hahahah. Tapi itulah yang ada pada CM sekarang ni apabila berhadapan situasi segan ni. Cukuplah dulu malam ni. Semoga uols sentiasa sihat dan bahagia selalu yer...
0 Komen:
Post a Comment