Esok balik kampung setelah seminggu lebih bermulanya cuti sekolah masih tinggal kat klang selepas balik dari Sabah. Kalau dulu seronok jer nak balik kampung tapi sekarang keseronokan tu dah berkurang dah. Tak tahu apa puncanya. Mungkin salah satu faktor CM dah ada keluarga, rumah sendiri kat sini dah. Tu rasa nak balik kampung kurang semangat dah. Kalau masa bujang dulu rasa nak balik duduk kat kampung jer. Seronok saat itu. Semua orang masih ada lagi di kampung. Sekarang bila balik rasa sunyi sangat. Ramai yang berhijrah ke luar. Syukur sangat CM masih mempunyai ibu dan ayah di kampung. Tapi Kadang2 bila sibuk dengan kerja terlupa untuk bertanya khabar mereka. Rasa bersalah sangat dengan mereka. Insyaallah esok nak balik kampung nak bagi masa sepenuhnya untuk mereka. Lagi satu kalau kat kampung CM kat Rantau Panjang line internet agak terhad. Jadi susah sikit nak berhubung dengan dunia luar kecuali apabila balik ke rumah mertua di Kota Bharu. Walaupun terhad tetapi setakat what's up tu boleh lagi la walaupun lambat sampai hahaha.
CM rindu sangat saat dulu2 masa kecik2. Ramai kawan2 kat kampung masa tu sama2 masuk hutan melastik burung, mandi sungai, belaga buah getah, curi buah kelapa orang hahaha dan main lompat tali getah. Meriahnya. Dulu xde gajet2 semua ni. Bila waktu petang jer ramai2 keluar ke padang bermain. Ada main layang2, main kejar2, main baling tin, main guli, main sorok2, main bola dan macam2 lagi lah. Sekarang bila CM balik kampung dan tengok tempat permainan dulu dah jadi kebun getah dah. Xde dah padang untuk kanak2 bermain lagi. Semua dah jadi kebun. Sedihnya rasa. Dulu kampung CM sangat meriah sebab ramai pemuda di dalam tu kerja kat kampung jer. Sekarang semua dah berhijrah dan hanya tinggal orang2 tua sahaja. Tu pun ramai dah meninggal dunia dah. Sunyi jer sekarang ni bila balik kampung.
Keluarga CM adalah antara keluarga yang paling besar di dalam kampung tu. CM mempunyai 9 orang adik beradik. Dulu sangat meriah dalam keluarga.. sekarang bila dah besar semua berhijrah ke luar. Semua berkampung kat selayang baru. Sebab tu CM selalu pergi Selayang baru. Yang tinggal di kampung 2 orang sahaja adik beradik. Tu pun sorang lagi dah habis SPM dah. Tunggu masa nak datang KL jugak tuh. Jadi lagi la sunyi kat rumah. Time raya jelah meriah nya. Sampai berebut bilik nak tido hehehe. Sekarang kalau CM balik xde nak berebut. Bebas nak tido kat bilik mana2 pun.
Walau sunyi macam mana sekali pun kat kampung, CM tetap akan balik. Yang penting dapat jumpa dengan orang tua kitakan. Selagi mereka masih hidup CM akan berbakti untuk mereka. Kerana merekalah CM jadi seperti sekarang ni. Tanpa restu mereka tak mungkin CM dapat kecapi apa yang ada sekarang ni. Syukur padaMu Ya Allah. Tu jelah untuk malam ni sementara menunggu mata mengantuk..esok nak balik kampung dah. Cuti yang panjang ni akan CM manfaatkan sepenuhnya. Orang kat Klang tetap CM rindu jugak. :). Jumpa nanti buka sekolah ni yer... byee
1 Komen:
Prretty nice post. I simply stumbled upon your blog and wished to mention that I have really loved
browsing your weblog posts. After alll I'll be
subscribing on your rss feed and I am hoping you write again soon!
Post a Comment